Janganlah Kita Saling Bermusuhan


Hidup janganlah saling bermusuhan sesama muslim. Bila musuh utama kita adalah perpecahan,  persaudaraan antara muslim semakin jauh dan mengecil. Kekuatan semakin rapuh. Sebab itu, diharamkan memutuskan silaturrahim apatah lagi bermusuhan sesama kita. Walau terdapat jurang pendapat, usah terus berbalah. Duduk berbincang, muzakarah dan dapatkan bantuan orang tengah agar sengketa antara kita tidak berpanjangan. Orang yang memutuskan silaturrahim amat dibenci oleh Allah dan hidup tak akan tenang. Berdamailah wahai saudaraku sekalian, jika antara kita ada khilaf dan alpa.. bantulah ia ke jalan yang diredhai. Agar hubungan maya antara kita walau hanya bersapa tanpa suara, diharap ia membawa kita sama-sama ke syurgaNya.


Jangan Saling Bermusuhan Sesama Muslim
Hidup di atas muka bumi pun tak lama, ia umpama sekadar sekelip mata berbanding kehidupan di alam akhirat yang kekal abadi selamanya. Jadi dengan masa yang cuma sekelumit, usah dibazirkan dengan pergaduhan dan permusuhan kerana ia tidak membawa kebaikan pun untuk diperjuangkan


 عَنْ أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَبَاغَضُوا وَلَا تَحَاسَدُوا وَلَا تَدَابَرُوا وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا وَلَا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلَاثَةِ أَيَّام 

Daripada Anas bin Malik RA, Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: "Janganlah kamu saling membenci, jangan saling iri hati, saling bermusuhan, saling memutuskan hubungan dan jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal bagi seorang Muslim untuk menjauhi saudaranya lebih dari tiga hari" (Sahih Bukhari No: 5718) Dar Ibn Kathir. (Status: Hadis Sahih) 
Pengajaran: 
1. Umat Islam dilarang saling membenci sesama mereka 
2. Sifat iri hati dan cemburu atas kelebihan yang ada pada orang lain perlu dijauhi. Elakkan saling berdengki sesama Muslim 
3. Sifat bermusuhan dengan sesama Muslim adalah dilarang kerana setiap Muslim adalah bersaudara. عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَبْغَضُ الرِّجَالِ إِلَى اللَّهِ الْأَلَدُّ الْخَصِمُ 
Daripada Aisyah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: Manusia yang paling dibenci Allah adalah yang keras kepala dan suka bermusuh" (Sahih Bukhari No: 6765) Dar Ibn Kathir. (Status: Hadis Sahih)
4. Muslim boleh berbeza pandangan namun perlu saling memaafkan 
5. Elakkan diri daripada tidak bertegur atau menjauhi saudara Muslim melebihi tiga hari. Jauhi sikap bermusuh, benci dan dengki. Binalah ukhuwah melalui sifat saling berkasih sayang. 
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada semua
Selamat membaca, Sebarkan bahagia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aynorablogs.com/2022/05/janganlah-kita-saling-bermusuhan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apakah Arwah Di Alam Kubur Dapat Saling Mengunjungi

Apakah Arwah Di Alam Kubur Dapat Saling Mengunjungi

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 259 hits
Apakah Arwah di Alam Kubur Dapat Saling Mengunjungi Pertanyaan Apakah benar bahwa ruh ruh manusia di alam kubur dapat saling mengunjungi satu dengan lainnya Apa dalilnya atas masalah ini Jawaban Alhamdulillah ash shalatu was salamu ala Rasu...
Melihat Keakraban Jokowi Dan Elon Musk Saling Tawa Dan Santai

Melihat Keakraban Jokowi Dan Elon Musk Saling Tawa Dan Santai

papar berkaitan - pada 15/5/2022 - jumlah : 336 hits
Presiden RI Joko Widodo berkesempatan untuk mengunjungi Space X perusahaan teknologi super canggih milik Elon Musk Di lokasi Jokowi seketika menjadi akrab tatkala berbincang dengan Elon Keduanya saling bercakap hingga tertawa bersama Beriku...
Kerusi Menteri Zuraida Kouta Bersatu Pemimpin Umno Janganlah Poyo Sangat

Kerusi Menteri Zuraida Kouta Bersatu Pemimpin Umno Janganlah Poyo Sangat

papar berkaitan - pada 28/5/2022 - jumlah : 263 hits
Berikutan kenyataan Presiden Bersatu Mahiaddin Md Yasin dan beberapa pemimpin parti itu yang lain bahawa kerusi menteri yang bakal dikosongkan oleh Zuraida Kamaruddin adalah milik Bersatu ramai pemimpin UMNO tampil membidas dan menyanggah p...
Kucing Terkenal Jellybean Pergi Selamanya

Rosmah Dismisses Claims She Caused Najib S Downfall Says Focus Is On Family And Prayer

7 Aktiviti Berfaedah Untuk Lepasan Spm Sementara Menanti Keputusan

Tips Lengkap Dan Mudah Cara Berniaga Kek Coklat Moist Bermula Dari Rumah

Hanya Yang Terbaik 2025

Panduan Memilih Folder Korporat Yang Sesuai Untuk Syarikat Anda

Tiada Bunga Api Tahun Baru Di Indonesia Kerana Negara Meratapi Mangsa Banjir Di Sumatra

Pengorbanan Tragis Makam Ratu Polyxena Dari 2 500 Tahun Yang Lalu


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Majlis Akad Nikah Faizal Dan Mardiha Pada 26 12 2025

Bayar Medical Plan Wekongsi Tahun 2025 Hanya Rm843 85 Setahun

Hari Skiing Di Cairngorms Day 3

Happy Birthday Kak Emmy

Bakteria Kecil Yang Menjadi Sahabat Baik Tumbuhan

Aiskrim Malaysia Nostalgia Cara Buat Tip Sukses Yang Sedap Dan Menggoda