Jenama Susu Formula Terbaik Untuk Seisi Keluarga


Jenama susu formula terbaik untuk seisi keluarga.
Hari ni saya nak kongsikan amalan pemakanan seimbang saya dan keluarga. Bila umur dah masuk 39 tahun, memang terasa badan cepat penat dan letih.
Baru buat kerja rumah sikit dah rasa nak rehat dan tidur.
Kalah orang mengandung.
Jadi untuk dapatkan badan yang sihat memang wajib minum susu setiap hari. Tak kira kecil, besar, tua atau muda. Macam saya ni anak dah 5 orang, ada slip disc pulak tu, memang wajib pastikan ambil susu setiap hari.
Kat rumah saya ni bukan kanak-kanak je yang minum susu tapi saya, suami dan anak-anak remaja pun sama juga.
Kalau tak susu formula, kami akan minum susu kotak.
Sekali beli 3 kotak besar.
Kalau tak simpan dalam kabinet dapur, alamatnya tinggal kotak kosong je dalam fridge. Semua suka minum susu, perasa original pun sedap.
Minum susu ada banyak manfaat untuk kesihatan
Mak saya kat kampung tu pun amalkan minum susu setiap hari. Nak pula mak ada sakit lutut, darah tinggi dan kencing manis. Memang mak jaga pemakanannya.
Manfaat minum susu ni memang banyak.
Susu ni memang kita tahu ada kalsium dan Vitamin D, ianya juga memang hidangan yang lengkap dan seimbang.
Hidangan lengkap tu maksudnya kalau minum susu, kira dah jadi gantian kepada hidangan harian sebab susu juga ada karbohidrat, protein dan lemak.
Tau tak yang satu cawan susu boleh disamakan dengan hidangan sandwich ayam.
Dan dah boleh minum susu sahaja untuk sarapan pagi. Lebih cepat dan mudah untuk disediakan. Ambil cawan dan tuangkan susu, atau bancuh susu. Kalau masih kenyang, bolehlah bertahan sampai ke tengahari.
Susu formula patut untuk membantu tumbesaran kanak kanak
Di Malaysia ni memang banyak jenama susu formula terbaik untuk tumbesaran kanak-kanak.
Antaranya susu lembu, susu soya dan susu kambing. Susu memang wajib diminum oleh anak-anak untuk bantu tumbesaran mereka.
Antara jenama susu yang ada ialah Dutch Lady, Dugro, Fernleaf, S26, Enfagrow, Anmum dan banyak lagi.
Selain bantu pertumbuhan tumbesaran mereka, susu juga penting untuk kekuatan gigi dan tulang mereka.
Sebab tu kalau kata ibu-ibu yang melahirkan tak dapat susukan bayi sepenuhnya dalam tempoh 2 tahun selepas mereka dilahirkan, anak-anak digalakkan untuk diberi susu formula.
Susu untuk ibu mengandung
Dalam tempoh mengandungkan kelima-lima anak saya ni, saya akui saya memang minum susu.
Saya jenis tiada alahan semasa hamil.
Boleh je minum susu untuk ibu mengandung jenis apa pun. Susu tepung, susu segar, susu lembu mahupun susu kambing.
Dan saya paling suka susu kambing yang saya beli direct dari ladangnya yang memang sediakan penghantaran ke rumah. Sekali beli dalam 24 botol dan bertahan untuk beberapa minggu.
Perisa pun tak kisah, perisa original ke, coklat ataupun strawberi.
Hmm senang suami saya kan?
Tak pening kepala dia layan kerenah bini semasa mengandung. Nak pulak saya pun tak pernah mengidam yang bukan-bukan semasa mengandung.
Kira mengandung ni momen indah saya untuk langgar pantang diet. Makan je apa yang terlintas di fikiran. Janji halal dan boleh untuk dimakan, semua saya bedal. Sebab tu boleh 5 orang anak hahaha.
Jenama jenama susu ibu mengandung di pasaran 1. Susu Anmum Materna Susu ibu mengandung anmum materna adalah salah satu produk tenusu yang dihasilkan dan dibangunkan oleh kilang tenusu terkemuka di dunia, Fontterra New Zealand. Yang mana ladang lembu yang mengeluarkan produk anmum dah beroperasi bergenerasi lamanya.
Untuk dapat kualiti susu yang tinggi, lembu mesti sihat cantik dan bebas dari pencemaran. Mungkin itu satu sebab kenapa susu produk anmum dikatakan mempunyai kualiti yang tinggi.
2. Susu Similac Mom Similac MOM dengan rumusan terkini telah di tambah baik adalah makanan tambahan terbaik untuk ibu hamil. Ia dirumus dengan Sistem Nutrisi EyeQ ™, ia kini dilengkapi dengan Vitamin E dan Lutein Asli untuk mencegah pengoksidaan DHA, yang penting untuk pertumbuhan dan pembangunan otak anak sebelum dilahirkan.
3. Susu Frisomum Gold Susu tepung ini menggunakan formula DualCare+ yang membekalkan khasiat penting untuk membantu perubahan yang di alami oleh badan ibu ketika hamil, dengan asas yang baik untuk pembesaran si manja. Formula Frisomum Gold terkini di reka khas dengan nilai angka indeks glisemik rendah boleh membantu ibu mengandung untuk mengekalkan berat badan yang sihat sepanjang kehamilan.
Dan ada banyak lagi jenama susu ibu mengandung yang dijual di pasaran.
Bagus untuk ibu-ibu membuat sedikit bacaan untuk meneliti kandungan bahan yang ada di dalam susu untuk kebaikan ibu dan bayi dalam kandungan.
Pengetahuan ini penting sebab ada juga jenama susu yang ada kandungan gula yang tinggi.
Ini berdasarkan pengalaman sendiri yang mana selepas minum susu tersebut, berat saya naik 4kg dalam sebulan. Jadi periksa kandungan gula dan kalori dalam jadual pemakanan di kotak susu. Bahaya tinggi kandungan gula ni kan, memang tak elok untuk kesihatan.
Macam mana nak tahu susu tepung yang kita beli sesuai untuk kita? Boleh minta sample Susu Percuma
Kadang-kadang kita keliru apa jenama yang sesuai dengan citarasa dan kehendak kita. Jadi untuk itu, saya ada beberapa cadangan untuk anda mendapatkan sampel susu percuma bagi mencubanya sendiri tanpa perlu membazir wang jika ianya tidak sesuai dengan anda.
Kalau nak tahu 4 cara dapatkan sampel susu percuma.
1. Di hospital atau klinik 
Sewaktu saya ke klinik swasta untuk pemeriksaan mengandung bulanan, saya pernah minta sampel susu untuk dicuba. Dan jangan tak tahu diorang pun memang ada variasi jenama susu untuk kita cuba.
2. Syarikat pengeluar susu.
Kalau korang nak tahu, boleh juga dapatkan sampel susu dari website syarikat pengeluar susu. Kat sini anda perlu mendaftar untuk tujuan rekod mereka bagi menghantar produk tersebut.
3. Kunjungi pameran keibubapaan.
Ha kalau singgah ke ekspo barangan bayi, jangan lupa dapatkan sampel susu juga. Lagi banyak syarikat pengeluar susu yang ada kat sini. Korang boleh pilih je nak produk yang mana satu.
Jenama susu formula terbaik untuk anak-anak Sebagai ibu bapa kita sememangnya mahukan yang terbaik untuk bayi dan anak-anak. Kalau boleh nak bagi susu yang bagus untuk perkembangan otak, badan dan sesuai dengan diet seimbang mereka.
Susu ni kalau tahu, ada beberapa stage mengikut umur bayi dan kanak-kanak. Setiap pek, kotak atau tin mengandungi kandungan berat yang berbeza. Malahan sukatan hidangan juga berbeza mengikut tahap umur. Antara jenama popular susu formula untuk anak-anak ialah:-
1. Enfagrow dan Enfalac
Walaupun kedua-dua jenama di atas dikeluarkan oleh pengeluar yang sama, iaitu Mead Johnson. Perbezaannya, susu enfalac khas untuk anak bawah setahun. Dan Enfagrow pula atas setahun. Kedua-duanya mempunyai rumusan yang terbaik untuk si manja mengikut tahap umur.
2. Susu Dugro
Secara umumnya terdapat 9 jenis pilihan dugro untuk kegunaan anak kita di pasaran Malaysia. Harga susu ini tergolong dalam kategori mampu milik, sama seperti susu dutch lady. Yang pastinya setiap jenis pilihan itu mempunyai khasiat terbaik untuk anak-anak.
3. Susu Fernleaf
Jenama Fernleaf adalah salah satu jenama susu tepung terbaik di pasaran Malaysia. Terdapat 6 pilihan susu Fernleaf yang ada dan susu ini diperbuat 100% dari susu keluaran New Zealand.
4. Susu S26 Gold
Ini adalah jenama susu yang saya berikan pada anak sulung. Anak pertama kan memang akan dapat yang terbaik dan menjadi eksperimen untuk bakal adik-adiknya. Susu ini adalah keluaran syarikat Wyeth dan mudah untuk didapati di pasaran.
Saya pernah juga rasa sendiri susu S26 gold ni, memang sedap dan pekat. Anda juga boleh tonton di video ini untuk mengetahui antara jenama susu formula yang popular untuk anak-anak.

Susu kambing pun semakin popular dan menjadi pilihan ibu bapa. Susu kambing adalah susu yang sememangnya banyak kelebihan yang terkandung di dalamnya. Ia juga dikatakan susu terbaik untuk manusia selepas susu ibu.
Terdapat pelbagai jenama susu kambing yang ada di pasaran. Antara jenama susu formula terbaik iaitu yang saya pernah cuba sendiri contohnya susu formula Wildan dan Susu tepung Lazz.
Memang sedap dan tidak hamis.
Tapi kalau susu fresh tu pun tak hamis juga tau. Sedap diminum sejuk-sejuk.
Ikut orang juga kan, tapi pada saya susu formula memang tidak ada bau hamis dan mudah untuk diminum.
Kebaikan susu kambing untuk kesihatan dan kecantikan
Susu kambing ni memang bagus tau. Antara kebaikan susu kambing yang saya kongsikan di sini adalah:-
1. Baik untuk kesihatan jantung 2. Sifat anti radang 3. Sumber kalsium yang baik 4. Boleh meningkatkan kesihatan otak 5. Mempunyai khasiat untuk kesihatan rambut 6. Mudah dihadam 7. Sesuai untuk individu yang mempunyai masalah alahan laktosa 8. Sejenis agen metabolic yang bagus 9. Memberikan manfaat sepanjang kehamilan 10. Menghalang anemia 11. Menyeimbangkan PH badan Kalau kita nak keluarga sihat, memang wajib amalkan pemakanan yang terbaik.
Bila apa yang masuk dalam perut tu sumbernya baik, maka ianya akan terpancar di wajah yang cantik dan gebu.
Banyak lagi khasiat susu, antaranya untuk kecantikan kulit. Skincare banyak juga gunakan susu kambing sebagai bahan.
Biasa kalau beli skincare mesti kita akan baca label di produk tersebut. Sebab kulit muka setiap orang adalah berbeza. Pentingnya untuk mencuci wajah adalah untuk pastikan minyak dan kotoran dibersihkan. Kulit muka juga akan berasa sejuk dan segar selepas dicuci.
Antara pencuci muka yang popular adalah Ludeya Aqua Balance, Cremorlab, Eversoft, Freshel dan banyak lagi. Kalau pergi Watson atau farmasi, memang banyak pilihan yang ada.
Macam anak saya yang ada masalah jerawat, saya dah belikan lebih dari 5 jenis jenama untuk dia cuba. Try and error untuk tengok mana yang sesuai dengan kulit wajahnya.
Dan jangan lupa amalkan pemakaian serum, moisturiser dan UV krim. Kalau nak kulit muka mulus, tidak crack selepas bersolek dan gebu, kulit lambat berkedut, memang wajib pakai yang saya sebutkan ni. Lagi awal usia kita pakai, lagi terjaga kulit wajah.
Dan juga jangan lupa sapukan krim malam sebelum tidur. 
Itulah rahsia kalau tengok wanita kulit wajahnya cantik.
Sebenarnya tak perlu untuk ke pusat kecantikan bagi menegangkan dan mencantikkan kulit wajah. Semuanya boleh dibuat dan diamalkan sendiri di rumah. Janji kena rajin dan konsisten.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.
The post Jenama susu formula terbaik untuk seisi keluarga appeared first on AJUMOHIT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ajumohit.com/2021/02/jenama-susu-formula-popular-untuk-seisi-keluarga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Germ Killer Pembasmi Kuman Berasaskan Air Selamat Untuk Seisi Keluarga

Germ Killer Pembasmi Kuman Berasaskan Air Selamat Untuk Seisi Keluarga

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 220 hits
GK merupakan rangkaian produk pembasmi kuman berasaskan air yang dirumuskan untuk kegunaan persekitaran dan peribadi Untuk pengetahuan produk GK dihasilkan adalah untuk membersihkan dan membasmi kuman permukaan atau tangan persekitaran deng...
Botol Susu Kaca Antara Botol Terbaik Bpa Free Tak Mengeluarkan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Bayi

Botol Susu Kaca Antara Botol Terbaik Bpa Free Tak Mengeluarkan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Bayi

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 275 hits
Bisphenol A ataupun BPA adalah sejenis bahan kimia yang digunakan dalam pembuatan plastik polikarbonat dan resin epoksi sejak lebih 40 tahun yang lalu Plastik polikarbonat digunakan dalam pembuatan bekas makanan termasuk botol susu agar ia ...
Susu Formula Mudah Dihadam Friso Gold Baharu Kini Dengan Susu Istimewa Novas

Susu Formula Mudah Dihadam Friso Gold Baharu Kini Dengan Susu Istimewa Novas

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 409 hits
Assalamualaikum mommies semua Sudah lama rasanya Syu tak dekat blog Syu ni Kepada pembaca yang pernah follow kisah mek Araa ni sejak dari lahir mesti tahu yang 1st of March 2021 ini usia mek Araa akan genap 3 tahun ahh macam tak percaya gai...
Nasi Kari Kambing Adabi Memang Sedap Dan Sesuai Dijadikan Hidangan Istimewa Seisi Keluarga

Nasi Kari Kambing Adabi Memang Sedap Dan Sesuai Dijadikan Hidangan Istimewa Seisi Keluarga

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 352 hits
assalamualaikum salam sejahtera alhamdulillah ada peluang byk hari ni nak update blog hari kerja tak berkesempatan langsung dgn siapkan kerja ofis dan anak anak guna laptop sepenuhnya di sebelah pagi utk PdPR apo nak dikatokan weekend baru ...
Kau Kacau Keluarga Aku Kau Rasa Kau Siapa S L Akim Ahmad

Kau Kacau Keluarga Aku Kau Rasa Kau Siapa S L Akim Ahmad

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 174 hits
Penyanyi Akim The Majistret naik berang dengan tuduhan melulu seorang wanita yang mendakwa lakonannya menerusi muzik video muzik Rampas dipotong gara gara sikap cemburu Stacy Menafikan tuduhan tersebut Akim atau nama sebenarnya Afiq Hakim A...
Novel Bamukmin Polisi Tolak Keluarga Ustadz Maaher Saat Besuk Di Rutan

Novel Bamukmin Polisi Tolak Keluarga Ustadz Maaher Saat Besuk Di Rutan

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 154 hits
Novel Bamukmin salah satu tim kuasa hukum Ustadz Maaher At Thuwailibi menduga ada unsur kesengajaan dari pihak kepolisian mengabaikan almarhum dalam kondisi sakit di Rumah Tahanan Bareskrim Polri Terlebih ia menyebut sempat ditolak pihak ke...
Tegas Mahu Kekal Berhijab Tindakan Wanita Ini Berjaya Selamatkan Keluarga Daripada Nahas Pesawat

Tegas Mahu Kekal Berhijab Tindakan Wanita Ini Berjaya Selamatkan Keluarga Daripada Nahas Pesawat

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 364 hits
Umum mengetahui bahawa wanita Muslim di Malaysia rata ratanya tidak akan mengalami sebarang isu berkaitan pemakaian hijab berbanding wanita muslim di sesetengah negara yang anti Islam terutamanya di Amerika Syarikat Namun tahukah anda akan ...
Surah Al Waqiah Untuk Rezeki Keluarga Tak Putus Didiklah Anak Sama Sama Membacanya

Surah Al Waqiah Untuk Rezeki Keluarga Tak Putus Didiklah Anak Sama Sama Membacanya

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 193 hits
Doa adalah senjata setiap mukmin Ajarkan anak anak kita mengamalkan surah ini setiap hari Apabila ia dibaca sebanyak 40 kali selama 40 hari maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru...
Dikecam Netizen Kerana Tidak Membantu Ahli Keluarga Atok Long Tampil Perjelas Situasi Sebenar

Dikecam Netizen Kerana Tidak Membantu Ahli Keluarga Atok Long Tampil Perjelas Situasi Sebenar

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 169 hits
Jika anda berada di media sosial sejak beberapa hari yang lepas anda mungkin terlihat perkongsian mengenai warga emas yang dirakam ketika sedang menjual air kelapa Perkongsian tersebut bukan sahaja mendapat perhatian dan simpati ramai malah...
Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

This Five Cylinder Puch Proves There S No Replacement For Displacement

Drama Framed Lakonan Mimi Lana Meerqeen

Ceramah Pn Tidak Dapat Sambutan Di Kuala Kubu Baharu Pas Boikot Calon Bersatu Prk Kkb

Adab Tu Kena Ada Walaun Tak Dak Adab Ke Tak Sekolah



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Lanwuu Imagine By Aurora Design In Yunnan China

Raffa Affar Pelita Dalam Doa Chord

Samsung Knox Empowering Consumer Security In The Galaxy A55 5g

Ringgit Closes Higher As Investors Shift From Safe Haven Currencies

Igp Chief Editor Of English Portal To Be Questioned Over Forest City Casino Claim

Traditional Seats No More A Factor In Pn Says Gerakan