Pengurusan Stadium Tun Razak Jengka Batal Kelulusan Pas Pahang Anjur Himpunan Hijau 3 0 Program Pindah Ke Pantai Sepat


 

KUANTAN - Hasrat PAS Pahang mahu mengadakan Himpunan Hijau 3.0 (H20K) dengan meriah di Stadium Tun Abdul Razak di Bandar Tun Razak Jengka pada hujung bulan ini nampaknya tidak kesampaian.
Hal itu kerana pihak pengurusan stadium terbabit membatalkan kelulusan yang diberikan sebelum ini.
Perkara itu disahkan Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Rosli Abdul Jabar, hari ini.
Bagaimanapun kata Rosli buat masa ini PAS Pahang tidak mahu memberikan komentar lanjut.
"Maaf, PAS Pahang sedang menunggu surat rasmi yang menyatakan kami tidak dibenarkan menggunakan stadium tersebut.
“Setakat ini maklumat mengenainya hanya dihantar melalui e-mel, harap sabar dulu ya,” katanya melalui aplikasi WhatsApp.
Pembatalan kebenaran bagi mengadakan himpunan itu mengundang persoalan dalam kalangan ahli dan penyokong PAS memandangkan pucuk pimpinan parti negeri terbabit masih cuba mempertahankan Muafakat Nasional.
Sementara itu, sumber rapat dengan pimpinan PAS Pahang memberitahu, tindakan membatalkan kebenaran diberikan pada awal bulan ini adalah sesuatu yang pelik dan mengejutkan.
“Pihak kami (penganjur) sudah mengemukakan permohonan sejak awal lagi dan kami dimaklumkan surat kebenaran untuk H20K sudah dihantar kepada pejabat ADUN PAS Jengka pada 1 Julai lalu.
"Bagaimanapun, pada 6 Julai, mereka (pihak pengurusan stadium) menghantar satu lagi surat menyatakan kebenaran untuk menggunakan stadium dibatalkan.
"Alasan yang diberikan ialah kerana tarikh tersebut bertembung dengan jadual kerja penyelenggaraan di situ," katanya.
Menurut sumber terbabit, sukar mahu diterima akal pihak pengurusan stadium tidak tahu jadual penyelenggaraan lebih awal sehingga sebelum ini mereka memberi kebenaran kepada PAS.
"Kenapa pada peringkat awal mereka beri kebenaran, tapi selepas itu membatalkan kelulusan tersebut?” katanya.
Berdasarkan surat yang dilihat, pihak pengurusan stadium dalam surat bertarikh 1 Julai memaklumkan PAS boleh menggunakan kemudahan tersebut dengan bayaran RM10,000.
Menggunakan kepala surat Felda, pihak pengurusan menghantar notis berkenaan kepada Setiausaha Program Himpunan Hijau 20K.
Bayaran RM10,000 itu merangkumi penggunaan lot parking, ruang makan VIP, 'scoreboard' dan sistem audio serta ruang tempat duduk penonton.
Surat itu juga memaklumkan pihak penganjur perlu mendapatkan permit atau kelulusan daripada Majlis Daerah Maran jika ingin menyediakan ruang gerai jualan di luar kawasan stadium itu.
Melalui surat bertarikh 6 Julai lalu pula, pengurus Stadium Tun Abdul Razak Jengka memaklumkan kelulusan diberikan sebelum ini dibatalkan kerana terdapat kerja penambahbaikan dan pengubahsuaian stadium bakal dilakukan pada tarikh sama.
Ekoran perkembangan itu Rosli memberitahu PAS Pahang akan meneruskan program H20K di lokasi lain.
Kata ADUN Tanjung Lumpur itu, program H20K itu akan dilangsungkan di Pantai Sepat, dekat Kuantan, pada tarikh sama.
Program H20K dijangka turut dihadiri Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan pimpinan utama yang lain. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/07/pengurusan-stadium-tun-razak-jengka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aktivis Alam Sekitar Mohon Pindah Kes Saman Kerajaan Pahang Ke Mahkamah Tinggi Kl

Aktivis Alam Sekitar Mohon Pindah Kes Saman Kerajaan Pahang Ke Mahkamah Tinggi Kl

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 182 hits
KUALA LUMPUR Pengasas Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil memohon untuk memindahkan kes saman fitnah Kerajaan Negeri Pahang terhadapnya ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Peguamnya Rajesvaran Nagaraj...
Dua Sekeluarga Maut Dalam Kemalangan Tiga Kenderaan Di Lebuhraya Tun Razak Gambang

Dua Sekeluarga Maut Dalam Kemalangan Tiga Kenderaan Di Lebuhraya Tun Razak Gambang

papar berkaitan - pada 14/7/2022 - jumlah : 210 hits
PEKAN Dua maut dalam kemalangan babitkan sebuah lori treler dengan dua buah kenderaan lain iaitu kereta dan van di Lebuhraya Tun Razak berhampiran Kampung Pulau Manis dekat sini petang semalam Dalam kejadian kereta jenis Proton Wira Aerobak...
Pm Free Education At Universiti Tun Abdul Razak For 2 500 Children Of Veterans

Pm Free Education At Universiti Tun Abdul Razak For 2 500 Children Of Veterans

papar berkaitan - pada 14/7/2022 - jumlah : 227 hits
Children of Armed Forces veterans will have a chance to further their studies at Universiti Tun Abdul Razak for free for one year with the costs to be borne by the university Prime Minister Ismail Sabri Yaakob said He said the programme wou...
Muip Peruntukkan Dana Rm801 000 Sudah Di Agih Kepada Quot Institusi Pendidikan Quot Di Pahang

Muip Peruntukkan Dana Rm801 000 Sudah Di Agih Kepada Quot Institusi Pendidikan Quot Di Pahang

papar berkaitan - pada 20/7/2022 - jumlah : 154 hits
KUANTAN Bantuan berjumlah RM810 000 sudah diagihkan kepada Institusi Pendidikan di Pahang melalui penyaluran dana daripada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Pahang Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MUIP Dr Asmadi Abdul Rahm
Pemuda Pas Tengok Wayang Wayang Tu Kan Haram Netizen Dakwa Pas Hipokrit Pemuda Pas Tampil Beri Penjelasan

Pemuda Pas Tengok Wayang Wayang Tu Kan Haram Netizen Dakwa Pas Hipokrit Pemuda Pas Tampil Beri Penjelasan

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 324 hits
Pemuda PAS tengok wayang Wayang tu kan haram Netizen dakwa PAS hipokrit Pemuda PAS tampil beri penjelasan Kalau beragama jangan sekadar pakaiannya biar tentu bersih juga tubuhnya Kalau belajar jangan sekadar ilmunya biar tentu kukuh juga ad...
Perbanyakan Lagi Filem Tokoh Pejuang Kemerdekaan Dewan Ulama Pas

Perbanyakan Lagi Filem Tokoh Pejuang Kemerdekaan Dewan Ulama Pas

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 183 hits
Perbanyakan lagi filem tokoh pejuang kemerdekaan Dewan Ulama PASFilem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan sehingga ke hari ini masih mendapat sambutan hangat dari pelbagai pihak termasuklah Dewan Ulama PAS Ketua Dewan Ulama PAS Ahmad Yahya menya...
Towards More Comprehensive Pension Reform

3 Sebab Kenapa Kashmir Menjadi Pilihan Traveler Malaysia

Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Makanan Perlis Paling Popular

Panduan Produk Kesihatan

Tafsir Mimpi Gajah

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3


5 Rekomendasi Laptop Untuk Mahasiswa Akuntansi Terbaru

Amang Seksual Inspektor Polis Ditahan Kerja

Lyodra Tak Selalu Memiliki Chord

No Campaign Elements In Kkb Hari Raya Open House Selangor Mb Tells Bersih

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander

Essential Guide To Safe Well Water Maintenance