Jaringan Hatrik Heberty Fernandes Benamkan Sri Pahang Fc 3 0 Di Stadium Sultan Ibrahim




ISKANDAR PUTERI: Pasukan Johor Darul Takzim (JDT) terus gah di puncak Liga Super selepas mudah menewaskan Sri Pahang FC, 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, petang tsemalam.
Meskipun tanpa kelibat beberapa penyerang sensasi, namun Heberty Fernandes muncul wira JDT, dengan jaringan hatrik.
Tirai jaringan hadir seawal minit ke-4, menerusi gerakan cantik JDT, yang disudahkan dengan rembatan luar kotak penalti Heberty Fernandes.
Import Sri Pahang, Kpah Sherman hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-33, namun rembatan tepat ke arah gawang JDT diselamatkan penjaga gol, Syihan Hazmi. 
Bersambung babak kedua, JDT terus melebarkan jaringan selepas Heberty Fernandes menjaringkan gol kedua, sejurus menerima hantaran Endrick Dos Santos, minit ke-66. 
Minit ke-86, Heberty kemudiannya mencetak gol hatrik, selepas menghukum kesilapan penjaga gol, Zarif Irfan yang mudah memberi bola kepada penyerang itu, dalam situasi sepakan gol. 
Kedudukan 3-0 kekal hingga wisel penamat. 
Bagi Ketua Jurulatih Sri Pahang, Fandi Ahmad, beliau berpuas hati dengan penampilan anak buahnya.
Namun ketumpulan pada bahagian jentera tengah, membuatkan pasukan gagal merencana gerakan berbahaya. 
"Yang saya tahu mereka beri 100 peratus. Itu penting bagi saya. Kombinasi Nikola dan Kpah tidak menjadi walaupun rata-rata pemain bekerja keras cuma saya pasti pemain JDT lebih baik dari kita. Itu tak boleh elak," kata Fandi kepada pemberita.
Pengendali JDT, Hector Bidoglio pula, memaklumkan fokus pasukan kini terarah kepada perlawanan seterusnya, menentang Skuad Universiti Malaysia, dalam saingan Piala FA. 
"Bagi kami ia perlawanan yang penting dan kita perlu fokus dan bermain secara serius. Kita perlu profesional kerana dalam sukan bola sepak, perkara sama takkan berulang setiap perlawanan. Bagi JDT, perlawanan Piala FA seterusnya adalah penting. Kita akan pamerkan potensi dan taktikal terbaik," kata Hector kepada pemberita. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2024/06/jaringan-hatrik-heberty-fernandes.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Stadium Sultan Ibrahim Rekabentuk Kapasiti Lawatan

Stadium Sultan Ibrahim Rekabentuk Kapasiti Lawatan

papar berkaitan - pada 23/6/2024 - jumlah : 420 hits
Tidak dapat dinafikan Stadium Sultan Ibrahim atau SSI merupakan antara stadium tercanggih di Malaysia dengan fasiliti yanng begitu lengkap dan berkelas dunia Terletak di di Iskandar Puteri Johor stadium ini dinamakan sempena penghormatan Su...
Sultan Pahang Berkenan Berangkat Untuk Merasmikan Pusat Alami Cytopeutics Di Cyberjaya

Sultan Pahang Berkenan Berangkat Untuk Merasmikan Pusat Alami Cytopeutics Di Cyberjaya

papar berkaitan - pada 27/6/2024 - jumlah : 247 hits
CYBERJAYA Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan berangkat merasmikan Pusat Alami Cytopeutics di sini pada Rabu Turut berangkat Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Tengku Mahk...
Sultan Pahang Saran Kerajaan Persekutuan Bantu Kerajaan Negeri Pahang Tinjau Jalan Kuantan Segamat

Sultan Pahang Saran Kerajaan Persekutuan Bantu Kerajaan Negeri Pahang Tinjau Jalan Kuantan Segamat

papar berkaitan - pada 11/6/2024 - jumlah : 222 hits
KUANTAN Kerajaan Persekutuan disarankan untuk segera bantu kerajaan Pahang meninjau dan mengambil tindakan bagi menentukan tahap keselamatan Jalan Kuantan Segamat Saranan itu dibuat oleh Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Riayatuddin Al Musta...
Al Sultan Abdullah Berkenan Meluangkan Masa Menziarahi Menteri Besar Pahang Di Ijn Semalam

Al Sultan Abdullah Berkenan Meluangkan Masa Menziarahi Menteri Besar Pahang Di Ijn Semalam

papar berkaitan - pada 14/6/2024 - jumlah : 198 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah hari ini berkenan meluangkan masa menziarahi Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di Institut Jantung Negara di ibu negara hari ini Perkara itu dikongsika...
Sultan Pahang Titah Tindakan Penguatkuasaan Lebih Tegas Elak Pembangunan Rizab Sungai

Sultan Pahang Titah Tindakan Penguatkuasaan Lebih Tegas Elak Pembangunan Rizab Sungai

papar berkaitan - pada 15/6/2024 - jumlah : 293 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah mahu tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas dilakukan dan dipertingkat bagi memastikan tiada pembangunan di rizab sungai yang berpotensi mencemarkan sungai di Pa...
Penang Fc Layak Ke Suku Akhir Piala Fa Tewaskan Sri Pahang Fc 4 3 Menerusi Sepakan Penalti

Penang Fc Layak Ke Suku Akhir Piala Fa Tewaskan Sri Pahang Fc 4 3 Menerusi Sepakan Penalti

papar berkaitan - pada 18/6/2024 - jumlah : 251 hits
KUANTAN Penang FC layak ke suku akhir Piala FA apabila menewaskan Sri Pahang FC 4 3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua dua pasukan terikat 1 1 pada masa tambahan di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh pada Jumaat Kemenangan it...
Piala Fa Sri Pahang Gagal Ke Suku Akhir Tewas 3 4 Kepada Penang Fc

Piala Fa Sri Pahang Gagal Ke Suku Akhir Tewas 3 4 Kepada Penang Fc

papar berkaitan - pada 15/6/2024 - jumlah : 252 hits
KUANTAN Sri Pahang gagal ke suku akhir Piala FA selepas tewas 3 4 kepada Penang FC menerusi sepakan penalti di Stadium Majlis PerbandaranTemerloh di sini Mohd Nabil muncul wira Penang FC selepas penalti terakhir diambilnya berjaya menewaska...
Dato Sri Diraja Hj Anwar Ibrahim

Dato Sri Diraja Hj Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 30/6/2024 - jumlah : 286 hits
Iswardy Setinggi tinggi Tahniah Yang Amat Berhormat Dato Seri Diraja Haji Anwar Ibrahim atas penganugerahan Darjah Seri Setia Sultan Sallehuddin Yang Amat Dihormari Yang membawa gelaran Dato Seri Diraja oleh KDYMM Sultan Kedah sempena Hari ...
Jom Ambil Pengajaran Dari Kisah Nabi Ibrahim As Dan Hari Raya Aidiladha

Jom Ambil Pengajaran Dari Kisah Nabi Ibrahim As Dan Hari Raya Aidiladha

papar berkaitan - pada 18/6/2024 - jumlah : 462 hits
Hari yang sarat dengan makna dan penuh pengajaran Itulah hari raya Aidiladha atau hari raya qurban Ia bukan hanya semata mata merayakan hari penting bagi umat islam namun ia jugak memperingati kisah agung Nabi Ibrahim AS dan anaknya Nabi Is...
Why We Ve Been Told Time And Again Not To Speculate When Police Investigation Is Ongoing Yb Rafizi

Anakanda Sultan Perak Raja Azlan Muzaffar Shah Curi Tumpuan Dengan Wajah Tampan

Isu Jalur Gemilang Pas Nasihat Umno Dap Kembali Kepada Prinsip Rukun Negara

Advise Akmal To Shut Up First Dap Youth Tells Tok Mat

Selebriti Muda Jadi Isteri Keempat Vvip

Belanjawan 2026 Tarikh Pembentangan Jangkaan Intipati

Serving Hope Supporting The Spastic Children S Association With Every Pickleball Bag

Cinta Tak Mengenal Usia Datuk Kahwin Nenek Video


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Meneman Anak2 Ke Lunar Mart Murray Street

Apa Yang Merosakkan Fungsi Tiroid Tanpa Kita Sedar

Tips Menguruskan Baju Sendiri Anak Dan Suami Dalam Masa 1 Jam

Keramat Hati Ayah

Kes Zara Qairina Polis Mcmc Tunggu Maklumat Tiktok Fahmi

Bukan Tumpang Populariti Marsha Milan Banyak Bantu Saya Fanzi Ruji