Jawapan Balas Dr Noor Hisham Kepada Pakar Kkm


Dr Noor Hisham Abdullah
Saya baca warkah Dr Tachdijan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bertajuk ‘Cukuplah abah, anak-anak derita’ dengan cukup teliti. Meskipun ia bukan ditujukan kepada saya, namun sebagai Ketua Pengarah Kesihatan saya perlu faham apa yang ‘anggota KKM’ ini cuba sampaikan, tidak kiralah apa pangkat, gred atau profesion mereka.
Saya terfikir juga, apabila dikatakan doktor adalah seorang pakar di Kementerian Kesihatan (KKM), secara terus ia lebih menarik perhatian semua pihak untuk membacanya. Seorang doktor pakar di KKM pastinya beretika dan mempunyai kredibiliti. Itu yang saya harapkan daripada pakar KKM.
Saya harus akui, saya merasa kesal. Dalam warkah tersebut, jelas doktor telah mendedahkan identiti seorang pesakit kepada umum dengan merujuk kepada individu ternama di Sabah yang dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth (HQE). Untuk makluman doktor, ini menyalahi tata etika seorang doktor perubatan. Kerahsiaan pesakit adalah keutamaan dalam kerjaya perubatan dan KKM sentiasa menekankan perkara ini.
Saya harap ini bukanlah satu kebiasaan yang doktor amalkan kerana KKM sememangnya bergantung kepada Pegawai Perubatan Pakar untuk mendidik Pegawai Perubatan dan Pegawai Perubatan Siswazah.
Doktor juga agak arif dengan selok-belok di HQE, namun mungkin perlu menyemak kembali protokol pengendalian Individu Dalam Siasatan (patient under investigation, PUI) yang disahkan Covid-19 ke hospital Covid-19. Kes yang sememangnya telah disahkan status jangkitan sebagai positif dan didapati stabil akan dimasukkan terus ke wad Covid-19.
Protokol sama digunakan untuk semua kes, tanpa mengira status kes dalam masyarakat. Kemungkinan ada situasi di mana kes perlu menunggu katil dikosongkan di wad Covid-19. Ini mungkin berlaku dari semasa ke semasa.
Sememangnya jumlah kes Covid-19 semakin meningkat, terutama di Sabah. Setiap hari saya sendiri bentangkan data kes harian setiap hari di pelbagai platform termasuk dalam mesyuarat harian bersama perdana menteri dan juga sidang media sekitar pukul enam petang. Kini kedua-duanya dijalankan secara telesidang.
Saya juga telah menerangkan tindakan-tindakan yang dilakukan kerajaan bagi memastikan terdapatnya kapasiti ujian di makmal-makmal, peningkatan jumlah katil bagi kes-kes Covid-19 agar ianya mencukupi, pembelian peralatan dan pengagihan alat bantuan pernafasan dan sebagainya. Lihat sahaja infografik yang saya muat naik. Ia amat mudah untuk difahami.
Pada awalnya petugas di Kota Kinabalu digerakkan untuk membantu hospital di daerah timur Sabah serta pusat-pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 berisiko rendah. Kemudian KKM gerakkan pula petugas kesihatan daripada seluruh negeri ke Sabah. Mereka turut ditempatkan di hospital-hospital di Kota Kinabalu bagi menggantikan lompong keperluan petugas di sana.
Sememangnya tidak dinafikan ia lebih mencabar apabila petugas Kesihatan juga dijangkiti Covid-19 sama ada daripada komuniti, tempat kerja, rakan setugas atau semasa pengendalian kes Covid-19.
Mereka perlu dimasukkan ke hospital untuk rawatan, dan kontak rapat perlu dikuarantin. Namun begitu, pujian harus diberi kepada pihak Pengurusan HQE dan juga Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sabah. Pelan mobilisasi diteruskan, perkhidmatan berjalan dan situasi dijangka bertambah baik. Petugas Kesihatan terus cekal bertugas sementara lebih ramai pasukan bantuan perubatan tiba.
Pandangan doktor mengenai bekalan Peralatan Perlindungan Diri (PPE) adalah bernas. Perancangan awal perlu dibuat dan bekalan perlu dipantau rapat. KKM terus memastikan PPE mencukupi di semua hospital seluruh Malaysia, termasuk di HQE.
Di sini juga saya lampirkan status bekalan PPE untuk negeri Sabah. Kelulusan pusat telah diterima pada 2 Oktober bagi permohonan perolehan secara darurat untuk PPE untuk Sabah. Kesemuanya telah dirancang baik oleh agensi pusat, KKM dan juga JKN Sabah. Sistem pangkalan data pusat yang kita bangunkan semasa gelombang satu dan dua Covid-19 telah mengajar kita untuk lebih bersedia.
Saya bersyukur kerana KKM tidak sendirian dalam usaha ini. Malah mustahil bagi KKM bergerak sendiri menangani Covid-19. Agensi-agensi pusat yang lain telah bergerak seiring dengan KKM, terlalu banyak pihak jika hendak saya sebut satu persatu.
Begitu juga kerajaan-kerajaan negeri sehingga ke peringkat daerah. Termasuk juga pihak swasta, badan bukan Kerajaan (NGO), badan-badan pertubuhan dan semua lapisan masyarakat.
Semua pihak bersatu hati melandaikan keluk penularan semasa gelombang kedua. Pendekatan yang diambil adalah the “whole of government, the whole of society approach”. Sering ditanya oleh negara luar mengenai perkara ini. Saya bangga mengatakan: “We use whole of government, the whole of society approach”.
Namun kita boleh buat lebih baik lagi. Saya seru semua pihak, janganlah kita terus menunding jari dan saling menyalahkan. Marilah kita tumpukan tenaga dan usaha kita dalam menentang musuh kita yang sama iaitu Covid-19, sambil kita berdoa dan bertawakkal kepada Ilahi.
NOTA : Sepatutnya yang menjawab ialah Abah, bukan Dr Noor Hisham
Doktor swasta gesa Noor Hisham turun padang, dakwa KKM gagal lindungi barisan depan

The post Jawapan balas Dr Noor Hisham kepada “pakar” KKM appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/10/12/jawapan-balas-dr-noor-hisham-kepada-pakar-kkm/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelan Diteruskan Keadaan Akan Semakin Baik Jawapan Noor Hisham Buat Pakar Kkm

Pelan Diteruskan Keadaan Akan Semakin Baik Jawapan Noor Hisham Buat Pakar Kkm

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 275 hits
ULASAN Saya baca warkah Dr Tachdijan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bertajuk dengan cukup teliti Meskipun ia bukan ditujukan kepada saya namun sebagai Ketua Pengarah Kesihatan saya perlu faham apa yang anggota KKM ini cuba sampaika...
Kembali Buat Sidang Media Di Kkm Dr Noor Hisham Abdullah Negatif Covid 19

Kembali Buat Sidang Media Di Kkm Dr Noor Hisham Abdullah Negatif Covid 19

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 288 hits
Selesai menjalani kuarantin kendiri di rumah selama dua minggu Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bakal mengadakan sidang media di Kementerian Kesihatan Malaysia pada hari ini Hasil pemeriksaan kesihatan dan keputusan ...
Kkm Belum Cadang Tutup Sekolah Kata Noor Hisham

Kkm Belum Cadang Tutup Sekolah Kata Noor Hisham

papar berkaitan - pada 4/10/2020 - jumlah : 308 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata KKM lebih bersedia untuk menghadapi trend peningkatan kes Covid 19 kali ini berbanding pada Mac dan April lepas PUTRAJAYA Kementerian Kesihatan berkata pihaknya belum bercadang untuk ...
Beri Bayangan Pkp Dilaksana Semula Di Twitter Ini Jawapan Dr Noor Hisham

Beri Bayangan Pkp Dilaksana Semula Di Twitter Ini Jawapan Dr Noor Hisham

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 351 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan status yang dimuat naik di akaun Twitter mengenai saranan duduk di rumah bukan perkara baharu yang disuarakan beliau Jelasnya tujuan ciapan berkenaan adalah bagi mengingat...
Edit Gambar Mengaibkan Dr Noor Hisham Polis Buka Kertas Siasatan

Edit Gambar Mengaibkan Dr Noor Hisham Polis Buka Kertas Siasatan

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 655 hits
Kuala Lumpur Polis membuka kertas siasatan ke atas pemilik akaun Facebook MGAG selepas didakwa memuat naik satu gambar aib Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memakai seluar dalam dan kain pelikat ketika membuat sidang ...
Noor Hisham Again Pleads For Help To Fight Covid 19

Noor Hisham Again Pleads For Help To Fight Covid 19

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 297 hits
COVID 19 Health Ministry director general Dr Noor Hisham Abdullah has again pleaded for volunteers and NGOs to help fight Covid 19 in Sabah This came after some of the ministry s healthcare workers have become infected with Covid 19 while o...
Persenda Dr Noor Hisham Di Media Sosial Polis Akan Panggil Individu Terlibat

Persenda Dr Noor Hisham Di Media Sosial Polis Akan Panggil Individu Terlibat

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 588 hits
Polis akan memanggil pemilik akaun Facebook MGAG yang didakwa mempersendakan gambar Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di laman media sosialnya Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman DCP Mior Faridalathr...
Kita Sudah Buka Kertas Siasatan Polis Bukit Aman Sahkan Terima Laporan Gambar Aib Dr Noor Hisham

Kita Sudah Buka Kertas Siasatan Polis Bukit Aman Sahkan Terima Laporan Gambar Aib Dr Noor Hisham

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 597 hits
Padah menyunting gambar Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam keadaan hanya memakai seluar dalam ketika membuat siaran langsung mengenai status terkini Covid 19 semalam satu laporan polis telah dibuat di Senawang Se...
Ubah Gambar Dr Noor Hisham Tidak Pakai Seluar Ketika Sidang Media Polis Buka Kertas Siasatan Ke Atas Mgag

Ubah Gambar Dr Noor Hisham Tidak Pakai Seluar Ketika Sidang Media Polis Buka Kertas Siasatan Ke Atas Mgag

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 413 hits
Baru baru ini ada satu gambar tular di media sosial yang menunjukkan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sedang mengadakan sidang media di rumah dengan hanya memakai seluar dalam dan kain pelikatnya Kurang ajar betul nak buat lawak pun berpada ...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation