Jika Jadi Kerajaan Ph Akan Bantu B40 Kerajaan Ada Maklumat Lengkap Saifuddin







Kenaikan harga barang yang melampau hari ini menyebabkan golongan B40 amat terdesak meneruskan hidup.

Bagaimanapun, kata Setiausaha Agung KEADILAN Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, malangnya kerajaan BN - PN tidak begitu mengambil berat nasib golongan tersebut biar pun mereka menghabiskan 70% daripada gaji hanya untuk membeli barang makanan.

"Jabatan Perangkaan buat kajian, B40 guna 70% pendapatan mereka untuk beli makanan. Gaji ditolak bayar rumah, bayar bil ulititi, sebahagian besar duit diguna beli makanan. Lagi miskin rakyat, lagi banyak duit untuk beli makanan.

"Saya yakin penuh kita mampu tolong (jika jadi kerajaan) berdasarkan pengalaman 22 bulan memerintah. Mesti ada pertolongan jangka pendek dan jangka panjang buat golongan B40 ini.

"Beberapa tahun lalu saya dijemput ke Turki. Di kawasan perumahan saya dapati treler panjang. Di situ ada tepung, gula, minyak masak, barangan keperluan harian rakyat diletak di kawasan flat pendapatan rendah dan rakyat diberi kad diskaun untuk beli barang.

"Di negara ini kita juga boleh buat. Di mana yang susahnya? Kita ada data. B40 ada 10 juta, dulu saya Menteri jaga B40, nama alamat, nombor telefon kita ada.

"Kita juga akan kekalkan bantuan tunai kepada rakyat dalam jangka pendek andaikata diberi peluang kepada kita perintah (sekali lagi)," kata Saifuddin dalam Ceramah Keadilan Rakyat di Kampung Sungai Semilang, Juru, Pulau Pinang, malam tadi.

Selain itu, kata Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu itu, terdapat juga golongan B40 yang tak cukup pendapatan dan harus meminjam wang. Juga golongan yang kena keluarkan simpanan termasuk dalam akaun KWSP. Katanya, 60% rakyat Malaysia bila diberi peluang keluar wang KWSP telah pun mengeluarkan wang mereka.

Oleh itu, beliau mahu rakyat berfikiran rasional untuk memilih kerajaan yang berwibawa dalam Pilihan Raya Umum ke 15 ini.

Katanya, parti yang dipilih perlulah yang benar benar mempunyai idea membela rakyat bukan seperti Umno atau Pas yang memainkan isu perkauman atau keagamaan sempit.

"Dalam suasana rakyat macam ini bolehkah kita bagi sokongan kepada parti yang ceritanya pemimpin PH tidak beriman? Tolonglah beri cadangan macam mana nak selesai beban hidup rakyat. Kamu masih nak main sentimen agama dan perkauman?

"Mari kita berlumba dari segi idea macam mana nak selesai masalah, bantu rakyat.

"Parti apa macam ini? Rakyat tidak cukup makan, negara terpalit dengan rasuah, dia dok nak kafirkan orang. Parti macam ini kalau masuk PRU, tuan tuan cuma ada satu pilihan, tolak jangan bagi peluang," katanya.

Tegas beliau lagi, Melayu Pulau Pinang perlu menolak dakyah Pas yang tidak mengajarkan Islam sebenar kepada orang Melayu. Katanya Islam mengajarkan pemimpin harus adil dan menjaga rakyat sebaik baiknya bukan dipersoalkan beriman atau tidak.

"Pemimpin muslim, adil kepada rakyat, rakyat seluruh negara akan tengok Islam itu indah. Rupanya Islam ajar bila dapat kuasa semua akan rasa keadilan Islam.

"Kalau dia pemimpin bulan Islam pula, dia adil, rakyat mendapat manfaat. Itu sikap yang betul dalam perbezaan agama. Soal dia agama apa, itu urusan dia dengan pencipta.

"Saya tolak hujah pemimpin Islam yang rasuah lebih baik daripada pemimpin bukan Islam yang adil. Itu hijack kepada kefahaman Islam yang sebenar.

"Konon, pemimpin Islam yang korup dia boleh bertaubat, tetapi ingat korup itu adalah zalim terhadap manusia. Dia boleh bertaubat kepada Allah tetapi zalim dengan manusia dia kena minta maaf setiap seorang. Taubat tak akan diterima kalau kezaliman dengan rakyat tak minta maaf," kata Saifuddin lagi.

 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/09/jika-jadi-kerajaan-ph-akan-bantu-b40.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Pusat Sedia Peruntukan Untuk Bantu Pulihara Dan Pelihara Tasik Chini

Kerajaan Pusat Sedia Peruntukan Untuk Bantu Pulihara Dan Pelihara Tasik Chini

papar berkaitan - pada 14/9/2022 - jumlah : 161 hits
PEKAN Kementerian Tenaga dan Sumber Asli menerusi Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia perlu memastikan kempen penanaman 100 juta pokok dapat terus aktif sepanjang tahun Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata...
Permohonan Bina Rumah 2022 Kerajaan Bantu Rakyat Miliki Rumah Sendiri L Rujuk Segera Syarat Kelayakan

Permohonan Bina Rumah 2022 Kerajaan Bantu Rakyat Miliki Rumah Sendiri L Rujuk Segera Syarat Kelayakan

papar berkaitan - pada 11/9/2022 - jumlah : 227 hits
Permohonan Bina Rumah 2022 Kerajaan Bantu Rakyat Miliki Rumah Sendiri l Rujuk Segera Syarat Kelayakan Sambung tulis Pendahuluan Ramai rakyat Malaysia yang mengidamkan mempunyai kediaman sendiri Sebenarnya sememangnya kerajaan ada menyediaka...
Apa Sebab Cerdik Pandai Negara Tidak Bantu Kerajaan Menjadi Lebih Baik

Apa Sebab Cerdik Pandai Negara Tidak Bantu Kerajaan Menjadi Lebih Baik

papar berkaitan - pada 20/9/2022 - jumlah : 169 hits
Malaysia tidak pernah kekurangan intelektual malah anak anak muda yang pulang dari universiti terbaik di dunia juga banyak yang berkhidmat dalam sektor awam Namun mengapakah negara menjadi semakin merosot prestasi ekonomi dan pentadbiran se...
Usahawan Kosmetik Pakai Bodyguard Siap Bantu Hulurkan Air Seronoknya Banyak Duit

Usahawan Kosmetik Pakai Bodyguard Siap Bantu Hulurkan Air Seronoknya Banyak Duit

papar berkaitan - pada 19/9/2022 - jumlah : 175 hits
Setiap usahawan pasti mahukan keselamatan dan penjagaan yang rapi daripada pengawal peribadi ketika berurusan dengan pihak lain demi keselamatan dan perlindungan nyawa sendiri serta keluarga Tidak terkecuali usahawan muda produk minuman kes...
Hiburan Mula Mula Tengok Rasa Terkejut Ebit Lew Kongsi Pengalaman Bantu Anak Anak Punk Di Jakarta

Hiburan Mula Mula Tengok Rasa Terkejut Ebit Lew Kongsi Pengalaman Bantu Anak Anak Punk Di Jakarta

papar berkaitan - pada 20/9/2022 - jumlah : 199 hits
Pendakwah bebas Ebit Lew baru baru ini berkongsikan pengalamannya bertemu bersama anak anak punk semasa berada di Jakarta Indonesia Menerusi caption posting yang dimuat naik di laman Instagram miliknya Ebit Lew menceritakan tentang bagaiman...
Gandeng Pemprov Jabar Gudang Ada Bantu Tingkatkan Produktivitas Umkm Lewat Teknologi

Gandeng Pemprov Jabar Gudang Ada Bantu Tingkatkan Produktivitas Umkm Lewat Teknologi

papar berkaitan - pada 22/9/2022 - jumlah : 105 hits
GudangAda dan Dinas Koperasi dan UKM Provinsi Jawa Barat turut menandatangani komitmen bersama dalam peningkatan produktivitas pelaku usaha kecil melalui pemanfaatan teknologi informasi di Jawa Barat
Takut Situasi Babitkan Pengasuh Anak Harris Alif Syukur Ibu Bantu Pantau Pembantu Jaga Anak

Takut Situasi Babitkan Pengasuh Anak Harris Alif Syukur Ibu Bantu Pantau Pembantu Jaga Anak

papar berkaitan - pada 21/9/2022 - jumlah : 196 hits
Bergelar bapa dalam usia yang muda bukan alasan untuk seseorang tidak melunaskan tanggungjawab yang digalas Dengan pelbagai ilmu keibubapaan yang boleh diperoleh di hujung jari semuanya menjadi mudah asalkan ada kemahuan untuk menuntut ilmu...
Inisiatif Yoga Bertani Pare Untuk Bantu Biaya Pendidikan Sang Adik

Inisiatif Yoga Bertani Pare Untuk Bantu Biaya Pendidikan Sang Adik

papar berkaitan - pada 19/9/2022 - jumlah : 160 hits
Inisiatif Yoga Bertani Pare untuk Bantu Biaya Pendidikan Sang Adik Yoga mengubah lahannya untuk menanam pare guna membantu kebutuhan kuliah sang adik
Bantu Mangsa Taufan Kim Seonho Derma Keseluruhan Bayaran Teater Touching The Void

Bantu Mangsa Taufan Kim Seonho Derma Keseluruhan Bayaran Teater Touching The Void

papar berkaitan - pada 17/9/2022 - jumlah : 160 hits
Umum mengetahui bahawa Korea dilanda taufan dan hujan ribut beberapa minggu ini ARTIKEL BERKAITAN Disebabkan itu ramai selebriti yang menghulurkan bantuan bagi meringankan beban penduduk yang terjejas dek situasi tidak dijangka itu Terbaru ...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Natural Gas Fuel Not A Hazard

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Tattoos Raised And Itchy


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Flexibility In Business Operations

Semua Ni Sebab Chagee

Takwim Persekolahan Sesi 2025 2026

Buat Sendiri Roti Arab Lembut Gebu Sekali Hadap Boleh Habis 3 Keping

Sihir Ep1

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni