Jap Itu Singkatan Daripada Frasa Sekejap
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Assalammualaikum wbt
JAP ITU SINGKATAN DARIPADA FRASA SEKEJAP.Bila kita bertanyakan sesuatu hal atau mahukan maklum balas daripada pihak lain atau sesiapa pun itu bila sudah beberapa kali diajukan pertanyaan kemudian diam membisu itu bahaya.Hingga soalan yang serupa diulang dan jawapannya jap yang pada fahaman kita membawa erti sekejap pada PC ianya bererti sebentar menjadi seharian malah lebih dua puluh empat jam wah itu lagi dan lebih bahaya
[se.ke.jap] | سکجڤ
Definisi : sekelip mata; tidak lama; sebentar; seketika: ~ lagi dia akan pulang. Dia bermain ~ sajaRUJUKAN
Mungkin apa yang telah dan sedang diusahakan telah membuahkan hasilnya.Malahan apa yang diusahakan terkini lebih menguntungkan dan lebih memuaskan hati.Siapa pun pelanggan atau yang sudi berurusniaga dengan kita pada barang jualan pertama yang mungkin sekarang tidak lagi menjadi keutamaan awak sebagai peniaga seharusnya menjelaskan apakah situasi yang sebenar
Jelaskan dengan sebaik-baik cara sekiranya ada apa-apa kesulitan kerana pembeli atau pelanggan tidak mampu membaca apa yang sedang terjadi.Tidak boleh juga meneka-neka apa yang sedang berlaku kerana pelanggan,pembeli atau pengguna cuma mahu membeli apa barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan,itu sahaja
Semuanya sangat mudah.Tidak perlu dibentangkan karpet merah pun,atau kata-kata yang berbunga-bunga,cukup menjelaskan menjaga setiap pertanyaan dengan tujuan jual beli dilengah-lengahkan.Jika ada penjelasan,mungkin kalau PC sendiri masih boleh menunggu dan bersabar jika sebaliknya cuma dengan membalas jap setelah dua hari menunggu dan bertanya hal yang sama mungkin tidak keterlaluan kalau ianya cukup sekadar ini sahaja walhal urusan sebelum-sebelumnya tiada sebarang masalah pun
Adakah seharian itu jap iaitu sekejap.Adakah dua hari itu juga jap.Atau sekejap itu seminggu.Setahun.Hehehe
Sekian
Semua menjadi indah pada waktunya
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://perducinta.blogspot.com/2020/06/jap-itu-singkatan-daripada-frasa-sekejap.html