Muhyiddin Akan Diingat Sejarah Sebagai Pm Paling Lemah



Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) total atau lockdown dua kali dalam dua tahun tanpa pelan untuk mengakhiri jangkitan Covid 19 akan mencatat nama Tan Sri Munhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri (PM) paling lemah dalam sejarah.
Bagi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Kedah, Datuk Johari Abdul, kelemahan Muhyiddin juga akan dicatat berikutan keenganan beliau menghadapi usul Undi Percaya atau Tidak Percaya di Parlimen yang menyebabkan kerajaan pentadbirannya kekal tiada keabsahan sehingga bertahun-tahun lamanya.
“Satu hari nanti akan jadi sejarah satu-satunya PM paling lemah di Malaysia dan tiada keabsahan. Beliau juga tak berlaku adil kepada Parlimen dan Perlembagaan.
“Sejarah Muhyiddin ini tidak mungkin boleh dipadam, dan ia akan dikenang sebagai PM yang tiada kredibiliti langsung,” kata Johari mengulas keengganan pentadbiran Muhyiddin membuka Parlimen atau mengakhiri pemerintahan darurat.
Menurut beliau lagi, Muhyiddin sepatutnya membenarkan kerajaannya diuji dan ditentukan keabsahan.
Sekiranya benar kerajaan beliau telah diterima baik rakyat sebagaimana dapatan tinjauan pendapat yang dilakukan beberapa agensi maka tidak ada masalah Ahli-ahli Parlimen untuk mengekalkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) melalui suara di Parlimen.
Walau bagaimanapun, Johari tidak bersetuju dengan pendapat sesetengah pemimpin Umno yang mahu menamatkan pemerintahan Muhyiddin dengan satu pilihan raya umum (PRU) baharu di tengah-tengah pandemik Covid 19
Menurut beliau, Pilihan Raya Negeri Sabah menjadi bukti situasi Covid tidak terkawal sehingga sekarang, manakala PRU yang skalanya lebih besar akan menjadi malapetaka buat negara.
“Saya yakin mana-mana kerajaan yang berfikiran waras akan meletakkan keselematan rakyat sebagai keutamaan. Maknanya apa yang kita lihat terjadi di PRN Sabah tidak boleh diulang.
“Tindakan berkumpul dan tidak patuh SOP akhirnya membuahkan masalah. Saya secara peribadi berpendapat PRU bukan jalan terbaik ketika ini kerana mudaratnya.
“Walaupun ada kebaikan tetapi mudarat lebih daripada manfaat. Saya sarankan harus ditangguhkan PRU ini sampai satu keadaan di mana Covid reda,” katanya.
Namun Johari terbuka kepada cara lain untuk menguji keabsahan kerajaan PN. Atau pun Malaysia beralih kepada solusi kerajaan campuran semua parti bagi menangani pandemik Covid 19. Hanya selepas Covid berakhir maka PRU ke 15 boleh diadakan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/32241

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Pm Paling Lemah Dalam Sejarah Johari Abdul

Muhyiddin Pm Paling Lemah Dalam Sejarah Johari Abdul

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 288 hits
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan total atau lockdown dua kali dalam dua tahun tanpa pelan muktamad untuk mengakhiri jangkitan Covid 19 akan mencatat nama Tan Sri Munhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri paling lemah dalam sejarah Ba...
Siapa Yg Berani Tawar Diri Sebagai Pm Buat Masa Ini Mengganti Muhyiddin

Siapa Yg Berani Tawar Diri Sebagai Pm Buat Masa Ini Mengganti Muhyiddin

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 256 hits
Tun tidak namakan sesiapa pun Muhyiddin gagal kawal Menteri nya terutama Menteri Kanan yang secara terbuka saling menyindir Sebagai negarawan Tun telah melunaskan tanggungjawabnya
Muhyiddin Pemimpin Politik Paling Popular Tinjauan

Muhyiddin Pemimpin Politik Paling Popular Tinjauan

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 210 hits
449 total views 449 views today Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal sebagai tokoh paling popular dalam kalangan pemimpin parti politik tanah air demikian menurut satu tinjauan Dalam Sentimen Umum Pengundi Malaysia Mengenai Isu Po...
Hiburan Kek Paling Tak Sedap Fazley Yaakob Anggap Komen Biadap Sebagai Teguran Untuk Dirinya

Hiburan Kek Paling Tak Sedap Fazley Yaakob Anggap Komen Biadap Sebagai Teguran Untuk Dirinya

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 208 hits
Penyanyi dan chef selebriti Dato Fazley Yaakob tidak cepat melatah apabila beliau membalas kritikan biadap dari seorang individu mengenai masakannya Fazley beranggapan kritikan tersebut hanyalah teguran untuk dirinya memperbaiki dengan lebi...
Kek Coklat Kukus Paling Ringkas Hasil Sedap Lembut Moist

Kek Coklat Kukus Paling Ringkas Hasil Sedap Lembut Moist

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 249 hits
Anda yang ingin membuat kek tapi tidak ada oven apa kata anda gunakan sahaja pengukus untuk melaksanakan impian buat kek Berikut dikongsikan resipi Kek Coklat versi kukus yang sangat sedap lembut gebu dan gerenti jadi kalau anda mencubanya ...
Dua Menu Ayam Sedap Paling Senang Masak Comfirm Sekeluarga Suka

Dua Menu Ayam Sedap Paling Senang Masak Comfirm Sekeluarga Suka

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 335 hits
Ayam antara lauk murah dan paling disukai oleh anak anak dan boleh dipelbagaikan menu Ini ada tiga resipi ayam yang ringkas sedap mudah disediakan dan comfirm disukan seisi keluarga terutamanya anak anak Anda boleh pilih mana satu resipi pa...
Share Sampai 8k Resipi Butter Cake Super Moist Paling Mudah Nak Buat Senang

Share Sampai 8k Resipi Butter Cake Super Moist Paling Mudah Nak Buat Senang

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 403 hits
Berada lama di rumah ada baiknya kita hidangkan sajian yang enak untuk keluarga Jangan cuba menu yang berat pilih sahaja kek mudah yang hanya dibancuh semua bahan sahaja Resipi perkongsian ini mama wajib cuba Resipi terpaling senang untuk P...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian