Ibu mengandung pula perlu tahu status resus diri sendiri. Status resus ataupun rhesus factor (Rh) ialah sejenis protein yang diwarisi yang terletak pada permukaan sel darah.Jika darah anda mengandungi protein tesebut, anda berstatus Rh positif manakala jika anda tidak mempunyai protein tersebut, anda berstatus Rh negatif.Kebanyakan ibu mempunyai status Rh positif. Walau bagaimanapun, masalah akan timbul jika ibu tersebut mempunyai status Rh negatif.Ibu yang mempunyai Rh negatif tidak akan mengalami apa-apa komplikasi kesihatan. Walau bagaimanapun, ia boleh mempengaruhi kandungan anda.Jika anda mempunyai Rh negatif dan anak anda pula Rh positif, badan anda akan menghasilkan sejenis protein yang dipanggil antibodi Rh yang boleh bergerak melepasi plasenta dan memusnahkan sel darah merah bayi.Kondisi ini boleh menyebabkan anemia yang boleh mengancam nyawa. Oleh itu, penting untuk para ibu melakukan pemeriksaan darah ketika kandungan mencecah minggu ke-28.Ibu yang mengalami kondisi ini memerlukan jagaan yang rapi ketika hamil.Walau bagaimanapun, keadaan ini boleh diatasi jika ibu melakukan pemeriksaan darah dan juga mengambil suntikan RhoGAM ataupun Rh immune globulin injection ketika mengandung.Elak daripada terkena beberapa jenis penyakitTahukah anda jenis darah anda juga boleh sebabkan anda mengalami risiko yang lebih besar untuk menghidap beberapa jenis penyakit?Sebagai contoh, penyelidik di Harvard School of Public Health mendapati bahawa:Individu yang mempunyai darah jenis B mempunyai 10% risiko yang lebih tinggi untuk menghidap penyakit yang berkaitan dengan arteri. Individu yang mempunyai darah AB pula 23% lebih berisiko.Individu dengan jenis darah A pula 5% lebih berisiko untuk menghidap penyakit arteri koronari (coronary artery disease) daripada individu yang mempunyai darah jenis O.Individu jenis darah O mempunyai risiko yang paling rendah untuk menghidap penyakit jantung.Kajian yang sama juga menyatakan:Individu jenis darah AB mempunyai risiko strok yang lebih tinggi.Individu jenis darah A lebih berisiko untuk mendapat kanser perut.Diabetes jenis 2 tidak berlaku dengan kerap dalam kalangan individu yang mempunyai darah jenis O.Disebabkan pakar masih lagi menjalankan kajian, penting untuk anda tahu jenis darah supaya anda lebih faham tentang risiko anda untuk menghidap beberapa jenis penyakit.Apabila anda faham tentang risiko ini, lebih mudah untuk anda lakukan tindakan mitigasi yang bersesuaian.Derma darah dan bantu insan lain yang lebih memerlukan
Lebih mudah untuk anda bantu orang lain jika anda tahu jenis darah anda. Tambah lagi, hospital di seluruh negara sentiasa mencari penderma.Mereka juga akan memanggil individu yang mempunyai jenis-jenis darah yang sesuai untuk tampil ke hadapan bagi menderma jika terdapat individu yang sakit tenat ataupun mengalami kemalangan.Kadangkala, mereka akan panggil individu dengan jenis darah yang spesifik untuk derma darah.Jika anda tahu jenis darah anda, lebih mudah untuk anda tampil menolong individu yang memerlukan. Ini sangat penting ye :)|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |