Penduduk Gambang Damai Rayu Bantuan Kerajaan Pahang Bantu Masalah Mereka


KUANTAN: Ibarat projek rumah terbengkalai. Itu dapat digambarkan sebaik melihat keadaan deretan rumah di Lorong Gambang Damai 29, di sini yang tidak berpenghuni sejak dua tahun lepas akibat beberapa kediaman terjejas dalam kejadian tanah runtuh.
Meskipun lebih dua tahun bencana alam itu berlaku, masih menjadi tanda tanya buat lebih 10 pemilik rumah di situ mengenai tindakan susulan daripada pihak berwajib berkenaan tahap keselamatan untuk mereka mendiami semula kediaman masing-masing.
Pengerusi Persatuan Penduduk Gambang Damai (Desa Hijauan) Norazen Md Dadi berkata kira-kira 20 kediaman terjejas selepas insiden berkenaan namun difahamkan hanya enam unit rumah yang rosak mendapat kediaman ganti baharu daripada pemaju.
Beliau berkata status rumah penduduk lain masih 'tergantung' dan rata-rata mereka inginkan kepastian mengenai keselamatan rumah jenis berkembar yang dibeli dengan harga lebih RM258,000 sejak 2016 itu.
"Penduduk di lorong ini telah diminta mengosongkan rumah pada hari kejadian atas faktor keselamatan dan sehingga kini terdapat penduduk menyewa di rumah lain kerana bimbang dengan keadaan rumah di sini yang terdapat kesan retak.
"Kami perlukan kata putus sama ada rumah itu boleh diduduki atau tidak dan kami terbuka untuk berbincang bersama pihak terlibat serta berharap campur tangan kerajaan negeri dalam menyelesaikan isu ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kawasan perumahan itu di sini, semalam.
Seorang lagi pemilik, Md Nasri Yusuff, 44, berkata penduduk terpaksa menanggung komitmen bulanan yang tinggi kerana perlu membayar sewa rumah dan pinjaman bulanan selain bayaran cukai taksiran masih dikenakan.
"Saya harap pihak berwajib ambil tindakan sewajarnya kerana hampir tiga tahun kami duduk menyewa di tempat lain...moratorium yang diberikan sebelum ini setahun, dan selepas itu kami terpakasa membayar komitmen dua rumah," katanya.
Roslina Ahmad Said, 39, berharap rumah ganti diberikan iaitu sebuah rumah dijangka siap pada September kelak setimpal dengan harga kediamannya di Gambang Damai yang dibeli hampir RM300,000.
"Difahamkan harga rumah ganti lebih rendah daripada rumah ini, saya hanya harapkan ganti rugi yang setimpal kerana masih perlu menanggung bayaran bulanan rumah sekarang iaitu RM1,400 manakala rumah sewa RM500," katanya.
Pada 5 Jan 2021, dua buah rumah dilaporkan runtuh dipercayai akibat pergerakan tanah kesan daripada hujan berterusan sekitar 3.40 pagi, bagaimanapun, insiden itu tidak menyebabkan kemalangan jiwa kerana penghuninya telah keluar daripada rumah tersebut lebih awal.
Tinjauan di lokasi berkenaan pula mendapati rumah runtuh tersebut masih belum dibersihkan selain kediaman penduduk berhampiran yang telah mengosongkan rumah dipenuhi sampah sarap dan semak samun.
Sementara itu, Ahli Parlimen Paya Besar Datuk Mohd Shahar Abdullah ketika dihubungi berkata beliau telah mengangkat isu tersebut kepada pengetahuan kerajaan negeri dengan memaklumkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang Datuk Seri Johari Harun untuk tindakan sewajarnya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.pahangdaily.net/2023/06/penduduk-gambang-damai-harap-bantuan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Pahang Zahirkan Keprihatinan Akan Teliti Serta Sedia Bantu Maisarah

Kerajaan Pahang Zahirkan Keprihatinan Akan Teliti Serta Sedia Bantu Maisarah

papar berkaitan - pada 31/5/2023 - jumlah : 162 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang menzahirkan keprihatinan dan sedia membantu kanak kanak perempuan orang Asli yang menjadi mangsa perebutan hak jagaan setelah penceraian ibu bapanya yang tular di media sosial sejak kelmarin Exco Hal Ehwal Aga...
Hiburan Mak Bapak You Penerima Bantuan Kerajaan Kan Mira Didakwa Menyondol Sebab Nak Bantu Keluarga

Hiburan Mak Bapak You Penerima Bantuan Kerajaan Kan Mira Didakwa Menyondol Sebab Nak Bantu Keluarga

papar berkaitan - pada 11/6/2023 - jumlah : 191 hits
Nama pengacara TikTok atau live host masih menjadi sebutan hangat netizen sehingga kini gara gara kontroversi hubungan terlarangnya bersama majikan View Chin Terkini seorang individu telah mendakwa Amirah atau Mira menganggu rumah tangga Vi...
Kerajaan Pahang Peruntukan Rm20 Juta Teruskan Program Pride Kasih Pahang

Kerajaan Pahang Peruntukan Rm20 Juta Teruskan Program Pride Kasih Pahang

papar berkaitan - pada 20/6/2023 - jumlah : 207 hits
BERA Program Pahang Pride Kasih diteruskan lagi tahun ini yang akan memberi manfaat kepada kira kira 40 000 penerima membabitkan peruntukan sebanyak RM20 juta Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat Pembangunan Wanita dan Keluarga Pahan...
Kerajaan Pahang Perkenalkan Aplikasi Mudah Alih Kad Kesihatan Pahang Pride

Kerajaan Pahang Perkenalkan Aplikasi Mudah Alih Kad Kesihatan Pahang Pride

papar berkaitan - pada 20/6/2023 - jumlah : 221 hits
TEMERLOH Kerajaan Negeri Pahang memperkenalkan aplikasi mudah alih Pahang Pride Kasih sebagai platform baharu kepada 30 600 penerima kad kesihatan program itu tahun ini Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata aplikasi ini nila...
Kerajaan Negeri Pahang Terima 2 415 Permohonan Skim I Push Fasa Kedua

Kerajaan Negeri Pahang Terima 2 415 Permohonan Skim I Push Fasa Kedua

papar berkaitan - pada 20/6/2023 - jumlah : 124 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang menerima 2 415 permohonan Dana Skim Pembiayaan Kewangan Mikro Negeri Pahang fasa kedua yang dibuka pada November hingga 14 Disember tahun lalu Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Indera Zulkifli Yaacob ber...
Wan Rosdy Kerajaan Pahang Jamin Akan Tanggung Baki Kos Rawatan Adik Athif

Wan Rosdy Kerajaan Pahang Jamin Akan Tanggung Baki Kos Rawatan Adik Athif

papar berkaitan - pada 15/6/2023 - jumlah : 126 hits
KUANTAN Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail memberi jaminan baki kos rawatan Muhammad Athif Fahri Mohd Farhan yang berusia 16 bulan akan ditanggung kerajaan negeri itu Wan Rosdy berkata pembiayaan itu akan menampung baki ko...
Umno Parti Utama Perlu Bantu Parti Lain Dalam Kerajaan Menang Prn Mat Maslan

Umno Parti Utama Perlu Bantu Parti Lain Dalam Kerajaan Menang Prn Mat Maslan

papar berkaitan - pada 4/6/2023 - jumlah : 198 hits
agendaily com04 06 2023Datuk Seri Ahmad Maslan gesa perwakilan PAU menumpukan kepada persediaan menghadapi PRN enam negeri nanti Selaku parti utama dalam kerajaan campuran UMNO perlu membantu parti parti lain dalam gabungan itu bagi memenan...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba