Jerebu Negara Rugi Rm1 5 Bilion


Unit Kesihatan Awam, Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (i-Medik) RM410 juta kos rawatan penyakit akibat jerebu,RM203 juta untuk MC
FENOMENA jerebu adalah keadaan di mana terdapat partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar yang terapung-apung di udara. Ia berlaku disebabkan oleh kesan daripada aktiviti manusia seperti pembakaran terbuka, asap dari kilang-kilang dan juga kenderaan. Disebabkan kewujudan partikel yang banyak di udara dan berkelompok, maka ia boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi sehingga mengurangkan jarak pandangan mata kasar

Jerebu juga mengandungi gas-gas pencemaran lain seperti karbon monoksida, nitrogen dioksida, sulfur dioksida, ozon dan pelbagai lagi gas berbahaya mengikut jenis punca jerebu tersebut. Jerebu yang sedang dialami Malaysia selama beberapa minggu kebelakangan ini disebabkan oleh pembakaran secara terbuka di Indonesia dan beberapa tempat di Malaysia yang tidak terkawal sehingga menyebabkan pembakaran hutan yang meluas

Indeks pencemaran udara (IPU) digunakan untuk mengukur kepadatan gas-gas pencemaran dan partikel-partikel dalam udara ini sehingga ke saiz 2.5 micron atau lebih kecil dari rambut yang dibelah tiga. Partikel yang terawang-awang di udara terdiri daripada pelbagai saiz. Partikel ini dikenali sebagai particulate matter (PM) mempunyai saiz di antara 2.5 μm (PM2.5) hingga 10 μm (PM10). IPU dilabelkan sebagai selamat 0-50, sederhana 51-100, tidak sihat 101-200, tidak sihat 201-300 dan berbahaya untuk lebih 300. Darurat boleh diisytiharkan jika bacaan IPU melebihi 500

Bagi PM, saiz sekecil ini mampu untuk memasuki paru-paru malah boleh menembusi kapilari darah sekiranya ianya lebih kecil daripada 1 micron sekaligus mengakibatkan masalah kesihatan. Ia boleh menyebabkan keradangan kepada paru-paru secara akut mahupun secara kronik jika terdedah pada suatu tempoh masa yang lama. Menurut Brook et al., reaksi tubuh terhadap inhalasi partikel ternafas berlaku melalui dua cara. Cara pertama adalah melalui tindak balas langsung dan tidak langsung partikel ternafas ke atas kardiovaskular, tekanan darah, kerintangan insulin dan tisu adipos. Cara kedua adalah tindak balas tubuh secara akut, sub-akut dan kronik

Kajian epidemiologi mendapati pendedahan habuk bersaiz PM2.5 selama satu hingga dua hari boleh mengakibatkan tekanan darah sistolik meningkat sebanyak 2.8 mmHg. Baccarelli et al. Mendapati, tekanan darah sistolik dalam kalangan pemandu dan pekerja pejabat meningkat sebanyak 0.98 mmHg bagi setiap kenaikan 10 µg/m3 kepekatan habuk PM10. Brook et al. pula mendapati, pendedahan habuk PM2.5 mempunyai hubungan dengan peningkatan tekanan darah diastolic sebanyak 3.6 mmHg walaupun hanya selama 2 jam pendedahan

Selain itu, kajian epidemiologi kes-kawalan di Rom, Itali mendapati paras purata kolesterol lipoprotein berketumpatan tinggi atau High-Density Lipoprotein (HDL) dan trigliserida (TG) meningkat dalam kalangan responden yang terdedah pada partikel asap trafik berbanding kumpulan kawalan. Di North Carolina, Amerika Syarikat, kajian mendapati setiap kenaikan 1 µg/m3 partikel akan meningkatkan paras trigliserida (TG) dan kolesterol berketumpatan rendah atau low- density cholesterol (LDL), masing-masing sebanyak 4.8 peratus dan 1.2 peratusdaripada paras normal selepas terdedah pada partikel pencemar udara ternafas di Bandar selama 12 minggu

Antara kesan lain ke atas kesihatan manusia adalah sesak nafas, asma, mata berair dan kadang-kadang menyebabkan sakit kepala. Kajian Shahwahid menunjukkan kadar pesakit ke klinik dan hospital pada 2013 bertambah secara ketara semasa jerebu sehingga 30 perats kerana batuk-batuk, gatal mata, kabur pandangan dan gatal tekak. Othman pula melaporkan kadar kemasukan ke hospital di Selangor dan Kuala Lumpur bagi penyakit jangkitan paru-paru, serangan jantung, asma dan tekanan darah tinggi sehingga 63 peratus, semasa tempoh jerebu pada tahun 2005 hingga 2006

Baru-baru ini, Ketua Perkhidmatan Oftalmologi Kementerian Kesihatan, Dr Nor Fariza Ngah berkata, peningkatan sebanyak 20 hingga 30 peratus pesakit di klinik mata kerajaan bagi mendapatkan rawatan mata akibat jerebu dan kebanyakannya seperti alergi konjungtivitis yang tidak berjangkit, tetapi menyebabkan ketidakselesaan seperti mata merah dan berair. Sementara itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, fasiliti kesihatan di seluruh negara sentiasa bersiap siaga dalam menangani sebarang peningkatan mendadak akibat situasi semasa ini

Oleh itu, pesakit jantung dan paru-paru kronik, warga emas, wanita mengandung dan kanak-kanak dinasihatkan supaya mengurangkan aktiviti di luar bangunan. Sekiranya terpaksa berada di luar, pendekkan tempoh berada di luar bagunan. Mereka dinasihati untuk memakai topeng muka terutamanya jenis N95 yang paling berkesan untuk menapis udara. Namun, topeng muka biasa masih boleh dipakai daripada tidak menggunakan perlindungan pernafasan bagi mengurangkan risiko

Selain itu, jerebu juga menurunkan produktiviti dan kualiti hidup masyarakat disebabkan tidak dapat keluar bekerja manakala murid-murid tidak dapat pergi ke sekolah bagi mengelak ancaman asap jerebu. Sehingga tulisan ini sahaja, 210 buah sekolah sekitar Selangor ditutup pada 17 September 2019 yang melibatkan puluhan ribu murid-murid dan pelajar-pelajar. Ini pastinya mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah

Selain itu, rakyat tidak lagi dapat keluar dengan selamat dan bebas untuk aktiviti luar samada bekerja, bersukan, melancong mahupun berurus niaga. Rata-rata rakyat menghabiskan cuti panjang baru-baru ini hanya dengan duduk di rumah sahaja. Malah, pendapatan peniaga-peniaga di tempat perlancongan seperti Port Dickson dan penarik beca di Melaka juga terjejas kira-kira 60 peratus akibat jerebu yang melanda negara

Kesan ekonomi kepada negara dapat dilihat melalui kos perubatan yang meningkat sehingga RM119 juta untuk kemasukan wad dan RM410 juta untuk kos rawatan penyakit berkaitan jerebu. Manakala, RM203 juta kerugian akibat cuti sakit oleh pekerja-pekerja dan RM958 juta kerugian dari kehilangan pendapatan (Othman 2016). Secara tidak langsung ia akan menyebabkan kurangnya pendapatan negara dari cukai, aliran tunai dan kedatangan pelancong asing ke Malaysia

Kesan jerebu tidak seharusnya dilihat hanya kepada simptom yang dialami pesakit-pesakit tetapi juga kesan sosial, peluang ekonomi dan penggunaan perbelanjaan kerajaan untuk menangani isu-isu berkaitan jerebu. Semakin lama jerebu dibiarkan berlaku, pastinya semakin teruk kesannya kepada masyarakat dan negara. Lantaran itu cegahlah sebelum menjadi parah

*Dr Abdul Rahman Ramdzan, MPH (UKM), DrPH candidate*Dr Mohd Ihsanuddin Abas, MPH (UKM), DrPH candidateUnit Kesihatan Awam, Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (i-Medik)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/09/jerebu-negara-rugi-rm15-bilion.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rampasan Dadah Terbesar Negara Kokain Dalam Arang Batu Bernilai Rm 2 4 Bilion Dirampas Di Pulau Pinang

Rampasan Dadah Terbesar Negara Kokain Dalam Arang Batu Bernilai Rm 2 4 Bilion Dirampas Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 422 hits
George Town Polis berjaya merampas 12 tan kokain dicampur arang batu bernilai RM 2 4 bilion dalam tiga kontena di Terminal Kargo Utara Butterworth daripada satu sindiket penyeludupan dadah antarabangsa pada 10 September lalu Ketua Polis Neg...
Keadaan Jerebu Di Seluruh Negara Beransur Pulih

Keadaan Jerebu Di Seluruh Negara Beransur Pulih

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 259 hits
KUALA LUMPUR 20 Sept Keadaan jerebu bertambah baik hampir di kesemua kawasan pada tengah malam ini berbanding petang tadi dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara terus mencatatkan penurunan Bagaimanapun Sri Aman di Sarawak masih lagi mencatat...
Jual Aset Lagi Khazanah Jual Pusat Perubatan Prince Court Rm1 02 Bilion Tunai

Jual Aset Lagi Khazanah Jual Pusat Perubatan Prince Court Rm1 02 Bilion Tunai

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 339 hits
Khazanah Nasional Berhad mengumumkan hari ini akan menjual Pusat Perubatan Prince Court di Kuala Lumpur pada nilai RM1 02 bilion secara tunai Jualan itu berlaku selepas setahun Khazanah membeli hospital berkenaan daripada Petronas Menurut p...
Rugi Besar Kalau Korang Ketinggalan Promo Bento Onigiri Rm1 00 Dekat Mynews Ni

Rugi Besar Kalau Korang Ketinggalan Promo Bento Onigiri Rm1 00 Dekat Mynews Ni

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 525 hits
Hello Assalamualaikum Haritu aku ada cerita dekat IG pasal Nasi Lemak singgit kemain suka korang eh Yela seringgit kot masa zaman semua benda mahal sekarang ni nak makan sehari pun kena spend minimum RM10 So bila ada peluang nak dapatkan be...
Jerebu Berleluasa Seluruh Negara Beb

Jerebu Berleluasa Seluruh Negara Beb

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 278 hits
Assalamualaikum Ira tak nak cakap banyak Korang sendiri tahu sekarang ni bukan negara Malaysia je yang sesak dengan asap jerebu Seluruh negara MasyaAllah Semoga segalanya dipermudahkan Apa solution untuk asap jerebu ni Apa yang Ira tahu Pih...
Cegah Pencucian Uang Kemenkeu Gandeng Dukcapil Saat Lelang Barang Milik Negara

Cegah Pencucian Uang Kemenkeu Gandeng Dukcapil Saat Lelang Barang Milik Negara

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 199 hits
Kementerian Keuangan akan menggandeng Direktorat Jenderal Kependudukan dan Pencatatan Sipil dalam pemakaian Kartu Tanda Kependudukan untuk lelang Hal tersebut dilakukan untuk menghindari pencucian uang oleh peserta lelang
Wanita Saudi Kebebasan Keluar Negara

Wanita Saudi Kebebasan Keluar Negara

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 285 hits
Wanita Arab Saudi bebas keluar negara akhir tahun ini NEW YORK Wanita Arab Saudi akan dibenarkan keluar negara tanpa kebenaran saudara lelaki seawal tahun ini di bawah rancangan reformasi undang undang lapor laman berita DailyMail semalam M...
Kit Siang Risau Perpaduan Umno Pas Buat Keadaan Negara Huru Hara

Kit Siang Risau Perpaduan Umno Pas Buat Keadaan Negara Huru Hara

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 297 hits
Lim Kit Siang KUALA LUMPUR Seperti kebiasaannya Penasihat DAP Lim Kit Siang akan menuding jari terlebih dahulu kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam apa sahaja perkara yang berlaku termasuk perpaduan ummah antara UMN...
Akademisi Dan Peneliti 6 Negara Bahas Riset Hingga Teknologi Di Aceh

Akademisi Dan Peneliti 6 Negara Bahas Riset Hingga Teknologi Di Aceh

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 195 hits
Sebanyak 500 akademisi dan peneliti dari enam negara mengikuti the 9th Annual International Conference di Universitas Syiah Kuala Aceh Kegiatan dalam rangka Milad Unsyiah ke 58 ini berlangsung di Gedung AAC Dayan Dawood Darussalam Banda Ace...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya