Jenis Jenis Kegemukan Yang Di Kenalpasti Ya Kah
Baru aku tahu dapat tahu kegemukan ini ada banyak jenis. Ingatkan gemuk itu hanya ada satu jenis sahaja iaitu kegemukan yang di sebabkan pemakanan yang berlebihan dan tak teratur sahaja. Jenis-jenis kegemukan yang di kenalpasti adalah gemuk air, gemuk toksin, gemuk lemak dan gemuk angin. Nanti aku perincikan punca dan tanda kegemukan yang di sebutkan tu... huhu
Jenis-jenis Kegemukan Yang Di Kenalpasti.... Ya Kah?
Selama ini bagi aku, gemuk is a gemuk @ fat. Tak ada pula ku terfikir jenis-jenis gemuk yang berlainan. Kalau sudah di kenalpasti anda di tahap gemuk yang mana, lagi mudah nak mengatasi kegemukan dan mengawal agar gemuk itu dapat di kawal dan seterusnya di turunkan beratnya... Ya tak? Atau cuma mitas saja fakta jenis-jenis gemuk ni... Wallah'hualam
Jenis-jenis Kegemukan Yang Di Kenalpasti.... Ya Kah?
- 1- GEMUK AIR
Punca Gemuk Air- Terlalu kerap makan makanan berserat- Suka makan makanan tinggi perisa- Suka makan makanan tinggi garam- kurang minum air masak
Tanda Gemuk Air- Cepat sejuk walau suhu aircond biasa-biasa je- Berat naik mendadak- Badan besar isi lembik- Diet nasi berat badan tak turun
- 2 - GEMUK LEMAK
Punca Gemuk Lemak- Banyak makan makanan bersantan dan berminyak- Makan nasi berlebihan- Suka makan lewat malam- Suka tidur lepas makan- Kurang aktiviti bergerak
Tanda Gemuk Lemak- Cepat berpeluh- Tak padan suhu aircond walaupyn orang lain dah sejuk menggigil-Gelap di celah pelipat
- 3 - GEMUK ANGIN
Punca Gemuk Angin- Suka minum air berais- Suka makan makanan sejuk- Tidur tidak pakai stokin- Suka mandi lewat malam- Tidak pernah berurut- tidak pernah makan jamu
Tanda Gemuk Angin- Selalu sendawa atau kentut- Berbadan besar- Badan tidak bertenaga/lesu- Selalu rasa kebas kaki tangan- Bila bangun pagi, kaki rasa menyucuk-nyucuk
- 4 - GEMUK TOKSIN
Punca Gemuk Toksin- Kurang minum air kosong- Sistem Penghadaman tidak lawas
Tanda Gemuk Toksin- Sembelit- Kurang membuang- Selera makan bertambah- Berat susah turun selagi sembelit tidak lawas- Badan besar, boleh jadi isi pejal atau lembik di sebabkan gemuk toksin dan menyebabkan terjadi gemuk lemak dan gemuk air
Anda di kategorikan dalam kegemukan yag mana...., sekiranya berbadan gempal atau gebu. Pada yang kategori kurus dan keding tak perlulah jawab... hihi! Apapun kategori kegemukan anda, sekiranya dapat mengawal pemakanan dan mengamalkan pemakanan sihat nescaya di jauhi dari punca dan tanda-tanda yang tersebut di atas. Percayalah
Seterusnya anda perlu mengamalkan pemakanan sihat dan menyeimbangkan kalori makanan yang di ambil. Caranya dengan mengamalkan diet suku-suku separuh. Ramai yang telah berjaya mengawal kegemukan dan menurunkan berat badan dengan cara ini. Buktinya boleh di lihat di dalam group FB suku suku separuh tau...
Nak dapatkan pelbagai informasi di blog ini, klik SINI
p/s: Bila dah tak di kategori gemuk lagi, selain kesihatan terjaga, wajah nampak makin muda dari usia, lebih cerah dan lebih berkeyakinan dengan keterampilan yang menarik.. huhu
#sumber group fb platform resepi dan petua
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.huhahuhajerr.com/2020/02/jenis-jenis-kegemukan-yang-di-kenalpasti-ya-kah.html