Jawatan Kosong Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian
Jawatan Kosong Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian (MARDI). MARDI telah membuka peluang pekerjaan untuk beberapa kekosongan sehingga tarikh tutup permohonan pada 3 Julai 2022.
Bagi calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan.
Tentang MARDI
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia yang dikenali sebagai MARDI adalah sebuah badan berkanun yang diamanahkan untuk menjalankan penyelidikan dalam bidang makanan dan pertanian serta industri asas tani di dalam Malaysia.
MARDI juga telah ditubuhkan di bawah Akta MARDI (1969) pada 28 Oktober 1969. MARDI juga dimandatkan bagi melaksanakan fungsi berikut:
Menjalankan penyelidikan dari segi sains, teknikal, ekonomi dan sosial berkenaan dengan:
– Pengeluaran, penggunaan dan pemprosesan segala tanaman (kecuali getah, kelapa sawit dan koko), ternakan dan makanan
– Perladangan campuran
Berkhidmat sebagai pusat pengumpulan dan penyebaran maklumat dan nasihat berkenaan dengan perkara saintifik, teknikal dan ekonomo yang berkaitan dengan industri makanan dan pertanian serta industri asas tani. Fungsi ini dilakukan melalui pelbagai kaedah termasuk penerbitan laporan, terbitan berkala dan kertas kerja berhubung dengannya serta mengelolakan pameran, persidangan, syarahan dan seminar
Menjadi pusat yang memberikan perkhidmatan pakar dalam industri makananan dan pertanian serta industri asas tani seperti perkhidmatan perundingan, makmal analisis, jaminan kualiti serta R&D kontrak
Memberi pelbagai jenis latihan untuk memajukan industri makanan dan pertanian serta industri asas tani
Memberi bantuan untuk R&D dalam bidang sains tulen, sains gunaan, teknikal dan ekonomi berkenaan dengan industri pertanian
Mengekalkan hubungan dengan organisasi awam atau swasta dalam dan luar negara yang terlibat
Senarai Kekosongan di MARDI
Jawatan kosong yang diiklankan adalah seperti di bawah:
PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/ OPERASI) N19
PENJAGA JENTERA ELEKTRIK J19
PEMBANTU KEMAHIRAN H19
PEMBANTU OPERASI N11
PEMBANTU AWAM H11
PEMANDU KENDERAAN H11
OPERATOR LOJI H11
Langkah Membuat Permohonan
Kepada calon yang ingin memulakan proses permohonan, boleh klik ke pautan di bawah:
IKLAN JAWATAN KOSONG MARDI
Daftar Pengguna
– Klik pada Menu “Daftar Di Sini” bagi pendaftaran pengguna baru.
Login
– Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.
Lengkapkan Maklumat Resume
– Maklumat Peribadi
– Maklumat Akademik
– Maklumat KPSL, Sijil Profesional
– Pengalaman Kerja
– Bahasa, Kegiatan Luar
– Maklumat Pegawai Rujukan
– Lampiran Sijil-sijil
Pohon Jawatan
– Pilih jawatan dan Hantar Permohonan.
Semakan Permohonan
– Semakan Keputusan jawatan yang dipohon.
Kelebihan
Gaji dengan pelbagai imbuhan menarik
Cuti Tahunan
Cuti Sakit dan lain-lain
Penutup
Diharapkan agar perkongsian mengenai Jawatan Kosong Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian (MARDI) ini dapat memberikan manfaat kepada orang ramai yang memerlukan pekerjaan.
Sebelum ini, kami juga ada berkongsi berkenaan dengan iklan Jawatan kosong Jabatan DiRaja Johor dan Semakan Keputusan Temuduga HLP & HLPS.
Untuk ibu bapa dan guru, kami juga menyediakan bahan bantu belajar untuk murid sekolah rendah, sekolah menengah dan prasekolah bagi membantu mereka untuk memahami sesuatu mata pelajaran dengan lebih mudah. Sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online untuk mendapatkan bahan bantu belajar murid sekolah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2022/06/jawatan-kosong-mardi-2.html