Dana 1mdb Kenapa Kerajaan Membisu Mengenai Zeti Sd Tanya Zaid



(FMT) – Bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim mempersoalkan sikap ‘membisu” pihak kerajaan terhadap laporan suami dan dua anak bekas gabenor Bank Negara, Zeti Akhtar Aziz, yang didakwa menerima dana 1MDB.
Zaid berkata reaksi ‘dingin’ kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin terhadap laporan berkenaan yang bertebaran adalah “mengejutkan”.
Baru-baru ini, blog MalaysiaToday, yang dikendalikan Raja Petra Kamarudin, menyiarkan akuan berkanun menyatakan suami dan dua anak lelaki Zeti, menerima dana daripada Low Taek Jho atau Jho Low, yang didakwa mendalangi skandal 1MDB.
SD itu, yang dilihat FMT, adalah dokumen tulen, menurut syarikat peguam yang menandatangani dokumen itu, Shaharudin, Sham Sunder & Partners.
Zeti menafikan tuduhan itu namun tidak memberikan penjelasan mengenai kewujudan akuan berkanun yang ditandatangani suami dan dua anaknya itu.
Zaid berkata sekirannya akuan berkanun itu palsu, Zeti, ahli keluarga terbabit dan peguam berkenaan seharusnya membuat laporan polis.
Beliau berkata dakwaan ahli keluarga Zeti menerima dana daripada Jho Low menuntut penjelasan telus daripada pihak berkenaan.
“Ia adalah perkara yang amat serius. Masyarakat awam patut dimaklumkan butiran bayaran itu,” kata beliau.
“Adalah tidak mustahil, Low turut membayar berjuta-juta ringgit kepada pegawai kanan kerajaan yang lain atas sebab-sebab yang hanya diketahui oleh beliau,” kata Zaid.
Kemungkinan itu menimbulkan tanda tanya sama ada wujud pengaruh asing dalam pentadbiran kerajaan, kata beliau.
Justeru, kata Zaid, beliau mendapati ucapan sesetengah pemimpin menguar-uarkan perpaduan Melayu-Islam sebagai “memualkan.”
“Apakah yang boleh dicapai menerusi persekongkolan parti-parti Melayu berbanding dengan sebuah kerajaan pimpinan Melayu yang progresif.
“Sanggupkan parti Melayu dalam kerajaan mengarahkan siasatan komprehensif ke atas kes Zeti? Sanggupkan mereka melakukan pembaharuan GLC dan perkhidmatan awam?”
“Mampukah mereka mendorong lebih ramai rakyat membayar cukai atau memperkenalkan semula GST serta menambah hasil kerajaan?” kata Zaid.
Zaid berkata Malaysia memerlukan pemimpin politik yang berupaya melakukan perubahan nyata seperti bekas perdana menteri Abdul Razak Hussein; bekas perdana menteri Singapura, Lee Kuan Yew; and pemimpin China, Deng Xiaoping.
“Apa yang ada sekarang adalah pemimpin yang bercakap banyak tetapi tidak menawarkan penyelesaian yang amat diperlukan rakyat.
“Mereka bercakap mengenai perpaduan ethnik, tetapi apa manfaatnya?” kata Zaid.
Beliau berkata institusi awam negara ini hanya boleh meraih kepercayaan awam untuk beroperasi secara integriti dan mematuhi undang-undang jika pemimpinnya tiada cacat cela.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/01/04/dana-1mdb-kenapa-kerajaan-membisu-mengenai-zeti-sd-tanya-zaid/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penafian Zeti Mengenai Dana 1mdb Tak Boleh Dipercayai Kata Najib

Penafian Zeti Mengenai Dana 1mdb Tak Boleh Dipercayai Kata Najib

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 273 hits
Najib Razak terus mencabar Zeti Akhtar Aziz menjelaskan sama ada ahli keluarganya pernah menerima dana daripada ahli perniagaan buruan Low Taek Jho yang didakwa mendalangi skandal 1MDB Ahli Parlimen Pekan itu berkata penafian bekas gabenor ...
Jawablah Zeti Najib Desak Bekas Gabenor Bank Negara Perjelas Dakwaan Terima Dana 1mdb

Jawablah Zeti Najib Desak Bekas Gabenor Bank Negara Perjelas Dakwaan Terima Dana 1mdb

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 220 hits
Najib Razak mendesak bekas gabenor Bank Negara Zeti Aziz menjawab pendedahan sebuah laman blog yang membongkar beberapa dokumen yang dikaitkan dengan keluarganya yang didakwa pernah menerima dana lebih RM100 juta daripada ahli perniagaan di...
Zeti Perlu Jawab Dakwaan Terima Dana 1mdb Jho Low Kata Patriot

Zeti Perlu Jawab Dakwaan Terima Dana 1mdb Jho Low Kata Patriot

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 219 hits
Persatuan Patriot Kebangsaan berkata bekas gabenor Bank Negara Zeti Aziz perlu menjelaskan dakwaan bahawa keluarganya pernah menerima dana lebih RM100 juta daripada ahli perniagaan yang diburu Low Taek Jho Presiden Mohamed Arshad Raji dalam...
Zeti Nafi Terima Dana 1mdb Itu Dakwaan Palsu Berniat Jahat

Zeti Nafi Terima Dana 1mdb Itu Dakwaan Palsu Berniat Jahat

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 230 hits
Bekas gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz menafikan dakwaan ahli keluarga dan dirinya menerima dana daripada 1MDB Dakwaan terhadap saya dan keluarga saya palsu serta berniat jahat sama sekali katanya dalam kenyataan malam ini Baru baru ini...
Sah Ahli Keluarga Zeti Mengaku Terima Wang 1mdb

Sah Ahli Keluarga Zeti Mengaku Terima Wang 1mdb

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 289 hits
Salinan akuan berkanun suami dan dua anak lelaki bekas gabenor BNM Zeti Aziz menyatakan kesediaan mereka memulang wang 1MDB kepada syarikat itu sekiranya pihak berkuasa Singapura menggugurkan siasatan PETALING JAYA Adakah bekas gabenor Bank...
Confirmed Zeti S Kin Admitted Knowing Of 1mdb Funds In Sd

Confirmed Zeti S Kin Admitted Knowing Of 1mdb Funds In Sd

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 330 hits
The statutory declarations linking former Bank Negara Malaysia governor Zeti Akhtar Aziz s family to 1MDB funds has been confirmed as authentic by lawyers Was former Bank Negara Malaysia governor Zeti Akhtar Aziz really in the dark over the...
Isu Keluarga Zeti Dan Wang 1mdb Kenapa Sprm Masih Diam Soal Pemimpin Umno

Isu Keluarga Zeti Dan Wang 1mdb Kenapa Sprm Masih Diam Soal Pemimpin Umno

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 255 hits
Seorang pemimpin UMNO mempersoalkan Zeti Aziz dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berdiam diri ketika bekas gabenor Bank Negara itu terpalit tuduhan ahli keluarganya menerima wang 1MDB Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Mohd Puad Zarka...
Isu Zeti Apakah Soalan Zaid Ibrahim Akan Terjawab Atau Akan Terkambus

Isu Zeti Apakah Soalan Zaid Ibrahim Akan Terjawab Atau Akan Terkambus

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 225 hits
Bekas menteri undang undang Zaid Ibrahim mempersoalkan sikap membisu pihak kerajaan terhadap laporan suami dan dua anak bekas gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz yang didakwa menerima dana 1MDB Zaid berkata reaksi dingin kerajaan terhadap ...
Hanya Diam Membisu Kerajaan Pahang Terus Di Buli Penceroboh Haram Musang King Raub

Hanya Diam Membisu Kerajaan Pahang Terus Di Buli Penceroboh Haram Musang King Raub

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 343 hits
KUANTAN Senario kawalan ketat di setiap penjuru kawasan termasuk sekitar simpang masuk ke tanah pencerobohan di Raub Pahang seperti didakwa Pertubuhan Pembela Pembela Islam dalam laporan sebelum ini hanya menggambarkan kegagalan kerajaan Pa...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Harga Netflix Malaysia Terkini 2025

Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal