Janna Nick Kasihan Dini Tak Biasa Gosip Liar






Tasik hati pelakon, penyanyi dan pengacara, Janna Nick, 25, berkocak seketika apabila berita mendakwa berkahwin lari dengan kekasihnya, Dini Azan Schatzmann, 26, di Satul, selatan Thailand pada Jun tahun lalu tersebar.

Kisah kahwin lari hangat diperkatakan menerusi pendedahan seorang pengguna laman Twitter yang memuat naik keratan memaparkan maklumat peribadi Janna dan Dini.

Terlalu banyak persoalan yang bermain di fikiran berhubung kontroversi itu. Enggan terus membiarkan spekulasi, aktres yang mencetuskan fenomena menerusi drama Syurga Nur dan Kau Aku Kita itu meleraikan tanda tanya.

Saat dihubungi, si pemilik nama lengkap, Nurul Janna Muner ini hanya tergelak besar, sekali gus memberi petanda berita yang tersebar hanya sekadar khabar angin.

Lapan tahun berada dalam dunia seni, Janna berkata, cerita kahwin lari sama seperti pelbagai gosip lain yang pernah melanda dirinya sebelum ini.

"Isu dan dakwaan kahwin lari tak benar sama sekali. Sebagai artis, saya sudah lali dengan gosip seperti ini. Keluarga saya pun faham dan tahu situasi sebenar kerana saya tinggal bersama mereka.

"Cuma, saya kasihan pada Dini. Dia masih baharu dan tidak biasa dengan gosip liar seperti ini. Apabila kontroversi ini timbul, Dini menghubungi saya untuk membincangkan perkara ini. Saya tahu dia bimbang dengan penerimaan keluarga dan sanak saudara kerana mereka tidak biasa. Apa yang boleh saya lakukan hanyalah menasihatinya supaya tenang dan bersikap rasional.

"Jika ada media yang mahu menemubual untuk mendapatkan penjelasan berhubung perkara ini, bagi saja kenyataan. Leraikan persoalan dan jangan melarikan diri. Berani kerana benar," katanya.



Pelakon yang diangkat Artis Versatil Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 itu berkata, dia tidak pernah terlintas dalam hati mahu berkahwin lari atau menyembunyikan hari bahagia kerana perkahwinan adalah satu perkara yang baik dan harus dikongsi bersama mereka yang tersayang.

"Perkahwinan adalah penyatuan dua hati dan keluarga kedua-dua pihak. Jadi mengapa perlu nak merahsiakannya? Insya-Allah jika ada perancangan ke arah perkahwinan, kami akan berkongsi kegembiraan dengan semua pihak," janjinya.

Dalam temubual itu, penyanyi yang popular menerusi lagu Mungkin Saja dan Akan Bercinta itu turut meluahkan perasaan terkilan apabila maklumat peribadinya didedahkan kepada umum.

Tegas Janna, tindakan susulan akan diambil kepada individu yang menyebarkan maklumat peribadi dirinya.

"Saya sudah berbincang dengan peguam dan tindakan tegas akan diambil kepada sesiapa atas penyebaran maklumat peribadi di bawah Akta Hak Perlindungan Peribadi," katanya.

Mengulas hubungannya dengan pelakon drama Bukan Cinta Aku itu, Janna berkata, ia masih berjalan seperti biasa. Cuma tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan membataskan mereka untuk bertemu.

"Hubungan masih baik, macam biasa. Lama juga kami tak jumpa sejak tempoh PKP dikuat kuasa. Rindu sangat-sangat. Hanya telefon dan panggilan video menghubungkan kami," ujar pengacara Melodi itu.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://artismeletop.blogspot.com/2020/05/janna-nick-kasihan-dini-tak-biasa-gosip.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Dini Schatzmann Akui Hubungan Cinta Dengan Janna Nick Semakin Serius

Hiburan Dini Schatzmann Akui Hubungan Cinta Dengan Janna Nick Semakin Serius

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 1388 hits
Menjelaskan hubungan yang terjalin sejak dua tahun lalu tidak terjejas pelakon kacukan Melayu Switzerland Dini Schatzmann mengharapkan doa yang baik baik agar hubungan cintanya dengan Janna Nick ke jinjang pelamin Meskipun baru baru ini kec...
Drama Cari Aku Di Syurga Lakonan Aeril Zafrel Janna Nick Ulangsiar

Drama Cari Aku Di Syurga Lakonan Aeril Zafrel Janna Nick Ulangsiar

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 2572 hits
Drama Cari Aku Di Syurga Lakonan Aeril Zafrel Janna Nick Ulangsiar Slot Samarinda berjudul Cari Aku Di Syurga pernah ditayangkan mulai 6 Mei 2019 Gandingan terajui utama Aeril Zafrel Janna Nick Mimi Lana Duerra Mitilda Drama Cari Aku Di Syu...
Bukan Biasa Biasa Tapi Donat Bersantan Super Lembut Berlemak Awesome

Bukan Biasa Biasa Tapi Donat Bersantan Super Lembut Berlemak Awesome

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 592 hits
Donat biasa mungkin sudah biasa untuk kita namun donat yang satu ini sedikit istimewa Donat dengan gabungan santan di dalam kandungan bahannya buat adunan jadi lebih halus lembut dan berlemak Resipi perkongsian ini cukup unik kerana menggab...
Luar Biasa Masjid Al Aqsa Kesunyian Sambut Bulan Ramadan

Luar Biasa Masjid Al Aqsa Kesunyian Sambut Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 569 hits
BAITULMAQDIS Buat pertama kali dalam sejarah moden perkarangan Masjid al Aqsa kesunyian tanpa para jemaah ketika menyambut ketibaan bulan Ramadan Kebiasaannya puluhan ribu orang akan berbondong bondong ke tapak suci umat Islam itu untuk men...
Gelar Pernikahan Di Gereja Saat Corona Pasangan Pengantin Dapat Kejutan Tamu Yang Tak Biasa

Gelar Pernikahan Di Gereja Saat Corona Pasangan Pengantin Dapat Kejutan Tamu Yang Tak Biasa

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 327 hits
Bukan teman bukan juga keluarga Siapa saja kira kira tamu yang datang sambil menyaksikan siaran langsung ini
Hospital Umum Sarawak Tidak Ditutup Dan Masih Beroperasi Seperti Biasa

Hospital Umum Sarawak Tidak Ditutup Dan Masih Beroperasi Seperti Biasa

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 320 hits
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Dr Chin Zin Hing menjelaskan bahawa Hospital Umum Sarawak tidak ditutup dan akan beroperasi seperti biasa Buat masa ini kita tidak pertimbangkan untuk menutup hospital kerana kit
Tengah Tengah Doa Tiba Tiba Keluar Kalimah Muhammad Neelofa Dedah Kisah Luar Biasa Ketika Di Arafah

Tengah Tengah Doa Tiba Tiba Keluar Kalimah Muhammad Neelofa Dedah Kisah Luar Biasa Ketika Di Arafah

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 780 hits
Selebriti terkenal Neelofa sebelum ini pernah berkongsi perjalanan melaksanakan ibadah haji tahun lalu ketika waktu wukuf di Arafah Ketika itu Neelofa berkongsi yang menunjukkan perubahan cuaca daripada panas kepada keadaan sekeliling yang ...
Saya Dipilih Jadi Pm Dalam Situasi Luar Biasa Tak Pernah Berlaku Dalam Sejarah

Saya Dipilih Jadi Pm Dalam Situasi Luar Biasa Tak Pernah Berlaku Dalam Sejarah

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 358 hits
SELEPAS 17 hari mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan keputusan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara bagi mengekang penularan wabak Covid 19 Menjelaskan keputusan sukar itu Muhy...
Penceramah Bebas Terkenal Usia 39 Tahun Ditahan Polis Didakwa Sebar Video S Ks Bersama 4 Isteri

Lelaki Bongkar Kecurangan Seorang Wanita Sarat Mengandung Semasa Menonton Perlawanan Di Stadium

Perbalahan Rumah Tangga Isteri Tikam Suami Setelah Ditendang

Fikry Ibrahim Cari Side Income Main Saham Pula Jangan Risau Saya Tak Main Forex

Ulasan Samsung Galaxy A36 5g Hp Android Menengah Rasa Premium

10 Janji Allah Kepada Mereka Yang Ingin Berkahwin

Warung D Bamboo Ban Pecah Kuala Kurau Perak

Ryzal Ibrahim Maryam Dipuji Didik Anak Mengaji Akui Terlepas Pandang Isu Letak Al Quran


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


4 Seriously Injured After Car Plunges Into Ditch

Pmx Gets All Round Grilling After His Rm8 13b Potential Investments From Italy Unveiling

Poor Housing Conditions Perpetuate Urban Poverty In Malaysia

Riena Diana Dah Pilih Nama Islam Untuk Keith Foo

Siapa Lagi Jika Bukan Kita Yang Menikmati Keindahan Spesis Bunga

Rain Lily Scarlet O Hara