Jatuh Bangun Sebagai Seorang Penulis
Pelaburan membuahkan hasil dalam bidang Ghostwriter | Tatkala saya kesibukan di hari Jumaat.
Satu apapun status Facebook tidak dikemaskini.
Petang semakin menyusul. Diikuti awan mendung, entahkan hujan mahu turun sebentar lagi? Saya pun tidak pasti.
Lalu, saya scroll chat Whatsapp.. (chat perbualan saya dengan silent readers, buatkan semangat saya kembali bangkit! )
Menggamit memori sebenarnya, bila diingati saat jatuh bangun saya sebagai seorang penulis. Artikel kena kutuk sudah pastinya. Iya, saya faham kelemahan saya dalam penulisan.
Jika diikutkan, dari zaman bekerja lagi saya diketawakan.
Kisah pertama : Si polan : Penulisan tak sedap dibaca. Simpan lah cerita awak niKisah kedua :Simpan lah cerita ni, laporan ni macam cerita jer. Iya, saya faham. Terlalu santai penyampaian. Sebab ketiadaan ilmu
Sakitnya tu disini. Tapi saya masih bersabar
Kisah ketiga :Ayat terlalu santai.. tak sedaplah baca. Macam tengah bersembang
(Bukan gaya WeChat)Kisah seterusnya : Ini ke artikel job sekian-sekian? Tak nampak pun macam artikel job.
( Mungkin saya gunakan penyampaian softselling. Tak nampak artikel advertorial )
Namun, kekecewaan semua diatas itu tadi. Saya tak berputus asa. Saya bangun buat kali ke berapa, entahlah.
يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْث
Yaa hayyu yaa qayyuumm. Bi rahmatika astaghiiths
Maksudnya: Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmat-Mu aku meminta pertolongan.
Demi mengejar BIG WHY..
BIG WHY saya untuk jangka pendek adalah memiliki sebuah laptop. Laptop Asus vivo yang berharga RM 1300 ( atau lebih ). Ingin memiliki sebuah laptop bagi memudahkan kerja-kerja menulis saya sebagai seorang penulis upahan.
Jadi, upah menulis yang saya dapat saya tak bolehlah membeli terus sebuah laptop. Jika diikutkan memang boleh beli. Tetapi saya fikir ingin bahagiakan orang tersayang. Memandangkan banyak lagi keperluan yang saya perlu penuhi seperti memberi mak abah wang setiap bulanan, bantu ekonomi suami, dan juga keperluan saya. Saya kena menyimpan secara bulanan, dengan beberapa angka sebulan.
Kembali BANGKIT! Saya BANGKIT dengan niat untuk memberi. Saya cuba dengan strategi lain. Bukan untuk menunjuk pada sesiapa.
Dengan ditertawakan itu tadi, saya jadikan ia pembakar semangat. Tiada dendam tersemat..
Akhirnya, penulisan saya diterima ramai prospek. Alhamdulillah.. Kini saya banyak membantu mereka dalam dunia bisnes. Biasanya mereka yang baru mulakan bisnes dan juga founder produk.
Kini, penulisan santai saya turut mendapat permintaan daripada prospek yang berbisnes iaitu dengan mengambil upah menulis copywriting , menulis ebook , menulis content / update page dan kerja-kerja menulis lain sebagai ghostwriter.
Ilmu satu pelaburanDisebalik kisah jatuh bangun saya sebagai seorang penulis. Saya berusaha dengan memasuki pelbagai kelas secara online. Iya, walau ada yang memberitahu masuk kelas secara online rugi. Dan ada ilmu boleh didapati secara PERCUMA di google, saya pandang ia dari sudut berbeza. Yang mana, kelas berbayar banyak kelebihannya seperti group support dan pelbagai ilmu di update dari masa ke semasa oleh trainer. Dapat jumpa circle positif, itu lah yang best. Luaskan networking.
Saya laburkan sedikit wang dan masa untuk ilmu bermanfaat. Banyak yang telah saya korbankan demi sesuatu yang saya minat. Alhamdulillah, kini saya dapat menarik nafas lega apabila saya mempunyai gaji dengan hanya menulis.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ehbelogaku.com/2020/09/jatuh-bangun-sebagai-seorang-penulis.html