Jasa Besar Tan Sri Ali Hashim Membangunkan Ekonomi Ummah Melalui Jihad Bisnes


Ada beberapa ikon korporat Muslim di Malaysia yang perlu kita ambil tahu kisah mereka. Kita mungkin kerap membaca kisah billionair luar negara tetapi sebenarnya ramai tokoh ekonomi negara yang sewajarnya kita perlu tahu dan ambil peduli. Antaranya ialah Tan Sri Muhammad Ali Hashim yang pernah menjawat jawatan selaku Presiden, Dewan Perdagangan Islam Malaysia (2014-2017)


Berikut beberapa perkara menarik tentang Tan Sri yang ingin saya kongsikan:

1. Nama Tan Sri Muhammad Ali Hashim bukanlah asing bagi kita. Masihkah anda masih ingat pada jenama Pisang Montel satu ketika dulu? Pisang Montel adalah antara contoh ‘intrapreneuring’ yang pernah diideakan oleh Tan Sri.

2. Sebelum ini saya mengikuti rapat tulisan-tulisan beliau yang disiarkan di akhbar Utusan dan Sinar Harian. Bahkan beliau juga adalah tokoh korporat di Malaysia yang aktif dalam penulisan buku dan artikel berkaitan ekonomi.

3. Buat mereka yang baru mengenali Tan Sri, beliau adalah mantan CEO Johor Corporation.

4. Johor Corporation mempunyai track record yang memberangsangkan di bawah pimpinan Tan Sri, sehingga mampu memiliki 280 buah anak syarikat dengan aset berjumlah RM14 bilion pada tahun 2009. Bahkan beliau berjaya menjadikan JCorp sebagai sebuah organisasi korporat utama Malaysia, melibatkan 280 syarikat (8 tersenarai di Bursa Malaysia, 1 di London Stock Exchange) dan mempunyai lebih 65,000 tenaga kerja.

5. Tan Sri Muhammad Ali Hashim menjadi Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp) selama lebih 28 tahun (Januari 1982-Julai 2010).

6. Bahkan sejak menerajui PKENJ (sebelum ditransformasi menjadi JCorp) sebagai Ketua eksekutif, beliau telah membawa PKENJ mencatat keuntungan melebihi RM300 juta pada tahun 1994. Malahan himpunan aset dan harta bersih PKENJ ketika itu melebihi RM2.5 bilion.

7. Di bawah pentadbiran beliau, JCorp menjadi satu nama yang gah bahkan dalam masa yang sama JCorp mengangkat sektor perindustrian dan menjadikan Johor sebagai salah sebuah negeri perindustrian utama negara.

8. Pemikiran Tan Sri dalam ekonomi adalah 20 tahun terkehadapan. Idea beliau membeli jenama dan syarikat ayam goreng antarabangsa, KFC pada tahun 2006 melalui anak syarikat, Kulim (Malaysia) Bhd adalah sesuatu yang berani dan ‘power’.

9. Selain itu antara langkah berani beliau ialah, pada tahun 1994, PKENJ berjaya mengambil alih 5 daripada 6 hospital milik swasta. 3 daripada hospital tersebut terjejas kerana kemelesetan ekonomi namun KPJ Healthcare Sdn Bhd dibawah teraju beliau berjaya memulih dan mengurus malahan KPJ berjaya menjadi pemain utama dalam bidang prisihatin hingga kini. KPJ Healthcare Bhd sekarang adalah pemimpin pasaran dalam bisnes Perubatan Pakar dengan lebih 20 buah hospital pakar di Malaysia dan 2 di Indonesia.

10. Di bawah beliau, JCorp juga berjaya mengambil alih syarikat milik asing seperti Kulim(Malaysia) Berhad yang pernah disenaraikan di Pasaran Saham London. JCorp pernah diiktiraf antara syarikat pemilik ladang terbesar di Malaysia. Kulim Malaysia Berhad juga terlibat dalam industri membangunkan minyak kelapa sawit dan memiliki perladangan kelapa sawit terbesar di di Papua New Guinea. Kalau anda perasan jersi Johor FC pernah menggunakan logo Kulim ini satu masa dulu.

11. Tan Sri berjaya memacu nilai modal pasaran saham(market capitalization) dan saham-saham tersenarai milik JCorp pada akhir 2011 melebihi RM18.1 bilion. Manakala jualan tahunannya melebihi RM8 billion, dengan keuntungan bersih pada 2010 berjumlah RM962 juta.

12. Beliau juga adalah merupakan pengasas dan pengerusi Waqaf An-Nur Corporation Bhd(WANCorp), iaitu sebuah institusi wakaf korporat pertama ditubuhkan di Malaysia. Pada akhir 2011 nilai aset WANCorp adalah berjumlah RM502 juta.

13. Satu kelebihan beliau ialah beliau tidak akan meninggalkan nilai-nilai Islam dalam setiap idea bisnes beliau. Kita pasti biasa dengar istilah Jihad Bisnes? Ini adalah antara slogan popular beliau.

Tan Sri Ali Hashim meninggal dunia pada 31 Oktober 2017, perjuangan Jihad Bisnes yang digerakkan Allahyarham tetap diteruskan oleh kami, pejuang-pejuang BMF.

Al-Fatihah



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.krissmerah.com/2019/10/jasa-besar-tan-sri-ali-hashim.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+krissmerah+%28Kriss+Merah.com+%28Blogger+Melayu%29%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
The Malay World According To Professor Emeritus Tan Sri Pendeta Ismail Hussein

The Malay World According To Professor Emeritus Tan Sri Pendeta Ismail Hussein

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 398 hits
Professor Emeritus Tan Sri Pendeta Ismail Hussein is considered to be responsible for our consciousness of Dunia Melayu By THE term Dunia Melayu or Malay World has been articulated without being precise as to its essence and parameters Such...
Sri Mulyani Kembali Jadi Menkeu Pertumbuhan Ekonomi Dikhawatirkan Tetap Di 5 Persen

Sri Mulyani Kembali Jadi Menkeu Pertumbuhan Ekonomi Dikhawatirkan Tetap Di 5 Persen

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 173 hits
Direktur Riset Core Indonesia Piter Abdullah mengaku tak sependapat apabila Sri Mulyani Indrawati kembali dipilih sebagai Menkeu di Kabinet Jokowi periode II Menurutnya dengan kembalinya Sri Mulyani di posisi yang sama pada periode sebelumn...
Utusan Malaysia Akan Kembali Di Bawah Tan Sri Syed Mokhtar

Utusan Malaysia Akan Kembali Di Bawah Tan Sri Syed Mokhtar

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 369 hits
Sebelum ini kita mendengar ura ura berkenaan pembelian Utusan Malaysia oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary dan kini ternyata ianya benar setelah Berita Harian Singapura ada melaporkan tentang penjualan sebanyak 70 peratus kepentingan Dilof...
Ada Tangan Ghaib Sokong Graduan Prof Emeritus Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah

Ada Tangan Ghaib Sokong Graduan Prof Emeritus Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 256 hits
BANGI 24 Safar 1441H Rabu Tindakan graduan kejuruteraan Wong Yan Ke yang membawa plakad bantahan ke pentas ketika istiadat konvokesyen Universiti Malaya minggu lalu dipercayai didalangi pihak pihak tertentu dakwa Ahli Dewan Negara Prof Emer...
Imf Pangkas Ekonomi Dunia Pengusaha Tak Akan Ekspansi Besar Besaran

Imf Pangkas Ekonomi Dunia Pengusaha Tak Akan Ekspansi Besar Besaran

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 245 hits
Ketua Kadin Indonesia Rosan Roeslani mengatakan penurunan proyeksi yang dilakukan oleh IMF ini bisa menjadi kekhawatiran bagi kalangan usaha dan juga pemerintah Karena bukan tanpa sebab proyeksi penurunan itu dilakukan kalau bukan melihat r...
Jasa Industri Masih Jadi Pendorong Pertumbuhan Ekonomi Ri

Jasa Industri Masih Jadi Pendorong Pertumbuhan Ekonomi Ri

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 204 hits
Jasa industri akan menjadi subsektor pendukung yang memperkuat posisi industri dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi Jika membandingkan dengan negara lain tentu berbeda karena Indonesia masih harus menghadapi bonus demografi
Brispot Jurus Bri Dukung Ekonomi Kerakyatan Melalui Digitalisasi

Brispot Jurus Bri Dukung Ekonomi Kerakyatan Melalui Digitalisasi

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 195 hits
PT Bank Rakyat Indonesia Tbk terus menunjukkan komitmen untuk mendorong ekonomi kerakyatan melalui pemberdayaan segmen usaha mikro Hingga akhir September 2019 Bank BRI berhasil menyalurkan pembiayaan kepada segmen usaha mikro senilai Rp 301...
Kucar Kacir Peralihan Kuasa Rosakkan Ekonomi Penganalisis

Kucar Kacir Peralihan Kuasa Rosakkan Ekonomi Penganalisis

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 279 hits
Penganalisis politik dan ekonomi memberi amaran peralihan kuasa yang semakin kucar kacir di Malaysia boleh merosakkan ekonomi dan menyebabkan pelabur asing tidak akan menanam modal Seorang penganalisis ekonomi Jameson Tan berkata menteri me...
Jokowi Tunjuk Angela Tanoesoedibjo Jadi Wakil Menteri Pariwisata Dan Ekonomi Kreatif

Jokowi Tunjuk Angela Tanoesoedibjo Jadi Wakil Menteri Pariwisata Dan Ekonomi Kreatif

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 220 hits
Angela Tanoesoedibjo mengatakan ke depan bakal banyak berdiskusi dengan Menparekraf Wishnutama terkait jabatan diamanatkan kepadanya tersebut Menurut dia terlebih dalam pertemuan empat mata tadi Presiden Jokowi meminta mengembangkan 10 dest...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri