Jenis Tanda Sempadan



 TANDA SEMPADAN

6.0  Pengenalan

Sempadan sesuatu lot itu terdiri daripada tanda-tanda sempadan yang dianggap disambung oleh garis lurus bagi menentukan kedudukan setiap unit tanah dan juga keluasan yang dibendungnya.

Pemasangan tanda sempadan hendaklah dibuat dengan kemas di dalam tanah  dan bahagian atas hendaklah berada  pada ketinggian tidak melebihi lapan sentimetet di atas permukaan tanah .Pemasangan tanda sempadan  di atas permukaan lain hendaklah  dibuat  dengan jelas dan kekal .

 6.1  Penandaan Sempadan

Setiap tanda sempadan hendaklah ditanam sebelum atau semasa ukuran dijalankan dengan mengunakan tanda-tanda sempadan yang ditetapkan oleh jabatan. .Tanda sempadan hendaklah ditanan dengan kemas di dalam tanah dan bahagian atasnya
berada pada ketenggiaan yang sesuai di atas permukaan tanah . Penandaan sempadan diatas permukaan keras seperti batu atau konkrit hendaklah dibuat dengan jelas secara kekal



6.2  Tanda sempadan baru

Tanda sempadan baru  hendaklah ditanam seberapa hamper yang boleh dari  kedudukan stesen terabas dan sewajarnya tidak melebihi  300 meter berdasarkan kepada  koordinat yang ditetapkan  dalam pelan pra hitungan atau dalam pelan surihan kerja luar .

6.3   Tanda sempadan baru di atas garisan asal

Jika tanda sempadan baru perlu ditanam di atas garisan lama , memadai tanda sempadan tersebut ditanam  berdasarkan kepada bering  dalam pelan  pra hitungan  atau koordinat asal  (NDCDB) .

 Had  pembezaan bering baru yang dikira dengan bering asal hendaklah tidak  melebihi  20 saat .

6.4   Jarak antara  tanda sempadan

Tanda sempadan  di atas  garisan yang lurus  hendaklah  ditanam  pada  sela  tidak  melebihi  300 meter  jika  tanda  -tanda tersebut  saling  nampak .  Jika tidak saling nampak sela tidak melebihi  200 meter . dan  Jarak minimum antara tanda  sempadan  adalah   0.1  meter  .

6.5   Jenis  - jenis tanda  sempadan

Batu konkrit

Batu konkrit yang panjangnya 600 mm  dengan  garis  pusat  75 mm dan menpunyai tanda tebuk bagi titik stesen .Bagi batu konkrit  yang ditanam  oleh JUPEM  satu pengenalan bertulis “JUP” dicetak  di bahagian atas permukaan batu

Rajah 6.5.1  Batu Konkrit
Bagi batu konkrit  yang ditanam oleh Jurukur Tanah  Berlesen    permukaan atas tiada menpunyai  apa -  apa pengenalan  ,   Batu bernombor hendaklah  dibeli  daripada JUPEM Negeri  yang berkenaan 

Tiang konkrit

Tiang konkrit bertetulang  yang panjangnya  1200 mm  hingga 1800 mm berbentuk selinder dengan  garis pusat  tidak  kurang  70 mm  dan  menpunyai  tanda  tebuk bagi titik  stesen 

Rajah 6.5.2  Tiang Konkrit
Batu granit

Batu granit berbentuk empat segi  dengan  ukuran  80 mm lebar , 120 mm panjang dan 600 mm tinggi .Menpunyai  tanda tebuk bagi titik stesen .



Rajah 6.5.3   Batu granit

Tanda atas batu

Ditandakan di atas permukaan  batu  dengan cara  menebuk  lubang sebagai  tanda stesen  dan satu pentunjuk anak  panah  dipahat  menghala ke lubang tersebut  .
Rajah 6.5.4 Tanda Atas Batu

Paip besi

Paip besi

Paip besi panjangnya tidak kurang  900 mm  dengan bergaris pusat  diantara  25 mm hingga 50 mm 
Sebaik – baik disadur dengan logam yang tahan karat  dan lubang paip dibahagian  atas hendaklah ditutup  sebaik –baik dengan konkrit  yang  menpunyai tanda bagi titik  stesen

Jika keadaan   tanah  yang  berpasir  , berlumpur  dan juga  keadaan  yang  berpaya .ia dibiarkan  terkeluar  6 inci  daripada  permukaan tanah


6.      Pepaku  besi

 Paku yang  panjangnya  tidak kurang  55 mm  dan bergaris pusat 8 mm.Kepala paku hendaklah  bergaris pusat  15 mm  dan menpunyai penutup  bergarispusat 46mm serta menpunyai tanda pada titik stesen .
Rajah 6.5.6 : Pepaku Besi

6.6   Peralatan yang digunakan  untuk menanam  batu konkrit baru

1.      Total station

2.      Dua Prisma  dan kaki tiga

3.      Rantai ukur atau  pita  ukur

4.      Pancang  jajar  yang  dilekatkan  dengan  prisma

5.      Piket   kayu  dan  tukul

6.      Alat pengorek

6.7   Menanam Batu Baru atas garisan .

Terdapat dua cara menanam batu baru atas garisan  iaitu :

Menanam batu baru  atas garisan secara langsung

Untuk kerja – kerja  menanam  tanda  sempadan  yang  mana kedudukan  tanda  sempadan  antara  lot bersebelahan  menpunyai nilai  bering yang sama maka  kaedah  menanam  tanda  sempadan  atas  garisan  biasanya  dipraktikan .

Cara ini  mudah  dan  cepat  dilaksanakan  .Dengan   cara  ini  alat tidak perlu dipindahkan setiap tanda  sempadan  yang  hendak  ditanam .

Jika tanda-tanda sempadan baru hendak ditanam di atas satu garisan, maka tanda-tanda tersebut hendaklah dibuktikan berada dalam satu garisan. Jumlah jarak mestilah ditunjukkan di atas muka gambarajah apabila tanda baru ditanam di atas garisan asal. Jumlah jarak tidak perlu ditunjukkan apabila tanda baru ditanam di atas garisan baru.

Kaedah  ini  boleh  dijalankan  jika garisan  sempadan  lama  dapat dicerap  terus  dari hujung  ke  hujung  .

Menanam batu baru atas garisan secara tidak langsung

Kaedah ini dijalankan jika garisan sempadan lama tidak  dapat dicerap  secara  terus  dari hujung  ke  hujung , maka ukuran terabas piket  perlu dijalankan  dari batu lama ke batu lama yang lain    dan   batu   baru ditanam dari piket secara kiraan offset .


6.8   Proses kerja

1.      Ukuran Tinjauan

Tinjauan ke atas kawasan yang hendak diukur adalah perlu untuk mendapatkan gambaran keseluruhan kawasan. Hasil tinjauan ini membolehkan perancangan dibuat dan mengenalpasti keperluan mengenai pengukuran yang hendak dijalankan


2.      Pemilihan Datum

Permilihan  datum  yang baik adalah  berpandukan  kepada suatu   garisan bering  dan jarak  yang diakui betul dan mengikut syarat – syarat datum  dan  garisan ini akan  menjadi  garisan  rujukan  untuk  suatu  pengukuran  . Datum   juga  digunakan   untuk  mencari koordinat tetap  . Oleh itu  permilihan  datum  yang  betul  adalah  sangat mustahak untuk memulakan  sesuatu  kerja

Ciri – ciri datum  yang mencukupi ialah

Dua tanda (  batu  sempadan ) yang  bersebelahan   dibuktikan  betul dengan  cara terabas  dan  hitungan  dan  cerapan  azimut ( cerapan  matahari ) supaya betul   pada kedudukannya .

Tiga tanda  ( batu sempadan ) dua daripada nya  bersebelahan   , dibuktikan betul oleh pengukuran   sudut  dan  jarak atau   dengan  cara  terabas  dan  hitungan .

3.      Membuat  terabas  kelas pertama

Terabas  kawalan adalah satu garisan penyambungan sebelum memulakan sesuatu kerja selepas  pencarian datum. . Terabas  mestilah   memenuhi    syarat pengukuran  terabas  kelas pertama  .Terabas hendaklah merangkumi   keseluruhan  kawasan  pengukuran  .

4.        Hitungan

Proses ini kami lakukan di pejabat bagi menyemak samada kerja ukur terabas yang telah kami jalankan mengikut kelas ukuran yang telah ditetapkan dan mengira offset batu  sempadan yang akan ditanam dan terabas kelas pertama yang telah dibuat



5.      Menanam  batu sempadan baru

o   EDM dipasang distesen yang diketahui dan prisma dipasang sebagai bacaan bering belakang. Bering belakang diset dan bukaanya adalah mengikut kepada pelan pra-hitungan yang dibekalkan
.
o   Jarak secara kasar diambil dengan menggunakan pita ukur, jarak juga boleh diambil dengan menganggarkan satu langkah bersamaan satu meter. Jarak yang diambil mestilah segaris dengan bering yang dibuka.

Garis dipastikan betul dengan memegang kayu dan cermin prisma dipegang diatas kayu tersebut untuk mendapatkan jarak

Apabila jarak yang diperolehi kurang daripada 0.100 m, maka lubang akan digali.  Anggaran kasar yang digunakan ialah satu jangkal dianggarankan 0.200m.

o   Prisma didirisiapkan dengan keadaan satu kakitiga ke belakang dan segaris dengan EDM. Dua belah lagi berada diatas. Ini adalah bagi memudahkan pelarasan jarak bagi menentukan kedudukan yang tepat, lubang yang digali adalah berpandukan kepada titik yang diperolehi.

Jarak akan dibaca sekali lagi dan arahan panjang pendek akan diberikan oleh juruukur. Contohnya jika jarak yang dikehendaki ialah 8.000m dan jarak yang dibaca ialah 7.900m, maka panjang 0.100m akan diarahkan.

Jika jarak yang dikehendaki melebihi sebanyak 0.015m, maka kekunci kakitiga dilaraskan samada naik atau turun bergantung pada arahan.


Manakala bagi jarak yang kurang daripada 0.015m pula pelarasan jarak hanyalah memerlukan pelarasan dengan mengerakkan tapak prisma samada kehadapan atau kebelakang bergantung pada arahan panjang pendek.

Arah garisan bering juga ditetapkan serentak semasa pengarasan jarak menggunakan tapak prisma  . Arah ditentukan berpandukan arahan dari juruukur samada ke kiri atau ke kanan.

Sebelum sesuatu jarak yang tepat dibaca, gelembung udara juga mesti dilaras semasa dua proses diatas disiapkan.

Jarak maksimum dan minimum yang boleh diterima semasa pengukuran ialah 0.002m .Setelah  kedudukan yang dikehendaki diperolehi, maka piket atau batu sempadan ditanam berpandukan silangan garis stadia yang dilihat melalui “optical plummet”.

6.9  Kesimpulan

Tanam batu  merupakan salah satu daripada kerja ukur hakmilik untuk menerbitkan lot yang baru iaitu  pecahan dari lot lama.  Kejituan dan ketepatan dalam pengukuran perlu dititikberatkan agar kesilapan semasa kerja-kerja pengukuran dapat dielakkan.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bahyudin.blogspot.com/2012/08/sempadan-6.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Taylor Swift Derma Rm1 Juta Tanda Sokongan Kepada Kesha

Taylor Swift Derma Rm1 Juta Tanda Sokongan Kepada Kesha

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 175 hits
Penyanyi Taylor Swift menderma sebanyak RM1 05 juta dalam menyatakan sokongannya terhadap rakan artis Kesha yang kini sedang berhadapan kes mahkamah berikutan dakwaan serangan seksual yang dihadapinya Taylor memberikan sumbangan itu atas da...
Virus Ebola Tanda Dan Kesannya

Virus Ebola Tanda Dan Kesannya

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 113 hits
Virus Ebola Tanda dan Kesannya Penyakit Virus Ebola yang sebelum ini dikenali sebagai demam berdarah Ebola berisiko menyebabkan kematian sehingga 90 peratus apabila dijangkiti EVD pertama This is a content summary only Visit my website for ...
Tanda Tanda Perempuan Ketika Sedang Terangsang

Tanda Tanda Perempuan Ketika Sedang Terangsang

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 156 hits
Perempuan terangsang Lalu apa saja tanda tanda yang muncul ketika tubuh perempuan sedang terangsang Beberapa perempuan kadang memiliki titik rangsangan yang berbeza beza namun sebahagian besar perempuan mudah teransang ketika diberikan rang...
Tanda Tanda Seseorg Itu Curang

Tanda Tanda Seseorg Itu Curang

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 151 hits
CURANG Menurut kamus dewan edisi ke4 curang bermaksud tak jujur tak setia dgn pasangan dan mnjalinkan hubungan dgn org lain dulu sayang skng awak dulu b skng cik bab kalau ade call msti lambat nk angkat kdng2 dua tiga kali call bru angkat b...
Tanda Tanda Kerosakan Ginjal

Tanda Tanda Kerosakan Ginjal

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 195 hits
KEROSAKAN GINJAL Buah pinggang ginjal kidney adalah benda yg sama Misunderstanding yg kerap aku dapati ialah masyarakat berfikir kalau buah pinggang rosak simptom nya ialah sakit pinggang sakit pada kedudukan anatomi buah pinggang Sebenarny...
Berikut Sepuluh Tanda Tanda Kiamat Yang Besar Sudahkah Kita Bersedia

Berikut Sepuluh Tanda Tanda Kiamat Yang Besar Sudahkah Kita Bersedia

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 276 hits
Isi Kandungan Sepuluh Tanda tanda Kiamat Yang Besar daripada Huzaifah bin Asid Al Ghifari ra berkata Datang kepada kami Rasulullah saw dan kami pada waktu itu sedang Klik link untuk bacaan selanjutnya
22 Tanda Kiamat Makin Hampir

22 Tanda Kiamat Makin Hampir

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 223 hits
1 Sembahyang diabaikan 2 Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan buku gambar risalah atau film 3 Rakyat menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pen...
10 Tanda Si Dia Jodoh Kita

10 Tanda Si Dia Jodoh Kita

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 128 hits
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita 1 Bersahaja Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon Cuba perhatikan cara dia berpakaian cara percakapan cara ketawa serta cara makan dan minum Adakah ia spontan...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Libur Nataru Di Indonesia Kapan Saja

Floating Market Melaka Tarikan Lokasi Waktu Operasi

Kain Anduh Saiz Kegunaan Dan Jenis Balutan

Hidalgo Teruja Selepas Jaringan Hatrik Puas Bantu Sri Pahang Fc Ke Separuh Akhir Piala Malaysia