Jerman Umum Persiapan Perang




BERLIN – Jerman membentangkan pelan persiapan untuk menghadapi kemungkinan perang tercetus di Eropah, lapor saluran berita CNN kelmarin.
Persiapan itu adalah yang pertama seumpamanya oleh Berlin sejak era Perang Dingin.
Sebuah dokumen setebal 67 muka surat berjudul Arahan Rangka Kerja Pertahanan yang dikeluarkan minggu lalu menggariskan transformasi menyeluruh dalam kehidupan rakyat Jerman sekiranya perang berlaku.
Ia adalah petunjuk terbaru bahawa Jerman akan mengubah kerangka keselamatan dan ketenteraannya susulan perang Russia ke atas Ukraine selepas Berlin berpaksikan dasar antiperang tanpa berganjak sejak Perang Dunia Kedua.
Berdasarkan garis panduan kecemasan baharu itu, kerahan tenaga mandatori akan kembali berkuat kuasa, manakala buruh mahir berumur lebih 18 tahun perlu melakukan beberapa pekerjaan termasuk di kedai roti dan pejabat pos.
Mereka dilarang daripada berhenti kerja.
Khidmat tenaga profesional termasuk doktor, ahli psikologi, jururawat dan doktor haiwan boleh diserap untuk membantu tentera.

Pelan kecemasan Berlin itu turut menyebut tentang pelaksa­naan catuan makanan sekiranya negara berdepan situasi sukar.
Kerajaan akan menyimpan stok makanan dan menyediakan rakyat dengan satu hidangan panas sahaja pada setiap hari untuk tempoh masa yang tidak didedahkan.
Antara makanan yang berada dalam senarai rizab persekutuan termasuk beras, kekacang dan susu pekat.
Sumber utama lain seperti petrol dan minyak pula boleh dicatu berdasarkan sistem kupon jika bekalan terhad.
Dokumen sama menggariskan langkah perlindungan awam termasuk mengubah stesen kereta api bawah tanah menjadi kubu sementara dan menyediakan hospital untuk kemasukan besar pesakit.
Menurutnya, apabila perang meletus, rakyat Jerman tidak boleh mengharapkan bantuan kerajaan pada kadar segera ke­rana kemusnahan akan berlaku serentak di berbilang lokasi.
Kerajaan juga mempunyai kuasa untuk memindahkan orang ramai ke kawasan lain sekiranya keadaan memaksa.
Menteri Dalam Negeri, Nancy Faeser berkata, Jerman perlu melakukan persiapan sebaik mungkin untuk menghadapi pencerobohan tentera Russia.
“Pencerobohan Russia di Ukraine mengubah sepenuhnya situasi keselamatan di Benua Eropah, terutamanya blok Kesatuan Eropah (EU) timur dan anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) seperti di negara Baltic.
“Konflik ini turut melibatkan ancaman hibrid seperti serangan siber, pengintipan dan penyebaran maklumat palsu,” katanya.
Rancangan masa perang Jerman yang dikemas kini itu di­umumkan ketika Presiden Russia, Vladimir Putin membentangkan ancaman keselamatan berterusan terhadap Eropah.
Perkembangan itu berlaku ketika perang Ukraine memasuki tahun kedua dan tiada tanda akan berakhir sekali gus meningkatkan kebimbangan bahawa konflik itu berlanjutan dan mengheret penglibatan NATO.
Pada Rabu lalu, Menteri Pertahanan Jerman, Boris Pistorius seperti dipetik oleh akhbar Der Spiegel berkata: “Kita mesti bersedia untuk berperang menje­lang tahun 2029.”
“Kita tidak boleh percaya bahawa Putin akan berhenti di sempadan Ukraine apabila beliau mara sejauh itu,” tambahnya.
Sumber : KOSMO!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penaminang.com/2024/06/jerman-umum-persiapan-perang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kabinet Perang Israel Dibubar

Kabinet Perang Israel Dibubar

papar berkaitan - pada 19/6/2024 - jumlah : 141 hits
BAITULMUQADDIS Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu membubarkan Kabinet Perang yang merangkumi enam anggota kata pegawai Israel pada Isnin Pembubaran itu adalah satu langkah yang dijangka berikutan pengunduran bekas jeneral berhaluan t...
Nadin Amizah Di Akhir Perang Chord

Nadin Amizah Di Akhir Perang Chord

papar berkaitan - pada 17/6/2024 - jumlah : 311 hits
F F F perlahan akan B ku ajarkan cara F menanam menuai baik B buruk di dunia G m C ku warnai tanganmu yang mati G m biar kau lihat dunia C tak lagi menyakiti B dan ku bisikkan asal A m kau tahu bagaimana B D m rasanya bahagia sepenuhnya C F...
Video Tegas Presiden Jokowi Ajak Rakyat Perang Serukan Berantas Judi Online

Video Tegas Presiden Jokowi Ajak Rakyat Perang Serukan Berantas Judi Online

papar berkaitan - pada 13/6/2024 - jumlah : 183 hits
Jokowi meminta masyarakat agar menggunakan uang yang dimiliki untuk modal usaha atau ditabung
Cek Persiapan Hut Ke 79 Ri Jokowi Besok Bertolak Ke Ikn

Cek Persiapan Hut Ke 79 Ri Jokowi Besok Bertolak Ke Ikn

papar berkaitan - pada 3/6/2024 - jumlah : 142 hits
Jokowi bakal mengecek persiapan IKN jelang perayaan Hari Ulang Tahun ke 79 RI
Persiapan Ikut Pilkada Sekda Depok Mulai Kemas Kemas Barang Dari Ruang Kerja

Persiapan Ikut Pilkada Sekda Depok Mulai Kemas Kemas Barang Dari Ruang Kerja

papar berkaitan - pada 4/6/2024 - jumlah : 1675 hits
Dengan diterimanya surat CLTN Supian pun mengemas barang barang pribadinya dari ruang kerjanya
Intip Persiapan Fasilitas Jemaah Saat Puncak Haji Di Arafah Muzdalifah Dan Mina

Intip Persiapan Fasilitas Jemaah Saat Puncak Haji Di Arafah Muzdalifah Dan Mina

papar berkaitan - pada 7/6/2024 - jumlah : 283 hits
Saat ini seluruh maktab sedang menyiapkan beragam kelengkapan jemaah haji di tenda
Begini Persiapan Petugas Menjelang Pelaksanaan Puncak Ibadah Haji Yang Tinggal 10 Hari Lagi

Begini Persiapan Petugas Menjelang Pelaksanaan Puncak Ibadah Haji Yang Tinggal 10 Hari Lagi

papar berkaitan - pada 6/6/2024 - jumlah : 376 hits
Kementerian Agama terus mempersiapkan pelaksanaan puncak ibadah haji di kawasan Arafah Muzdalifah dan Mina Kota Mekkah Arab Saudi
The Enigmatic Blue Holes Of Saudi Arabia Hidden Wonders Beneath The Red Sea

Do You Think It S Suitable To Give Money As A Gift

Muka Berjerawat Kena Elak Makanan Ini

Dr888 12 December Dr888 Top 73 By Sofia

Mendaki Bukit Panorama Di Sungai Lembing

Apa Chatgpt Kata Tentang Blog Ruggedmom Com

Dato M N46ir Cipta 3 Lengkapkan Trilogi Konsert

Malaysia Airlines A330neo Pesawat Baharu Lebih Canggih Selesa Jimat Bahan Api


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Makan Salmon Grill Kat Der Cabin Seri Alam

Chelsea Idam Final Kedua Dalam Tiga Bulan Fluminense Intai Kejutan

Sokupi Port Mengopi Santai Dan Croffle Sedap Di Kuala Pilah

Urus Niaga Dibatalkan Surat Baharu Dihantar Menuju Ke Arah Kekacauan Perdagangan Kalendar Pedagang Untuk 7 9 Jun

James Jacob Vanessa Chord

Rapid Transit System Tarikh Operasi Simbol Asean