Jangkiti Lebih 3 Juta Penduduk Dunia Ini 3 Teori Bila Wabak Covid 19 Akan Berakhir


Pasti setiap orang ternanti-nanti berakhirnya pandemik COVID-19 yang telah membunuh ratusan ribu nyawa di seluruh dunia. Bahkan, virus ini telah menyerang segenap ceruk dunia hinggalah di penempatan terpencil orang asli Yanomami di hutan Amazon, Brazil.
Dengan jumlah pesakit yang melebihi 3 juta orang serta dilaporkan mempunyai 30 mutasi strain, ramai yang tertanya-tanya; Bilakah ianya akan berakhir?
Justeru, kami bawakan kepada anda 3 teori yang dikongsikan Hello Doktor, ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli untuk pengetahuan semua. Mari baca.
Terdapat beberapa teori yang telah dikemukakan berkenaan dengan subjek ini.
Teori 1: Tiada pengakhiran bagi wabak COVID-19 Kredit: Google Kadar penularan wabak COVID-19 adalah sangat cepat. Ia berkait rapat dengan nilai R-naught (R0) iaitu jumlah individu sihat yang boleh dijangkiti oleh virus tersebut daripada seorang yang berjangkit.
Kini, nilainya masih berada di antara 2 hingga 3.
Ini bermakna seorang individu berjangkit boleh menyebarkan COVID-19 kepada 2-3 individu yang sihat pada satu masa. Terdapat seorang pesakit di Hospital Wuhan yang telah menyebarkan jangkitan tersebut kepada lebih 57 individu lain. Perkara ini menempatkan COVID-19 sebagai virus yang lebih mudah berjangkit berbanding dengan virus sindrom pernafasan akut teruk (SARS) dan virus sindrom pernafasan timur tengah (MERS).
Menurut Dr Amesh Adalja, Pakar Penyakit Berjangkit dari Universiti Hopkins, berkemungkinan ia tidak mempunyai penghujungnya.
Walau bagaimanapun, perkara ini tidak semestinya bermaksud wabak COVID akan menjadi lebih teruk.
Terdapat 2 kemungkinan berkaitan dengan hal itu:
Seperti jangkitan influenza, COVID-19 berpotensi untuk menjadi jangkitan bermusim. Maknanya, vaksin dan ubat antiviral bagi mereka yang mengalami simptom teruk memainkan peranan penting.
Jangkitan COVID masih ada namun ia tidak akan menyebabkan simptom teruk. Ini boleh berlaku jika ia mengalami proses mutasi yang menurunkan keupayaannya menyebabkan simptom teruk.
Teori 2: Kadar jangkitan COVID-19 berkurangan dengan sendirinya Salah seorang pesakit COVID-19 yang telah sembuh. (Kredit: Xinhuanet) Perkara yang pernah berlaku ketika wabak SARS suatu ketika dahulu boleh berulang dengan COVID-19. Kedua-duanya berasal dari keluarga sama.
Terdapat pakar yang meramalkan wabak COVID akan menemui nasib sama seperti SARS. Ia akan perlahan-lahan menjadi kurang agresif dan akhirnya lenyap.
Usaha memutuskan rantaian jangkitan perlu dilakukan secara aktif bagi memastikan COVID-19 dapat dikawal dan penularannya dapat dihentikan.
Oleh sebab SARS tidak seagresif wabak COVID-19, langkah yang diambil itu berkesan dengan cepatnya. Mungkin perkara ini sukar bagi wabak COVID-19 apabila kita lihat keupayaannya untuk merebak kepada individu lain dengan mudah.
Namun, ia tidak mustahil.
Jika tindakan yang sama ditambah dengan amalan jarak sosial terus dilakukan oleh individu di segenap penjuru dunia, kita bakal menyaksikan penurunan kes sepesat ia sedang meningkat sekarang.
Sampai satu tahap, ia akan menunjukkan corak penurunan yang lebih kurang sama dengan kes influenza H1N1, virus Zika dan SARS.
Jangkitan tersebut masih wujud di persekitaran namun kadar penularannya tidak tinggi seperti pada peringkat permulaan wabak.
Teori 3: Vaksin dan ubat antiviral tersedia untuk melawan wabak COVID-19 Kredit: Al-Jazeera Banyak syarikat di serata dunia yang sedang giat berusaha menyediakan vaksin dan ubat antiviral virus korona yang selamat digunakan oleh orang awam.
Gilead, salah sebuah syarikat farmasi terbesar di Amerika Syarikat, mempatenkan ubat antiviral remdesivir dan Malaysia merupakan salah satu negara yang akan menggunakan ubat tersebut dalam fasa ujian klinikal. Syarikat-syarikat terkemuka di dunia seperti Johnson & Johnson dan Novavax sedang bertungkus lumus menyediakan vaksin wabak COVID.
Namun, ia memerlukan sekurang-kurangnya satu tahun sebelum disahkan selamat untuk kegunaan umum. Ini kerana fasa ujian klinikal bagi vaksin mempunyai beberapa peringkat. Saintis perlu melihat kepada pelbagai aspek seperti keberkesanan dan kesan sampingan ubat.
Perlumbaan senjata farmakologi ini baik bagi menjaga kebajikan kesihatan sejagat, namun, pelaksanaannya tidak boleh dibuat secara gopoh. Setiap aspek keselamatan dan keberkesanan perlu diberikan perhatian.
Kini, senjata paling berkesan yang boleh kita gunakan bagi melawan wabak COVID adalah amalan cuci tangan secara kerap dan jarak sosial.
Sumber: Hello Doktor, Worldometer
The post Jangkiti Lebih 3 Juta Penduduk Dunia, Ini 3 Teori Bila Wabak COVID-19 Akan Berakhir appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/04/30/jangkiti-lebih-3-juta-penduduk-dunia-ini-3-teori-bila-wabak-covid-19-akan-berakhir/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jumlah Korban Covid 19 Di Seluruh Dunia Kini Melebihi 160 000 Kes Positif Lebih 2 3 Juta

Jumlah Korban Covid 19 Di Seluruh Dunia Kini Melebihi 160 000 Kes Positif Lebih 2 3 Juta

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 305 hits
ANKARA 19 April Jumlah korban COVID 19 di seluruh dunia terus meningkat pada Ahad menyaksikan 160 518 nyawa terkorban menurut Johns Hopkins University lapor agensi berita Anadolu Sementara jumlah kes jangkitan dan pesakit pulih pula masing ...
Lebih 2 4 Juta Orang Dijangkiti Covid 19 Seluruh Dunia Amerika Syarikat Paling Ramai

Lebih 2 4 Juta Orang Dijangkiti Covid 19 Seluruh Dunia Amerika Syarikat Paling Ramai

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 381 hits
Angka jangkitan Covid 19 seluruh dunia kini mencecah 2 4 juta melalui perkongsian daripada laman Twitter rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia Dalam pada itu jumlah kematian akibat wabak pandemik ini juga telah melebihi 160 000 atau jumlah p...
8 Negara Rekod Bilangan Lebih 100 Ribu Kes Positif Covid 19 Amerika Cecah 1 Juta

8 Negara Rekod Bilangan Lebih 100 Ribu Kes Positif Covid 19 Amerika Cecah 1 Juta

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 495 hits
Kadar peratusan kes jangkitan COVID 19 adalah 32 86 atau 1 068 696 yang tertinggi adalah dari Amerika Syarikat Terdapat 8 negara yang mempunyai kes 100 ribu ke atas Antara 8 negara tersebut adalah Amerika Syarikat diikuti dengan Sepanyol ia...
Penularan Kemelut Pn Johor Lebih Kencang Berbanding Wabak Covid 19

Penularan Kemelut Pn Johor Lebih Kencang Berbanding Wabak Covid 19

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 321 hits
AKMAL MANAF Susulan kemelut politik yang melanda Umno dan Bersatu di Johor ketika ini Pemerhati Politik Mohd Sayuti Omar menyifatkan ianya semakin merebak dan menular Mohd Sayuti dalam laman blognya berkata kemelut kerajaan PN di Johor namp...
Bila Wabak Covid 19 Akan Berakhir

Bila Wabak Covid 19 Akan Berakhir

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 275 hits
Bermula dari Kota Wuhan jangkitan Covid 19 telah menular ke seluruh dunia menyebabkan peningkatan pesat pada angka jangkitan dan kes kematian dan telah diisytiharkan sebagai pandemik pada pertengahan bulan Mac 2020 oleh Pertubuhan Kesihatan...
Wabak Covid 19 Di Malaysia Dijangka Berakhir Awal Mei Ini Kajian Sutd

Wabak Covid 19 Di Malaysia Dijangka Berakhir Awal Mei Ini Kajian Sutd

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 371 hits
KUALA LUMPUR Satu kajian yang dilakukan oleh Singapore University of Technology and Design meramalkan penularan wabak COVID 19 yang menggoncang dunia akan berakhir pada 6 Mei ini di Malaysia Data yang dikeluarkan oleh SUTD Data Driven Innov...
Kecerdasan Buatan Ini Meramal Bilakah Wabak Covid 19 Akan Berakhir Malaysia Pada 9 Julai

Kecerdasan Buatan Ini Meramal Bilakah Wabak Covid 19 Akan Berakhir Malaysia Pada 9 Julai

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 416 hits
Malaysia kini telah memasuki fasa ke empat Perintah Kawalan Pergerakan dan nampaknya Malaysia telah berjaya meleperkan keluk epidemik Kerajaan mula membenarkan dua orang dari isi rumah untuk keluar melakukan pembelian barang dapur serta beb...
Kes Positif Covid 19 Melepasi 3 Juta Di Seluruh Dunia

Kes Positif Covid 19 Melepasi 3 Juta Di Seluruh Dunia

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 279 hits
PARIS Lebih daripada tiga juta kes jangkitan COVID 19 direkodkan di seluruh dunia dengan hampir 80 peratus daripadanya di Amerika Syarikat dan Eropah Mengikut data AFP sebanyak 209 388 kematian kebanyakannya di Eropah di mana terdapat 1 4 j...
Kes Covid 19 Di Seluruh Dunia Sudah Cecah Angka 3 Juta

Kes Covid 19 Di Seluruh Dunia Sudah Cecah Angka 3 Juta

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 444 hits
Kes jangkitan pandemik COVID 19 di seluruh dunia sudah mencecah angka 3 juta dengan rekod sebanyak 3 002 303 dicatatkan berdasarkan data Pusat Sistem Sains dan Kejuruteraan Universiti John Hopskins Amerika Syarikat setakat pukul 12 malam in...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut