Jenayah Siber Bil Tnb Tumpuan Dewan Rakyat


 Ahli Parlimen juga ingin tahu strategi kerajaan mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.
Sidang Dewan Rakyat kali ini dijadual berlangsung 24 hari. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Isu jenayah siber, kos sara hidup, dan perubahan struktur bil elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) antara perkara akan dibangkitkan pada sidang Dewan Rakyat
Menurut aturan urusan mesyuarat di portal Parlimen, Chong Zhemin (PH–Kampar) akan mengemukakan soalan kepada menteri dalam negeri mengenai bilangan kes jenayah siber dilaporkan sepanjang 2024 serta langkah kementerian meningkatkan tahap keselamatan digital rakyat.
Hamzah Zainudin (PN–Larut) pula akan bertanya kepada menteri kewangan mengenai strategi kerajaan mengurangkan beban kos sara hidup rakyat, berikutan jumlah hutang negara yang kini mencecah RM1.5 trilion.
Beliau turut menyentuh unjuran Bank Dunia yang menjangkakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada 2025 menurun kepada 3.9% serta situasi negara yang berdepan tarif timbal balik Amerika Syarikat.
Turut dijangka menjadi perhatian ialah soalan Takiyuddin Hassan (PN–Kota Bharu) yang meminta menteri peralihan tenaga dan transformasi air menjelaskan mengenai perubahan struktur bil elektrik TNB yang tidak lagi menggunakan kadar bertingkat bagi pengguna domestik.
Beliau juga ingin mengetahui sama ada mekanisme baharu itu akan memastikan keadilan kos, kecekapan penggunaan tenaga, dan pengekalan subsidi bersasar untuk golongan B40 dan M40.
Selain itu, Chong Chieng Jen (PH–Stampin) pula mengemukakan soalan kepada menteri komunikasi berhubung tanggungjawab media sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok, dan Xiaohongshu yang menyiarkan iklan mengenai pelbagai scam dan skim pelaburan penipuan, terhadap mangsa yang terperdaya melalui platform berkenaan.
Usai sesi soal jawab, persidangan diteruskan dengan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah (Pindaan) 2025 serta RUU Perikanan (Pindaan) 2025, masing-masing bagi bacaan kali pertama.
Sidang Dewan Rakyat bagi mesyuarat kedua, penggal keempat Parlimen ke-15 dijadual berlangsung 24 hari, dan antara menjadi tumpuan ialah pembentangan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) pada 31 Julai. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/07/jenayah-siber-bil-tnb-tumpuan-dewan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Where Is Pamela Ling Dap Mp Calls For Answers In Dewan Rakyat

Where Is Pamela Ling Dap Mp Calls For Answers In Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 25/7/2025 - jumlah : 391 hits
PARLIAMENT A DAP lawmaker has pressed authorities for updates on the disappearance of businessperson Pamela Ling who was abducted on April 9 while en route to MACC s headquarters in Putrajaya Speaking in the Dewan Rakyat today backbencher R...
5 Teknik Jimat Bil Elektrik Yang Tnb Tak Cerita

5 Teknik Jimat Bil Elektrik Yang Tnb Tak Cerita

papar berkaitan - pada 13/7/2025 - jumlah : 353 hits
Ramai terkejut bila bil elektrik naik mendadak walhal penggunaan rasa sama je macam bulan bulan biasa Rupanya ada teknik jimat elektrik yang ramai tak tahu dan tak diamalkan Jom tengok 5 cara senyap jimat elektrik yang TNB tak pernah cerita...
Opposition Reps Chant Turun As The Day S Dewan Rakyat Sitting Ends

Opposition Reps Chant Turun As The Day S Dewan Rakyat Sitting Ends

papar berkaitan - pada 24/7/2025 - jumlah : 346 hits
PARLIAMENT Cries of turun rang out from opposition MPs as Dewan Rakyat speaker Johari Abdul ended today s session which saw a lengthy debate and winding up on the 2025 Auditor General s Report Series 2 The chants were in reference to an upc...
Dewan Rakyat Passes Whistleblower Protection Bill 2025

Dewan Rakyat Passes Whistleblower Protection Bill 2025

papar berkaitan - pada 23/7/2025 - jumlah : 252 hits
KUALA LUMPUR The Whistleblower Protection Bill 2025 aimed at strengthening safeguards for whistleblowers and enhancing public confidence in reporting misconduct has been passed by the Dewan Rakyat The bill was debated by 24 lawmakers Deputy...
Apa Soalan Panas Kepada Pm Di Dewan Rakyat Hari Ini

Apa Soalan Panas Kepada Pm Di Dewan Rakyat Hari Ini

papar berkaitan - pada 22/7/2025 - jumlah : 238 hits
SITI NUR ZAWANIJuly 22 2025Sidang Parlimen pagi ini dijangka akan menumpukan tentang pelan tindakan jangka pendek dan jangka panjang kerajaan dalam menghadapi ketegangan geopolitik di Timur Tengah khususnya dalam memastikan kepentingan Mala...
Pm Confident He Commands Dewan Rakyat Support

Pm Confident He Commands Dewan Rakyat Support

papar berkaitan - pada 22/7/2025 - jumlah : 220 hits
PUTRAJAYA The Prime Minister has challenged the Opposition who he said has been politicising issues to bring on the vote of no confidence if they intend to bring him down Datuk Seri Anwar Ibrahim said he has instructed Dewan Rakyat Speaker ...
Cara Semak Bil Tnb Secara Online Dan Offline

Cara Semak Bil Tnb Secara Online Dan Offline

papar berkaitan - pada 18/7/2025 - jumlah : 296 hits
Original Content Dalam dunia yang serba moden hari ini hampir segalanya boleh dilakukan secara digital termasuk menyemak bil elektrik anda Bagi pengguna Tenaga Nasional Berhad mengetahui jumlah bil elektrik setiap bulan bukan sahaja penting...
Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand Malaysia 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi

Doa Malam 9 Nov 2025

Orang Bodoh Bicara Untuk Menang Orang Bijak Bicara Untuk Faham

Welcome To The Age Of Autonomy How Ai Is Quietly Taking Over The World

Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bahaya Guna Barang Expired Jangka Hayat Produk Dan Alat Kecantikan Yang Patut Korang Tau

Late Lunch

From Classic Tools To Smart Innovation What Makes Microsoft Office 2024 Stand Out

Tsmc Menjadi Pelopor Slogan Unleash Innovation Dalam Pendaftaran Hak Cipta

Finding Confidence Through Style My Plus Size Fashion Story

Dendam Cinta Ditolak Wanita Maut Ditikam Rakan Sekelas Suami