Isu Rm90 Juta Pas Sedia Serah Dokumen Kewangannya


MALAYSIAKINI

   
PAS sedia memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat dakwaan RM90 juta dimasukkan ke dalam akaun pemimpin parti itu.

Malah, setiausaha agungnya, Takiyuddin Hassan berkata pihaknya sedia menyerahkan semua dokumen kewangannya, termasuk penyata akaun-akaun bank PAS Pusat.

"PAS dengan ini memberi akujanji akan memberikan sepenuh kerjasama kepada pihak SPRM bagi menjalankan siasatan terhadap dakwaan (yang kami nafikan sepenuhnya) kononnya wang sebanyak RM90 juta yang disyaki daripada 1MDB dikatakan dimasukkan ke dalam akaun beberapa pemimpin PAS.

"PAS juga memberi jaminan akan menyerahkan segala dokumen milik PAS, sekiranya diminta oleh pihak SPRM untuk tujuan siasatan ini, termasuklah penyata akaun-akaun bank PAS Pusat, bagi membuktikan dakwaan bahawa PAS menerima RM90 juta daripada 1MDB adalah tidak benar, dusta dan fitnah semata-mata.” katanya dalam kenyataan lewat malam tadi.

Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata PAS juga turut mengalu-alukan dan menggesa mana-mana pihak yang kononnya mempunyai maklumat berhubung dakwaan itu agar tampil membantu siasatan.

"PAS juga mengalu-alukan dan menggesa mana-mana pihak yang kononnya mempunyai maklumat tentang dakwaan di atas, dengan penuh tanggungjawab dan integriti, tampil untuk menamakan secara terperinci serta memberikan butiran lanjut mereka yang dikatakan menerima wang tersebut kepada pihak berkuasa supaya siasatan lanjut dapat dibuat," katanya.

Tambah Takiyuddin, beliau percaya SPRM akan menjalankan siasatan secara profesional secara telus dan tanpa gentar atau pilih kasih, dan menyeru pihak yang mempunyai maklumat berhubung dakwaan tersebut tampil membantu siasatan.

SPRM sebelum ini mengesahkan menerima laporan berhubung RM90 juta disyaki dari 1MDB yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun beberapa pemimpin PAS.

Pada 2 Februari lalu, Presiden PAS Abdul Hadi Awang menyelesaikan kes samannya terhadap Clare yang membuat dakwaan itu di luar mahkamah.

Penyelesaian itu antara lain menyebabkan artikel Sarawak Report yang mengandungi dakwaan itu tidak perlu dipadamkan.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/02/isu-rm90-juta-pas-sedia-serah-dokumen.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Buat Aduan Sprm Panggil Pemimpin Pas Isu Terima Rm90 Juta Dari Umno

Polis Buat Aduan Sprm Panggil Pemimpin Pas Isu Terima Rm90 Juta Dari Umno

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 335 hits
Foto oleh IsmawebKUALA LUMPUR Beberapa individu akan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan berhubung dakwaan RM90 juta dimasukkan ke dalam akaun pemimpin PAS Menurut sumber kertas siasatan berhubung kes ber...
Isu Dana Rm90 Juta Hadi Sedia Sprm Siasat Semua Dakwaan

Isu Dana Rm90 Juta Hadi Sedia Sprm Siasat Semua Dakwaan

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 412 hits
MARANG Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedia disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung dakwaan dana sebanyak RM90 juta dimasukkan ke dalam akaun pemimpin parti itu Beliau berkata terpulang kepada SPRM menyiasat mana...
Dana Rm90 Juta Cubaan Ph Lemahkan Kerjasama Umno Pas

Dana Rm90 Juta Cubaan Ph Lemahkan Kerjasama Umno Pas

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 358 hits
Puteri UMNO minta teruskan perjuangan sehingga PH tumbang 10 02 2019KUALA LUMPUR 5 Jamadilakhir 1440H Ahad Dakwaan PAS menerima dana RM90 juta daripada UMNO hanyalah cubaan Pakatan Harapan untuk melemahkan kerjasama kedua dua parti itu dala...
Tak Logik Umno Bagi Rm90 Juta Untuk Pas Tumbangkan Umno

Tak Logik Umno Bagi Rm90 Juta Untuk Pas Tumbangkan Umno

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 320 hits
Diterbitkan Hari ini 7 50 malamKetua Pemuda Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata adalah tidak masuk akal jika parti itu menyalurkan dana sebanyak RM90 juta kepada PAS bagi menumbangkan BN pada Pilihan Raya Umum Ke 14 lalu Secara logiknya tak...
Sarawak Report Siarkan Semula Artikel Tuduh Pemimpin Pas Terima Rm90 Juta

Sarawak Report Siarkan Semula Artikel Tuduh Pemimpin Pas Terima Rm90 Juta

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 561 hits
EDITOR Laman Web Sarawak Report Rewcastle Brown menyiarkan kembali artikel mendakwa pemimpin pemimpin PAS terima wang RM90 juta dari Najib sebelum pilihan raya umum ke 14 yang lalu Tindakan itu susulan Presiden PAS Dato Seri Abdul Hadi Awan...
Rm90 Juta Pas Kecoh Vk Liew Rm3 5 Juta Masuk Akaun Bila Nak Siasat

Rm90 Juta Pas Kecoh Vk Liew Rm3 5 Juta Masuk Akaun Bila Nak Siasat

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 358 hits
Kalau PAS boleh disiasat kerana RM90 juta mengapa tidak VK Liew RM3 5 juta Orang lain masuk akaun satu kesilapan dan disiasat tetapi VK Liew terima wang dianggap tidak bersalah Sehari dua ini nampaknya sibuk dengan isu RM90 juta kononnya di...
Kini Hanya Polis Sprm Mampu Rungkai Isu Rm90 Juta

Kini Hanya Polis Sprm Mampu Rungkai Isu Rm90 Juta

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 276 hits
Diterbitkan Hari ini 1 28 tengahariSetelah penyelesaian luar mahkamah antara PAS dan Sarawak Report satu satunya cara untuk mengetahui kebenaran berkenaan dakwaan sumbangan RM90 juta Umno kepada parti itu ialah melalui siasatan polis dan Su...
Laporan Sprm Belum Terima Aduan Rasmi Isu Rm90 Juta

Laporan Sprm Belum Terima Aduan Rasmi Isu Rm90 Juta

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 359 hits
Diterbitkan Hari ini 9 53 pagiSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dilaporkan belum menerima laporan rasmi berkenaan dakwaan PAS menerima RM90 juta daripada Umno Perkara itu dimaklumkan seorang pegawai tinggi SPRM yang dipetik The Malaysi...
Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


The Evolution Of Adult Entertainment

Drama Projek Exit

Surah Al Ikhlas Bacaan Rumi Terjemahan

Pelepasan Cukai Sukan 2024 Senarai 103 Sukan Tersenarai

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb

Berjalanlah Di Atas Jalan Kebenaran