Jawatankuasa Mkn Pantau Pematuhan Sop Pkpb Warga Asing




Keputusan dibuat selepas tahap pematuhan mereka kurang baik  Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah  
PUTRAJAYA, 10 Syawal 1441H, Selasa –  Majlis Keselamatan Negara (MKN) menerusi jawatankuasa sedia ada akan memantau tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dalam kalangan pekerja asing, sebagai usaha kerajaan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di negara ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, keputusan itu dibuat selepas tinjauan mendapati tahap pematuhan SOP golongan itu kurang baik berbanding rakyat Malaysia.
“Hari ini KKM (Kementerian Kesihatan) telah bincang dalam mesyuarat MKN bahawa jawatankuasa sedia ada akan melihat kepatuhan pekerja asing mengenai SOP yang dikeluarkan KKM.
“Kita lihat rakyat Malaysia patuh pada SOP, maka kalau rakyat Malaysia dan pekerja asing dapat patuh SOP, nescaya kita dapat tamatkan atau putuskan rantaian jangkitan COVID-19 di negara ini,” katanya pada sidang media perkembangan mengenai COVID-19, di sini, hari ini.
Semalam, Dr Noor Hisham mendedahkan, graf kes harian sebenar merangkumi semua kes COVID-19 di Malaysia menunjukkan peningkatan ketara, melibatkan kes positif dalam kalangan bukan warganegara sejak 29 April.
Ini disebabkan kes import dari luar negara serta penularan wabak dalam kalangan bukan warganegara di beberapa depoh tahanan imigresen dan juga dalam kalangan pekerja asing di pelbagai sektor dalam komuniti.
Sementara itu, mengenai tahap kesediaan negara untuk membuka lebih banyak sektor ekonomi selepas ini, Dr Noor Hisham berkata, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988  perlu dilanjutkan untuk tujuan pemantauan serta pengawasan.
“Kalau semua sektor ekonomi sudah dibuka dan Malaysia mencatatkan kes baharu satu atau dua digit, maka kita sudah bersedia untuk laksanakan ‘exit strategy’. Inilah dinamakan ‘soft landing’,” katanya.
Ditanya mengenai promosi jualan murah, beliau menyarankan, majikan memantau tahap pematuhan SOP di premis perniagaan masing-masing selain mengelakkan berlakunya kesesakan orang ramai.
“Promosi jualan murah bukanlah satu isu, isunya sekarang ialah kesesakan pelanggan sehingga mengabaikan SOP terutamanya jarakan sosial sekurang-kurangnya satu meter dan pemakaian penutup hidung dan mulut,” katanya. -Bernama




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/06/02/jawatankuasa-mkn-pantau-pematuhan-sop-pkpb-warga-asing/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=jawatankuasa-mkn-pantau-pematuhan-sop-pkpb-warga-asing

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selangor Pantau Perkembangan Kluster Baharu Babit Warga Asing Mb

Selangor Pantau Perkembangan Kluster Baharu Babit Warga Asing Mb

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 354 hits
SHAH ALAM 29 MEI Selangor akan memantau perkembangan kluster baharu Covid 19 membabitkan pekerja warga asing dari sebuah syarikat pembersihan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Dato Menteri Besar Dato Seri Amirudin Shari berkata ...
Imigresen Perlu Mantapkan Sop Tangani Isu Lambakan Warga Asing

Imigresen Perlu Mantapkan Sop Tangani Isu Lambakan Warga Asing

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 317 hits
Tak mustahil warga asing tiada rekod keluar terbabit dengan jenayah Pensyarah UIAM Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood BANGI 10 Syawal 1441H Selasa Jabatan Imigresen Malaysia disaran untuk memantapkan Prosedur Standard Operasi dalam menanga...
20 Adun Sabah Tidak Hadir Majlis Sokong Shafie Kerana Sop Pkpb

20 Adun Sabah Tidak Hadir Majlis Sokong Shafie Kerana Sop Pkpb

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 374 hits
Shafie Apdal KUALA LUMPUR Dakwaan ketidakhadiran lebih 20 Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah dalam majlis menyatakan sokongan kepada Ketua Menterinya Datuk Seri Shafie Apdal adalah tidak benar Menurut Timbalan Ketua Menterinya Datuk Seri Wilf...
Selangor Lulus Undang Undang Kecil Penjaja Larang Warga Asing Berniaga

Selangor Lulus Undang Undang Kecil Penjaja Larang Warga Asing Berniaga

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 337 hits
KUALA LANGAT 4 JUN Warga asing tidak lagi dibenarkan berniaga selepas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri meluluskan Undang undang Kecil Penjaja semalam EXCO Pembangunan Usahawan Rodziah Ismail berkata golongan itu juga dilarang memiliki lesen...
Mangsa Buli Siber Bunuh Diri Kerana Berjanji Temu Warga Asing

Mangsa Buli Siber Bunuh Diri Kerana Berjanji Temu Warga Asing

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 548 hits
Predeep Nambiar Thivyaanayagi Rajendran sudah bertunang dengan teman lelakinya selama 3 tahun BUKIT MERTAJAM Seorang wanita berusia 20 tahun dipercayai menggantung dirinya Selasa lalu selepas satu video TikTok beliau dan seorang rakan seker...
Warga Asing Tidak Dibenarkan Jadi Penjaja Di Johor

Warga Asing Tidak Dibenarkan Jadi Penjaja Di Johor

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 384 hits
JOHOR BAHRU Kerajaan negeri akan memastikan tiada lagi warga asing yang menjadi penjaja mahupun diambil bekerja di pasar awam serta premis perniagaan milik pihak berkuasa tempatan di negeri tersebut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kera...
Pkpb Sesi Penggambaran Di Benarkan Dengan Sop Ketat

Pkpb Sesi Penggambaran Di Benarkan Dengan Sop Ketat

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 315 hits
PUTRAJAYA Mesyuarat Khas Menteri Menteri bersetuju membenarkan aktiviti penggambaran filem drama dan iklan dilakukan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat kata Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Beliau berkata kebenar...
34 Warga Asing Pesta Liar Ditahan K Jaan Pn Baru Sila Ambil Perhatian

34 Warga Asing Pesta Liar Ditahan K Jaan Pn Baru Sila Ambil Perhatian

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 432 hits
Seramai 34 individu ditahan ketika leka berparti liar di dua rumah inap desa di Senai Kulai dekat sini awal pagi semalam sekali gus melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Foto ihsan Polis Johor34 termasuk warga asing ditahan leka b...
Tedia Aiman Bapa Dikompaun Rm1 000 Gara Gara Ingkar Arahan Pkpb Kami Ikut Sop Yang Disediakan Pemilik Kolam

Tedia Aiman Bapa Dikompaun Rm1 000 Gara Gara Ingkar Arahan Pkpb Kami Ikut Sop Yang Disediakan Pemilik Kolam

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 470 hits
Aiman bapa dikompaun RM1 000 gara gara ingkar arahan PKPB Kami ikut SOP yang disediakan pemilik kolam Aiman perlu melunaskan bayaran kompaun RM1 000 sebelum 8 Jun ini MALANG tidak berbau gara gara pergi memancing bersama bapanya penyanyi Ai...
Malaysian Embassy In Bangkok Sealed After Myanmar Quakes

Melaka Has Been Attracting Visitors For More Than Half A Millennia

Trouble At Kl Tower Fahmi Fadzil Government And Lim Seong Hai Capital Subsidiary Sued For Rm1 Billion

Business With Limited Resources

Minister Be Civil When Posting On 3r Issues

Blogspot Migrate Ke Wordpress

Lawatan Presiden Cina Kominis

Lina Nak Dengar Sangat Suara Abah Anak Oku Ini Cuba Berkomunikasi Dengan Ayahnya Bikin Sebak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Balik Kampung

Gempa Myanmar 694 Maut 1 670 Cedera 68 Hilang

Pasang Langsir Raya

Inspirasi Kisah Pengasas Silat Gayong Bakal Beraksi Di Pawagam

Cara Simpan Daun Palas Supaya Tahan Lama 1 Pertama Basuh Daun Palas Dengan

Pempengaruh Ayunie Beli 15kg Emas Netizen Naik Risau Bawa Wang Berjuta Dalam Luggage