Jenayah Perang Israel Terhadap Palestin


Pihak berkuasa Palestin perlu membawa tindakkan undang-undang untuk melawan segala penindasan dan kekejaman yang dilakukan oleh Israel terhadap mereka di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), The Hague, Belanda.


Beberapa tahun yang lalu iaitu pada 1 April 2015, pihak Palestin secara rasmi telah menandatangani Statut Rom sekaligus menganggotai Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Keanggotaan terbabit telah membuka ruang dan peluang kepada pihak Palestin untuk mengemukakan dakwaan jenayah perang dan kemanusian terhadap Israel.

Buat sekian lama, rakyat Palestin telah banyak menderita akibat daripada kekejaman, penindasan dan diskriminasi yang telah dilakukan oleh pihak Israel terhadap mereka. Semenjak penubuhan negara Israel pada tahun 1948, rakyat Palestin tidak pernah mengecapi keamanan.

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan Israel serta penduduk Israel untuk memastikan setiap inci tanah milik rakyat Palestin menjadi milik mereka serta menafikan segala hak rakyat Palestin untuk mewujudkan negara yang bebas dan merdeka.

Untuk rekod, Israel telah banyak melanggar Konvensyen Geneva serta pelbagai jenis undang-undang antarabangsa khususnya yang berkaitan dengan hak asasi manusia terhadap penduduk Palestin.

Antara Konvensyen Geneva yang banyak telah dilanggar oleh pihak Israel termasuklah dengan melakukan pembunuhan kejam terhadap masyarakat awam Palestin tanpa mengira usia dan jantina, memindahkan ramai rakyat Israel ke kawasan yang ditakluki oleh mereka di tanah Palestin di Tebing Barat, mengenakan pelbagai jenis perintah berkurung dan penutupan jalan serta kawasan tanpa sebarang sebab yang munasabah serta mengunakan kuasa ketenteraan mereka secara berlebih – lebihan terhadap penduduk awam Palestin.

Pada masa yang sama juga, pihak Israel telah melanggar banyak peruntukan undang-undang antarabangsa dan beratus resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang ditujukan kepada mereka dengan meneruskan proses penaklukan ketenteraan mereka di tanah Palestin, meluaskan serta menambah kawasan penempatan rakyat Israel di kawasan milik Palestin, membina tembok ditanah milik Palestin, serta menafikan hak pelarian Palestin untuk kembali ke tanah mereka sendiri.

Semua perlanggaran undang – undang ini membolehkan pihak Palestin membawa kes mereka ke pengetahuan pihak ICC. Walaupun Israel tidak menjadi anggota kepada ICC, namun tindakkan undang - undang boleh diambil melalui ICC terhadap jenayah yang telah dilakukan oleh mana-mana warga Israel di tanah dan kawasan milik Palestin.

Pelbagai jenis tindakkan undang-undang yang boleh diambil oleh pihak Palestin melalui ICC terhadap Israel yang telah menjajah negara mereka semenjak penubuhan Israel pada tahun 1948 seperti jenayah perang, jenayah kemanusian, pembunuhan beramai-ramai orang awam dan lain - lain seperti yang jelas termaktub dibawah Artikel 5, Statut Rom, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Selain daripada itu Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terbabit itu juga memperuntukkan skop maksud “jenayah perang” yang lebih luas dengan membolehkan pihak berkuasa Palestin untuk mengemukakan lebih banyak pertuduhan ke atas Israel dimana Artikel 7 Statut Rom terbabit menyenaraikan sebarang usaha yang dilakukan oleh pihak penjajah untuk “menghalau atau mengusir” penduduk asal disesuatu kawasan yang dijajahnya melalui apa – apa cara pun tanpa kebenaran undang – undang antarabangsa adalah satu bentuk kesalahan jenayah perang yang boleh didakwa.

Tindakan ini banyak dilakukan oleh pihak rejim Israel yang telah banyak mengambil tanah secara haram serta menghalau penduduk Palestin dari tanah mereka sendiri dengan hasrat jangka panjang untuk menafikan hak warga Palestin untuk mewujudkan negara mereka sendiri.

Artikel 8 Statut Rom terbabit juga memperuntukkan jenayah perang meliputi aspek “penempatan penduduk” yang telah banyak dilakukan oleh pihak penjajah Israel dikawasan yang dijajah mereka semenjak mereka menduduki wilayah Palestin lebih setengah abad yang lalu.

Jika dilihat dengan teliti, pihak rejim Israel telah banyak membuka penempatan haram mereka dikawasan penduduk Palestin terutamanya di Tebing Barat dan Timur Baitulmaqdis yang ingin dijadikan mereka sebagai ibu kota negara Israel yang tidak boleh dikongsi oelh mana-mana pihak termasuk pihak Palestin. Terdapat pelbagai jenis hukuman yang disediakan terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah oleh ICC.

Antara jenis hukuman yang boleh dikenakan meliputi penjara untuk satu tempoh yang lama, denda, serta rampasan harta.

Ini jelas diperuntukkan dibawah Artikel 77 Statut Rom. Justeru, adalah penting bagi pihak berkuasa Palestin untuk mengambil tindakkan undang-undang dengan segera terhadap Israel bagi melindungi, menjaga dan mengambil kembali kedaulatan wilayah mereka yang telah lama diceroboh dan dijajah serta menegakkan keadilan terhadap rakyat Palestin yang sudah lama menjadi mangsa penindasan oleh Israel.

Semua negara dunia yang masih mempercayai pada prinsip keadilan perlu memberi kerjasama serta sokongan tidak berbelah bagi terhadap kerajaan dan rakyat Palestin di dalam perkara ini.

Negara–negara Islam termasuk Malaysia harus terus berani membantu kerajaan dan rakyat Palestin tanpa berasa bimbang atau takut terhadap ancaman atau ugutan yang bakal diterima dari mana-mana negara yang sentiasa menyebelahi Israel.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Apa Itu Resolusi 2334 PBB Dan Kesannya Kepada IsraelMalaysia Negara 'Anti-Semitisme' Ataupun Anti-Israel?
sumber: astroawani



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/01/jenayah-perang-israel-terhadap-palestin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keluhan Penduduk Palestin Kekejaman Israel Terhadap Pembinaan Tembok Konkrit

Keluhan Penduduk Palestin Kekejaman Israel Terhadap Pembinaan Tembok Konkrit

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 781 hits
Kadang kadang saya sudah terbiasa dengan pemandangan seperti ini kerana adalah sukar untuk tanggung perasaan sedih serta marah setiap hari katanya Semuanya sudah tidak wujud malah tiada yang ingin pandang kampung ini kerana apa yang mereka ...
Ribuan Netizen Indonesia Kagum Ketegasan Malaysia Terhadap Israel

Ribuan Netizen Indonesia Kagum Ketegasan Malaysia Terhadap Israel

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 868 hits
Kali ini Geng Bawang Indonesia pula kagum Ketegasan Syed Saddiq terhadap Israel Ketegasan Syed Saddiq Syed Abd Rahman terhadap Israel pada wawancara BBC Hard Talk pada 24 Januari yang lalu telah menarik perhatian seluruh warga dunia khususn...
Duta Palestin Sedih Hanya Dr Mahathir Sendirian Tentang Israel

Duta Palestin Sedih Hanya Dr Mahathir Sendirian Tentang Israel

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 585 hits
Duta Palestin ke Malaysia H E Walid Abu Ali berucap ketika Majlis Pelancaran Kempen WeAreAllMary Gerakan Solidariti untuk Pembebasan Wanita Al Quds semalam Foto oleh BernamaKUALA LUMPUR Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali berkata suara ...
Israel Wujud Dari Sekeping Tanah Palestin Tun Mahathir

Israel Wujud Dari Sekeping Tanah Palestin Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 490 hits
Ketika membangkitkan mengenai kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Israel adalah sebuah negara penjenayah yang wajar dikecam Saya mohon kepada mereka yang bersimpati dengan perjuangan masyarakat ...
Israel Tidak Wujud Al Quds Ibu Negara Kami Palestin 9047

Israel Tidak Wujud Al Quds Ibu Negara Kami Palestin 9047

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 503 hits
Itulah suara kanak kanak Palestin yang menyatakan yahudi penjajah dengan dokongan Amerika Syarikat dan Negara negara Barat Allahu Akbar 10000000 174571543482463 3367050572455739392 n mp4Bocah Bocah Palestina Ditanya Ibukota Israel Jawabanny...
Informasi Hamas Puji Tindakan M Sia Berani Terhadap Israel

Informasi Hamas Puji Tindakan M Sia Berani Terhadap Israel

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 327 hits
ISMAIL HANIYEHKUALA LUMPUR 18 Jan Gerakan Pembela Islam Harakat Al Muqawwamah Al Islamiyyah menyifatkan keputusan kerajaan Malaysia untuk tidak membenarkan pemberian visa kepada atlet Israel sebagai tindakan yang berani Ketua Bidang Kuasa P...
Israel Mengganas 30 Penduduk Palestin Maut Di Sempadan Gaza Israel

Israel Mengganas 30 Penduduk Palestin Maut Di Sempadan Gaza Israel

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 347 hits
Penduduk Palestin Maut Sekurang kurangnya 30 penduduk Palestin cedera dalam satu tunjuk perasaan membantah pendudukan Yahudi di kawasan sempadan antara Semenanjung Gaza dan Israel PressTV memetik jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza Ashraf ...
Ireland Menjadi Negara Eropah Pertama Yang Bertidak Agresif Sebegini Terhadap Israel

Ireland Menjadi Negara Eropah Pertama Yang Bertidak Agresif Sebegini Terhadap Israel

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 410 hits
Kementerian Luar Israel telah menegur duta besar Ireland Alison Kelly selepas dewan rendah parlimen Ireland mengundi memihak kepada rang undang undang yang akan mengharamkan pembelian barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan dari penempata...
Iran Kami Siap Untuk Perang Yang Akan Hancurkan Israel

Iran Kami Siap Untuk Perang Yang Akan Hancurkan Israel

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 165 hits
Militer Israel hari ini mengatakan pasukan udara mereka semalam membombardir wilayah dekat Damaskus Suriah menyasar gudang senjata Iran fasilitas intelijen dan kamp pelatihan
Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Apom Manis Bubur Campur

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Consultant

Technology For Startup Growth

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Buffet Ramadan 2025 Park Inn Radisson Putrajaya

Cara Chill Tangani Anxiety Tanpa Ubat

Asal Usul Nama Berserah Kuantan Pahang

Merungkai Matematik Di Sebalik Doktrin Rukun Islam