Janji Najib Pada Orang Cina Hari Bahagia Kan Kembali



Janji Najib pada orang Cina: ‘Hari bahagia kan kembali’
Baru menang bergaya pada kempen pilihan raya negeri (PRN) Johor, Najib Razak terus bergerak dengan kempen baru menyasarkan komuniti Cina.
Pagi ini, Najib menjadi pemberi ucaptama pada Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan Pulau Pinang (Pibis), yang turut menyentuh berkaitan politik yang ditujukan buat komuniti Cina.
Dalam ucapannya, Najib menyerang DAP dan Pakatan Harapan (PH) yang memerintah Pulau Pinang sejak 2008.
“Agak sukar untuk saya percaya yang ramai orang Cina percaya propaganda DAP bahawa saya pernah sebut “Apa lagi Cina mahu” – hanya kerana DAP selalu menyebarkan gambar muka surat hadapan sebuah surat khabar Melayu mengandungi kata-kata itu, dan kebetulannya gambar muka saya juga ada di muka surat berkenaan.
“Saya ulang, saya tidak pernah dan tidak akan sebut kata-kata itu yang saya lihat sangat tidak sensitif dan bongkak. Memang bukan saya,” kata Najib.
Najib membidas DAP dan PH kerana memotong peruntukan buat Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC), gagal memansuhkan bayaran tol seperti dijanjikan dan projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSR) yang katanya berbahaya untuk alam sekitar.
Tambahnya, hubungan antarabangsa terjejas kerana kontrak dibatalkan kerajaan PH dan pasaran saham Malaysia kini antara yang terburuk di dunia.
Hutang negara pula, kata Najib, kini mencecah RM1 trilion, 46 peratus lebih tinggi berbanding sewaktu dia meletakkan jawatan sebagai perdana menteri pada 2018.

‘Hari bahagia akan kembali’
Sebaliknya, puji Najib, semasa pentadbirannya antara 2009 hingga 2018, ekonomi mekar dan pasaran saham menunjukkan aliran menaik.
Pelaburan asing dan pertumbuhan KDNK juga, kata Najib, pada ketika itu berada pada tahap tertinggi di rantau ini.
“Secara asasnya, orang dan komuniti Cina pada ketika itu mempunyai banyak peluang dan kebebasan untuk buat duit.
“Kerajaan tidak pernah menyekat sesiapa atau mana-mana komuniti daripada membuat duit,” kata Najib.
Dakwanya, banyak orang Cina memberitahunya yang mereka menyalahkan kerajaan PH atas kemerosotan pasaran saham dan ekonomi yang semakin lembap.
Dia mendakwa menerima aduan bahawa pentadbiran PH terdahulu menjadikan komuniti Cina sebagai mangsa menerusi tuntutan cukai pendapatan yang tidak adil.
“Mereka beritahu saya PH ini cuma hui chiang puk hui zuo, atau tahu cakap saja, tapi tak dapat buat,” kata Najib mengungkapkan pepatah itu dalam bahasa Mandarin.
Selepas membentangkan hujah, Najib mencadangkan jalan keluar. Katanya, Malaysia memerlukan BN untuk kembali berkuasa dalam satu keadaan yang “benar-benar pelbagai kaum”.
“Saya janjikan ini kepada anda: Jika Malaysia mengembalikan kerajaan pelbagai kaum BN yang kuat dengan majoriti kukuh, dengan rekod prestasi kami, saya boleh jamin bahawa pasaran saham akan rancak sekali lagi, pelabur asing akan berlumba-lumba ke negara kita dan hari-hari yang bahagia akan kembali.
“Kita tidak boleh memperjudikan (nasib) sekali lagi lagi memandangkan pandemik dan mimpi ngeri empat tahun kebelakangan ini telah memberi kesan yang besar ke atas Malaysia. Jadi, tolonglah kami dan tolonglah negara kita ini, dan tolonglah seluruh rakyat Malaysia,” kata Najib.
Pibis dianjurkan oleh Institut Strategi Antarabangsa (ISI), yang memperkenalkan dirinya sebagai badan tidak berasaskan keuntungan dan terlibat dalam rangkaian perniagaan, kajian perniagaan dan pemadanan perniagaan-pelabur.
Isis diketuai oleh Cheah Chyuan Yong.
Pada Disember, ISI menjemput Najib sebagai pemberi ucaptama di satu lagi persidangan dikenali sebagai Forum Ekonomi Cina Seunia di Kuala Lumpur. Mk
Janji Najib pada orang Cina: ‘Hari bahagia kan kembali’
Baca Artikel Menarik:
Kerajaan dah hilang asas moral untuk terus memerintah – Nazri Dah Sampai Tahap 5 Baru Nak Menyesal! Disini Ada 9 Cara Jaga Buah Pinggang Anda Calon Timbalan Presiden PKR pilih Gombak kerana kubu ‘Pengkhianat’ Mursyidul Am PAS dan Presiden PUTRA mahu Kit Siang diberi penghargaan PRU-15 bawa manfaat besar pada ekonomi negara – Pakar BN tak sertai GRS: Tidur bantal lain, mimpi tetap sama – Bung Bubar Parlimen untuk hadapai PRU-15, Top 5 UMNO masih belum putuskan Angkara menipu disamun, dirogol, wanita dihadapkan ke mahkamah Indomie Indonesia Jadi Mangsa Serangan Di Ukraine? MoU PH-kerajaan terbatal, dakwa Annuar DAP bergaduh sama sendiri kerana kes rasuah Guan Eng Najib bidas Raja Formula Songsang Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/03/25/janji-najib-pada-orang-cina-hari-bahagia-kan-kembali/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Denies Saying Apa Lagi Cina Mahu Almost A Decade Later

Najib Denies Saying Apa Lagi Cina Mahu Almost A Decade Later

papar berkaitan - pada 25/3/2022 - jumlah : 192 hits
Former prime minister Datuk Seri Najib Razak has denied ever saying apa lagi Cina mahu after the 2013 general election almost a decade ago He said the phrase on the front page of a Malay language daily was used as a propaganda tool by DAP b...
Najib Jumpa Persatuan Cina Rakyat Tak Termakan Umpan William

Najib Jumpa Persatuan Cina Rakyat Tak Termakan Umpan William

papar berkaitan - pada 28/3/2022 - jumlah : 201 hits
Jelajah bekas Perdana Menteri Najib Razak ke negeri negeri di Semenanjung bertemu pemimpin pemimpin persatuan Cina bagi mengenang kehebatan pemerintahan beliau sejak 2009 2018 dianggap tidak akan berjaya mengubah persepsi rakyat terhadap sk...
Dewan Perniagaan Cina P Pinang Nafi Kaum Cina Alu Alukan Najib

Dewan Perniagaan Cina P Pinang Nafi Kaum Cina Alu Alukan Najib

papar berkaitan - pada 26/3/2022 - jumlah : 223 hits
Presiden Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang Hong Yeam Wah menafikan tanggapan bahawa masyarakat Cina di negeri itu mengalu alukan lawatan bekas perdana menteri Najib Razak ke Pulau Pinang Ini selepas Presiden Persekutuan Persatuan Keturunan...
Sambutan Etnik Cina Najib Terdesak Buat Drama Sokongan Bossku

Sambutan Etnik Cina Najib Terdesak Buat Drama Sokongan Bossku

papar berkaitan - pada 27/3/2022 - jumlah : 169 hits
POSTED BY AMIRUDDIN AHMADSiri jelajah bekas Perdana Menteri Najib Razak menemui dan berbincang bersama beberapa persatuan Cina sejak kebelakangan ini serta terbaharu di Pulau Pinang disifatkan sebagai langkah terdesak atau desperado bagi me...
Komuniti Dan Ahli Perniagaan Masyarakat Cina Pilih Najib Dan Sisihkan Mahathir

Komuniti Dan Ahli Perniagaan Masyarakat Cina Pilih Najib Dan Sisihkan Mahathir

papar berkaitan - pada 25/3/2022 - jumlah : 233 hits
Oleh Sirajuddin AhmadSudah beberapa kali terjadi di mana masyarakat perniagaan kaum Cina memilih Datuk Seri Najib dan pinggirkan Mahathir Pada kali pertama terjadi apabila Penaja World Chinese Economic Forum memilih DSNR membaca keynote add...
Rafizi Najib Kembali Jadi Seteru Politik

Rafizi Najib Kembali Jadi Seteru Politik

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 196 hits
Kira kira seminggu selepas mengumumkan langkah kembali ke arena politik naib presiden PKR Rafizi Ramli mensasarkan bekas perdana menteri yang juga bekas presiden Umno Najib Razak Dalam satu kenyataan Rafizi menolak gesaan ahli parlimen Peka...
Formula Rafizi Untuk Kembali Popular Dalam Politik Ada Lah Dengan Mengkritik Najib

Formula Rafizi Untuk Kembali Popular Dalam Politik Ada Lah Dengan Mengkritik Najib

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 320 hits
Oleh Sirajuddin AhmadCara Rafizi hampir sama dengan Mahathir Jika Mahathir buka mulut waima apa isu pun dia akan cuba kaitkan nama Najib Jika di tanya berkenaan cuaca pun mungkin Mahathir akan petik nama Najib Dengan memetik nama Najib sepa...
Najib Akan Kembali Berkuasa Ramal Penganalisis

Najib Akan Kembali Berkuasa Ramal Penganalisis

papar berkaitan - pada 16/3/2022 - jumlah : 147 hits
Kerjasama antara Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan untuk berdepan dengan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke 15 bukanlah sesuatu yang mustahil kata penganalisis selepas kekalahan berturut dua gabungan itu dalam Pilihan Raya Nege...
Forest Fire Breaks Out In Kajang Prima

Jerebu Di Malaysia 2025 Status Terkini Dan Panduan Tindakan

Ayam Pentet Dora Mj Port Dickson A Must Try Culinary Gem For Foodies Travelers

Isnin Atau Selasa Ini Rakyat Bakal Terima Penghargaan Istimewa Pm Anwar Beri Bayangan

Umno Pahang Desak Prosiding Kes Perlaksanaan Titah Adendum Terhadap Najib Dijalankan Segera Secara Tertib

Syok Bersuka Ria Di Splash Carnival Legoland Johor

Pas Youth Unaware Of Muhyiddin S Meeting With Other Opposition Parties

Zahid Sindir Pn Dakwa Ada Rekod Baik Tadbir Negara Tak Boleh Halang Orang Berangan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ayam Sweet Sour Dan Bab Curang

Resepi Kari Ayam Tanpa Santan

Jho Low Kini Dikenali Sebagai Constantinos Achilles Veis Di China

Kenapa Lama Tak Update Blog

Imam Masjid Ar Rahmat Di Felda Lembah Klau Raub Meninggal Dunia Ketika Sedang Pimpin Solat Jumaat

Hantaran Memetik Titah Dan Menggunakan Gambar Ydpa Sultan Ibrahim Berhubung Dunia Islam Adalah Tidak Benar