Jawatan Pm Yakinkan Kami Datuk Seri




SATU Malaysia tahu betapa tingginya harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menduduki takhta nombor satu pentadbiran negara iaitu jawatan Perdana Menteri. Pelbagai liku, onak dan duri terpaksa beliau tempuh untuk sampai ke tahap sekarang (walaupun masih belum menjadi PM)
Bukan satu rahsia lagi yang Anwar pernah menjadi ‘blue-eyed boy’ Tun Dr. Mahathir Mohamad sehingga satu peringkat sudah sampai ke jawatan Timbalan Perdana Menteri sebelum sengketa berlaku di antara keduanya
Dituduh terjebak dalam skandal moral hingga ditumbuk Ketua Polis Negara, ditelanjangkan dan disumbat ke dalam penjara, mengetuai gerakan reformasi hingga berjaya mengumpul puluhan dan mungkin ratusan ribu penyokongnya di seluruh negara dan macam-macam lagi
Namun sehingga sekarang, masih dalam ‘senarai menanti’ walaupun cap jari ‘dah lama kering’ untuk menduduki kerusi Perdana Menteri yang didambakan sejak sekian lama
Walaupun acapkali cuba menyakinkan rakyat Malaysia yang tampuk pemerintahan negara akan berpindah kepadanya, namun ramai yang masih sangsi sama ada Tun Dr. Mahathir akan benar-benar melepaskan kerusi itu kepada Ahli Parlimen Port Dickson tersebut seperti mana yang dijanjikan dan diwar-warkan itu
Apatah lagi apabila pemerhati politik melihat orang kanannya sendiri, Datuk Seri Azmin Ali lebih ‘berpotensi dan berpeluang’ untuk menjadi Perdana Menteri berbanding dirinya
Apa yang terjadi dalam Kongres Nasional Angkatan Muda Keadilan (AMK) 2019 di Melaka kelmarin sebenarnya membuatkan kita tertanya-tanya, adakah Anwar sudah hilang magis atau lebih tepat lagi, sudah mula hilang kepercayaan daripada ahli-ahli dalam partinya sendiri
Andai kata hipotesis itu benar, bagaimana mungkin Dr. Mahathir akan menyerahkan jawatan itu pada Anwar memandang orang dalam parti PKR sendiri menolak kepimpinan bekas Presiden ABIM itu
Kelihatan kekecohan berlaku antara perwakilan pada persidangan Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) sempena Kongres Nasional Keadilan ke 14 di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka. foto IQBAL BASRI, 06 DISEMBER 2019Untuk rekod, kongres yang dihadiri lebih 1,000 anggota perwakilan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka itu dicemari insiden kekecohan sehingga menganggu perjalanan kongres sayap itu sekaligus mencetuskan pergaduhan antara penyokong mengakibatkan dua individu cedera
Insiden pergaduhan di Kongres Pemuda PKR tercetus apabila perwakilan dan anggota yang berpihak kepada Azmin, termasuk pengerusi tetap AMK yang dipecat Mizan Adli Mohd Noor, dilarang daripada memasuki dewan kongres
Polis telah menahan dua orang lelaki bagi membantu siasatan kes itu dan mendapati seorang daripada suspek mempunyai rekod kesalahan lampau melibatkan dadah. Kedua-dua mereka direman dua hari bagi siasatan lanjut
Siasatan awal kes itu mendapati terdapat dua kumpulan dalam AMK yang terlibat dalam insiden itu iaitu berbaju biru dan hitam, yang mana kedua-dua kumpulan itu adalah daripada parti yang sama
Tak cukup dengan insiden ‘gusti’ kelmarin, malam tadi Azmin pula secara terbuka menyalahkan Anwar yang didakwanya melanggar persetujuan yang telah dicapai sehingga menyebabkan mereka melangkah keluar daripada kongres parti itu yang sedang berjalan
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali bercakap pada sidang media mengenai Kongres Nasional Keadilan ke-14 di Hotel Ames, Ayer Keroh, Melaka. foto IQBAL BASRI, 07 DISEMBER 2019Azmin berkata, semasa pertemuan dengan Anwar pada 4 Disember, kedua-dua kumpulan mencapai kesepakatan yang komposisi pembahas mestilah adil, serta tidak dibenarkan menyinggung, menyindir atau menyerang mana-mana pihak
Anwar juga, kata Azmin, memberi jaminan bahawa semua pihak perlu mengikut garis panduan yang telah dipersetujui. Bagaimanapun semasa kongres itu, beberapa perwakilan memberikan ucapan berbentuk sindiran terhadap Azmin yang menyebabkan penyokong timbalan presiden PRK itu keluar dewan
Azmin berkata masalah itu bermula daripada ucapan dasar Anwar dan pemilihan pembahas dalam kongres berkenaan juga dibuat berat sebelah. Selain itu, katanya majlis penganugerahan yang berlangsung juga bersifat provokatif dan menafikan sumbangan besar pemimpin-pemimpin PKR di peringkat akar umbi
Dalam nada yang keras, Azmin menuduh Anwar gagal menunaikan janjinya
Atas segala pergaduhan dan kekecohan yang terjadi, kita tertanya-tanya, bagaimana Anwar mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya andai kata peralihan kerusi atau tampuk Perdana Menteri benar-benar berlaku
Bahasa mudah, parti sendiri pun tak mampu nak kawal – bagaimana nak jaga Malaysia?Anwar sendiri mengaku insiden kekecohan itu disebabkan ketidaktegasan beliau
“Saya ini sangat conciliatory and forgiving (bersifat mengutamakan kedamaian dan pemaaf) kadang-kadang macam semalam,” ujarnya
Reaksi Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad (kanan) bersama Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) semasa sidang media selepas pada Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 23 NOVEMBER 2019Anwar boleh kata dan dakwa apa sahaja, tetapi apa yang terjadi ini sedikit sebanyak telah membuatkan ramai pihak tertanya-tanya, adakah Anwar ‘fit’ untuk berada di kerusi Perdana Menteri dan adakah sindiran seperti ‘Anwar akan terus jadi PM tepi’ akan menjadi realiti
Rakyat memerhati. Rakyat menilai. Akhir sekali rakyat juga yang akan menghukum
Anwar perlu lakukan sesuatu untuk menyakinkan masyarakat yang beliau sememangnya layak untuk menjadi Perdana Menteri
Simpan saja retorika dan cerita lama, ini sudah bukan lagi masanya




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/12/jawatan-pm-yakinkan-kami-datuk-seri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pau2019 Teks Ucapan Datuk Seri Mohamad Hasan Perasmian Perhimpunan Agung Wanita Pemuda Puteri Umno 2019

Pau2019 Teks Ucapan Datuk Seri Mohamad Hasan Perasmian Perhimpunan Agung Wanita Pemuda Puteri Umno 2019

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 344 hits
TEKS UCAPANPerasmian Perhimpunan Agung Wanita Pemuda dan Puteri UMNO 2019oleh Yang Berhormat Dato Seri Utama Haji Mohamad Haji HasanTimbalan Presiden UMNOPara Perwakilan Wanita Pemuda dan Puteri 1 Marilah kita memulakan Perhimpunan malam in...
Zahid Dan Datuk K Kenalan Rapat

Zahid Dan Datuk K Kenalan Rapat

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 266 hits
Provided by Harian Metro AHMAD Zahid hadir pada Perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram di Mahkamah Kuala Lumpur Muhd Zaaba Zakeriasarah hmetro com mySUAMI kepada penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Datuk Seri Khalid...
Businessperson Received Rm10m Loan From Zahid With Help From Datuk K

Businessperson Received Rm10m Loan From Zahid With Help From Datuk K

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 356 hits
Ahmad Zahid Hamidi had given a RM10 million loan to a businessperson from his charity foundation Yayasan Akalbudi the Kuala Lumpur High Court heard today The businessperson Wasi Khan Wasiyu Zama Israr Ahmad said he had secured a meeting wit...
Datuk Dr Che Rozmey Che Din Kini Jadi Tokey Baja Ddr Bio Grow

Datuk Dr Che Rozmey Che Din Kini Jadi Tokey Baja Ddr Bio Grow

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 849 hits
Suatu ketika dahulu nama Datuk Dr Che Rozmey Che Din usahawan tempatan ini pernah meniti di bibir ramai apabila produk makanan kesihatannya mendapat sambutan hebat Bukan itu sahaja tangan dan rambutnya juga pernah menjadi trademark Time tu ...
Baja Ddr Bio Grow Cetusan Idea Datuk Dr Che Rozmey Che Din

Baja Ddr Bio Grow Cetusan Idea Datuk Dr Che Rozmey Che Din

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 824 hits
Hi Korang Masih ingat pada Datuk Dr Che Rozmey Yang dulu di kenali sebagai salah sorang usahawan produk kesihatan yang meningkat naik pada tahun 90an dan kemudiannya hilang tanpa berita Ermm ingat pun kan Baru baru ni kak lily berkesempatan...
Cantiknya Mural Di Pekan Bagan Datuk Perak

Cantiknya Mural Di Pekan Bagan Datuk Perak

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 1530 hits
Gambar Facebook Bagan Datuk KiniDaerah Bagan Datuk terletak di sebuah pekan yang terletak kira kira 45 km dari barat Teluk Intan Hilir Perak Negeri Perak Malaysia Ia terletak di barat daya bandar raya Ipoh ibu negeri Perak Bagan Datuk diken...
Datuk Bunuh Isterinya Kerana Tak Tahan Dengar Gosip Yang Mendakwa Mangsa Curang

Datuk Bunuh Isterinya Kerana Tak Tahan Dengar Gosip Yang Mendakwa Mangsa Curang

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 350 hits
Seorang lelaki berusia 72 tahun tergamak menetak wajah isterinya sendiri sehingga mati kerana bengang mendengar gosip yang mendakwa isterinya curang Dalam kejadian yang berlaku pada petang Selasa 10 Disember 2019 di Tangerang Selatan Indone...
Seluruh Direksi Dicopot Komisaris Garuda Indonesia Yakinkan Operasional Tetap Normal

Seluruh Direksi Dicopot Komisaris Garuda Indonesia Yakinkan Operasional Tetap Normal

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 164 hits
Menteri BUMN Erick Thohir bersama Dewan Komisaris PT Garuda Indonesia meminta para karyawan tetap melakukan layanan yang terbaik kepada para pengguna jasa penerbangan meski kemungkinan terpengaruh oleh kasus penyelundupan motor Harley David...
Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Drama Teratak Kasih Salina

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Senarai Cawangan Bank Simpanan Nasional Di Negeri Kelantan


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia


Iftar 2025 Dengan Buffet Murah Iftar Citarasa Nusantara Fbi Bayu Event Hall Jb

Hajiji S Strategic Moves Reshape Sabah S Politics In 2024 A Year Of Political And Infrastructure Transformation

5 Pelajaran Berharga Daripada Surah Al Mulk

Akmal Must Reflect On Why Non Malays Dislike Him Says Mca Veep

Civil Servants Advised To Exercise Caution With Quick Loans

Ahmad Fadzli Suk Selangor Baharu