Jenayah Siber Kerugian Rm64 Juta Dalam Tempoh 3 Bulan Bagi Tahun 2019


https://i1.wp.com/pakdin.my/wp-content/uploads/2019/03/20190320-jenayah-siber-64juta.jpg?fit=600%2C400&ssl=1
CYBERJAYA - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memperkukuhkan kerjasama bagi membendung dan memerangi jenayah siber dengan menubuhkan Jawatankuasa Jenayah Siber PDRM-SKMM.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mazlan Mansor berkata, jawatankuasa itu menjadi platform rasmi dalam mengerakkan usaha bersepadu memerangi ancaman jenayah siber seperti sindiket Macau Scam yang merekodkan nilai penipuan "ratusan juta ringgit".

Katanya, jawatankuasa itu akan merangka gerak kerja dan tindakan memerangi ancaman jenayah siber seperti penyamaran; cetak rompak digital; judi dalam talian; hasutan; ugutan; berita palsu termasuk status di laman sosial berkaitan kaum dan agama yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

"Jika tidak ditangani dengan efisien, kadar kerugian mangsa penipuan siber mungkin akan terus meningkat, ditambah lagi sikap masyarakat yang mudah dijadikan mangsa dan hanya membuat laporan polis setelah ditipu,” katanya dalam sidang media bersama Pengerusi SKMM Al-Ishsal Ishak selepas bermesyuarat hampir dua jam di SKMM, di sini hari ini.

Menurut Mazlan, kerugian mangsa akibat jenayah siber pada 2017 adalah RM266 juta dan meningkat kepada RM398 juta pada tahun lepas, dan kerugian yang direkodkan bagi tiga bulan pertama tahun ini pula menjangkau RM64 juta.

Mengenai isu berkaitan kaum dan agama yang semakin menjadi-jadi di media sosial, Mazlan berkata, tindakan yang mungkin hanya untuk "mengusik" itu boleh membawa padah kepada individu terbabit kerana perbuatan memuat naik status yang mengganggu sensitiviti dipantau 24 jam sehari.

Melalui kerjasama dengan SKMM, katanya, ia dapat memantapkan usaha PDRM memburu dan menahan individu yang memuat naik status sedemikian yang sebelum ini mungkin sukar ditangkap jika mereka memadam atau menggunakan profil berlainan ketika melakukan jenayah itu.

"Jangan hendak cuba-cuba sebab kita ada undang-undang yang boleh digunakan bagi mengambil tindakan dan tangkapan akan dilakukan dengan lebih pantas dengan penubuhan jawatankuasa ini," katanya.

Sementara itu Al-Ishsal berkata, SKMM akan memberikan komitmen sepenuhnya dalam usaha membanteras jenayah siber bagi melindungi pengguna internet dalam negara termasuk dalam isu berkaitan ketenteraman awam di media sosial.

Mengenai sama ada SKMM menyekat penularan video insiden tembakan yang berlaku di dua masjid di Christchurch, New Zealand di internet dan media sosial, beliau berkata perkara itu dilakukan sendiri oleh pengendali-pengendali platform media sosial.

Al-Ishsal berkata, SKMM juga tidak bercadang menyekat permainan "games" peperangan dalam talian selagi kandungan permainan itu mematuhi peraturan atau undang-undang yang ditetapkan. Isu permainan dalam talian termasuk PlayerUnknown’s Battleground (PUBG) menjadi perhatian selepas segelintir pihak mendakwa permainan berunsur penembakan secara dalam talian itu mirip insiden serangan bersenjata di Christchurch, sehingga mengorbankan 50 nyawa. - Bernama




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://blog.daengselili.space/2019/03/blog-post_74.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FvMNZX+%28%D8%AF%D9%85%D9%8A+%D9%85%D9%84%D8%A7%D9%8A%D9%88+%D9%84%D9%88%DA

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tahun Politik Hambat Program Satu Juta Rumah Di 2019

Tahun Politik Hambat Program Satu Juta Rumah Di 2019

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 313 hits
Pembangunan program satu juta rumah saat ini tengah tersendat Direktur Jenderal Penyediaan Perumahan Kementerian Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat Khalawi Abdul Hamid mengatakan sampai sekarang masih banyak pengembang properti yang menaha...
Kursus Kepimpinan Prs Siri 1 Tahun 2019

Kursus Kepimpinan Prs Siri 1 Tahun 2019

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 398 hits
Kursus Kepimpinan PRS Siri 1Tarikh 16 3 2019Anjuran Unit Bimbingan dan KaunselingMurid yang berpotensi ini dikenal pasti dan diberikan latihan khusus dalam komunikasi dan kepimpinan dikenali sebagai ahli Pembimbing Rakan Sebaya di sekolah O...
Kejohanan Olahraga Mssj Kali Ke 52 Tahun 2019 Majlis Perasmian Pembukaan

Kejohanan Olahraga Mssj Kali Ke 52 Tahun 2019 Majlis Perasmian Pembukaan

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 453 hits
Kejohanan Olahraga MSSJ kali ke 52 tahun 2019 Majlis Perasmian Pembukaan Petang ni ke Stadium Educity Wakil Ketua Sektor ke majlis perasmian pembukaan ni Selesai je sempat gi nengok team statistik Kami jadi penyelaras untuk MSSM kelak Tengo...
10 Tempat Cantik Untuk Girls Trip Tahun 2019

10 Tempat Cantik Untuk Girls Trip Tahun 2019

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 947 hits
Jika ada sesiapa di luar sana yang memahami keperluan perjalanan dan keutamaan anda menemui tempat yang indah membeli belah untuk cenderahati menikmati makanan tempatan dan nampak seronok ketika melakukan semua itu bersama kawan kawan anda ...
Bph Migas Realisasi Penyaluran Premium 1 8 Juta Kiloliter Hingga Februari 2019

Bph Migas Realisasi Penyaluran Premium 1 8 Juta Kiloliter Hingga Februari 2019

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 267 hits
Kepala BPH Migas Fanshurullah Asa mengatakan dalam Anggaran Pendapatan Belanja Negara 2019 kuota BBM Penugasan atau Premium ditetapkan 11 juta kilo liter
Sandiaga Janji Turunkan 2 Juta Pengangguran Dalam Lima Tahun

Sandiaga Janji Turunkan 2 Juta Pengangguran Dalam Lima Tahun

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 285 hits
Calon Wakil Presiden nomor urut 02 Sandiaga Uno menyoroti persoalan angka pengangguran di Indonesia Salah satunya karena kualitas tenaga kerja yang masih kalah dibanding negara lain Jika dipercaya memimpin Indonesia Sandiaga berjanji menuru...
Umur Baru 21 Tahun Sudah Ada Rumah Rm104 2 Juta Koleksi Kereta Mewah Rm7 8juta

Umur Baru 21 Tahun Sudah Ada Rumah Rm104 2 Juta Koleksi Kereta Mewah Rm7 8juta

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 567 hits
Fuh macam tak masuk akal kekayaan yang dimiliki Kylie Jenner Bayangkan baru saja berusia 21 tahun tapi sudah memiliki segala galanya yang diimpikan setiap wanita Cantik kaya terkenal berjaya dan paling penting mempunyai keluarga bahagia ber...
Maggi Kpm Mulakan Pencarian Chef Muda Berbakat Ke 23 Bagi Tahun 2019

Maggi Kpm Mulakan Pencarian Chef Muda Berbakat Ke 23 Bagi Tahun 2019

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 420 hits
Hi Korang Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI kembali buat tahun ke 23 berturut turut Sebagai satu inisiatif bersama MAGGI dan Kementerian Pendidikan Malaysia MSSCC tahun ini akan mempertingkatkan mutu pertandingan dengan menerapkan...
Sandiaga Pertanyakan Perkembangan 17 Juta Dpt Bermasalah Untuk Pemilu 2019

Sandiaga Pertanyakan Perkembangan 17 Juta Dpt Bermasalah Untuk Pemilu 2019

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 265 hits
Cawapres nomor urut 02 Sandiaga Salahuddin Uno mempertanyakan penyelesaian temuan 17 juta Daftar Pemilih Tetap yang bermasalah Sandiaga ingin penyelenggara Pemilu segera menyelesaikan masalah DPT tersebut
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord