Jawatan Kosong Jpnin Mac 2024 Penolong Guru Tabika Perpaduan N11
Berita mengenai tawaran jawatan kosong JPNIN Mac 2024 untuk pengetahuan semua para calon. Peluang kerjaya dibawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) ini adalah sememangnya ditunggu-tunggu oleh bakal pemohon.
Ketahui maklumat lebih lanjut berkenaan jawatan JPNIN Mac 2024 anda boleh merujuk maklumat beberapa perkara seperti dibawah antaranya senarai jawatan ditawarkan, syarat kelayakan, deksrpisi kerja dan lain-lain.
Hebahan Jawatan Kosong JPNIN Mac 2024
Senarai Jawatan JPNIN 2024
Calon boleh merujuk beberapa maklumat berkenaan tawaran kerja kosong JPNIN yang dibuka kepada permohonan calon. Berikut adalah merupakan jadual maklumat lengkap:
PerkaraMaklumatJawatan KosongPenolong Guru Tabika Perpaduan N11Kumpulan PerkhidmatanPelaksanaLokasi PenempatanJabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) PahangJadual GajiRM1,216 – RM2,983
Tempoh Permohonan JPNIN
Peringatan kepada para calon, anda mestilah membuat permohonan kerja sebeum tarikh tutup iaitu pada 7 April 2024 bersamaan hari Ahad. Untuk permohonan kerja pula adalah mesti dilakukan secara manual melalui penghantaran borang permohonan.
Anda boleh merujuk maklumat permohonan lengkap bersama borang permohonan yang kami sediakan dibahagian bawah.
Deskripsi Tugasan Kerja
Berikut adalah merupakan skop kerja bagi jawatan kosong JPNIN Mac 2024 seperti dibawah:
Membantu Guru menjalankan tugas Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) atau Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Menyediakan makanan berkhasiat untuk murid-murid mengikut panduan pengendalian makanan yang betul serta berpandukan menu yang telah ditetapkan serta pengesahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Mengemas dan menjaga kebersihan dalam dan luar kelas.
Menjaga keselamatan murid-murid.
Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.
Syarat-syarat Membuat Permohonan Kerja
Bagi membuat permohonan, calon perlu menepati beberapa syarat kelayakan mohon kerja:
Warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
Calon yang memiliki PMR atau setaraf dengannya hendaklah memperolehi sekurang- kurangnya Gred C dalam Subjek Bahasa Melayu serta sekurang-kurangnya Gred D dalam empat (4) subjek lain termasuk Matematik atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian sekurang-kurangnya Gred C dalam Subjek Bahasa Melayu serta sekurang-kurangnya Gred E dalam empat (4) subjek lain termasuk Matematik pada peringkat PT3 atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
Keutamaan adalah pemohon yang mempunyai Lesen Memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (Gaji Permulaan: RM1,262.15)
Keutamaan permohonan adalah bagi yang menetap di PAHANG sahaja.
Caara Permohonan untuk Jawatan JPNIN Mac 2024
Iklan Jawatan Kosong JPNIN Terkini
Para calon boleh merujuk siaran iklan rasmi yang lengkap untuk memastikan permohonan anda berjalan lancar dan menepati ketetapan JPNIN bagi jawatan kosong JPNIN Mac 2024.
Para calon boleh menyemak sendiri iklan yang disediakan oleh JPNIN secara lengkap melalui pautan yang kami sediakan dibawah:
Makluman Iklan Jawatan JPNIN Mac 2024
Panduan Permohonan Kerja JPNIN
Untuk membuat permohonan kerja, para calon boleh meneliti langkah-langkah permohonan jawatan kosong JPNIN Mac 2024 yang kami susun dibawah:
Permohonan hendaklah dibuat dalam borang permohonan yang boleh didapati di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Pahang atau dengan melayari laman web JPNIN .
Permohonan daripada pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan 18. Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012.
Borang Permohonan berserta gambar terkini (berukuran pasport), salinan kad pengenalan, sijil kelahiran, sijil kelulusan akademik, sijil berhenti sekolah, Sijil Vaksinasi Covid-19 serta dokumen sokongan berkaitan yang telah DISAHKAN oleh Pegawai Kerajaan yang menjawat jawatan Kumpulan ‘A’ atau gred 41 ke atas atau Penghulu dan Ketua Kampung sebanyak dua (2) salinan dan dihantar ke alamat seperti berikut:
Pengarah Jabatan Perpaduan Negera & Integrasi Nasional Negeri Pahang Darul Makmur (Kementerian Perpaduan Negara) Tingkat 2, Blok A-B, No. 211,213,215, 217 dan 218 Bangunan Centre Point, Jalan Haji Abdul Rahman 25000 KUANTAN PAHANG
Diharapkan kepada para calon untuk melakukan segera permohonan sebelum tarikh tutup, anda juga perlu pastikan segala butiran diri dan dokumen adalah betul.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2024/03/jawatan-kosong-jpnin-mac-2024.html