Jho Low Arah Musnahkan Dokumen Sulit Usaha Sama 1mdb Psi


Ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low mengarahkan supaya maklumat sulit dan sensitif berhubung projek usaha sama antara 1MDB dan PetroSaudi International Ltd (PSI) dimusnahkan kerana jika dokumen itu disalahgunakan akan menggugat kedudukan Najib Razak, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur diberitahu hari ini.
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Halmi, 49, bagaimanapun berkata ada dokumen yang beliau tidak sempat musnahkan sebagaimana arahan Jho Low berkemungkinan kerana beliau terlepas pandang.

Loading… “Bagi setiap dokumen “talking points atau action plan” serta emel-emel yang saya terima daripada Jho Low, beliau akan sentiasa berpesan kepada saya untuk pastikan dokumen-dokumen tersebut dimusnahkan atas alasan ia mengandungi maklumat yang amat sulit dan sensitif dan boleh disalahgunakan untuk menggugat kedudukan Najib secara politik sekiranya ia jatuh ke tangan yang salah,” katanya.
Merujuk kepada “talking points” daripada Jho Low bertajuk “Background – Joint Venture Between PetroSaudi (PSI) and 1MDB”, saksi itu berkata seingat beliau “talking points” itu diberikan kepadanya sebagai menjawab persoalan-persoalan yang perlu pihak 1MDB menjawab kepada rakyat berhubung isu 1MDB.
“Talking points ini mengandungi butiran terperinci usaha sama dengan PSI bermula dengan sejarah penubuhan PSI dan hubungan syarikat PSI dengan Raja Abdullah dan berakhir dengan penamatan perjanjian pinjaman Murabaha.
“Dokumen ini adalah satu contoh talking points yang digunakan oleh Jho Low untuk memastikan segala tindakan yang saya ambil adalah mengikut kehendaknya. Setiap kali dokumen talking points seperti ini diserahkan kepada saya, Jho Low akan memberitahu bahawa isi kandungannya telah dibincangkan dan dipersetujui oleh Najib.
“Saya rasa beliau tidak berbohong mengenai perkara itu kerana kebanyakan masa, saya rujuk semula isi kandungan talking points yang Jho Low serahkan kepada saya, Najib tidak pernah mengatakan beliau tidak setuju dengannya dan hanya akan meminta atau mengarahkan saya untuk mengambil tindakan susulan mengikut kandungan talking points tersebut,” katanya.
Beliau berkata antara talking points” yang diberikan Jho Low kepadanya melalui emel ialah “PetroSaudi Joint Venture 2009 & Murabaha Facility 2010”, “Surat daripada Royal Embassy of Saudi Arabia Kuala Lumpur kepada YAB Dato Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak berkenaan Letter of Support re PetroSaudi International bertarikh 11 May 2011”, dan “Surat daripada Ambassador of Malaysia Kingdom of Saudi Arabia kepada 1MDB berkenaan re: letter of confirmation re PetroSaudi International bertarikh 7 May 2011”.
“Talking points” itu juga mengandungi butiran usaha sama 1MDB-PSI dan disertai surat-surat dari Duta Arab Saudi yang menyokong syarikat PSI, Duta Malaysia ke Arab Saudi yang menyokong Prince Turki dan Tarek Obaid (CEO PSI) yang menyatakan status baik syarikat PSI,” katanya.
Saksi pendakwaan kesembilan itu berkata secara amnya, dokumen-dokumen sokongan itu adalah untuk memberikan keyakinan bahawa PSI adalah syarikat yang mempunyai reputasi yang baik dan boleh dipercayai.
Membacakan penyataan saksi setebal 270 muka surat, Shahrol Azral berkata merujuk kepada “Director Circular Resolution in writing passed pursuant to the Company Article of Association on proposed repayment and termination of murabaha facility agreement dated 20 June 2012” ia bertujuan untuk pembayaran bagi melangsaikan hutang Murabaha PSI dan menamatkan perjanjian Murabaha tersebut.
Katanya transaksi itu diaturkan oleh Jho Low dan diuruskan oleh Jasmine Loo (peguam 1MDB) supaya wang 1MDB yang dipinjamkan kepada PSI boleh dibawa pulang secara berperingkat.
“Berdasarkan action plans yang disalinkan kepada saya melalui emel daripada Jho Low kepada Jasmine Loo, segala tindakan pertukaran Nota Murabaha kepada ekuiti PSOSL (PetroSaudi Oil Services) dan seterusnya ke dalam bentuk fund units telah ditaklimatkan kepada Najib dan dipersetujui oleh beliau,” katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Kanan Gopal Sri Ram pada perbicaraan hari ke-14 kes bekas perdana menteri itu membabitkan dana 1MDB.
Semalam saksi itu memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa Jho Low mencadangkan supaya projek usaha sama antara 1MDB dan PSI yang tidak aktif diubah dari bentuk ekuiti kepada bentuk Nota Murabaha kerana 1MDB tidak boleh menamatkan usaha sama itu begitu sahaja kerana ia melibatkan hubungan dua hala antara Arab Saudi dan Malaysia.
Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.
Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan empat kesalahan rasuah di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di Kuala Lumpur antara 24 Feb 2011 dan 19 Dis 2014 manakala bagi semua pertuduhan pengubahan haram antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013, di tempat sama.
Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2019/09/jho-low-arah-musnahkan-dokumen-sulit-usaha-sama-1mdb-psi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib 1mdb Trial Day 12 Defence Invites The Prosecution To Produce Jho Low In Court

Najib 1mdb Trial Day 12 Defence Invites The Prosecution To Produce Jho Low In Court

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 380 hits
The criminal trial of former prime minister Najib Abdul Razak involving the alleged abuse of power and laundering of 1MDB funds enters its 12th day at the High Court in Kuala Lumpur Malaysiakini brings you live reports of the proceedings Su...
Najib S Lawyer In 1mdb Trial Get Jho Low Here So He Can Be Quizzed

Najib S Lawyer In 1mdb Trial Get Jho Low Here So He Can Be Quizzed

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 363 hits
The Malaysian authorities should recover fugitive businessman Low Taek Jho in order to question him regarding the 1Malaysia Development Berhad fiasco instead of having witnesses tell the court what he had said a lawyer said today Datuk Seri...
1mdb Jho Low Tahu Selok Belok Rumah Najib Boleh Order Milo Ais

1mdb Jho Low Tahu Selok Belok Rumah Najib Boleh Order Milo Ais

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 322 hits
Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi KUALA LUMPUR Ahli Perniagaan dalam buruan Low Taek Jhow atau Jho Low didakwa sangat rapat dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarganya Malah Jho Low dikatakan begitu akrab dan san...
Jho Low Latih Bekas Ceo 1mdb Sebelum Disoal Pac

Jho Low Latih Bekas Ceo 1mdb Sebelum Disoal Pac

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 261 hits
Bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB telah diarahkan oleh Najib Razak supaya meninggalkan negara untuk mengelakkan prosiding Jawatankuasa Kira Kira Wang Negara di Parlimen pada 2015 Mahkamah di Kuala Lumpur diberitahu hari ini Shahrol Azral I...
Najib 1mdb Trial Najib Never Told 1mdb To Follow Jho Low

Najib 1mdb Trial Najib Never Told 1mdb To Follow Jho Low

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 346 hits
Former Prime Minister Datuk Seri Najib Razak never told the 1Malaysia Development Board management to follow directives from fugitive businessman Low Taek Jho aka Jho Low The Kuala Lumpur High Court heard today Tuesday September 24 2019 tha...
1mdb Trial Defence Accuses Amhari Of Working With Jho Low From The Start

1mdb Trial Defence Accuses Amhari Of Working With Jho Low From The Start

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 309 hits
The defence and a witness for the 1Malaysia Development Bhd trial clashed at the High Court here when the witness was accused of working with fugitive financier Low Taek Jho to defraud 1MDB Datuk Seri Najib Razak s lead counsel Tan Sri Muha...
Ex 1mdb Chief Rm2 93bil Loaned To Jho Low S Company Without My Approval

Ex 1mdb Chief Rm2 93bil Loaned To Jho Low S Company Without My Approval

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 315 hits
Datuk Seri Najib Abdul Razak at the Kuala Lumpur Courts Complex AZMAN GHANI The StarKUALA LUMPUR An executive director of 1Malaysia Development Bhd who is currently at large went behind his boss s back by signing an agreement between 1MDB a...
Produksi Filem Anak Tiri Najib Terima Rm38 Juta Daripada Jho Low

Produksi Filem Anak Tiri Najib Terima Rm38 Juta Daripada Jho Low

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 312 hits
Red Granite Pictures syarikat produksi Hollywood yang menerbitkan filem The Wolf of Wall Street milik anak tiri Datuk Seri Najib Tun Razak Riza Shahriz Abdul Aziz menerima AS 9 juta sebagai pendahuluan untuk mengeluarkan filem daripada Good...
Pemilihan Bersatu Dedah Wujud Kem Tidak Sebulu Muhyiddin

Building An Inclusive Economy

Isu Ruu Mufti Wilayah

Pemuda Merangkak Belajar Solat Undang Sebak Dia Telah Buka Jalan Ke Pintu Syurga

Gisbh No Proof Of Links To Political Leaders Home Ministry Says

Stroke Survivors Terus Dapat Preskripsi Benzodiazepin Yang Membimbangkan

Budget 2025 Looking Beyond The Material World

Adik Mak Lampir Jadi Penjamin Aliff Aziz


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Di Hatiku Ada Kamu Viu Malaysia

5 Jenis Bantuan Sosial 100 Percuma Yang Disediakan Negara Luar

10 Fakta Biodata Pelakon Fattah Amin Bekas Suami Fazura Penyanyi Lagu Wanita Terakhir Juara Hero Remaja 2011 2012

10 Fakta Biodata Pelakon Fazura Bekas Isteri Fattah Amin Foto Dulu Sekarang

ABPBH 2024 Keputusan Pemenang Calon Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 36 Siaran Live Di TV3 Tonton 11 Oktober


Lirik Lagu Lemah Dayang Nurfaizah

Anwar Mesti Beri Respon Terhadap Dakwaan Shamsul

Arghpiez Tentang Dia Chord

Apa Itu Tepung Sagu Kegunaan Dan Manfaatnya Pada Kesihatan

Yogurt Farm Fresh Sedap

First Look The 2025 Ktm Freeride E Electric Dirt Bike