Jelajah Ikon Madani Peringkat Negeri Selangor Dan Wilayah Persekutuan Bantu 4000 Pelajar
Baru-baru ini AlongMurni (AM)
telah hadir ke Majlis Penganjuran PROGRAM JELAJAH IKON MADANI PERINGKAT
NEGERI SELANGOR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN yang bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia. Program ‘JELAJAH IKON MADANI’
ini dianjurkan oleh Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Jabatan Perdana Menteri
dan Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dengan kerjasama Majlis Agama Islam
Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Majlis dihadiri lebih 3,500
pelajar yang terdiri daripada pelajar UKM, UiTM, USIM, UPM, UPNM, UCMI dan KPTM.
JELAJAH IKON PERINGKAT NEGERI SELANGOR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN menampilkan
YB Dato’ Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan penampilan khas
Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin dalam sesi Townhall Ikon Nasional.
Seramai lebih 4,000 pelajar yang
layak telah menerima pemberian bantuan awal pendidikan seperti bantuan tunai,
cermin mata, komputer riba dan beg keperluan asas ke Menara Gading sepanjang JELAJAH
IKON MADANI ini diadakan hasil pembiayaan MAIWP, Yayasan Hasanah,
agensi-agensi kerajaan dan syarikat korporat. Majlis Perasmian IKON Peringkat
Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan ini telah disempurnakan oleh YB Dato’
Johari Bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak
(DECTAR), UKM Bangi, Selangor.
Program JELAJAH IKON MADANI (IKON) adalah kesinambungan Townhall Ikon Nasional yang berkonsepkan program
bual bicara yang mengfokuskan kepada perkongsian ilmu daripada Tokoh-tokoh yang
berjaya dalam pelbagai bidang seterusnya melahirkan graduan yang mempunyai
mentaliti kelas pertama.
Menurut YB Dato’ Johari bin
Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, “Program JELAJAH IKON MADANI ini merupakan
satu aspirasi yang perlu diterapkan kepada pelajar-pelajar Institusi Pendidikan
Tinggi kerana ia merupakan platform bagi mengembangkan dan menukar idea serta
pengalaman di antara Ikon-Ikon jemputan bersama para pelajar. Saya sentiasa
mengharapkan pihak-pihak lain akan turut memberi sokongan dan bekerjasama
menjayakan Jelajah Ikon Madani dalam memeta jalan terbaik membantu membangunkan
masa depan pelajar-pelajar kita khususnya kepada lebih para pelajar yang hadir
di program IKON.
Saya turut berharap agar semua
pihak menyambut baik program yang dianjurkan oleh Kerajaan melalui J-KOM dan
PRIHATIN dengan kerjasama strategik MAIWP dalam menyahut seruan dan memangkin
wadah ‘Malaysia Madani’ kerana pelbagai manfaat serta semangat kejituan dalam melahirkan
semangat perpaduan di antara kita rakyat Malaysia untuk sama-sama berganding
bahu merealisasikan Malaysia Madani seterusnya mewujudkan Malaysia yang
sejahtera, maju dan makmur. Saya turut mengambil peluang ini untuk mengucapkan
jutaan terima kasih kepada PRIHATIN kerana menerima mandat kerajaan dalam
melaksanakan program yang memanfaatkan komuniti dan membantu mengurangkan beban
golongan kurang bernasib baik.”, ujar beliau.
Manakala Pengerusi Lembaga
Pemegang Amanah PRIHATIN, Prof. Emeritus Tan Sri Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar
berkata, “Melalui program ini, kita harus sama-sama memanfaatkan pelaksanaan
program IKON ini yang memfokuskan kepada perkongsian ilmu dari tokoh yang
berjaya dalam pelbagai bidang dan sekaligus dapat melahirkan graduan kelas
pertama. Saya juga berharap dengan hasil sumbangan MAIWP, agensi kerajaan dan
syarikat korporat dalam program ini mampu menjadi pendorong dan pemangkin
semangat kepada penerima di sini untuk membantu memotivasikan para pelajar
dalam mengatur dan mencorak langkah untuk mendepani cabaran seusai menamatkan
pengajian di peringkat tinggi kelak. PRIHATIN akan turut sentiasa memastikan
tiga teras utamanya agar sentiasa diperkasa dari aspek Pendidikan, Keusahawanan
dan Kepimpinan bagi membudayakan masyarakat yang berilmu, berkemahiran digital
dan berjiwa patriotik merentasi semua lapisan komuniti dan masyarakat dalam
membentuk ‘Malaysia Madani.”
J-KOM dan PRIHATIN melihat
program kali ini mampu mengangkat dan memperkasakan pendidikan ke suatu tahap
yang lebih tinggi dengan kerjasama yang diatur dan dilaksanakan bersama
pihak-pihak yang terlibat bagi Program Jelajah Ikon Nasional ‘Membentuk
Mahasiswa Madani’.
Turut hadir Dato’ Dr. Mohammad
Agus Bin Yusoff (Ketua Pengarah J-KOM), Tan Sri Dr. Mohd. Daud Bakar (Pengerusi
MAIWP), Prof. Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman (Naib Canselor UKM), Dato’
Mohd Aizuddin Ghazali (Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN), En. Mohd Nizam Bin
Yahya (Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP) dan Dr. Jafri Bin Abu (Pengarah
Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor).
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.alongmurni.com/2023/06/Jelajah-Ikon-Madani.html