Janji Nak Kuatkan Bersatu Tapi Nampak Tak Menentu



A Kadir Jasin
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.

Rayuan Dr Mahathir upama curah air ke daun keladi
CERITA ini panjang kerana mustahil boleh diceritakan dengan ringkas.
Jalan cerita atau naratif penyokong Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang membawa Bersatu keluar daripada Pakatan Harapan (PH) pada 23 Februari lalu mengandungi beberapa elemen. Antaranya:
1. Bersatu mesti menjadi parti Bumiputera-Melayu terbesar di Malaysia dengan mengambil alih peranan Umno yang sudah rosak;
2. Bersatu tidak boleh menarik sokongan Bumiputera-Melayu selagi bekerjasama dengan DAP dalam PH dan sedikit sebanyak dengan PKR kerana ia mempunyai perwakilan bukan Melayu yang besar;
3. Bersatu wajib keluar PH bagi menyelamatkan Dr Mahathir daripada dihina oleh penyokong-penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu beliau segera menyerahkan kuasa kepada idola mereka; dan
4.DAP tidak boleh dipercayai untuk menyokong dan mempertahankan Dr Mahathir.
Oleh sebab ramai ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu mentah dalam politik tetapi bercita-cita tinggi atau tamak (atau kedua-duanya sekali), mereka percaya kepada naratif di atas.
Maka dalam mesyuarat MPT 23 Februari, mereka tidak peduli lagi penjelasan dan rayuan tuan tubuh, iaitu Tun Dr Mahathir, bahawa beliau mempunyai sokongan Majlis Presiden PH.
Oleh sebab itu, Dr Mahathir meraya agar ahli MPT tidak tergesa-gesa mengambil keputusan keluar PH.
Penjelasan beliau mengenai keputusan Majlis Presiden PH dalam mesyuarat 21 Februari yang memberikan sepenuh mandat dan kepercayaan kepada beliau untuk mentadbir sehingga selepas Sidang Kemuncak APEC dan menyerahkan kepada beliau menentukan tarikh peralihan kuasa selepas itu, tidak diendahkan. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
Hakikat bahawa Dr Mahathir tidak berbohong atau memberikan interpretasi yang salah semakin terbukti selepas Bersatu keluar PH dan kerajaan PH roboh.
Beberapa orang pemimpin PH telah mula bercerita di media massa bagaimana, menjelang tengah malam 29 Februari, apabila Dr Mahathir kembali menjadi calon PM, telah diputuskan yang Anwar bersedia untuk tidak menyertai Kabinet dan Lim Guan Eng sama ada digugurkan atau tidak lagi menjadi Menteri Kewangan.
Maksudnya, terdapat tolak ansur yang luas di kalangan pemimpin PH di mana Dr Mahathir diberikan ruang untuk bertindak supaya PH terus mempunyai majoriti di Parlimen.
Hari Pengkhianatan
Tapi penjelasan Dr Mahathir kepada MPT Bersatu pada 23 Februari umpama mencurah air ke daun keladi.
Maka terpahatlah tarikh itu sebagai hari pengkhianatan, mabuk kuasa dan strategi hambar oleh majoriti ahli MPT.
Rayuan Dr Mahathir pada mesyuarat itu mudah saja: “Jangan paksa saya langgar prinsip saya. Jangan halang saya tunaikan janji saya.” Itu pun tidak dihiraukan.
Seolah-olah dirasuk syaitan, majoriti ahli MPT menekan dan membantah sehingga Setiausaha Politik Dr Mahathir ketika itu, Muhammad Zahid Mat Arip, menepuk meja dan berkata “buat kali pertama saya menyokong Tan Sri Muhyiddin.”
Adalah diketahui umum bahawa Zahid bukan saja tidak sukakan Muhyiddin malah sering mempersendakan Presiden Bersatu itu.
Selapas Bersatu keluar PH, adakah ia lebih kuat dan dihormati? Adakah orang Melayu berduyun-duyun menyertainya? Adakah Umno yang rosak itu kini hancur lebur?
Apakah penyingkiran Adun Bersatu, Sahruddin Jamil, sebagai Menteri Besar Johor dan digantikan oleh Adun Umno tanda kekuatan dan kejayaan Bersatu selepas keluar PH?
Atau memang strategi Muhyiddin dan para penyokongnya hendak menyerah balik Johor kepada Umno?
Kuat dan Berani?
Kalau Bersatu kuat dan “Perikatan Nasional” kuat mengapakah tidak umumkan berapa orang ahli Dewan Rakyat yang tandatangani Akuan Bersumpah (SD) menyokong Muhyiddin?
Kalau kuat kenapa takut ke Parlimen sehingga memaksa sidang ditunda daripada 9 Mac kepada 18 Mei?
Kalau Bersatu kuat dan dihormati, mengapakah Adun Bersatu ditendang macam anjing kurap oleh Umno di Melaka?
Nampaknya Umno tetap Umno – hegemonik – dan Bersatu jadi lembu dicucuk hidung. Kalau orang Umno mengenang budi, tentulah mereka iktiraf jasa bekas Adun Bersatu, Mohd Rafiq Naizamohideen, yang bermati-matian mahu Bersatu keluar PH sehingga ada orang berkata kerana dia dijanjikan jawatan Ketua Menteri oleh Umno.
Rafiq (duduk kanan sekali) kena main dengan UmnoDi Perak belum tentu apa akan jadi. Buat masa ini Bersatu telah hilang kerusi MB. Adun tunggal Bersatu, Ahmad Faizal Azumu yang menjadi MB sejak PH menang, juga mahu Bersatu keluar PH.
Tapi dia main kayu tiga. Sehingga saat akhir, iaitu pagi Ahad, 1 Mac dia masih kelihatan di kediaman Dr Mahathir di Mines, Sungai Besi. Tetapi selepas itu hilang dan tidak lagi muncul bersama Dr Mahathir. Dia ini juga “budak” Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Timbalan Presiden Bersatu.
Rupa-rupanya dia mengidamkan atau dijanjikan jawatan menteri pusat kerana dia juga ahli Parlimen. Sekarang khabarnya nama dia tidak ada dalam senarai Kabinet maka dia pun cuba berjalan balik ke Ipoh. Ini pemimpin PH Perak yang bagi tahu.
Jadi Bersatu yang dijanjikan akan lebih kuat setelah keluar PH sudah hilang jawatan MB Johor (negeri Presiden Bersatu), Adunnya di Melaka dibuat macam sampah, hilang jawatan MB Perak dan belum tahu lagi apa akan terjadi di Kabinet dan di negeri-negeri lain.
Dulu, walaupun tidak menang banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, Bersatu dapat juga banyak jawatan Kabinet, Exco dan MB. Hal ini bukan kerana Bersatu kuat, tetapi parti itu dihormati di bawah pimpinan Dr Mahathir sebagai Pengerusi PH dan Perdana Menteri.
Sekarang bukan Ahli Parlimen, Exco dan Adun Bersatu sahaja yang rugi akibat perbuatan cetek akal ini, tetapi semua orang yang dilantik oleh Bersatu dan PH ke pelbagai jawatan juga mungkin hilang kedudukan kepada orang Umno dan Pas.
Tak tahulah kalau Muhyiddin dan ahli MPT yang beria-ia sangat mahu Bersatu keluar PH ada jampi azimat ala tikar terbang “zam zam alakazam” Almarhum P Ramlee untuk terbang ke angkasa lepas.
Atau mereka sangka apabila pintu gua terbuka dengan jampi “niat insun mata aji semar ngiseng” maka bertimbun harta karun yang boleh dikaut untuk memuaskan nafsu tamak haloba.
Satu saja mereka kena ingat. Silap-silap yang mereka temui ialah "ngiseng" (najis air besar).
Wallahuaklam. Terima kasih.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kadirjasin.blogspot.com/2020/03/janji-nak-kuatkan-bersatu-tapi-nampak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keluar Ph Untuk Kuatkan Bersatu Tapi

Keluar Ph Untuk Kuatkan Bersatu Tapi

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 211 hits
A Kadir Jasin erita ini panjang kerana mustahil boleh diceritakan dengan ringkas Jalan cerita atau naratif penyokong Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang membawa Bersatu keluar daripada Pakatan Harapan pada 23 Februari lalu mengandungi bebera...
Nak Khianat Tapi Bodoh

Nak Khianat Tapi Bodoh

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 314 hits
Bila dipikir2 balik rasa geli hati juga tengok gelagat kebodohan Muhyidin dan Azmin kerana kerusi yang dimenangi PPBM dan Kartel samada Ahli Parlimen ADUN nya amat kecil jika dibandingkan dengan kerusi yang dimenangi olih Ahli Parlimen dan ...
Nak Tegur Tapi Takut Makin Teruk Nanti Pihak Uni Buat Kem Sampai Langgar Sensitiviti Agama

Nak Tegur Tapi Takut Makin Teruk Nanti Pihak Uni Buat Kem Sampai Langgar Sensitiviti Agama

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 246 hits
Nak tegur tapi takut makin teruk nanti Pihak Uni buat kem sampai langgar sensitiviti agamaBagi memupuk semangat kepimpinan dan kerjasama para pelajar pihak sekolah atau universiti akan mengadakan kem kem tertentu yang kebiasaannya diadakan ...
Dr M Rayu Pimpinan Bersatu Tak Paksanya Mungkir Janji Kadir Jasin

Dr M Rayu Pimpinan Bersatu Tak Paksanya Mungkir Janji Kadir Jasin

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 524 hits
Malaysiakini Tokoh veteran A Kadir Jasin berkata Dr Mahathir Mohamad merayu ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu agar tidak memaksanya melanggar janji berhubung peralihan kuasa Jelas Kadir kejadian itu berlaku dalam mesyuarat Majlis Pimpi...
Terdesak Pulak Nampak Najib Nak Berkawan Dengan Muhyiddin Hahahahaha

Terdesak Pulak Nampak Najib Nak Berkawan Dengan Muhyiddin Hahahahaha

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 264 hits
Dengan kerajaan baru yang diketuai Muhyiddin Yassin bekas perdana menteri Najib Razak menyimpan impian agar hubungan keruh di antara mereka berdua dapat dilupakan untuk dibuka lembaran baru Bercakap kepada Reuters Najib berkata beliau meman...
Boleh Percaya Ke Mahathir Letak Jawatan Sebab Bersatu Mungkir Janji

Boleh Percaya Ke Mahathir Letak Jawatan Sebab Bersatu Mungkir Janji

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 383 hits
Ahli majlis tertinggi Bersatu Kadir Jasin dalam hantaran di blog menceritakan peristiwa terjadi yang serupa diperkatakan oleh PKR dan DAP mengenai Mahathir Kadir mengatakan bahawa semasa mesyuarat majlis tertinggi Ahad lalu Mahathir merayu ...
Tegas Garang Tu Bukan Sebab Tak Sayang Anak Tapi Nak Mereka Hormat Peraturan Kita Baru Besar Jadi Insan

Tegas Garang Tu Bukan Sebab Tak Sayang Anak Tapi Nak Mereka Hormat Peraturan Kita Baru Besar Jadi Insan

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 481 hits
Dalam mendidik anak anak setiap ibu dan ayah ada cara yang tersendiri Memang ia terpulang kepada masing masing dalam membentuk keperibadian anak yang bermula dari kecil Sebaiknya tak perlu bandingkan dengan orang lain tapi jika melihat cara...
Nak Bersolek Tapi Alat Tak Cukup Meh Cuba 4 Trik Ini

Nak Bersolek Tapi Alat Tak Cukup Meh Cuba 4 Trik Ini

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 405 hits
Nak bersolek tapi alat tak cukup Meh cuba 4 trik ini Tengah rushing nak pergi satu majlis penting tengok tengok alatan mekap takde pulak Adehlah Blur tetiba Takde idea nak guna apa ganti Meh cikla bagi korang sedikit idea macam mana nak set...
Nampak Macam Telur Katak Tapi Biji Selasih Ni Sebenarnya Penawar Untuk Gastrik

Nampak Macam Telur Katak Tapi Biji Selasih Ni Sebenarnya Penawar Untuk Gastrik

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 1034 hits
Perkongsian dari Ustaz Md Rosdi Hasan tentang khasiat biji selasih yang sangat mujarab untuk penawar gastrik Masa kita di zaman kanak kanak dulu bila lihat saja air sirap kalau ada biji selasih tentu kita akan kata telor katak dalam air sir...
Backstabbing Drama In The Opposition Pas Sabotaging Bersatu By Attacking Chinese Vernacular Schools

Pas Anggap Terlalu Awal Bincang Pertukaran Mb Perlis

Calon Bersatu Prk Kkb Tidak Dapat Sokongan Parti Pas

Bila Duit Nak Masuk

Opening Young People S Eyes To Workers Rights

Dumbing Down Our Education System Via Politicians And Theocrats

Sayur Kucai Dan Taugeh Untuk Makan Tengah Hari

Penyokong Diseru Jalankan Tanggungjawab Sebagai Pemilik Sabah Fc



Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia


Nak Tau 5 Langkah Menjadi Insan Hebat

Vanny Vabiola Sudahi Saja Chord

Ustadz Yang Membodoh Bodohi Jemaahnya Kata Frans Donal Di Bali By Dr H

Lirik Campak Bintang Faizal Tahir M Nasir

Faisal Halim Alami Kecederaan Disimbah Asid

Lemas Tiga Beranak Ditemukan Tidak Lagi Bernyawa Selepas Mandi Manda Di Sungai Balak