Jika Ambil Gambar Bertiga Seorang Akan Meninggal Ini Jawapan Ustaz Azhar Idrus Buat Ramai Garu Kepala
Pernah dengar tak dulu-dulu kalau kita ambil gambar bertiga, salah seorang akan ma ti. Akibatnya, ramai bila nak ambil gambar je, “Eh tak elok la ambil gambar bertiga, sorang ke tepi dulu“.
Mungkin ramai yang tidak percaya, namun masih ada juga yang memegang kata-kata atau kepercayaan turun termurun ini.
Tension betul kan. Seorang lelaki berani bertanya tentang hukum kepercayaan ini dan berikut jawapan Ustaz Azhar Idrus yang mengejutkan ramai. Baca dan kongsikan
Bahaya apabila bergambar bertiga atau dalam ayat lainnya, ada tiga orang dalam satu gambar. Kesannya membawa kepada kema tian salah seorang daripada individu dalam gambar tersebut. Ma ti percuma hanya kerana bergambar. Mesti pernah dengar larangan ini kan?
Aku sendiri pun pernah dengar tapi tidak meyakinkan aku untuk percaya. Semakin meningkat dewasa, kekerapan mendengar larangan macam ini semakin berkurangan. Mungkin disebabkan peredaran masa yang telah sedikit sebanyak membilas pemikiran orang sekarang.
Apa motif sebenarnya?
Apakah motif yang mengatakan tak boleh? Apa kesan buruknya? Orang dulu-dulu banyak mencipta pantang larang. Diakui, kebanyakan penciptaan pantang larang tersebut untuk tujuan kebaikan. Contohnya; kalau duduk atas bantal, nanti punggung tumbuh bisul.
Moralnya, bantal yang kita guna untuk alas kepala semasa tidur tidak sesuai untuk melapik punggung. Masuk akallah kan? Aku sendiri pun tak sanggup memunggungkan bantal aku. Tapi, kalau ada yang betul-betul dah naik bisul, dijemput kasi maklum sama saya.
Ini jawapan Ustaz Azhar Idrus
Rasa-rasa, ada lagi tak orang yang percaya dengan larangan bergambar bertiga ni. Kalaulah masih ada lagi golongan yang percaya, boleh cuba baca petikan jawapan Ustaz Azhar Idrus di bawah.
Sempoi kan jawapan Ustaz Azhar Idrus ini. ” Haram jika ambil gambar pengantin terdedah aurat, pilih-pilih sikit. Ambil yang tutup aurat sahaja. Tak betul sebab semuanya mati belaka termasuk fotographer”
Sememangnya bernas jawapan beliau. Lebih menarik diselitkan dengan unsur humor sebagaimana biasa beliau menjawab pertanyaan-pertanyaan berkaitan hukum hakam.
Banyak lagi kepercayaan berunsur karut yang orang kita dok percaya. Harapnya dapatlah bezakan yang mana untuk kebaikan dan yang mana untuk kesesatan.
Kesimpulannya, kepercayaan ‘kalau kita ambil gambar bertiga, salah seorang akan ma ti’ sememangnya karut dan tidak boleh dipercayai.
Apa lagi pantang larang yang perlu dilupuskan daripada kepala otak kita? Kasi kongsi sikit…
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber: Etak Salai
The post Jika Ambil Gambar Bertiga, Seorang Akan Meninggal? Ini ‘Jawapan’ Ustaz Azhar Idrus Buat Ramai Garu Kepala appeared first on Suara Viral Malaysia.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://suaraviral.org/jika-ambil-gambar-bertiga-seorang-akan-meninggal-ini-jawapan-ustaz-azhar-idrus-buat-ramai-garu-kepala/