Jika Bercuti Ke Jepun Ini Adalah 5 Festival Musim Panas Yang Wajib Anda Pergi


Ketibaan musim panas di Jepun membuat setiap rakyat tempatan teruja, apatah lagi pelancong yang dapat menyaksikan seluruh negara tersebut dalam keadaan paling meriah. Tahun ini, festival ini disambut lebih hangat daripada biasa, kerana negara ini menyambut era Reiwa yang baru bermula semasa pertabalan Maharaja Jepun yang ke-126, iaitu Maharaja Naruhito, pada bulan Mei lalu.Daripada festival kebudayaan, festival bunga api (Hanabi) hinggalah festival bunga matahari (Himawari), sambutan musim panas di negara matahari terbit ini diadakan dengan penuh warna-warni. Jika anda ada rancangan untuk bercuti di Jepun pada bulan Julai atau Ogos, kami sangat syorkan anda untuk mengalami festival-festival tahunan ini sendiri: 
1. Gion Matsuri Festival, KyotoInilah masanya bandar Kyoto yang tenang bertukar meriah. Gion Matsuri merupakan salah satu festival tahunan terbesar di seluruh Jepun. Saksikan perarakan Yama dan Hoko (jenis wooden floats tradisional)yang dihias cantik sambil diiringi megah oleh ribuan rakyat tempatan. Malah, ada yang setinggi 25 meter dan membawa penumpang bersama sambil memainkan muzik tradisional! Walaupun diadakan sekitar bandar sepanjang bulan Julai, kemuncak festival ini disambut pada 17 Julai (Sakimatsuri) dan 24 Julai (Atomatsuri). Pada kedua-dua hari, perarakan besar akan dipersembahkan untuk mempamerkan hasil-hasil Yama dan Hoko terhebat yang dibuat dengan penuh ketelitian. Ia akan dibawa berarak di kawasan bandar Kyoto dengan penuh bersemangat.Tarikh: 1 Julai – 31 Julai 2019Tempat: Yasaka Shrine, Higashiyama, Kyoto Tips: Luangkan masa untuk menyaksikan persembahan muzikal tradisional Gion Bayashi yang unik. Disertai lebih 40 orang tempatan, mereka memainkan dram Taiko, flute Jepun, dan gong Jepun sambil diiringi menaiki Yama dan Hoko. 
2. Tenjin Matsuri Festival, OsakaDekati kebudayaan Jepun melalui festival cahaya dan lampu Tenjin Matsuri. Hanya diadakan dua hari setiap tahun, sambutan musim panas terbesar di bandar Osaka ini menampilkan perarakan gergasi yang disertai oleh 3,000 orang tempatan. Pada hari pertama, mereka akan mengiringi mikoshi (kuil Jepun mudah alih yang boleh diangkat) sambil berpakaian tradisional Jepun. Tradisi ini dipercayai membawa berkat kepada penduduk bandar. Pada hari kedua, perarakan bermula dari Tenmangu Shrine ke Tenjinbashi Bridge sekitar awal petang dan bersambung ke sungai menjelang senja. Semasa kemuncak ini, pengunjung dapat melihat perarakan 100 bot berhias yang diterangi lampu. Bot-bot ini akan berlepas dari pinggiran Okawa River, sambil acara penutup berlangsung dengan pertunjukan bunga api yang memukau. Tarikh: 24 Julai & 25 Julai 2019Tempat: Tenmangu Shrine, Kita, OsakaTips: Di festival ini, anda juga boleh melihat persembahan tradisional seperti Shishimai (tarian singa), perarakan wooden floats, dan mainan dram Jepun. Jika anda ingin menyertai rakyat tempatan, anda juga boleh menggayakan yukata (pakaian tradisional Jepun).
3. Sumidagawa Fireworks Festival, Tokyo Hanabi ataupun bunga api adalah elemen simbolik semasa musim panas Jepun, dan ia boleh dilihat di kebanyakan festival di bandar-bandar utama. Jika berkesempatan, alami acara luar biasa ini di Tokyo. Berlangsung selama 90 minit, festival bunga api ini telah disambut dengan megah seawal zaman Edo lagi. Tahun ini, dianggarkan sebanyak 22,000 bunga api akan menyinari langit malam Tokyo. Kami pasti, pengalaman ini sukar untuk dilupakan! Merupakan pertunjukan Hanabi terbesar di Jepun, festival ini akan berlangsung di dua tempat utama. Tempat pertama adalah di sekitar hilir Nihonbashi Bridge, di mana pembuat bunga api bertanding untuk mempamerkan 200 hasil bunga api yang terhebat di Jepun (ada yang berbentuk karakter Pokemon! 🙀). Manakala tempat kedua diadakan di sekitar Komagata Bridge dan penonton dapat melihat keindahan pertunjukan bunga api kontemporari seperti letupan star mine yang mengagumkan. Tarikh: 27 Julai 2019*Tempat: Di sekitar Sumida River, TokyoTips: Festival ini diadakan dari 7.00 malam – 8.30 malam. Jika anda inginkan pemandangan yang baik dan kurang sesak, saksikannya dari Shiori Park (600m dari Stesen Minamisenju) atau bahagian selatan Oyokagawa Water Park berhampiran Tokyo Skytree dan Stesen Honjo-Azumabashi.
*Nota: Sekiranya cuaca buruk, pertunjukan ini akan ditunda pada keesokan hari dan akan dibatalkan sekiranya cuaca masih tidak mengizinkan. 
4. Kiyose Sunflower Festival, Tokyo Kredit: Tokyo in PicsTiada bunga yang lebih sinonim untuk dilihat pada musim panas Jepun selain daripada bunga matahari ataupun dikenali sebagai Himawari. Jika anda ingin lari daripada kesibukan pusat bandar Tokyo, pergi ke festival ini untuk menikmati pemandangan bunga yang bermusim sekali setahun di Kiyose. Anda boleh melihat lebih daripada 100,000 bunga matahari besar yang mekar di ladang Kiyose. Perasaan yang tidak tergambar apabila anda berjalan melalui bunga-bunga ini!  Persiapan festival ini bermula seawal bulan Jun lagi, di mana para pelajar sekolah dan sukarelawan akan menanam benih bunga matahari di padang berkeluasan 24,000 meter persegi. Kiyose Sunflower Festival sangat sesuai untuk pengunjung berkeluarga, kerana di sini terdapat pelbagai aktiviti mesra kanak-kanak yang menyeronokkan. Sambil bersiar-siar, jangan lupa menikmati jualan segar hasil-hasil tanaman istimewa di ladang tersebut.  Tarikh: 16 Ogos – 27 Ogos 2019Tempat: Ishii Farm atau Kodera Farm, Kiyose-shi, TokyoTips: Bawa pulang beberapa jualan produk agrikultur di sini seperti produk berasaskan karot (jem, losyen, sabun), ataupun cenderamata bunga matahari yang istimewa. Anda juga boleh menikmati sayuran segar seperti edamame dan jagung!  
5. Himawari no Sato @ Hokuryu Sunflower Festival, Hokkaido Jika jumlah bunga matahari di Kiyose tidak cukup untuk menarik hati anda, macam mana pula dengan lebih daripada 1.5 juta bunga matahari? 🌻 Hokkaido menempatkan kebun bunga matahari paling besar di Jepun dan di sini, anda boleh menikmati Hanabi dan Himawari pada masa yang sama — kombinasi festival musim panas Jepun yang paling tepat! Keindahan landskap semasa Himawari no Sato yang unik akan membuat anda tersenyum sepanjang hari walaupun di bawah cuaca panas terik. Sepanjang festival ini, Hokuryu Sunflower Farm dimeriahkan dengan pelbagai jenis tarikan, aktiviti, gerai jualan, serta hiburan khas untuk pengunjung. Anda boleh meneroka kebun ini sepuas-puasnya dengan menyewa basikal ataupun pilih untuk menaiki traktor persiaran yang ditawarkan. Juga terdapat beberapa dek pemerhatian yang memberikan spot pemandangan terbaik kebun ini secara meluas! Tarikh: 20 Julai – 20 Ogos 2019Tempat: Hokuryu Sunflower Farm, HokkaidoTips: Luangkan sehari untuk menikmati pelbagai aktiviti di festival ini. Cuba tempuhi cabaran pagar sesat bunga matahari yang ada di sini dengan bayaran yang kecil. Di sini juga terdapat tarikan lain seperti kincir air dan ladang itik. 
Nota: Semua maklumat adalah tepat pada waktu penerbitan. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.irahzaraune.com/2019/07/jika-bercuti-ke-jepun-ini-adalah-5.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Musim Luruh Di Jepun 7 Tips Awesome Untuk Percutian Terbaik Anda

Musim Luruh Di Jepun 7 Tips Awesome Untuk Percutian Terbaik Anda

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 1083 hits
Selain bunga ceri satu lagi musim yang ramai pelancong suka melawat Jepun adalah musim luruh Apabila daun merah kuning dan coklat mengambil alih landskap ia adalah pemandangan yang paling menarik sekali Jika ini kali pertama anda bercuti pa...
Senangnya Untuk Pergi Bercuti

Senangnya Untuk Pergi Bercuti

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 408 hits
Senangnya untuk pergi bercuti Siapa tak suka pergi bercuti kan Kali ini mommy ingin kongsikan info info tentang nak pergi bercuti ni Bercuti adalah satu keperluan untuk kita rehatkan minda setelah penat bekerja Terapi juga tu Nak bercuti ke...
Musim Haji Tiba Lagi Apa Yang Boleh Dilakukan Buat Ahli Keluarga Yang Akan Berangkat Pergi

Musim Haji Tiba Lagi Apa Yang Boleh Dilakukan Buat Ahli Keluarga Yang Akan Berangkat Pergi

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 1168 hits
Musim haji tiba lagi Dijadualkan bahawa penerbangan pertama jemaah Haji dari Malaysia akan berangkat pada 4 Julai ini Pasti sekarang mereka yang terlibat termasuklah petugas haji sedang melakukan persiapan terakhir bagi memastikan perjalana...
Gelombang Panas Di Eropah Capai Angka Tertinggi Dalam Sejarah

Gelombang Panas Di Eropah Capai Angka Tertinggi Dalam Sejarah

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 213 hits
Di Eropah terdapat beberapa buah negara masih direkodkan dengan tahap gelombang kepanasan yang tinggi Suhu di barat daya Perancis mencapai tahap tertinggi dalam sejarah iaitu 41 2 darjah celcius Angka suhu ini telah mengalahkan rekod kepana...
Skip Hop Lunch Bag Beg Makanan Comel Tahan Panas Untuk Boboy Dan Gegurl

Skip Hop Lunch Bag Beg Makanan Comel Tahan Panas Untuk Boboy Dan Gegurl

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 649 hits
Skip Hop Lunch Bag Beg Makanan Comel Tahan Panas Untuk Boboy Dan Gegurl Sebagai seorang ibu tugas siapkan makanan untuk anak dah jadi satu rutin harian Itu mujurlah anak belum ke taska Jika anak dah ke taska alamatnya hari hari kena siapkan...
Mekkah Panas Ekstrem 1 931 Calhaj Semarang Diimbau Perbanyak Minum Air Putih

Mekkah Panas Ekstrem 1 931 Calhaj Semarang Diimbau Perbanyak Minum Air Putih

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 233 hits
Jadi harus diperhatikan benar Semua jemaah sudah diminta untuk menyiapkan mental dan fisiknya agar prima selama menunaikan rukun Islam di Tanah Suci ungkapnya
Isteri Siram Suami Dengan Air Panas Sehingga Mati Kerana Berang Dimadukan Senyap Senyap

Isteri Siram Suami Dengan Air Panas Sehingga Mati Kerana Berang Dimadukan Senyap Senyap

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 492 hits
The ReporterBerang dimadukan seorang wanita bertindak menyiram suaminya dengan air panas sehingga maut Dalam kejadian yang berlaku di Makassar Indonesia suspek Aminah kecewa dan marah selepas mengetahui suaminya Bachtiar 28 bernikah dengan ...
Merapi Keluarkan Awan Panas Guguran Sejauh 1000 Meter

Merapi Keluarkan Awan Panas Guguran Sejauh 1000 Meter

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 228 hits
Kepala Balai Penyelidikan dan Pengembangan Teknologi Kebencanaan Geologi Hanik Humaida mengatakan awan panas guguran terjadi pada Rabu pukul 06 16 WIB
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut