Jeruk Madu Pak Ali Buah Tangan Dari Penang
Jeruk Madu Pak Ali Buah Tangan Dari Penang. Saya belum sampai ke Penang pun, tapi kawan-kawan saya ramai yang dah berulang alik ke Penang. Tak apa, belum ada rezeki lagi. Tapi kami selalu dapat jeruk madu pak Ali yang popular tu. Orang tak sampai tapi pelbagai jeruk dah rasa. Anak saya yang kecil tu pun rombongan sekolahnya dah sampai ke Penang. Hehe....
Bagi peminat jeruk, memang rambang mata nak beli yang mana satu? Macam-macam jeruk ada..
Antara jeruk yang dijual adalah dari buah guava, mangga, buah pala, buah salak, betik, bawang putih, cherry, asam kelubi, sengkuang dan banyak lagi. Pilih je mana yang berkenan.
Jeruk Madu Pak Ali Buah Tangan Dari Penang
Antara jeruk yang kawan bawa dari Penang, buah tangan untuk kami. Jeruk buah pala dengan jeruk mangga muda. Saya tak berapa suka dengan buah pala, jadi tak makan sangat. Kalau jeruk mangga muda memanglah faveret..
Inilah rupa bungkusan jeruk madu mangga muda saya. Memang sedap, cukanya pun tak terasa sangat.. terima kasih sahabatku yang pemurah..
Ada juga rakan-rakan saya yang meniaga jeruk madu pak ali bagi yang sukakannya. Beli banyak dan jual semula kat sini, memang macam pisang goreng panas.
Jeruk dan segala macam benda alah masam ni orang perempuan suka. Makan masa bila tu? Masa mengantuk kat opis la.. atau yang sedang berbadan dua pun tak kalah juga. Untuk hilangkan loya.
Tapi nak makan jeruk dan makanan yang di awetkan dengan perisa dan pewarna tiruan.. kenalah jaga-jaga. Ditakuti kesannya kepada kesihatan pula.
Sekadar berkongsi info je.
Selamat membaca, Sebarkan bahagia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aynorablogs.com/2019/07/jeruk-madu-pak-ali-buah-tangan-dari.html