Jdt 2 Pahang 0 Liga Super 14 Mei 2019


JDT 2 Pahang 0 Liga Super 14 Mei 2019. Kehebatan pasukan Johor Darul Takzim dalam Liga Super Malaysia memang tidak dapat disangkal lagi. Pahang pasukan yang dikatakan mampu mencabar JDT untuk musim ini juga tidak mampu berbuat apa-apa.
JDT 2 Pahang 0 Liga Super 14 Mei 2019 Johor Darul Ta’zim (JDT) mengukuhkan kedudukan di tangga teratas Liga Super selepas menewaskan Pahang 2-0 pada di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, sebentar tadi.
Turun beraksi dengan semangat kemenangan 1-0 ke atas Kashima Antlers dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) baru-baru ini, skuad kendalian Benjamin Mora nyata memberi tekanan kepada Pahang sebaik perlawanan bermula.
JDT yang diperkuatkan kesebelasan utama tampak menguasai perlawanan apabila mengasak ke kubu skuad Tok Gajah dan menghadirkan percubaan berbahaya pada minit ke-12 selepas bola sepakan lintang Gonzalo Cabrera disambar Safawi Rasid yang melakukan rembatan kilas namun bola terus ke dakapan penjaga gol, Helmi Eliza Elias.
Nasib tidak menyebelahi tuan rumah apabila terlepas membuka tirai jaringan pada minit ke-32 selepas bola umpanan Safawi kepada Cabrera yang berada dalam kedudukan selesa di dalam kotak penalti tidak berhasil apabila sepakannya meliar ketika Helmi Eliza sudah pun tertewas.
Pada minit akhir babak pertama gandingan Safawi dan Cabrera yang kerap mengucar kacirkan pertahanan pelawat hampir mencipta jaringan tetapi tandukan pemain Argentina itu berjaya dihalang Helmi Eliza yang berada di posisi tepat untuk menangkap bola dengan kemas.
Pada babak kedua, giliran pelawat mula mengasak ke kubu tuan rumah selepas Ze Eduardo memiliki peluang terbaik pada minit ke-52 apabila cuba melakukan helah hampir memerangkap penjaga gol, Farizal Marlias sebelum ia diselamatkan.
Pergerakan Diogo Luis Santo dalam perlawanan itu bagaikan dirantai benteng pertahanan lawan yang melakukan apa juga cara untuk menyekat kelicikan pemain import JDT itu yang sering menjadi mangsa terjahan keras pemain pelawat.
JDT memperoleh gol yang dinanti-nantikan pada minit ke-69 menerusi serangan balas yang dimulakan kapten pasukan Hariss Harun bersama pemain gantian Akhyar Rashid.
Bergerak di posisi sayap kanan, Akhyar kemudian menolak semula kepada Hariss yang pantas melakukan rembatan bagi menewaskan Helmi Eliza.
Dan ketika aksi babak kedua hampir berakhir, Ahkyar memastikan kemenangan buat tuan rumah selepas mudah menanduk masuk menewaskan Helmi Eliza yang hanya tergamam melihat bola menerjah gawangnya.
Kedudukan 2-0 yang memihak JDT menyaksikan juara liga lima musim berturut-turut kini mengumpul 33 mata dengan mereka kini memiliki perbezaan lapan mata dengan pencabar terdekat, Pahang. -Berita Harian-
The post JDT 2 Pahang 0 Liga Super 14 Mei 2019 appeared first on Berita Viral Terkini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beritaviralterkini.com/jdt-2-pahang-0-liga-super-14-mei-2019/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Felda United Vs Jdt Liga Super 2019

Felda United Vs Jdt Liga Super 2019

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 531 hits
Felda United vs JDT Liga Super 2019 Berikut adalah butir butir perlawanan tersebut Rahsia buat duit di Shoppee VS Felda United vs JDT Liga Super 2019 Tarikh 4hb Mei 2019 Masa 8 45 Malam Tempat Stadium Tun Abdul Razak Live streaming LINK SAT...
Liga Super Jdt Tundukkan Felda United 2 0

Liga Super Jdt Tundukkan Felda United 2 0

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 228 hits
M RIZAL NOR 04 Mei 2019 10 44 PM MARAN Pasukan Johor Darul Takzim terus gah di puncak Liga Super setelah menewaskan Felda United 2 0 di Stadium Tun Abdul Raz
Liga Super Malaysia Jdt Benam Tok Gajah 2 0 Di Larkin

Liga Super Malaysia Jdt Benam Tok Gajah 2 0 Di Larkin

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 384 hits
Semangat pasukan Liverpool yang sebelum ini dibawa pasukan Pahang dan berjaya menewaskan Terengganu 4 0 di Piala FA nampaknya gagal diteruskan apabila tewas 2 0 ditangan Johor Darul Ta zim di saingan Liga Super Perlawanan yang berlangsung d...
Kerajaan Umum Bonus Rm450 Untuk Penjawat Awam Dan Rm225 Untuk Pesara Di Bayar Pada 24 Mei 2019

Kerajaan Umum Bonus Rm450 Untuk Penjawat Awam Dan Rm225 Untuk Pesara Di Bayar Pada 24 Mei 2019

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 872 hits
KERAJAAN UMUM BONUS RM450 UNTUK PENJAWAT AWAM DAN RM225 UNTUK PESARA DI BAYAR PADA 24 MEI 2019 Assalamualaikum Akhirnya terjawab teka teki sama ada penjawat awam dapat bonus atau tidak Sejak beberapa hari ini rancak di media sosial tentang ...
Pupr Dibongkar Gerbang Tol Cikarang Utama Tak Ada Lagi Mulai 23 Mei 2019

Pupr Dibongkar Gerbang Tol Cikarang Utama Tak Ada Lagi Mulai 23 Mei 2019

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 255 hits
Kepala Badan Pengatur Jalan Tol Kementerian PUPR Danang Parikesit mengatakan Gerbang Tol Cikarang Utama tidak lagi digunakan untuk transaksi sejak 23 Mei 2019 Pukul 00 00 Gerbang tersebut akan dibongkar secara bertahap
Honor 20 Akan Mula Dijual Di Malaysia Pada 29 Mei 2019

Honor 20 Akan Mula Dijual Di Malaysia Pada 29 Mei 2019

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 405 hits
Honor akan melancarkan Honor 20 secara rasminya pada minggu hadapan dan menariknya kini pihak Honor Malaysia turut telah dalam persiapan memperkenalkan peranti berkenaan untuk pasaran tempatan Melalui perkongsian pihak Honor mereka menyasar...
Aud Usd Dolar Australia Akan Kehilangan Momentum Berbanding Usd 16 Mei 2019

Aud Usd Dolar Australia Akan Kehilangan Momentum Berbanding Usd 16 Mei 2019

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 500 hits
Dolar Australia merosot momentum berbanding dolar AS pada hari ini selepas pembebasan data pekerjaan yang bercampuran Hasil daripada itu sentimen pasaran telah terjejas dan dolar Australia kehilangan kedudukan Hari ini laporan perubahan pek...
Pelan Dagangan Untuk Pasangan Mata Wang Eur Usd Untuk 15 Mei 2019

Pelan Dagangan Untuk Pasangan Mata Wang Eur Usd Untuk 15 Mei 2019

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 372 hits
Pasangan mata wang EUR USD menurun ke arah tahap 1 1200 sebelum mendapat bantuan Ia dilihat berdagang di tahap 1 1208 10 pada masa ini dan mungkin sedang mencari pergerakan harga Perlu berhati hati dengan pergerakan penurunan harga baru bar...
Ironic That Home Minister Saifuddin Is Unable To Protect His Own Phone From Hackers

Comment On Pengalaman Diet Intermittent Fasting 61kg Ke 50kg By Ainul

Truck Vs Car What Makes Big Rig Accidents More Legally Complex

Family Staycation Indonesia Menikmati Pemandangan Indah Di Kawah Putih Tempat Cantik Untuk Ootd

Ai Powered Prosthetics Revolutionizing Mobility And Accessibility

Comment On Yuran Pasti 2023 Untuk Anak 4 5 6 Tahun By Sumayyah

Ringgit Edges Down On Improving Us Consumer Confidence

Tahniah Dan Terima Kasih


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Makan Tengah Hari Di Ina Cafe Balik Pulau Dengan Permandangan Sungai

Harga Bakar Poket Gas Ungu Untuk Peniaga Rm70

Vicky Salamor Duakan Tanpa Memikirkan Chord

Dxy Indeks Dolar A S Terus Menunjukkan Momentum Positif Untuk Hari Kedua Berturut Turut

Drawing Parallels A Minimalistic Bmw R80 Caf Racer From Slovakia

Bisul Di Punggung Boleh Berulang Ini Cara Elak Ia Datang Lagi