Jawapan Tuduhan Zf Zamir Bekas S U Akhbar Menteri Pendidikan




*Kenyataan Media Hafiz Noor Shams, bekas Pegawai Khas kepada mantan Menteri Kewangan dan Thulsi Manogaran, bekas Setiausaha Sulit kepada mantan Timbalan Menteri Pendidikan*

Kami ingin merujuk kepada tulisan Zul Fikri Zamir (ZF Zamir), iaitu seorang bekas Setiausaha Akhbar kepada mantan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, yang melontarkan pelbagai tuduhan palsu terhadap kepimpinan Kementerian Kewangan (MoF) di bawah pentadbiran DAP dan Pakatan Harapan.

*Peruntukan, perbelanjaan dan penjimatan di Kementerian Pendidikan*

ZF Zamir telah memetik contoh di mana bajet Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (PKK) dan Perkhidmatan Kebersihan Bangunan & Keselamatan (KBK) telah dikurangkan sebanyak 10% kepada RM 427.3 juta.

Akan tetapi, ZF Zamir sengaja tidak menyebut tentang hasrat MoF supaya segala jawatan pekerja keselamatan dilantik secara langsung oleh pihak sekolah atau PIBG, dan bukannya melalui pihak ketiga. 

Dia juga gagal menerangkan bahawa yang mungkin mengalami pengurangan pendapatan adalah syarikat-syarikat pembekal perkhidmatan dan pihak ketiga yang sebelum ini mendapat keuntungan lumayan.

ZF Zamir perlu memahami bahawa sebarang jumlah penjimatan yang dibuat telah diperuntukkan semula kepada Kementerian Pendidikan, demi melaksanakan program-program yang mempertingkatkan lagi mutu pendidikan di negara dengan lebih berkesan. 

Ini dapat dibuktikan apabila peruntukan keseluruhan Kementerian Pendidikan meningkat melebihi 7% dari RM 59.8 bilion pada 2018 kepada RM 64.1 bilion pada tahun 2020. 

Malah, peruntukan pembangunan Kementerian Pendidikan telah meningkat hampir 22% dari RM 4.0 bilion pada tahun 2018 kepada RM 4.9 bilion pada tahun 2020. 

Angka-angka ini terkandung dalam buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2020 yang boleh dimuat turun oleh orang ramai daripada laman sesawang MoF. 

Jumlah peningkatan peruntukan bersih Kementerian Pendidikan sejumlah lebih RM 4 bilion ini adalah jauh lebih besar daripada pengurangan kasar yang menyebabkan ZF Zamir berasa tidak puas hati.

*Keputusan bersama Jemaah Menteri*

Proses penjimatan dan rasionalisasi yang dijalankan Kerajaan PH bukan satu tindakan melulu yang dibuat oleh Menteri Kewangan seperti yang diceritakan oleh ZF Zamir. 

Sebaliknya, ia merupakan hajat mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad serta keputusan bersama Jemaah Menteri untuk mengurangkan pembaziran, meningkatkan keberkesanan perbelanjaan dan mengawal pertambahan hutang dan liabiliti kerajaan yang telah mencecah RM 1 trilion.

*Peruntukan sekolah agama*

ZF Zamir mempertikaikan peruntukan kepada Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Tetapi, ZF Zamir tidak bersuara tentang peruntukan baharu yang disalurkan Kerajaan PH kepada sekolah agama bantuan kerajaan (RM 50 juta), sekolah tahfiz (RM 50 juta), sekolah agama rakyat (RM 25 juta), sekolah pondok (RM 25 juta), sekolah berasrama penuh (RM 50 juta) dan lain-lain.

Yang pentingnya, kita seharusnya membantu semua anak muda Malaysia untuk mendapat pendidikan tanpa diskriminasi. Itu adalah tanggungjawab utama kerajaan. 

*Institut Terjemahan Buku Malaysia dan PADU* 

ZF Zamir menyalahkan MoF tentang pelbagai langkah-langkah yang dibuat oleh pihak lain. 

Sebenarnya, usaha rasionalisasi seperti ke atas Institut Terjemahan Buku Malaysia dan PADU dicadangkan oleh sebuah jawatankuasa di bawah penyeliaan mantan Ketua Setiausaha Negara (KSN). 

Rasionalisasi tersebut melibatkan semua agensi kerajaan bagi memastikan tiada pertindihan fungsi, sambil mengoptimumkan perbelanjaan Kerajaan Persekutuan.

*SMJK Heng Ee 2* 

Penubuhan SMJK Heng Ee 2 adalah diluluskan oleh Perdana Menteri semasa beliau memangku jawatan Menteri Pendidikan. Perkara ini bukanlah suatu isu kerana kerajaan BN pun telah meluluskan penubuhan beberapa SMJK sebelum ini.

Tuduhan ZF Zamir bahawa Sekolah Jenis Kebangsaan Cina boleh dibuka sesuka hati “tanpa memerlukan bacaan semula Perlembagaan” adalah tidak berasas. 

Faktanya adalah sebegini: di bawah Akta Pendidikan, hanya Menteri Pendidikan yang berkuasa untuk menubuh sesebuah sekolah. Akta tersebut boleh dibaca oleh orang ramai, termasuk ZF Zamir.

*Permohonan daripada Timbalan Menteri*

ZF Zamir menuduh bahawa Timbalan Menteri Pendidikan telah membuat permohonan kepada Pejabat Menteri Kewangan tanpa pengetahuan Menteri Pendidikan. Ini tidak benar. Malah, mantan Menteri Kewangan tidak pernah meluluskan peruntukan terus kepada mantan Timbalan Menteri Pendidikan. 

Apa yang diluluskan adalah peruntukan kepada sekolah, agensi di bawah Kementerian Pendidikan atau Kementerian Pendidikan sendiri. Terdapat dua contoh permohonan:

a) mantan Timbalan Menteri Pendidikan pernah memohon RM 15 juta diberikan sebagai bantuan yuran bagi golongan B40 yang menghantar anak mereka ke tadika swasta. Permohonan ini diluluskan dan peruntukan disalurkan kepada Kementerian Pendidikan.

b) mantan Timbalan Menteri Pendidikan pernah menulis sepucuk surat rayuan kepada MoF supaya cukai taksiran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebanyak RM 47 juta dikecualikan. 

Segala surat mantan Timbalan Menteri Pendidikan yang ditujukan kepada MoF sentiasa disalinkan kepada Menteri Pendidikan dan Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan. Oleh itu, segala perkara adalah dalam pengetahuan Menteri Pendidikan dan KSU Kementerian pada ketika itu.

Akhir kata, Zamir seharusnya berhati-hati dalam membuat pelbagai tuduhan tanpa usul-periksa, terutamanya apabila ia mampu mengapi-apikan sentimen perkauman.

04 Mac 2020, 
Kuala Lumpur

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/03/jawapan-tuduhan-zf-zamir-bekas-su.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bekas Perdana Menteri Ke 4 Ke 7 Tepis Tuduhan Punca Ph Jatuh

Bekas Perdana Menteri Ke 4 Ke 7 Tepis Tuduhan Punca Ph Jatuh

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 322 hits
Politik negara kita akhirnya jumpa jalan keluar selepas Agong telah memutuskan untuk melantik Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang sekaligus menjadikan Perikatan Nasional yang terdiri dari BERSATU UMNO PAS MCA dan MIC berjaya menum...
Dap Perak Nafi Tuduhan Dua Bekas Wakil Rakyat

Dap Perak Nafi Tuduhan Dua Bekas Wakil Rakyat

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 226 hits
DAP Perak menafikan tuduhan dibuat dua bekas wakil rakyat parti itu berhubung wujudnya usaha untuk menjatuhkan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu selaku menteri besar Setiausaha DAP Perak Wong Kah Woh berkata pendedahan itu disifatkan sekadar ti...
Saya Sihat Alhamdulillah Kata Bekas Menteri

Saya Sihat Alhamdulillah Kata Bekas Menteri

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 473 hits
KUALA LUMPUR Bekas menteri yang dikaitkan dengan individu yang disahkan positif koronavirus mengesahkan dirinya negatif jangkitan itu selepas melakukan ujian dan pengesanan penyakit itu
Bekas Pegawai Khas Syed Saddiq Dilantik Sebagai Timbalan Menteri Belia Dan Sukan

Bekas Pegawai Khas Syed Saddiq Dilantik Sebagai Timbalan Menteri Belia Dan Sukan

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 1586 hits
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas dinamakan sebagai Menteri Belia dan Sukan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan Beliau merupakan bekas pegawai khas S...
Covid 19 Kp Kesihatan Sahkan Bekas Menteri Diuji Negatif

Covid 19 Kp Kesihatan Sahkan Bekas Menteri Diuji Negatif

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 353 hits
KUALA LUMPUR 2 Mac Keputusan ujian tapisan COVID 19 seorang bekas menteri dan timbalan menteri yang dikaitkan dengan kes positif COVID 19 nombor 26 telah disahkan negatif kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah Dr Noor H...
Menteri Bersatu Kalah Dengan Bekas Mp Umno Funny Betul Redzuan Ni

Menteri Bersatu Kalah Dengan Bekas Mp Umno Funny Betul Redzuan Ni

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 250 hits
Ahli Parlimen Masjid Tanah Mas Ermieyati Samsudin dipilih sebagai ketua PPBM Bahagian Masjid Tanah sehingga 2021 menewaskan penyandang Mohd Redzuan Yusof yang juga menteri pembangunan usahawan dan koperasi Beliau memperoleh 414 undi berband...
Dr Maszlee Patut Letak Jawatan Menteri Pendidikan

Dr Maszlee Patut Letak Jawatan Menteri Pendidikan

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 390 hits
Heboh satu Malaysia apabila Menteri Pendidikan Dr Maszlee mengumumkanakan meletakkan jawatan Dan inilah beritalah terbesarawal tahun 2020 Secaratiba tiba Dr Maszlee meletakjawatan memang telahdijangkakan oleh admin melalui rentetankronologi...
Kesediaan Khalid Ibrahim Bekas Menteri Besar Selangor

Kesediaan Khalid Ibrahim Bekas Menteri Besar Selangor

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 230 hits
Bekas menteri besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim hari ini menyatakan kesediaannya untuk membantu kerajaan baru jika khidmatnya diperlukan Kesediaan itu dinyatakan menerusi satu hantaran di Facebooknya yang turut menyertakan gambar pertemua...
Jawapan Kepada Tuduhan Tidak Berakhlak Patriot

Jawapan Kepada Tuduhan Tidak Berakhlak Patriot

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 211 hits
Tuduh Presiden PAS bodoh Patriot biadabSAYA melihat Presiden Patriot Brig Jen Dato Mohamed Arshad Raji begitu marah dengan Presiden PAS sehingga bertindak dengan cara yang hanya mendedahkan tahap pemikiran dan status emosi beliau Ia berhubu...
Demand Kekayaan Anak Mahkamah Putus Ibu Tak Layak Terima Harta Mendiang Goo Hara

Gsk Sokong Kepentingan Imunisasi Dewasa Dalam Kalangan Rakyat Malaysia

Pm Anwar Meets With Indonesia S Finance Minister For Discussions In Riyadh

Syok Sendiri Demi Kepuasan

Nga Kor Ming S Influence In Dap On The Rise

Gear Up For Standard 1 Registration

Senarai Cawangan Atm Bank Islam Di Seluruh Negeri Kelantan

Irma Hasmie Enggan Komen Status Perkahwinan Apa Yang Penting Allah Jaga Hati Fikiran Kami



5 Adaptasi Permainan Video ke TV dan Filem Paling Berjaya Setakat Ini

10 Fakta Biodata Erysha Emyra Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Cinta Untuk Sekali Lagi Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya


Dapatkan Ganjaran Besar Apabila Anda Prapesanan Samsung Ai Tv 2024 Hari Ini

Sprm Tahan Menteri Besar Perlis

Powering Progress How Ev Charging Stations Are Shaping The Transportation Landscape

M A Due Diligence Don T Settle For Smoke And Mirrors Get A Quality Of Earnings Assessment

Tiada Petanda Salah Tinggalkan Anfield

Mb Perlis Tak Direman