Jika Editor Akhbar Lemah Maka Akhbar Pun Akan Mula Menyesatkan


 
MOHD MUKHLIS 




TLDR masalah utama mereka ialah akal mereka telah di pajak pada pimpinan. Jadi pemikiran kognitif mereka hanya terhenti pada perkara binari; and nothing in between.

Sama ada syurga atau neraka

Khadam atau tuan,

Kafir atau Islam,

1 atau 0.

Tak payah cerita pasal nak suruh ahli berfikiran kritikal, kalau ada yang banyak tanya soalan walaupun betul akan terus di cop lawan ulama, khadam DAP ataupun liberal.

Penyelesaian untuk mereka ini hanyalah penyesalan di hari kemudian, yang mana pemimpin berlepas diri dari jaminan dan pengikut memohon azab dua kali ganda pada pimpinan yang jahat.






NAIM FAHMI 


Masalah Harakah, mereka ada editor yang lemah. Masalah penulis-penulis propaganda ini pula, kurang kefahaman sains politik, kurang membaca dan daya intelektual yang lemah menyusun logik ayat.

.

Maaflah kalau agak panjang, saya sedikit bersemangat, overdose kafein Mandheling sebelum imsak. Mari kita cerakinkan masalah satu perenggan ini sahaja.

.

Pertama, mereka ada masalah mengenali kelompok bila telah menulis "Liberalis Komunis". Dalam sejarah politik dan sains politik tak wujud ideologi "Liberalisme-Komunisme". Tidak ada sebuah negara pun dalam dunia ini yang ada ideologi itu.

Yang ada dalam sejarah, negara berideologi Komunisme yang mesti anti Liberalisme. Begitu juga di pihak negara yang pro-Liberalisme akan bersikap anti-Komunisme. Yang perjuangkan Komunisme, adalah Komunis. Yang perjuangkan Liberalisme pula adalah Liberal. Jadi, tak ada Liberalis Komunis.

Kelakar. Malu kokram. Sekian.

.

Masalah kedua, penulis silap fakta bahawa gerakan Komunis China lah yang menjatuhkan sistem beraja. Sedangkan Monarki China terakhir, Dinasti Qing dijatuhkan gerakan Tongmenghui yang asalnya gabungan kongsi-kongsi gelap sebelum menjadi sebuah gerakan politik yang melancarkan Revolusi Xinhai(1911 Revolution & Second Revolution).

Tokoh besar revolusi ini adalah Sun Yat Sen yang berideologi Nasionalis, bukan Komunis. Revolusi Xinhai inilah yang membawa kejatuhan sistem beraja China dan membentuk republik pada Januari 1912.

Parti politik yang menerima laba pemerintahan adalah Kuomintang, bukan Komunis.Komunis belum popular pada waktu itu di China. Hanya selepas 9 tahun sistem beraja China jatuh, barulah Parti Komunis China muncul.

Komunisme popular di China bila Rusia berjaya melakukan Revolusi Bolshevik 1917 dan mendirikan Kesatuan Soviet Rusia. Ya, itu pun selepas 5 tahun Dinasti Qing ditumbangkan di China. Soviet Rusia menghantar agen bernama Voitinsky ke China pada tahun 1920 untuk membantu gerakan-gerakan kecil Komunis untuk menjadi sebuah gerakan yang solid. Dengan bantuan agen Soviet, Parti Komunis China terbentuk pada tahun 1921.

Komunis hanya benar-benar popular pada 1940-an apabila Mao Zedong memimpin "Long March" dan memberontak ke atas kerajaan Kuomintang pula. Perang saudara meletus, Parti Komunis menang dan Kuomintang lari ke Taiwan(Republic of China) dan bertahan di situ.

Jadi susah nak hubungkan logik penulis "Komunis menghapuskan sistem beraja di China". Tak logik. Macam 1 + 1 jadi 4. Tepuk dahi. Seharusnya "Nasionalis Kuomintang menghapuskan sistem beraja".

Penulis sepatutnya beri contoh Revolusi Bolshevik di Rusia dengan ideologi Komunis cabang Leninisme yang berjaya jatuhkan sistem beraja Tzar pada tahun 1917. Itu pun bukan semua Komunis yang terlibat, kerana Komunis kelompok Menshevik bersikap kontra dengan Bolshevik.

Dalam masa yang sama, jelaskan kepada pembaca bahawa kedua-dua kelompok ini memang mempunyai visi penghapusan sistem beraja dan kelas kapitalis untuk mencapai masyarakat tanpa kelas. Bagi detail sikit, barulah seronok baca sejarah.

.

Masalah ketiga, penulis tiba-tiba melompat tentang insiden Tiananment 1989. Entah dari sudut mana ada hubungkait kejatuhan sistem beraja yang silap fakta tadi dengan protester Tiananment vs. Kerajaan Komunis China.

Untuk makluman, aksi protes ini bermula dengan mengangkat isu kecurigaan kematian bekas Sekretaris Jeneral Parti Komunis sendiri, Hu Yaobang. Dia ini bukan nak bawa China kembali kepada monarki pun, melainkan nak reformasi negara menjadi lebih demokratik.

Waktu itu adalah waktu aktif kerja-kerja saraf dan subversif Perang Dingin. Sementara itu, negara-negara blok Komunis sedang tumbang satu per satu pada hujung 80-an. Di negara-negara Komunis, agen-agen pro-Barat buat kerja propaganda tersendiri. Antara isi propaganda Barat yang masyhur adalah "Demokrasi".

Dalam konflik ini, ada kelompok protester yang desak kerajaan untuk kembali kepada "Three Principle of People", yakni prinsip politik Sun Yat Sen yang masih ditatang oleh Kuomintang. Lebih-lebih lagi media Barat sedang galak membuat liputan dan politikus Kuomintang di Taiwan menyampaikan solidariti.

Bagi Komunis, ini ancaman saraf dari Barat yang perlu ditumpaskan. Jadi Komunis bertindak membunuh protester dalam konflik ini supaya kuasa mereka tidak tergugat.

Boleh pula dia tutup "Kalau tidak kerana perjuangan pembebasan pelajar yang memakan korban... China masih kekal dengan belenggu ganas dan kejam". Habihtu sekarang Kerajaan China dah jadi budak baiklah selepas ramai protester mati?

.

Kesimpulannya, penulis dan Harakah tak ada kualiti. Ini baru satu perenggan. Kalau bergerak ke perenggan seterusnya dah macam merepek-repek.

Kita tahu niat penulis nak pertahankan sistem beraja tanahair. Tapi janganlah tunjuk sangat merepek itu. Tak perlu nak fitnah negara kapir, nanti depa masuk neraka juga. Bagi fakta, susun logik bagi umat pandai.

Ini pasal galak nak label orang lah ni. Sikit-sikit nak kata orang in Liberal, orang ini Komunis. Padahal sendiri tak tahu apa benda.

Saya harap Harakah letak orang lebih profesional, lebih-lebih lagi media ini lidah rasmi PAS. Kalau lidah rasmi tunggang langgang, jadi so called mujahid-mujahid cyber nak bergantung pada siapa?

Satu lagi cadangan saya, dalam usrah sila tambah konten sains politik. Nak arab-kan jadi Sains Siyasah pun arabkan sajalah. Asalkan ada dibincangkan "Spektrum Politik". Nanti bila ada ahli usrah nak menulis pasal ideologi politik, dia paham apa benda yang dia nak tulis.

Berbeza sungguh dengan Harakah 10 tahun dulu. Takkanlah dalam berjuta ahli PAS, tak ada seorang pun yang cerdik dan layak diberi posisi dalam Harakah? Dulu sejak sekolah saya kolektor Harakah tau.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/06/jika-editor-akhbar-lemah-maka-akhbar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Akan Diingat Sejarah Sebagai Pm Paling Lemah

Muhyiddin Akan Diingat Sejarah Sebagai Pm Paling Lemah

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 216 hits
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan total atau lockdown dua kali dalam dua tahun tanpa pelan untuk mengakhiri jangkitan Covid 19 akan mencatat nama Tan Sri Munhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri paling lemah dalam sejarah Bagi Penger...
Muhyiddin Pm Paling Lemah Dalam Sejarah Johari Abdul

Muhyiddin Pm Paling Lemah Dalam Sejarah Johari Abdul

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 290 hits
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan total atau lockdown dua kali dalam dua tahun tanpa pelan muktamad untuk mengakhiri jangkitan Covid 19 akan mencatat nama Tan Sri Munhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri paling lemah dalam sejarah Ba...
Gerak98 Desak Kerajaan Lemah Ini Lepaskan Jawatan

Gerak98 Desak Kerajaan Lemah Ini Lepaskan Jawatan

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 358 hits
KERAJAAN INI MESTI BERHENTI 1 Langkah Lockdown atau Penutupan Menyeluruh adalah langkah wajar dan boleh diterima 2 Namun dalam kenyataan sama hari ini PM menyatakan kesediaan peningkatan vaksin dalam tempoh beberapa minggu 3 Ini mengejutkan...
Fed Berjaya Mengurangkan Kebimbangan Mengenai Inflasi Yang Tinggi Dolar As Kembali Lemah Gambaran Keseluruhan Usd Eur

Fed Berjaya Mengurangkan Kebimbangan Mengenai Inflasi Yang Tinggi Dolar As Kembali Lemah Gambaran Keseluruhan Usd Eur

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 185 hits
Latar belakang berita yang lemah menyebabkan turun naik yang rendah di pasaran saham dan mata wang Dinamika bercampur campur permintaan risiko masih mendominasi tetapi kemunculan pendorong baru diperlukan untuk pembentukan gerakan kuat baru...
Ulama Dan Menteri Ramai Tapi Diam Dan Lemah Dalam Membantu Rakyat

Ulama Dan Menteri Ramai Tapi Diam Dan Lemah Dalam Membantu Rakyat

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 172 hits
NORSHIDAH MOHD DAUDSIAPAKAH YANG MENGELARKAN MEREKA ULAMA ATAU MEREKA AKUINYA SEDIRI Dalam dunia ni aku rasa Malaysia la paling ramai Ulama sama ngan kuning dan juga menteri cabinet Tiap negeri ada Tapi bila ada isu yang meresahkan rakyat d...
Pdpr Capaian Internet Lemah Sukarkan Proses Pdpr

Pdpr Capaian Internet Lemah Sukarkan Proses Pdpr

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 275 hits
Proses pembelajaran dan pengajaran dari rumah PdPR terganggu akibat faktor kelemahan capaian internet melibatkan beberapa kampung di Ketereh Kelantan Situasi itu diakui golongan pelajar yang juga terpaksa mencari lokasi lain bagi mendapatka...
Akhbar Harian Metro Laku Keras Di Shah Alam

Akhbar Harian Metro Laku Keras Di Shah Alam

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 190 hits
Zulfadhlisyahmi menunjukkan akhbar Harian Metro yang dibeli serta Beras Jasmine Super 5 Special percuma di kedai serbaneka 7 Eleven sekitar Shah Alam sempena promosi 7 Jun 2021 sehingga 11 Jun 2021 FOTO FAIZ ANUAR Shah Alam Ibarat goreng pi...
Wajah 67 Anak Paiestin Dlb0m Zl0nls Dalam Akhbar Lsraei Dan Amerika

Wajah 67 Anak Paiestin Dlb0m Zl0nls Dalam Akhbar Lsraei Dan Amerika

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 177 hits
67 kanak kanak Palestin yang 8216 sya hid 8217 dib0m oleh lsraeI ketika menyrang wilayah Ga za selama 11 hari bukan sahaja mengundang simpati masyarakat antarabangsa tetapi turut dike cam oleh akhbar lsraeI Haaretz dan sekutunya Amerika Sya...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord