Jepun Mahu Berkongsi Pengalaman Kepakaran Urus Risiko Bencana


BH ONLINE Duta Jepun Ke Malaysia, Takahashi Katsuhiko. - Foto fail NSTP KUALA LUMPUR: Kerajaan Jepun menyatakan hasrat berkongsi pengalaman dan kepakaran di bidang pengurusan risiko bencana dengan Malaysia dalam usaha mengurangkan kesan bencana ke atas manusia di peringkat global.
Duta Besar Jepun ke Malaysia, Takahashi Katsuhiko berkata, Negara Matahari Terbit itu berharap untuk membangunkan kerjasama selanjutnya dengan Malaysia dalam bidang pengurusan risiko bencana yang akan menjadi tonggak penting kerjasama antara kedua-dua negara.
"Seperti banjir besar yang melanda Malaysia baru-baru ini, saya harap kita dapat menjalin kerjasama lebih lanjut memandangkan kerajaan Jepun giat berkongsi pengalaman dan kepakaran sedemikian di peringkat global dalam usaha mengurangkan kesan bencana kepada rakyat di seluruh dunia," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media Misi Bantuan Pascabanjir Kedutaan Jepun dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) di Pusat Pelancongan Malaysia di sini hari ini.
Takahashi berkata, penilaian lanjut diperlukan untuk mewujudkan strategi jangka panjang dalam kerjasama pengurusan risiko bencana antara kedua-dua negara.
"Masih terlalu awal untuk menyatakan secara khusus apa yang kita (kerajaan Jepun) boleh tawarkan... Kita perlu berbincang dengan kerajaan Malaysia bagi mengetahui apa yang boleh dilaksanakan di sini," katanya.
Sementara itu, Takahashi berkata, Malaysia dan Jepun sudah melalui hubungan dua hala yang sangat baik melalui Dasar Pandang ke Timur yang akan menyambut ulang tahun ke-40 tahun ini.
Beliau berkata, dasar berkenaan menyediakan peluang untuk mengeratkan lagi hubungan menerusi program latihan dan interaksi di peringkat akar umbi serta pertukaran budaya dalam kalangan rakyat Malaysia dan Jepun.
"Saya yakin hubungan ini terus berkembang pada tahun mendatang dan saya tidak sabar-sabar untuk berbincang dengan rakan-rakan Malaysia cara meningkatkan hubungan ini untuk generasi masa depan," katanya.
Takahashi menghadiri majlis Misi Bantuan Pascabanjir iaitu kerjasama antara Kedutaan Jepun dan MOTAC, Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun, Alumni Program Persahabatan ASEAN-Jepun Abad Ke-21 Malaysia dan Homestay Malaysia.
Misi yang dirasmikan oleh Takahashi dan Ketua Setiausaha MOTAC Datuk Noor Zari Hamat telah mengumpul sejumlah RM150,000 dan akan diagihkan dalam bentuk wang tunai dan bantuan banjir di lapan lokasi di Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan pada esok dan Ahad. – BERNAMA



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/jepun-mahu-berkongsi-pengalaman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keluarga Ismail Sabri Gagal Urus Bencana

Keluarga Ismail Sabri Gagal Urus Bencana

papar berkaitan - pada 26/12/2021 - jumlah : 197 hits
Sebab itu saya katakan harus ada suruhanjaya teliti semula seluruh dasar peranan dan tindakan diambil supaya kita tidak berulang dalam hal ini ujarnya dalam satu kenyataan Beliau mengimbas kembali ketika berlaku banjir pad
Bri Peduli Salurkan Bantuan Tanggap Bencana Banjir Aceh Utara

Bri Peduli Salurkan Bantuan Tanggap Bencana Banjir Aceh Utara

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 141 hits
BRI Peduli Salurkan Bantuan Tanggap Bencana Banjir Aceh Utara BRI mengambil langkah cepat dengan memberikan bantuan tanggap bencana dengan menyalurkan bantuan paket sembako kepada masyarakat terdampak Bantuan disalurkan langsung di lima tit...
68 Kejadian Bencana Alam Terjadi Pada Pekan Pertama Awal 2022

68 Kejadian Bencana Alam Terjadi Pada Pekan Pertama Awal 2022

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 178 hits
Dari seluruh bencana alam itu mengakibatkan tujuh orang meninggal dunia 15 luka luka dan 140 620 jiwa terdampak serta mengungsi Selain itu sebanyak 528 rumah rusak yang terdiri atas 46 rusak berat 72 rusak sedang dan 410 rusak ringan
Kumpulan Syarikat Suria Klcc Memberi Sumbangan Kepada Pihak Hospital Yang Terkesan Dengan Bencana Banjir

Kumpulan Syarikat Suria Klcc Memberi Sumbangan Kepada Pihak Hospital Yang Terkesan Dengan Bencana Banjir

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 341 hits
KUMPULAN SYARIKAT SURIA KLCC MEMBERI SUMBANGAN KEPADA PIHAK HOSPITAL YANG TERKESAN DENGAN BENCANA BANJIR Assalammualaikum semua Baru baru ini kita semua dikejutkan dengan berita tentang bencana banjir yang melanda Semenanjung Malaysia Kali ...
Rm967 2 Juta Diperuntuk Pemulihan Kawasan Bencana Ismail Sabri

Rm967 2 Juta Diperuntuk Pemulihan Kawasan Bencana Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 202 hits
Oleh SEBANYAK RM967 2 juta diperuntukkan kerajaan bagi inisiatif pemulihan kawasan bencana sepanjang monsun timur laut 2021 2022 yang melanda negara Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata terdapat 895 lokasi bencana telah di...
104 Lokasi Bencana Di Jalan Persekutuan Jalan Negeri

104 Lokasi Bencana Di Jalan Persekutuan Jalan Negeri

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 182 hits
WARTA RAKYAT JABATAN Kerja Raya memaklumkan 104 lokasi bencana membabitkan Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri direkodkan berlaku di sembilan negeri sehingga 10 pagi ini Menerusi infografik dalam laman Twitter Cawangan Senggara Fasiliti Jala...
Apakah Dungu Susah Hidup Perpecahan Bencana Banjir Petanda Bala Percaya Lebai Penipu

Apakah Dungu Susah Hidup Perpecahan Bencana Banjir Petanda Bala Percaya Lebai Penipu

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 185 hits
Sila dengar sebuah lagi lagu oleh seorang anak muda kita Memang bencana alam menimpa semua negara atas muka bumi Allah swt Kata pepatah Melayu Laut mana yang tidak berombak bumi mana yang tidak ditimpa hujan Tetapi bukan semua manusia abad ...
Tidak Boleh Bergantung Kepada Pengeluaran Kwsp Setiap Kali Bencana Pakar

Tidak Boleh Bergantung Kepada Pengeluaran Kwsp Setiap Kali Bencana Pakar

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 232 hits
KUALA LUMPUR 9 Jan Pengeluaran i Citra RM10 000 wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk mereka yang terjejas dalam bencana banjir baru baru ini bukan satu jalan penyelesaian yang baik untuk mangsa mangsa banjir kata pakar berkait...
Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Strengthening Digital Citizenship In Malaysia S Fasih Digital Initiative

Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Mp Bahalul Ni Nak Apa Sebenarnya

Telaga Semulajadi Antara Terdalam Dia Dunia

Jika Anda Sering Mengalami Sakit Belakang Atau Sukar Tidur Anda Perlu Cari Tilam Yang Sesuai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nippon Sushi Dan Myviets Melancarkan Menu Istimewa Sempena Ramadan

Pill Box

Selamat Tinggal 0176076730

Importance Of Domain Valuation

6 Ciri Ciri Yang Dicari Lelaki Daripada Seorang Wanita

Lirik Lagu Bae Sobar Bae Raya Den Manjo Deqnee Dn Man Khan Rosalinda