Jika Bermaruah Zuraida Akan Keluar Tanpa Perlu Ditunjukkan Jalannya




Apa pun isi jawapan Zuraida Kamaruddin terhadap surat tunjuk sebab yang dihantarnya ke Ibu Pejabat PKR, tidak dinafikan beliau paling mungkin berdepan dengan hukum pemecatan.

Harus diakui kesalahan disiplin yang dilakukannya, khususnya mendedahkan perbualan dengan Anwar Ibrahim secara terbuka untuk tujuan memburuk-burukkan Presiden PKR itu, adalah perbuatan salah laku serius yang tidak sepatutnya dilakukan oleh sesiapa jua yang faham hukum berorganisasi.

Memburuk-burukkan ketua parti sendiri biasanya hanya dilakukan oleh seseorang yang sudah tiada hati lagi dengan parti yang sedang dianggotainya.

Ia sama ada dilakukan oleh seseorang yang memang mahu dipecat atau hanya menunggu masa untuk keluar parti.

Dalam kes Zuraida, beliau juga sepatutnya begitu dan tidak munasabah setelah memburukkan parti dan presiden sendiri, tetapi masih mahu kekal dalam di situ lagi.

Mengimbas kedudukan Zuraida, walaupun ketika proses menentukan calon Perdana Menteri sebelum PRU14, beliau tidak bersetuju dengan pemilihan Tun Mahathir Mohamad bagi jawatan itu, tetapi setelah PH menjadi kerajaan dan dilantik sebagai menteri, Pengerusi Bersatu itulah merupakan pemimpin yang disanjung-sanjungnya.

Malah, beliau kemudian secara terbuka menyokong agar Tun Mahathir kekal sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal.

Zuraida seolah-olah lupa beliau menjadi menteri adalah tiket PKR, selain melalui PKR jugalah beliau menjadi Ahli Parlimen.

Dalam konteks itu, oleh kerana Anwar adalah Presiden PKR, Zuraida seharusnya ada rasa hormat terhadap beliau, lebih-lebih kedudukan Presiden PKR itu sebagai pengganti Tun Mahathir sudah pun dipersetujui secara muafakat dan konsensus dalam PH.

Tetapi, Zuraida bukan saja langsung tidak hormat kepada Anwar sebagai Presiden PKR, malah berusaha menidakkan ketua parti yang dianggotainya untuk menjadi Perdana Menteri selepas ini.

Sebaliknya, yang disokong dan mahu dikekalkannya lagi sebagai Perdana Menteri adalah pemimpin daripada parti yang bukan dianggotainya.

Tidakkah ini pelik dan menyanggah konsensus PH kerana tidak pernah disebut sama sekali Tun Mahathir akan jadi Perdana Menteri sehingga habis penggal?

Lebih daripada itu, ini juga memperlihatkan Zuraida sememangnya tidak layak lagi berada dalam PKR yang diketuai oleh Anwar.

Oleh itu, apabila menerima surat tunjuk sebab yang memungkinkannya dipecat, Zuraida tidak patut sama sekali mengumpulkan penyokong yang memperlihatkan keinginan terus kekal dalam PKR, bahkan menjawabnya pun tidak perlu lagi sebenarnya.

Langkah terpuji yang patut diambilnya ialah segera keluar PKR dan mencari wadah baru untuk meneruskan perjuangannya.

Surat tunjuk sebab yang diterimanya seharusnya merupakan peluang terbaik untuknya meninggalkan PKR.

Selama ini, walaupun menjadi menteri atas tiket PKR, Zuraida tidak seperti mewakili parti itu, bahkan PKR bagai sudah jadi musuh baginya.

Keluar PKR lebih menjadikan dirinya bermaruah dan ada sedikit harga untuk dihormati.

Lagi pun, bukankah sebelum ini beliau ada mengatakan sedia dan tak kisah dipecat daripada PKR atas tindakannya bertalu-talu mengkritik Anwar dan parti?

Jadi, nak tunggu apa lagi? (ShahbudinHusin 29/01/2020)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/01/jika-bermaruah-zuraida-akan-keluar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 000 Ahli Akar Umbi Keluar Parti Jika Zuraida Dipecat Kata Penyokong

10 000 Ahli Akar Umbi Keluar Parti Jika Zuraida Dipecat Kata Penyokong

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 346 hits
SUSAN LOONE Kira kira 150 anggota PKR yang mewakili 13 kawasan parlimen dan 15 NGO mengadakan perhimpunan aman di luar pejabat parti itu di Bayan Baru Pulau Pinang hari ini sebagai tanda solidariti buat naib presiden mereka Zuraida Kamarudi...
Hasil Autopsi Jenazah Lina Keluar Mantan Istri Sule Meninggal Bukan Karena Kekerasan

Hasil Autopsi Jenazah Lina Keluar Mantan Istri Sule Meninggal Bukan Karena Kekerasan

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 265 hits
Autopsi dilakukan setelah Rizky Febian melapor ke pihak kepolisian karena kematian ibunya dirasa janggal
Keluar Berdakwah Atau Jaga Keluarga Lebih Penting

Keluar Berdakwah Atau Jaga Keluarga Lebih Penting

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 439 hits
Keluar Berdakwah Atau Jaga Keluarga Lebih Penting Like Follow Follow
Isu Ppsmi Parti Mana Pula Yg Nak Ugut Keluar Ph

Isu Ppsmi Parti Mana Pula Yg Nak Ugut Keluar Ph

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 382 hits
Anwar patut sokong Tun kalau berhajat nak jadi PM8 Ini kali lah tunjuk sokongan
Rakaman Tular 20 Orang Pesakit Koronavirus Sembuh Bersorak Keluar Hospital

Rakaman Tular 20 Orang Pesakit Koronavirus Sembuh Bersorak Keluar Hospital

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 546 hits
Novel Koronavirus yang melanda beberapa buah negara menjadi semakin membimbangkan apabila angka kematian meningkat kepada 259 orang di China Namun terbaru rakaman 20 orang pesakit dikatakan telah sembuh tersebar di laman media sosial Pesaki...
Status Solat Tidak Pasti Keluar Mazi Ketika Solat Namun Ada Kesan Pada Kain

Status Solat Tidak Pasti Keluar Mazi Ketika Solat Namun Ada Kesan Pada Kain

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 415 hits
SOALAN Sewaktu melakukan solat saya tidak pasti air mazi saya keluar ataupun tidak Kemudian selepas solat saya lihat terdapat beberapa kesan pada kain sembahyang saya Adakah sah solat saya sebelum itu atau saya kena qadha solat tersebut JAW...
Silakan Keluar Bukan Berlakon Ugut

Silakan Keluar Bukan Berlakon Ugut

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 191 hits
BADAN Perhubungan PAS Negeri Sembilan menyokong penuh desakan PAS Pusat agar DAP tidak hanya tahu mengugut untuk keluar Pakatan Harapan jika Sijil UEC tidak diiktiraf Sebaiknya DAP perlu keluar dari Pakatan Harapan kerana parti itu nampak s...
Why Western Australia S North West Should Be Your Next Travel Destination

Sidang Kemuncak Asean Ke 46

Quantum Batteries The Future Of Ultra Fast Sustainable Energy Storage

Tanda Parental Burnout Ibu Ayah Pun Perlukan Rehat

Mercedes Has Chosen To Develop Its Next Big Project In Georgia

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Kesan Elemen Meragukan Berhubung Isu Pencerobohan Tanah Di Raub

Most Popular Delicious Malaysian Cuisines Available Daily

What To Look For When Choosing A Poster Maker For Your School Team


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rajaram Raj Feat Tony Rumpang Gawai Ohaa Chord

Info Satu Minit

Casa Solis By Bad A Sophisticated Summer Retreat In E Me

Fadhlina Urges Incoming Pkr Wanita Leadership To Uphold Kita Keadilan Spirit

Anwar Minta Pkr Beri Ruang Sehingga Temui Calon Kp Sprm Lagi Berani

Tak Ramai Boleh Saingi Pengorbanan Rafizi Izzah Jawab Anwar