Datuk Dr Che Rozmey Che Din Kini Jadi Tokey Baja Ddr Bio Grow
Suatu ketika dahulu nama Datuk Dr Che Rozmey Che Din, usahawan tempatan ini pernah meniti di bibir ramai apabila produk makanan kesihatannya mendapat sambutan hebat. Bukan itu sahaja,tangan dan rambutnya juga pernah menjadi “trademark”. Time tu satu Malaysia heboh!
Sis pun mengenali beliau disebabkan fenomena itulah! Kemudian, “dipanaskan” pula dengan kisah empayar perniagaannya yang musnah setelah dikhianati oleh teman rapatnya sendiri yang juga merupakan penasihat peribadi dan kewangannya itu
Wajah terkini Dr Rozmey, masih segak bergaya gitew!!Ternyata peristiwa pahit itu telah meninggalkan kesan yang mendalam pada diri Dr Rozmey. Hari demi hari, tahun demi tahun nama yang pernah gah suatu ketika dahulu kian tenggelam. Dan tak ramai yang tahu betapa sukarnya beliau mengharungi kehidupan selepas musibah berat menimpa dirinya itu
Masing-masing khusyuk mendengar cerita Dr Rozmey setelah bertahun-tahun menyepikan diri.
Dalam diam, rupanya berisi!Dr Rozmey Kembali Bangkit!
Mendengar semangat serta kecekalan hati Dr Rozmey untuk bangkit kembali, jauh di sudut hati Sis mengaguminya.Beliau berani mengambil risiko dan memandang masa depan yang lebih cerah tanpa perlu menoleh kembali ke belakang.
“Saya tidak mahu sejarah lalu menghantui impian saya untuk membina nama dan pada masa sama, membantu orang lain meningkatkan pendapatan. Jika saya tidak bangkit sendiri, orrang lain pun tidak mampu untuk membantu saya kecapi apa yang dah hilang dulu,” jelasnya tanpa berselindung.
Sektor Pertanian Jadi PilihanKini, sektor pertanian menjadi pilihan Dr Rozmey, yang mana melalui penggunaan baja DDR Bio Grow dapat membantu menyelesaikan masalah petani dengan peningkatan hasil
Idea untuk menghasilkan produk baja ini tercetus ketika Dr Rozmey melihat sektor pertanian di kalangan petani, terutama pesawah yang berhadapan dengan masalah kurang hasil dan serangan makhluk perosak.
Bila melihat permasalahan tersebut, Dr Rozmey bekerjasama dengan rakannya, seorang pakar kimia dalam polimer bagi menghasilkan baja yang dapat membantu petani dalam meningkatkan hasil pertanian.Menurut Dr Rozmey mereka mengambil masa hampir dua tahun untuk proses pembangunan dan penyelidikan.
Ternyata usahanya itu tidak sia-sia apabila penggunaan baja tersebut terus meningkat dari masa ke semasa. Beliau kini sudah mampu tersenyum dan menjangkakan dalam tempoh beberapa tahun lagi akan meraih sekurang-kurangnya lima peratus pegangan pasaran dalam penawaran baja organik kepada petani
“Kini, kami dalam proses rundingan dengan beberapa agensi kerajaan untuk memperluaskan penggunaan DDR Bio Grow sebagai pembekal utama baja kepada petani,” jelas Dr Rozmey
DDR Bio Grow berupaya merawat serangan penyakit bermula daripada akar, batang hingga hasil serta dapat mengurangkan kos baja dan rawatan pokokDDR Bio Grow
Dr Rozmey yang kini menetap di Jitra, Kedah nampak begitu komited ingin membantu petani meningkatkan hasil tanaman ke tahap optimum, sekaligus menambah pendapatan petani.
Jadi, sebab itulah beliau muncul kembali dan berusaha membina empayar perniagaan dengan memperkenalkan produk terbarunya, DDR Bio Grow iaitu baja organik kombinasi formula bio dan lautan yang dijasilkan melalui penyelidikan serta kajian saintifik teknologi terkini.
Menurut Dr Rozmey lagi, DDR Bio Grow adalah baja polimer yang diekstrak daripada kulit udang dan cekerang ketam menerusi teknologi biosains dan fasiliti makmal terkini. Berdasarkan kajian yang dijalankan mendapati kuasa bio ini mampu membantu menjadikan tanah lebih subur dan gembur serta kaya dengan organik dan bakteria yang baik.
Secara tak langsung ia akan memberikan pulangan hasil tanaman tinggi, perkembangan buah, menggalakan akar lebat, serapan air dan baja yang efektif, tanaman sihat dan hijau serta pembesaran tanaman menjadi lebih cepat.
“Baja ini juga kaya dengan NPK (unsur utama) dan trace element (unsur surih) yang membantu membentuk pertumbuhan akar ddan penyerapan nutrient dalam tanah. Selain itu, ia juga kaya dengan PGR (plant growth regulator), penggalak dan pembesaran tumbuhan serta memperbaiki hasil tanaman serta meningkatan hasil tanaman daripada 30 peratus hingga ke 100 peratus,” jelas beliau mengakhiri perbualan
DDR Bio Grow didatangkan dalam saiz 1 liter (RM65) dan 4 liter (RM199)Okay, bagi korang yang berminat untuk mendapatkan baja DDR ini, tak semestinya untuk petani sahaja, pengusaha tanaman, peladang, pekebun,kontraktor landskap, pengurus tanaman , peminat tanaman dan bunga-bungaan pun boleh memanfaatnya
Antara Kelebihan Baja DDR:
* Jaminan hasil padi meningkat sehingga 100%
* Jaminan kos pembajaan bersepadu untuk pengurusan tanaman padi jimat sehingga 50% (kurang separuh)
* Tanaman padi bebas dari penyakit bawaan benih BLB, BPB dan serangan makhluk perosak.
* Bebas dari penggunaan racun kimia.
* Petani dan pengguna bebas dari bahaya kesan buruk racun kimia terhadap kesihatan.
* Sesuai untuk semua jenis tanaman.
Sekiranya ada sebarang pertanyaan dan pembelian, korang boleh ke Whatsapp Link (Staff Ddr):- bit.ly/ddrwstablet
Dan kalau korang nak tahu lebih detail tentang produk nie, terjah website, FB dan juga IG tu ya.
Kat situ banyak testimoni-testimoni yang boleh korang baca
Website: https://www.ddragro.com/
Facebook: https://www.facebook.com/rozmeyagro/
Instagram: https://www.instagram.com/bajaddrbiogrow
Selesai sudah sesi interview bersama Dr Rozmey, aktiviti wajib, tentulah bergambar! Okay, selamat maju jaya buat Dr Rozmey, semoga segala usaha dan urusan beliau dipermudahkan Allah.
Lurve,
Sis Anie Mohamed
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://aniemohamed.blogspot.com/2019/12/datuk-dr-che-rozmey-che-din-kini-jadi.html