Jenaka Kahwin Bawah Umur Oleh 2 Exco Pahang Muncul Semula


malaysiakini.com

Diterbitkan: Jul 21, 2022 12:23 PM
Jenaka dan kata-kata dua exco Pahang mempertahankan perkahwinan kanak-kanak yang dibuat ketika sidang DUN pada 2018, kini dibangkitkan semula

Ia selepas Adun Ketari Young Syefura Othman membangkitkan hansard sidang yang merakamkan pemimpin Umno Syed Ibrahim Syed Ahmad dan Sharkar Shamsudin membuat jenaka terbabit ketika dia mengecam perkahwinan gadis berusia 11 tahun dengan lelaki berusia 41 tahun.

Tangkap layar hansard tersebut kini tular di media sosial selepas Young Syefura merujuk hansard tersebut ketika mengucapkan tahniah kepada kerajaan Kedah kerana menaikkan had umur minimum perkahwinan bagi wanita kepada 18 tahun.

"Pada 2018, saya telah membahaskan isu ini di dalam ucap tama saya di sidang DUN Pahang. Malangnya ia dijadikan bahan jenaka dan ejekan.

"Saya masih lagi teguh dengan pendirian bahawa had umur perkahwinan bagi perempuan perlu dinaikkan demi melindungi setiap anak-anak perempuan di Pahang dan menjamin masa depan yang lebih baik buat mereka," katanya dalam hantaran di Facebook.Syed Ibrahim kini merupakan exco hal ehwal agama Islam dan pendidikan, manakala Sharkar adalah exco pelancongan, kebudayaan, alam sekitar, perladangan dan komoditi

Ketika kenyataan itu dibuat, Syed Ibrahim adalah exco dakwah dan tugas-tugas khas, manakala Sharkar memegang jawatan yang sama sejak 2018.

Menurut hansard tersebut, Syed Ibrahim berkata perkahwinan antara lelaki berusia 41 tahun dan gadis berusia 11 tahun itu adalah untuk mengelakkan mereka daripada "melakukan sesuatu yang melampaui batas".

Young Syefura menjawab adalah tidak munasabah untuk seorang kanak-kanak berusia 11 tahun melakukan perkara tidak senonoh ketika dia "masih bermain dan menonton kartun".

Syed Ibrahim menjawab dengan berkata: "Bermain-main tu lah."
Syed IbrahimAdun Kerdau itu dirakamkan ketawa dengan gurauan ini, dipercayai ekoran 'main' adalah istilah yang digunakan dalam perbualan untuk merujuk kepada hubungan seksual

Dia seterusnya berkata adalah lebih baik gadis itu berkahwin dengan lelaki berusia 41 tahun daripada membenarkan mereka melakukan hubungan seks terlarang "dan terpaksa menggunakan... kondominium".

Ini adalah satu lagi jenaka untuk merujuk kepada kondom.

Menurut hansard, hhli-ahli DUN ketawa dengan gurauan tersebut.

'Orang dewasa tak patut tertarik dengan kanak-kanak'

Bagaimanapun, Syed Ibrahim seterusnya berkata dia tidak bergurau apabila menegaskan lebih baik gadis berusia 11 tahun melakukan hubungan seks dengan lelaki berusia 41 tahun dalam perkahwinan berbanding di luar perkahwinan, yang merupakan satu dosa.

Young Syefura kemudian menjawab dengan mengatakan tidak patut ada risiko hubungan luar nikah antara lelaki dewasa dengan anak-kanak perempaun memandangkan orang dewasa tidak sepatutnya ada perhubungan seksual mahupun tarikan seksual terhadap kanak-kanak.

Dia juga membangkitkan lelaki berusia 41 tahun itu dilaporkan mempunyai minat terhadap gadis itu sejak dia berumur tujuh tahun.

"Bolehkah ahli yang berhormat di sini menerimanya jika orang dewasa tertarik secara seksual kepada anak anda yang berumur tujuh tahun?" soalnya.
Mohd SharkarSharkar kemudian mencelah dengan bertanya sama ada Young Syefura boleh menerimanya jika anaknya seorang homoseksual.

Perbahasan berlanjutan dan selepas Young Syefura menggariskan kesan buruk bagi kanak-kanak perempuan yang berkahwin sebelum dewasa, Syed Ibrahim menjawab dengan berkata Pahang tidak berkempen untuk perkahwinan kanak-kanak.

“Kalau boleh, kita mahu anak-anak terpelajar, berstatus sewajarnya dan kehidupan yang baik.

"Tetapi dalam kes terpencil, seperti yang disebut oleh Ketari, kita tidak boleh memberitahu mereka supaya tidak berkahwin dan sebaliknya menggunakan kondom.

“Kita perlu mengambil kira keadaan berbeza supaya keadaan tidak menjadi lebih buruk.

"Ia boleh menjadi lebih teruk dan akan lebih menyusahkan anak, keluarga dan masyarakat (jika dia tidak berkahwin), jadi, dalam kes tertentu, kita perlu mempertimbangkan bagaimana keluarga boleh dilindungi dengan betul," tambah Syed Ibrahim.

Tangkap layar hansard sidang DUN itu dikongsi oleh akaun Twitter @inforakyatbiasa dan setakat ini telah diciap semula lebih 2,400 kali dan ditanda "suka" lebih 1,300 kali.

“Retweet untuk menunjukkan bantahan anda terhadap dua Adun BN Pahang yang mengejek Young Syefura apabila dia membangkitkan isu perkahwinan bawah umur di DUN Pahang.

"Baca Hansard. Memualkan!" kata ciapan itu.

Sebagai tindak balas, ramai pengguna Twitter mengecam mereka dan berkata hanya pedofil dan "pembela rogol" akan menyokong perkahwinan kanak-kanak.
Young SyefuraMereka juga mengutuk kalangan yang ketawa terhadap jenaka Syed Ibrahim.

Sementara itu Kedah kini menetapkan umur 18 tahun sebagai umur perkahwinan minimum.

Pada 18 Julai lalu, DUN Kedah meluluskan pindaan terhadap enakmen untuk menaikkan had umur perkahwinan minimum wanita Islam daripada 16 kepada 18 tahun.

Bagaimanapun, gadis Islam berumur bawah 18 tahun yang ingin berkahwin boleh berbuat demikian sekiranya mendapat kebenaran daripada Mahkamah Syariah.

Data daripada Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) merekodkan 1,856 kanak-kanak di Malaysia telah berkahwin pada 2018, di mana 90 peratus daripadanya adalah perempuan.

Antara 2007 hingga 2017, kira-kira 15,000 kes perkahwinan kanak-kanak direkodkan.

Perkahwinan kanak-kanak paling tinggi direkodkan berlaku di Kelantan, Sabah dan Sarawak, dan kebanyakannya berlaku di kawasan luar bandar.

Perkahwinan kanak-kanak bukan sahaja berlaku dalam masyarakat Islam. Di Sabah dan Sarawak, kanak-kanak bumiputera bukan Islam telah direkodkan berkahwin mengikut adat resam.

Dari 2017 hingga 2020, 1,138 kes "perkahwinan adat anak" direkodkan di Sarawak, lapor New Sarawak Tribune.

Pada 2020, kerajaan Warisan Sabah mengumumkan rancangan untuk meminda Enakmen Mahkamah Anak Negeri bagi menghalang perkahwinan kanak-kanak


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/07/jenaka-kahwin-bawah-umur-oleh-2-exco.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adun Ketari Bangkitkan Hansard Sidang Dun Jenaka Kahwin Bawah Umur Oleh Exco Pahang

Adun Ketari Bangkitkan Hansard Sidang Dun Jenaka Kahwin Bawah Umur Oleh Exco Pahang

papar berkaitan - pada 21/7/2022 - jumlah : 129 hits
KUALA LUMPUR Jenaka dan kata kata dua Exco Pahang mempertahankan perkahwinan kanak kanak yang dibuat ketika sidang Dewan Undangan Negeri pada 2018 kini dibangkitkan semula Ia selepas Ahli Dewan Undangan Negeri Ketari Young Syefura Othman m
Pengurusan Stadium Tun Razak Jengka Batal Kelulusan Pas Pahang Anjur Himpunan Hijau 3 0 Program Pindah Ke Pantai Sepat

Pengurusan Stadium Tun Razak Jengka Batal Kelulusan Pas Pahang Anjur Himpunan Hijau 3 0 Program Pindah Ke Pantai Sepat

papar berkaitan - pada 14/7/2022 - jumlah : 231 hits
KUANTAN Hasrat PAS Pahang mahu mengadakan Himpunan Hijau 3 0 dengan meriah di Stadium Tun Abdul Razak di Bandar Tun Razak Jengka pada hujung bulan ini nampaknya tidak kesampaian Hal itu kerana pihak pengurusan stadium terbabit membatalkan k...
Aktivis Alam Sekitar Mohon Pindah Kes Saman Kerajaan Pahang Ke Mahkamah Tinggi Kl

Aktivis Alam Sekitar Mohon Pindah Kes Saman Kerajaan Pahang Ke Mahkamah Tinggi Kl

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 182 hits
KUALA LUMPUR Pengasas Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil memohon untuk memindahkan kes saman fitnah Kerajaan Negeri Pahang terhadapnya ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Peguamnya Rajesvaran Nagaraj...
Rm2 13b To Mitigate Flood Curb Coastal Erosion In Pahang

Rm2 13b To Mitigate Flood Curb Coastal Erosion In Pahang

papar berkaitan - pada 15/7/2022 - jumlah : 296 hits
A total of 12 projects to mitigate floods and curb coastal erosion including conservation of estuaries in Pahang have been approved and are being implemented at a cost of RM2 13 billion according to Environment and Water Minister Tuan Ibrah...
Christophe Gamel Bakal Tinggalkan Sri Pahang Fc Fandi Ahmad Di Sebut Bakal Jadi Pengganti

Christophe Gamel Bakal Tinggalkan Sri Pahang Fc Fandi Ahmad Di Sebut Bakal Jadi Pengganti

papar berkaitan - pada 15/7/2022 - jumlah : 192 hits
KUANTAN Jodoh jurulatih berasal dari Perancis Christophe Gamel bersama Sri Pahang FC tidak berpanjangan apabila dia dilepaskan daripada tugasnya selaku pembingan skuad Tok Gajah Sumber dalaman pasukan memaklumkan kedua dua pihak bersetuju d...
Kerajaan Pahang Puas Hati Usaha Jpnp Pulih Pelihara Kawasan Bekas Lombong Tasik Chini

Kerajaan Pahang Puas Hati Usaha Jpnp Pulih Pelihara Kawasan Bekas Lombong Tasik Chini

papar berkaitan - pada 17/7/2022 - jumlah : 169 hits
PEKAN Kerajaan negeri berpuas hati dengan usaha Jabatan Perhutanan Negeri Pahang memulih dan memelihara kawasan bekas lombong di Tasik Chini Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata kini hampir 80 peratus kawasan bekas l...
Activist Seeks To Transfer Pahang Govt S Defamation Suit To Kl High Court

Activist Seeks To Transfer Pahang Govt S Defamation Suit To Kl High Court

papar berkaitan - pada 12/7/2022 - jumlah : 136 hits
Association for the Protection of Natural Heritage of Malaysia founder Shariffa Sabrina Syed Akil is seeking to transfer the Pahang state government s defamation suit against her to the Kuala Lumpur High Court Her lawyer Rajesvaran Nagaraja...
Mat Kilau And Demystifying The 1891 95 Pahang Uprising

Mat Kilau And Demystifying The 1891 95 Pahang Uprising

papar berkaitan - pada 10/7/2022 - jumlah : 402 hits
The recently released blockbuster Malay film Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan has been drawing large numbers to the cinemas and received rave reviews from fans of Malay films I too watched the film and took pride in its success while hoping i...
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Fahmi Fadzil Perlu Beri Penjelasan Bukan Beri Alasan

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Prof As Dakwa Tak Selamat Kunjungi Malaysia Selepas Sebar Propaganda Sokong Zionis



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Brauninhas House By Pablo Lanza Arquitetura In Itu Brazil

Banteras Isu 3r Manivanan Cadang 10 Langkah Percepat Siasatan Polis

Analysis Harapan S Uphill Battle To Defend Kuala Kubu Baharu

Kkb By Election Will Be A Confidence Vote For The Anwar Administration

Azmin Pledges To Tell All On May 11