Produksi Filem Anak Tiri Najib Terima Rm38 Juta Daripada Jho Low


Red Granite Pictures, syarikat produksi Hollywood yang menerbitkan filem The Wolf of Wall Street, milik anak tiri Datuk Seri Najib Tun Razak, Riza Shahriz Abdul Aziz, menerima AS$9 juta (kira-kira RM38 juta) sebagai pendahuluan untuk mengeluarkan filem daripada Good Star Ltd, syarikat ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low.
Berdasarkan kepada dokumen yang dikemukakan dalam perbicaraan kes Najib melibatkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dinyatakan bahawa sejumlah AS$9 juta telah dibayar kepada “Red Granite Productions, Inc.” melalui akaun di City National Bank Los Angeles.

Loading… Ia dinyatakan sebagai “pendahuluan bagi filem Wolf of Wall Street untuk ACHL” bertarikh 10 September 2012.
Perkara ini didedahkan di Mahkamah Tinggi di sini apabila bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, 49, disoal Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram semasa pemeriksaan utama.
Sri Ram: Dokumen ini menunjukkan pemilik Good Star ialah Jho Low. Adakah kamu tahu mengenainya sebelum ini?
Shahrol Azral: Saya tidak tahu.
Sri Ram: Semasa pendedahan mengenai 1MDB, adakah kamu terjumpa syarikat dengan nama Red Granite?
Shahrol Azral: Ya. Saya membaca mengenai Red Granite.
Sri Ram: Apa yang kamu baca?
Shahrol Azral: Ia merupakan pengeluar filem The Wolf of Wall Street. Red Granite yang menggunakan wang yang didakwa disalurkan daripada 1MDB.
Sri Ram: Itu satu dakwaan?
Shahrol Azral: Ya.
Semasa merujuk kepada dokumen lain bertarikh 2011, Sri Ram menyoal Shahrol Azral sama ada beliau mengetahui tentang syarikat yang berpangkalan di California itu menerima sejumlah wang daripada Good Star melalui (syarikat perbankan swasta) RBS Coutts, yang dijawab saksi sebagai tidak tahu.
Sri Ram kemudian menunjukkan satu lagi dokumen bertarikh 10 September 2012, yang saksi maklumkan beliau tidak pernah melihatnya.
Sri Ram: (merujuk kepada dokumen) US$9 juta ke Red Granite daripada Good Star. Kamu nampak tak?
Shahrol Azral: Ya.
Sri Ram menunjukkan dokumen lain kepada saksi berkaitan daftar ahli Red Granite yang menyatakan satu-satunya ahli syarikat itu ialah Riza Shahriz Abdul Aziz.
Sri Ram: Kamu tahu siapa dia?
Shahrol Azral: Dia anak tiri Najib.
Sri Ram: Tetapi kamu tidak pernah melihat dokumen ini sebelum ini?
Shahrol Azral: Saya tidak pernah melihatnya sebelum ini.
Sri Ram: Sekarang saya tunjukkan satu lagi dokumen yang saya pasti kamu tidak pernah lihat. Ini merupakan daftar pengarah Red Granite. Ia menunjukkan Riza Shahriz Abdul Aziz sebagai pengarah tunggal.
Shahrol Azral: Ya.
Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.
Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan empat kesalahan rasuah di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di sini antara 24 Februari 2011 dan 19 Disember 2014 manakala bagi semua pertuduhan pengubahan haram antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013 di tempat sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung Isnin ini. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2019/09/produksi-filem-anak-tiri-najib-terima-rm38-juta-daripada-jho-low/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Milo Ais Jho Low Bukti Anda Rapat Dengan Najib

Milo Ais Jho Low Bukti Anda Rapat Dengan Najib

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 831 hits
Minuman Milo panas Milo ais dan Milo ais bertopping serbuk Milo popular di Malaysia Tidak lama lagi satu lagi minuman Milo baru akan memasuki pasaran iaitu Milo Ais Jho Low Hari ini di mahkamah DPP Dato Gopal Sri Ram bertanya saksi Dato Sha...
Najib 1mdb Trial Day 12 Defence Invites The Prosecution To Produce Jho Low In Court

Najib 1mdb Trial Day 12 Defence Invites The Prosecution To Produce Jho Low In Court

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 347 hits
The criminal trial of former prime minister Najib Abdul Razak involving the alleged abuse of power and laundering of 1MDB funds enters its 12th day at the High Court in Kuala Lumpur Malaysiakini brings you live reports of the proceedings Su...
1mdb Jho Low Tahu Selok Belok Rumah Najib Boleh Order Milo Ais

1mdb Jho Low Tahu Selok Belok Rumah Najib Boleh Order Milo Ais

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 293 hits
Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi KUALA LUMPUR Ahli Perniagaan dalam buruan Low Taek Jhow atau Jho Low didakwa sangat rapat dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarganya Malah Jho Low dikatakan begitu akrab dan san...
Nasib Rm 1 25 Billion Anak Tiri Najib Bakal Ditentukan 6 December

Nasib Rm 1 25 Billion Anak Tiri Najib Bakal Ditentukan 6 December

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 265 hits
Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini menetapkan 6 Dis untuk pengurusan kes Riza Shahriz Abdul Aziz anak tiri kepada bekas perdana menteri Najib Razak yang didakwa atas tuduhan pengubahan wang haram berjumlah AS 248 juta hasil daripada p...
Serbuan Ke Apartmen Jho Low Hasil Bantuan Bekas Pembantu Najib

Serbuan Ke Apartmen Jho Low Hasil Bantuan Bekas Pembantu Najib

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 275 hits
KES NAJIB 1MDB Amhari Efendi berkata beliau telah membawa SPRM ke unit apartmen milik Low pada 27 Jun 2018
Najib S Ex Aide Led Macc To Raid On Jho Low S Apartment

Najib S Ex Aide Led Macc To Raid On Jho Low S Apartment

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 245 hits
NAJIB TRIAL The MACC s raid on fugitive businessperson Low Taek Jho s apartment at 3 Kia Peng in Kuala Lumpur was based on information provided by former prime minister Najib Abdul Razak s ex aide Amhari Efendi Nazaruddin Testifying during ...
Jho Low Beri Cek As 100 Juta Derma Daripada Keluarga Diraja Saudi

Jho Low Beri Cek As 100 Juta Derma Daripada Keluarga Diraja Saudi

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 182 hits
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa ahli perniagaan yang menjadi buruan Low Taek Jho atau Jho Low menyerahkan empat keping cek berjumlah AS 100 juta yang didakwa sebagai derma daripada keluarga diraja Saudi kepada Tabung Amanah Yayas...
Najib S Lawyer In 1mdb Trial Get Jho Low Here So He Can Be Quizzed

Najib S Lawyer In 1mdb Trial Get Jho Low Here So He Can Be Quizzed

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 329 hits
The Malaysian authorities should recover fugitive businessman Low Taek Jho in order to question him regarding the 1Malaysia Development Berhad fiasco instead of having witnesses tell the court what he had said a lawyer said today Datuk Seri...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan


Apakah Semua Musik Itu Haram

Motivating Remote Teams

Mengenali Ciri Individu Toksik Tempat Kerja Toksik

Pertiwi Trending Boikot Bangkit Usahawan Bumiputera Tv Pertiwi 23 04 2024

Piala Presiden 2024 Senarai Pasukan Format

Saff One Zaidie Shidee Izmir Zoul Dzikri Sor Maaf Raya Kosong Kosong Chord