Jemaah Boleh Ikut Kapasiti Masjid Surau Wp Mulai Esok


 
Pengarah JAWI Mohd Ajib Ismail berkata, masjid dan surau di kawasan PKPB dan PKPP juga dibenar mengadakan aktiviti pengimarahan.KUALA LUMPUR: Bilangan jemaah bagi solat fardu di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan adalah mengikut kapasiti sebenar masjid dan surau dengan penjarakan fizikal 1.5m berkuat kuasa esok.
Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Mohd Ajib Ismail berkata ketetapan baharu itu dibuat setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Bilangan jemaah bagi solat Jumaat turut diperluas ke semua ruang sesuai di masjid, surau Jumaat dan surau yang diberi kebenaran khas untuk mendirikan solat Jumaat termasuk kawasan berkhemah dengan penjarakan fizikal 1.5m, katanya dalam kenyataan di sini.
Pada masa sama, beliau berkata masjid dan surau di kawasan Perintah Kawalan Pegerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dibenar mengadakan aktiviti pengimarahan seperti kuliah Maghrib, kuliah Subuh, kuliah Dhuha dan sebagainya dengan penjarakan fizikal 1.5m.
Sementara itu, beliau berkata bagi aktiviti pengimarahan Ramadan, solat sunat Tarawih dibenarkan mengikut kapasiti sebenar masjid dan surau dengan penjarakan fizikal 1.5 meter dan hendaklah dilaksanakan sebanyak 20 rakaat dengan bacaan surah-surah atau ayat-ayat pendek.
“Tazkirah tidak dibenarkan sepanjang pelaksanaan solat sunat Tarawih. Tadarus al-Quran boleh dilaksanakan dengan jumlah peserta separuh atau 50% daripada kapasiti dewan solat utama dengan penjarakan fizikal 1.5m.
“Qiamullail boleh dilaksanakan 30 minit sebelum waktu imsak. Pembayaran zakat fitrah secara manual atau pembayaran terus kepada amil dibenarkan di samping pembayaran secara dalam talian atau kaedah yang ditetapkan oleh Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP),” katanya.
Selain itu, Mohd Ajib berkata Jamuan berbuka puasa atau iftar tidak dibenarkan tetapi Jawatankuasa Kariah digalakkan memberi sumbangan berbuka puasa kepada golongan memerlukan dan barisan hadapan secara berbungkus serta dihantar terus kepada penerima.
Beliau berkata moreh (jamuan di masjid atau surau dalam bulan puasa) tidak dibenarkan tetapi Jawatankuasa Kariah boleh menyediakan makanan secara berbungkus selepas solat Tarawih untuk dibawa pulang oleh jemaah.
Mohd Ajib berkata semua ketetapan terbaharu itu adalah tertakluk kepada garis panduan yang ditetapkan serta prosedur operasi standard (SOP) oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM). - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/03/jemaah-boleh-ikut-kapasiti-masjid-surau.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Awani Ringkas Solat Jemaah Kapasiti Penuh Mulai Hari Ini Pkpd Di Baverly Hills Dilanjutkan

Awani Ringkas Solat Jemaah Kapasiti Penuh Mulai Hari Ini Pkpd Di Baverly Hills Dilanjutkan

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 344 hits
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini S...
Perlis Benarkan Jemaah Rapatkan Saf Mulai Esok

Perlis Benarkan Jemaah Rapatkan Saf Mulai Esok

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 201 hits
22 03 2021 10 03 AM KANGAR 22 Mac Bermula esok Perlis membenarkan jemaah merapatkan saf ketika solat di semua masjid di negeri ini Bagaimanapun kebenaran itu hanya diberikan kepada jemaah yang hadir bersama keluarga tinggal sebumbung untuk ...
Pm Adakan Lawatan Rasmi Ke Arab Saudi Uae Mulai Esok

Pm Adakan Lawatan Rasmi Ke Arab Saudi Uae Mulai Esok

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 340 hits
Muhyiddin Yassin adalah ketua kerajaan yang pertama dijemput Raja Salman Abdulaziz untuk mengadakan lawatan rasmi ke Arab Saudi susulan Persidangan Al Ula pada Jan lalu PETALING JAYA Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan mengadakan lawatan ...
Semakan Status Gkp Tambahan Permai Boleh Dibuat Mulai Hari Ini

Semakan Status Gkp Tambahan Permai Boleh Dibuat Mulai Hari Ini

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 232 hits
122 total views 122 views today Semakan bagi bantuan Geran Khas Prihatin Tambahan sudah mula boleh disemak mulai hari ini Sebelum ini kerajaan melalui Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia telah mengumumkan bantuan kewangan...
Pkpd Taman Perumahan Sekitar Jalan Telok Ira Temerloh Akan Di Tamatkan Mulai Esok

Pkpd Taman Perumahan Sekitar Jalan Telok Ira Temerloh Akan Di Tamatkan Mulai Esok

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 220 hits
KUALA LUMPUR Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat taman perumahan sekitar Jalan Telok Ira Temerloh Pahang ditamatkan esok Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata penamatan PKPD itu seperti yang dijadualkan hasil penilaian ris...
Pkpd Di Kampung Tringgus Bau Sarawak Mulai Esok

Pkpd Di Kampung Tringgus Bau Sarawak Mulai Esok

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 343 hits
PKPD di Kampung Tringgus Bau Sarawak mulai esok nbsp Dikemas kini 18 minit yang lalu Diterbitkan pada 7 Mar 2021 7 12PM
Pahang Beri Kelonggaran Aktiviti Keagamaan Di Masjid Surau

Pahang Beri Kelonggaran Aktiviti Keagamaan Di Masjid Surau

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 231 hits
Kelas agama dan acara lain seperti baca yasin dan tahlil turut dibenarkan Negeri Selangor turut melonggarkan sekatan di masjid dan membenarkan solat Jumaat dilaksanakan dengan pematuhan SOP Kerajaan negeri Pahang hari ini mengumumkan bebera...
Ordinan Darurat Penyebaran Berita Tidak Benar Hadap Denda Tidak Lebih Rm100 000 Mulai Esok

Ordinan Darurat Penyebaran Berita Tidak Benar Hadap Denda Tidak Lebih Rm100 000 Mulai Esok

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 235 hits
Kerajaan telah mewartakan Ordinan Darurat 2021 berkuatkuasa 12 Mac 2021 khusus untuk memerangi aktiviti penghasilan dan penyebaran berita tidak benar Menurut Perkara 4 Ordinan tersebut sebarang proses penghasilan berita tidak benar sehingga...
Panas Dokumen Didakwa Minit Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Bocor

Kedah Fashion Week 2025 1 3 Ogos 2025 Bertemakan Berlian Di Aman Central Alor Setar

Hiburan Hei Betina Berhenti Malukan Keluarga Amp Suami Sedar Sikit Kau Tu P Lacur Berstatus Datin Nabila Huda

Breathing Easier How Smart Sensors Stop Vaping In Schools

What A Beautiful Day Tiba Tiba Terbaca Isu Tengah Panas Sekarang Ni Padanmuka Nabila Huda

Cure For Malaysia S Generational Judicial Curse

Drama Abang Imam Minah Skuter

Serlahkan Acara Anda Dengan Mascot Costumes Yang Unik Dan Menarik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Salam Maal Hijrah 1447h Untuk Tahun 2025

Seni Resin Art Keindahan Teknik Dan Kenapa Makin Ramai Jatuh Hati

Recommended By

Ayam Gunting Dan Enoki Goreng Crispy Pedas

Hujan Bukan Alasan

Taufiq Sabri Bila Pena Telah Diangkat Chord