Jho Low Berkuasa Di 1mdb Sekalipun Tiada Jawatan


azrulhakimieBerkuasa putus siapa CEO untuk terajui dana kekayaan berdaulat itu KUALA LUMPUR– Ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low merupakan “man of the company” (kuasa sebenar di syarikat) sekalipun lelaki itu tidak mempunyai jawatan rasmi di 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Mohd Hazem Abd Rahman.
Menurut Mohd Hazem, 47, Jho Low berkuasa memutuskan siapa CEO seterusnya untuk menerajui dana kekayaan berdaulat itu.
Saksi ke-10 pihak pendakwaan itu memberi keterangan semasa pemeriksaan balas oleh peguam Datuk Seri Najib Tun Razak, Wan Aizuddin Wan Mohammed, dalam perbicaraan bekas perdana menteri itu berkaitan 1MDB di Mahkamah Tinggi, di sini hari ini.
Wan Aizuddin merujuk satu e-mel yang dihantar oleh saksi berkenaan kepada Ketua Pegawai Kewangan (CFO) 1MDB Azmi Tahir, yang mana Mohd Hazem menyatakan beliau boleh menyarankan nama Azmi kepada Jho Low sekiranya CFO tersebut berminat menjadi CEO yang seterusnya.
Wan Aizuddin: Anda nyatakan jika Azmi berminat dengan jawatan itu, anda akan cadangkan namanya kepada Jho Low. Adakah anda berbuat demikian selepas itu?
Mohd Hazem: Tidak.
Wan Aizuddin: Jadi, apa yang anda nyatakan di sini ialah Jho Low mempunyai kuasa untuk menentukan siapa yang akan menjadi CEO berikutnya?
Mohd Hazem: Ya.
Saksi itu juga menyatakan beliau tidak mempunyai sebarang masalah berkongsi maklumat dalaman syarikat dengan Jho Low memandangkan lelaki tersebut merupakan “man of the company”.
Mohd Hazem juga bersetuju dengan peguam bahawa Jho Low “menempatkan” kroninya dalam 1MDB, seperti Jasmine Loo (pegawai perundangan 1MDB) dan Jerome Lee Tak Loong (sebahagian daripada pasukan pelaburan 1MDB).
Menurut saksi itu lagi beliau tidak dapat meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap Jho Low dalam mana-mana mesyuarat kerana nama lelaki tersebut perlu diselindung.
Ditanya selanjutnya oleh peguam itu, Mohd Hazem berkata beliau dimaklumkan oleh Jho Low sendiri bahawa namanya (Jho Low) tidak pernah disebut dalam mana-mana mesyuarat rasmi 1MDB.
“Beliau memberitahu saya tentang perkara ini semasa pertemuan kami di Putrajaya ketika saya ditawarkan jawatan ketua pegawai operasi di 1MDB pada 2012. Inilah budaya yang diamalkan. Semua orang tahu dan faham, namanya sama sekali tidak boleh disebut dalam rekod. Perkara ini amat difahami.
“Ini bukan sebarang syarikat. Ini syarikat yang dimiliki kerajaan dan dimiliki oleh seseorang yang mempunyai kuasa paling besar di Malaysia,” kata saksi itu.
Ditanya tentang transaksi wang berbilion ringgit yang dibuat untuk pelbagai projek, Mohd Hazem berkata dalam konteks kewangan dan operasi 1MDB, beliau hanya menuruti arahan Jho Low.
Najib, 67, berdepan empat pertuduhan menggunakan jawatannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB serta 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung esok. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/02/jho-low-berkuasa-di-1mdb-sekalipun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1mdb Dakwa Beliau Bukanlah Bos Tapi Jho Low

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1mdb Dakwa Beliau Bukanlah Bos Tapi Jho Low

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 225 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini diberitahu ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low yang sehingga hari ini gagal dikesan yang sebenarnya mengetuai 1MDB kata bekas Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Mohd Hazem Abdul Rahman Memberi ketera...
Jho Low Known As Pmo In 1mdb Board Meetings Was The Man Ex Ceo Tells Najib S Trial

Jho Low Known As Pmo In 1mdb Board Meetings Was The Man Ex Ceo Tells Najib S Trial

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 190 hits
Low Taek Jho s name was not mentioned in 1Malaysia Development Board board meetings but his instructions were instead described as PMO or the Prime Minister s Office the company s former CEO Mohd Hazem Abd Rahman told the court today Testif...
Tommy Dedah Kegagalan Usaha Untuk Tangkap Jho Low Yang Dikaitkan Dengan Skandal 1mdb

Tommy Dedah Kegagalan Usaha Untuk Tangkap Jho Low Yang Dikaitkan Dengan Skandal 1mdb

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 237 hits
February 2 2021 Bekas peguam negara Tommy Thomas dalam buku memoir terbarunya menyatakan bahawa dia pernah mencadangkan ganjaran diberi kepada pihak yang menangkap ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho Thomas mengatakan dia tidak yakin ...
Ex Ceo Jho Low S Instructions On 1mdb Came From Pm But Couldn T Check Directly With Najib

Ex Ceo Jho Low S Instructions On 1mdb Came From Pm But Couldn T Check Directly With Najib

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 202 hits
Datuk Seri Najib Razak arrives at the Kuala Lumpur High Court February 15 2021 Picture by Shafwan ZaidonKUALA LUMPUR Feb 15 The now fugitive Low Taek Jho s instructions to 1Malaysia Development Berhad s senior management came from then prim...
Ex Ceo Jho Low S Direction On 1mdb Didn T Always Make Financial Sense

Ex Ceo Jho Low S Direction On 1mdb Didn T Always Make Financial Sense

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 189 hits
1MDB TRIAL Low Taek Jho s directions on 1MDB did not always make financial sense the sovereign wealth fund s former CEO Mohd Hazem Abdul Rahman claimed today At the Kuala Lumpur High Court the 10th prosecution witness testified this in rega...
Isteri Jho Low Gagal Dapat Kerakyatan Cyprus

Isteri Jho Low Gagal Dapat Kerakyatan Cyprus

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 226 hits
Ahli perniagaan Low Taek Jho barangkali mendapat reputasi sebagai playboy menerusi hubungannya dengan selebriti seperti Paris Hilton Miranda Kerr dan Elva Hsiao Tapi tak banyak yang diketahui tentang wanita yang menjalinkan hubungan yang la...
Lhdn Saman Sekutu Jho Low Tuntut Bayar Tunggakan Cukai Berjumlah Rm68 Juta

Lhdn Saman Sekutu Jho Low Tuntut Bayar Tunggakan Cukai Berjumlah Rm68 Juta

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 185 hits
08 02 2021 12 55 PM KUALA LUMPUR 8 Feb Kerajaan Malaysia melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri menfailkan saman terhadap Eric Tan Kim Loong yang didakwa sebagai sekutu ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low memintanya membayar ...
Bid By Jho Low S Wife To Seek Safe Haven In Cyprus Scuttled

Bid By Jho Low S Wife To Seek Safe Haven In Cyprus Scuttled

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 147 hits
Fugitive businessperson Low Taek Jho may have earned a playboy reputation from his of celebrities with the likes of Paris Hilton Miranda Kerr and Elva Hsiao But little is known about his long time girlfriend and later wife Jesselynn Chuan T...
Rm67 9m Tax Suit Filed Against Alleged Jho Low Associate

Rm67 9m Tax Suit Filed Against Alleged Jho Low Associate

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 194 hits
Alleged Low Taek Jho associate Tan Kim Loong has been slapped with a government lawsuit seeking RM67 9 million in purported unpaid taxes The government filed the writ of summons against 1MDB linked Tan at the Kuala Lumpur High Court on Jan ...
Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara

Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya

Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Pm Political Stability Making Malaysia Valued Investment Destination

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds

Honor Lancar Empat Peranti Baharu Honor Pad 9 5g Honor X7b 5g Honor Magicbook X 16 Honor Band 9



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Video 2 Helikopter Bertembung Ketika Raptai Di Pangkalan Tldm Lumut

9 Tips Mengajar Murid Kelas Belakang

Status Puasa Qadha Puasa 6 Syawal

Pesawat Helikopter Tldm Di Lumut Terhempas

Lirik Lagu Kembali Pulang Feby Putri Ft Suara Kayu

Filem Memoir Seorang Guru