Jejak Rimba Bandar Kuala Lumpur


[ Catatan kisah hari Sabtu, 14 Januari 2023 ]
Pada pagi hari terakhir di KL sebelum bertolak balik ke rumah PP, saya dan encik suami sempat meronda pagi di sekitar kawasan hotel penginapan dengan berjalan kaki. Saya suka berjalan kaki sebab kita akan dapat memerhati sekitar dengan lebih baik. Juga mudah untuk saya memotret apa-apa yang menarik di mata saya

Ke mana langkah kaki kami

Kami menyusuri laluan Jejak Rimba Bandar (Uban Forest Trail) yang terletak berhampiran Taman Eko Rimba Kuala Lumpur di Hutan Simpan Bukit Nanas. Kiranya kami cuma menyusuri tepi hutan simpan tanpa menjejakkan kaki ke dalam kawasan taman eko rimba

Ada pintu masuk ke Taman Eko Rimba Kuala Lumpur di kawasan sini, tapi ada notis memaklumkan pintu di sini tutup pada hari Sabtu & Ahad, perlu gunakan laluan masuk di Menara KL atau Jalan Raja Chulan. Tapi takpelah, kami cuma nak berjalan santai melihat suasana pagi Sabtu di tengah pusat bandar raya KL yang biasanya sibuk pada hari bekerja

Jejak Rimba Bandar - Urban Forest Trail

Klik foto untuk paparan lebih jelas.Papan info berkenaan laluan ini

Baru saya tahu kewujudan Terowong Bukit Nanas. Dalam pagar tu kawasan Hutan Simpan Bukit Nanas. Juga terdapat satu lagi tapak terowong Jalan Ampang di kawasan ini. Papan info disertakan untuk kita mengetahui secara ringkas sejarah terowong yang ditemui

Cantik bunga merah ni kan? Nama saintifiknya Calliandra haematocephala, atau dikenali juga dengan nama Red Powder Puff.
Air Terjun Bukit Nanas. Bahagian atas tu aliran air sebenar tau, bahagian bawah ni je mural di tembok. Tapi kalau sekali tengok macam semuanya lukisan. Air terjun buatan manusia ini terletak di cerun hutan simpan. Kalau nak dapatkan foto penuh yang lebih menarik, kita perlu berada di tengah tempat lintasan pejalan kaki. Saya tak rajin beria, begini sajalah hasil fotonya. Jadilah…buat ada-ada

Mural cantik di tembok hutan simpan

Pokok pisang hutan. Agak besar jugak pokok dan buahnya

Flora by Crossroads Hotel

Kami berjalan sehingga tiba di jejantas menuju ke Jakel. Pemandangan dari atas jejantas, jalanan lengang. Tapi tadi sewaktu menyusuri laluan, ada juga yang sempat menyapa kami. Seorang lelaki sedang menaiki motor bersuara, “Baang…!”. Kami toleh sekeliling, tak ada orang lain. Mungkin dia menyapa encik suami. Heheh…rasa macam di kampung pulak ya, ada yang sudi menyapa santai gitu

Sekitar pukul 10.30 pagi, kami kembali ke bilik penginapan. Rehat dan berkemas untuk mendaftar keluar. Selepas itu tak terus bergerak balik, kami berjalan kaki pula ke KLCC. Saja nak melihat-lihat disamping nak menikmati makan tengah hari, dah terlalu lama saya tak masuk KLCC








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2023/02/jejak-rimba-bandar-urban-forest-trail.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Clearwater Group Opens Kintsugi Kuala Lumpur With Michelin Starred Chef Jeff Okada Ramsey

Clearwater Group Opens Kintsugi Kuala Lumpur With Michelin Starred Chef Jeff Okada Ramsey

papar berkaitan - pada 4/2/2023 - jumlah : 227 hits
After much anticipation Clearwater Group announced the opening of KINTSUGI Kuala Lumpur with Tokyo Michelin starred Chef Jeff Okada Ramsey yesterday at Isetan The Gardens Mall Kuala Lumpur Inspired by the centuries old practice of golden jo...
Ramai Ramai Terjun Bebas Dari Kuala Lumpur Tower Setinggi 300 Meter

Ramai Ramai Terjun Bebas Dari Kuala Lumpur Tower Setinggi 300 Meter

papar berkaitan - pada 5/2/2023 - jumlah : 164 hits
Ramai Ramai Terjun dari Kuala Lumpur Tower Setinggi 300 Meter Ajang bertajuk KL Tower International Jump Malaysia 2023 ini diikuti ratusan atlet BASE jumping yang berasal dari berbagai negara
Museum Of Illusions Kuala Lumpur Ansa Hotel

Museum Of Illusions Kuala Lumpur Ansa Hotel

papar berkaitan - pada 29/1/2023 - jumlah : 308 hits
Salam to all readers Museum of Illusions Kuala Lumpur ANSA Hotel Aku dah lama tahu akan kewujudan Museum of Illusions Kuala Lumpur ini cumaa tiada masa nak pergi Ia betul betul terletak di tengah bandaraya Kuala Lumpur di Bukit Bintang Dise...
Umrah Januari 2023 Kuala Lumpur Ke Madinah

Umrah Januari 2023 Kuala Lumpur Ke Madinah

papar berkaitan - pada 8/2/2023 - jumlah : 395 hits
Alhamdulillah setelah 5 tahun tidak menjejakkan kaki ke Tanah Suci Madinah dan Mekah hati rasa sangat teruja untuk ke sana Boleh klik entri umrah saya sebelum ini di dan di Entri menunaikan fardhu Haji di Memang rasa sangat tidak sabar dan ...
Airasia X Recommences Exclusive Direct Service From Kuala Lumpur To Busan

Airasia X Recommences Exclusive Direct Service From Kuala Lumpur To Busan

papar berkaitan - pada 4/2/2023 - jumlah : 245 hits
AirAsia X announces further expansion into South Korea with exclusive direct services from Kuala Lumpur to Busan connecting the largest coastal city in the country with Southeast Asia and beyond starting today Dato Fam Lee Ee AirAsia X Boar...
The Best Gym Fitness Centre In Kuala Lumpur

The Best Gym Fitness Centre In Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 30/1/2023 - jumlah : 389 hits
Kuala Lumpur is home to some of the best gyms and fitness centers in the world From high end luxury gyms to affordable local gyms there is something for everyone In this essay I will discuss the top six gyms and fitness centers in Kuala Lum...
3 Hari 3 Negeri Kami Singgah Dari Kuala Lumpur Ke Penang Kedah Dan Perlis

3 Hari 3 Negeri Kami Singgah Dari Kuala Lumpur Ke Penang Kedah Dan Perlis

papar berkaitan - pada 30/1/2023 - jumlah : 289 hits
3 Hari 3 Negeri Kami Singgah Dari Kuala Lumpur Ke Penang Kedah Dan Perlis Bila DH confirmkan yaing kami akan balik kampung memang teruja sangat Ini adalah travel pertama untuk tahun 2023 dengan family walau Cik Meya dah confirm tak balik se...
Siapa Chow Kit Dan Raja Chulan Ini 7 Sejarah Nama Jalan Jalan Terkenal Di Kuala Lumpur

Siapa Chow Kit Dan Raja Chulan Ini 7 Sejarah Nama Jalan Jalan Terkenal Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 31/1/2023 - jumlah : 347 hits
Seperti bandar bandar bersejarah yang lain Kuala Lumpur yang juga ibu kota negara mempunyai pelbagai jalan yang dinamakan atas individu yang terkenal pada suatu masa dulu
Kuala Lumpur Convention Centre And Partners Creating Impact Across 119 Sdg Targets

Kuala Lumpur Convention Centre And Partners Creating Impact Across 119 Sdg Targets

papar berkaitan - pada 1/2/2023 - jumlah : 174 hits
During 2022 the Malaysia s premier award winning purpose built venue and its Kuala Lumpur Convention Centre Business Events Alliance partners which includes the venue on site hotels a shopping mall and the national airline have undertaken a...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa