Jenama Tayar Buatan Thailand
Karangan Tedi kali ini adalah mengenai jenama tayar yang dikilangkan di negara jiran Malaysia iaitu negara Thailand.
Walaupun mungkin jenama tayar itu dikilangkan di Thailand namun tidak bermakna ia adalah produk Thailand, boleh jadi ia dikilangkan di Thailand untuk syarikat lain di luar negara Thailand.
Susunan jenama tayar ini adalah menurut ejaan jenama tayar tersebut.
Kandungan:
Jenama Tayar Buatan ThailandBridgestoneContinentalFalken TireFirestoneHerculesLEAOMaxxisMichelinNikaOTRSenturyWestlakeVeentoYokohamaTayar Thailand ok ke?Bridgestone
Bridgestone Corporation adalah syarikat multinasional yang mengeluarkan alat ganti kereta dan trak. Bridgestone telah ditubuhkan pada tahun 1931 oleh Shojiro Ishibasi di bandar Kurume, Fukuoka, Jepun.
Nama Bridgestone adalah daripada terjemahan nama "ishibashi" sendiri yang bermaksud jambatan batu.
Pada tahun 2017, Bridgestone adalah pengeluar tayar terbesar di dunia diikuti oleh Michelin (Perancis), Goodyear (Amerika Syarikat), Continental (Jerman) and Pirelli (Itali).
Bridgestone Group mempunyai 181 kilang pengeluaran di 24 buah negara setakat Julai 2018.
ContinentalFalken TireFalken Tire adalah satu jenama tayar untuk kereta, trak ringan, dan trak sederhana yang dimiliki oleh syarikat Sumitomo Rubber Industries (SRI).
Jenama tayar Falken Tire ini telah dilancarkan pada tahun 1983 di negara asalnya iaitu Jepun, sebelum diperkenalkan di Amerika Utara pada tahun 1985, dan diikuti Eropah pada tahun 1988.
Falken pada masa sekarang telah menjadi satu jenama bersendirian yang fokus kepada tayar Prestasi Ultra Tinggi sambil menggunakan sukan permotoran profesional untuk pembangunan dan peningkatan produk bagi edaran dunia.
FirestoneJenama Firestone sebenarnya adalah di bawah syarikat Firestone Tire and Rubber Company yang berpangkalan di Amerika syarikat, namun kemudiannya syarikat tersebut telah dibeli oleh syarikat Bridgestone dari Jepun.
HerculesTayar jenama Hercules adalah satu jenama yang dimiliki oleh syarikat Cooper Tire di Findlay, Ohio di Amerika Syarikat.
LEAOLEAO Tire adalah pengeluar tayar dari China dengan barisan jenis tayar yang paling lengkap.
LEAO menghasilkan tayar jeep dan kereta lumba, tayar nylon dan radial trak, untuk kegunaan lasak dan juga industri.
LEAO Tire adalah salah satu daripada 3 pengilang tayar China yang menghasilkan tayar OEM untuk Chevrolet dan Volvo.
MaxxisMichelinNikaNIKA bermaksud kejayaan atau penguasaan dalam bahasa Greek, dan bermaksud gembira dalam bahasa Parsi.
NIKA Tires adalah satu jenama di bawah syarikat VEE Rubber America Inc. iaitu anak syarikat kepada VEE Rubber Corp Ltd, sebuah syarikat di Thailand.
OTROTR (Off The Road) adalah jenama tayar yang berasal dari Amerika Syarikat dan dikeluarkan oleh OTR Wheel Engineering Inc. OTR Wheel Engineering Inc. adalah sebuah syarikat pengkhususaan dalam pembuatan dan pengeluaran tayar dan roda untuk kenderaan dan mesin berat.
Tayar OTR Thailand terkenal dengan kualiti dan daya tahan yang tinggi, serta ketersediaannya yang luas di pasaran dunia. OTR Thailand menawarkan pelbagai jenis tayar untuk kenderaan dan mesin berat seperti traktor, ekskavator, buldoser, dan banyak lagi. Selain itu, OTR Thailand juga menawarkan tayar untuk kenderaan jalanraya dan trak.
Tayar OTR Thailand dikeluarkan dengan menggunakan teknologi terkini dan bahan-bahan berkualiti tinggi untuk memastikan daya tahan dan kebolehpercayaan tayar. Ia juga diuji secara meluas dan mempunyai sijil kualiti antarabangsa seperti ISO 9001 dan ISO/TS 16949.
Selain daripada kualiti dan kebolehpercayaan, tayar OTR Thailand juga menawarkan keselesaan dan prestasi yang tinggi bagi pengguna. Ia mempunyai rekaan tapak yang unik dan mempunyai ciri-ciri seperti cengkaman yang kuat, daya tahan yang tinggi terhadap keausan dan kebocoran, serta ciri-ciri penyeimbang yang tinggi.
Dalam kesimpulannya, jenama tayar OTR Thailand mempunyai reputasi yang baik di pasaran dunia sebagai tayar yang berkualiti tinggi dan boleh dipercayai untuk kenderaan dan mesin berat. Dengan teknologi terkini dan kualiti bahan yang tinggi, tayar OTR Thailand merupakan pilihan yang tepat untuk mereka yang mencari tayar yang boleh dipercayai untuk kegunaan jangka panjang.
SenturySentury Tire (dikenali sebelumnya sebagai Sentaida Group) adalah pengeluar tayar kereta dan tayar industri penerbangan dari China.
Sentruy Tire termasuk dalam senarai 50 pengeluar tayar terbesar dunia.
Jenama yang dikeluarkan oleh Sentury Tire adalah Landsail dan Delinte.
Sentury Tire telah membuka kilang tayar di Thailand pada tahun 2015 dengan keupayaan untuk hasilkan 10 juta tayar setahun.
WestlakeBerkenaan jenama Westlake, ia adalah sebuah jenama tayar yang berasal dari China. Westlake Tyres merupakan anak syarikat dari Hangzhou Zhongce Rubber Co., Ltd., iaitu salah satu pengeluar tayar terbesar di China.
Westlake Tyres menawarkan pelbagai jenis tayar untuk kenderaan jalanraya, komersial, serta trak dan kenderaan berat. Tayar-tayar Westlake dikenali sebagai tayar yang berkualiti dan mempunyai harga yang berpatutan.
Westlake Tyres mengkhususkan dalam pembuatan tayar yang boleh tahan lama dan tahan lasak. Ia mempunyai rekaan tapak yang unik dan mempunyai ciri-ciri seperti cengkaman yang kuat, daya tahan yang tinggi terhadap kehausan dan kebocoran, serta ciri-ciri penyeimbang yang tinggi.
Westlake Tyres juga mempunyai ciri-ciri teknologi yang tinggi seperti komponen pengurangan bunyi untuk kenderaan, tayar anti-tergelincir untuk kenderaan penumpang, serta tayar anti-pelinciran untuk kenderaan komersial. Ia juga diuji secara meluas dan mempunyai sijil kualiti antarabangsa seperti ISO 9001 dan ISO/TS 16949.
Dalam kesimpulannya, jenama Westlake Tyres menawarkan tayar berkualiti tinggi yang boleh dipercayai dengan harga yang berpatutan. Dengan ciri-ciri teknologi yang tinggi dan rekaan tapak yang unik, Westlake Tyres merupakan pilihan yang baik untuk mereka yang mencari tayar yang tahan lasak, tahan lama dan mempunyai prestasi yang tinggi.
VeentoVeento adalah jenama tayar yang dihasilkan oleh Vee Rubber Group sebuah syarikat tayar antarabangsa yang berasal dari Thailand. Syarikat ini mempunyai pengalaman lebih dari 50 tahun dalam industri tayar dan mengeluarkan berbagai jenama tayar untuk kenderaan penumpang, SUV, truk, motosikal, dan bas.
YokohamaThe Yokohama Rubber Company Limited adalah syarikat tayar berpangkalan di Tokyo, Jepun.
Yokohama ditubuhkan pada 13 Oktober 1917 melalui syarikat usahasama di antara Yokohama Cable Manufacturing dan B.F. Goodrich.
Pada tahun 1969 syarikat ini berkembang ke Amerika Syarikat sebagai Yokohama Tire Corporation. Jenama tayar Yokohama meningkat melalui Aspec A300.
Apa yang menariknya di Jepun mereka lebih menggunakan nama ADVAN berbanding Yokohama untuk penjenamaan. Roda dan tayar ADVAN amat terkenal di seluruh dunia.
Yokohama mempunyai dua buah kilang di Amerika Syarikat iaitu sebuah di Salem, Virginia, manakala sebuah lagi di West Point, Mississippi.
Tayar Thailand ok ke?Secara amnya, tayar buatan Thailand biasanya dianggap sebagai produk yang berkualiti dan boleh dipercayai, terutamanya jenama-jenama yang sudah terkenal seperti Michelin, Bridgestone, dan Goodyear yang menghasilkan tayar di kilang mereka di Thailand.
Namun, seperti produk dari mana-mana negara, kualiti tayar yang dihasilkan di Thailand boleh berbeza-beza bergantung kepada jenama dan pengeluar tertentu. Oleh itu, penting untuk memilih jenama tayar yang dipercayai dan diiktiraf kerana kualitinya, dan memastikan bahawa tayar dihasilkan dengan standard keselamatan yang tinggi.
Adalah penting juga untuk membeli tayar dari penjual yang dipercayai dan mengelakkan membeli tayar palsu atau tiruan yang boleh membahayakan keselamatan kita dan pemandu lain di jalan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.interpretzz.com/2018/11/jenama-tayar-buatan-thailand.html