Jawi 3 Mukasurat Ini Luahan Cikgu Sjkc


SOSMED | Sehingga ke hari ini, polemik jawi 3 mukasurat masih lagi diperkatakan dan menjadi salah satu isu yang dibantah oleh persatuan cina secara besar-besaran.


Setelah melalui perbincangan dan perdebatan panas, akhirnya dapat difahami;


1. Bukanlah persatuan cina takut murid SJKC diislamkan.

2. Bukanlah fobia kepada tulisan jawi atau enggan menghargai budaya anak bangsa.


3. Sebaliknya mereka bengang, PIBG dan Kementerian punya kuasa untuk menentukan dasar dan halatuju pendidikan di SJKC.

Sebenarnya ia bukan perkara yang pelik kerana kerajaan menerusi pembayar cukai juga menyalurkan dana kepada SJKC dan SJKC adalah sekolah bantuan kerajaan manakala PIBG adalah mereka yang terlibat secara aktif dari segi kewangan dan hal ehwal sekolah. Mengapa hal ini menjadi pertikaian dan tentangan kuat persatuan cina?


Di sosial media pula, seorang cikgu yang pernah berkhidmat selama 24 tahun di SJKC tampil membuat luahan dan mendapat sokongan padu para netizens berkenaan pembelajaran jawi di subjek Bahasa Melayu darjah 4 SJKC.

Berikut adalah kenyataan dari Cikgu Meriani Semain.

Inilah buku Bahasa Melayu Tahun 4 SJKC yang viral kerana terdapat tulisan jawi.

Sebagai guru BM yang telah berkhidmat hampir 24 tahun di SJKC, saya ingin memberi pandangan terbuka berhubung perkara ini. Inilah tanggungjawab saya sebagai guru yang terlibat secara langsung dalam pengajaran Bahasa Melayu di SJKC.

1. Bantahan terhadap tulisan jawi ini agak sukar diterima oleh akal fikiran yang waras. Apabila meneliti buku teks ini, saya dapati tulisan jawi yang menyebabkan pertikaian ini tidak memenuhi 3 muka surat penuh, hanya terdapat beberapa perkataan sahaja.

Tidak ada unsur- unsur yang menjejaskan jati diri sesuatu kaum dan agenda menyebarkan sesuatu agama dalam buku ini. Tidak ada.

2. Muka surat yang terlibat hanya pada halaman 49,105 dan 156 sahaja. Halaman tersebut hanya menerangkan maksud tulisan jawi yang terdapat pada Jata Negara, setem dan wang kertas yang digunakan oleh seluruh rakyat Malaysia. Saya mendapati semua tema dalam buku teks ini sesuai dan tidak ada unsur-unsur yang perlu diragui.

3. Langkah untuk memperkenalkan tulisan jawi yang terdapat pada 3 lambang tersebut sepatutnya disokong dan bukan ditentang. Ini supaya murid-murid warganegara Malaysia faham maksud tulisan jawi tersebut.

4. Jika ingin menentang tulisan jawi buatlah bantahan secara menyeluruh iaitu bantahan untuk tidak menggunakan tulisan jawi pada logo HALAL dan pembungkusan produk makanan dan sebagainya. Ini juga sepatutnya yang perlu dilakukan kerana konteksnya sama dengan tulisan jawi pada 3 halaman buku teks itu.

5. Mengapa tidak dibuat bantahan terhadap penggunaan logo HALAL bertulisan jawi ini?

Jawapannya kerana logo HALAL bertulisan jawi memberi keyakinan kepada umat Islam untuk membeli sesuatu produk. Anda akan berjuang untuk mendapatkan logo HALAL itu demi kelangsungan bisnes. Tanpa logo HALAL, umat Islam tidak akan menyokong produk buatan anda.

6. Pendidikan adalah untuk melahirkan anak-anak yang mendukung semangat perpaduan. Adalah sesuatu yang mendukacitakan apabila isu seperti ini menjejaskan keharmonian rakyat dan mengganggu tugas-tugas guru di sekolah dengan pelbagai isu.

7. Sekolah vernakular ini mendapat tempat yang begitu istimewa dalam sistem pendidikan negara. Saya tegaskan begitu kerana tidak ada sebuah pun negara di dunia ini yang mempunyai pendidikan pelbagai aliran mengikut kaum seperti di Malaysia. Negara-negara jiran seperti Singapura, Thailand dan Indonesia telah awal-awal lagi menolak sistem ini.

8. Sebagai rakyat Malaysia, kita sepatutnya mendukung Dasar Pendidikan Negara. Bukannya hanya berjuang untuk kepentingan kaum sendiri sahaja.

9. Semua kita memang ada sikap mementingkan kaum sendiri termasuk diri saya, cuma yang membezakannya adakah prinsip kita "setebal atau senipis kulit bawang"?

Anda boleh share sebagai makluman.

#CikguM
#gurusekolahcina😊

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://laiyeker.blogspot.com/2020/01/jawi-3-mukasurat-ini-luahan-cikgu-sjkc.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dong Zong Dakwa Lebih 900 Sekolah Sjkc Tolak Tulisan Jawi

Dong Zong Dakwa Lebih 900 Sekolah Sjkc Tolak Tulisan Jawi

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 897 hits
Seperti semua sedia maklum sebelum ini mereka dari Dong Zong tetap dengan pendirian mereka untuk menolak pembelajaran tulisan Jawi di dalam 3 helaian muka surat Bahasa Malaysia untuk sekolah rendah Terkini mereka telah memaklumkan yang lebi...
Batalkan Sidang Anti Tulisan Jawi Anwar

Batalkan Sidang Anti Tulisan Jawi Anwar

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 449 hits
Persidangan anti Jawi anjuran Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia yang dijadualkan akan diadakan Sabtu ini wajar dibatalkan Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat gesaan itu susulan khuatir tindakan itu ...
Jawi Perjuangan Dong Zong Makin Rancak Selepas Pru14

Jawi Perjuangan Dong Zong Makin Rancak Selepas Pru14

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 550 hits
Cakap Melayu pun tak mahir bila membesar dengan pendidikan luarBANGI Ahli Parlimen Tumpat Datuk Che Abdullah Mat Nawi menyifatkan kumpulan pendesak Cina Dong Zong melampau kerana merancang mengadakan persidangan untuk membantah pelaksanaan ...
Kenapa Cristiano Ronaldo Tak Masuk Islam Walaupun Guna Jersi Jawi

Kenapa Cristiano Ronaldo Tak Masuk Islam Walaupun Guna Jersi Jawi

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 1263 hits
SEMASA Sebenarnya bukanlah tulisan jawi Cristiano Ronaldo memakai jersi keluaran khas yang diberikan penaja Adidas untuk Juventus Jersi ini adalah bertulisan arab tetapi bagi yang boleh membaca jawi akan dapat membacanya kerana disitulah wu...
Jawi Di Vernakular Apa Yang Masyarakat Cina Perlu Faham

Jawi Di Vernakular Apa Yang Masyarakat Cina Perlu Faham

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 471 hits
SEMASA Sentimen anti jawi semakin menjadi jadi dikalangan masyarakat cina Mereka telah dihasut oleh Dong Zong dan telah memahami isu ini secara salah Secara umumnya kita boleh melihat kebanyakan masyarakat cina yang melawan memberikan alasa...
Isu Jawi Tuanku Permaisuri Agong Luah Pandangan Baginda Di Twitter

Isu Jawi Tuanku Permaisuri Agong Luah Pandangan Baginda Di Twitter

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 966 hits
Masih hangat isu Jawi ini diperkatakan meskipun sudah lama menjadi bualan rakyat Malaysia Ini berikutan Dong Zong bertindak menolak usaha Kementerian Pendidikan Malaysia yang mahu memperkenalkan tulisan Jawi pada sekolah rendah jenis kebang...
Batalkan Kongres Anti Jawi Sabtu Ini Kata Menteri

Batalkan Kongres Anti Jawi Sabtu Ini Kata Menteri

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 389 hits
Batalkan kongres anti Jawi Sabtu ini kata menteri Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 25 Dec 2019 12 36PM
Ronaldo Pun Pakai Jersi Tulisan Jawi Kat Malaysia Orang Hina Benci Jawi

Ronaldo Pun Pakai Jersi Tulisan Jawi Kat Malaysia Orang Hina Benci Jawi

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 1297 hits
Beberapa bulan lalu terdapat beberapa pihak menolak dan membantah cadangan pengenalan pembelajaran tulisan jawi dan khat yang bermula tahun depan di sekolah jenis kebangsaan Perkara tersebut dibanding dengan tindakan Cristiano Ronaldo apabi...
Tersebar Kain Rentang Sekolah Tidak Setuju Tulisan Jawi Percaya Ada Pihak Ketiga

Tersebar Kain Rentang Sekolah Tidak Setuju Tulisan Jawi Percaya Ada Pihak Ketiga

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 1030 hits
Rasanya semua orang dah tahu dan lihat gambar yang tersebar ni apabila terdapat beberapa buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Melaka telah menaikkan kain rentang yang menulis penolakan dan tidak setuju kepada tulisan Jawi Isu ini mendapat ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Palsu

Enam Bulan Tanpa Gaji Hafiz Mahamad Aina Utamakan Pekerja Lebih Dari Diri Sendiri

Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya