Jangan Tumpu Isu Remeh Fahaman Sempit Pm Anwar


 
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang di Bandar Sri Pinang, George Town bersama Ketua Menteri Chow Kon Yeow pada Sabtu. Foto Chow Kon Yeow
GEORGE TOWN, 11 Jan – Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta semua rakyat supaya tidak memberi tumpuan kepada isu remeh seperti isu perkauman yang akan mengganggu usaha negara untuk muncul sebagai negara maju yang mempunyai hubungan baik dengan negara luar.
Perdana Menteri berkata, ini bukan masanya untuk rakyat menumpukan kepada fahaman sempit, soal kaum, soal daerah dan sebagainya kerana ia tidak akan membantu pembangunan negara.
“Usahlah berhempas pulas bergaduh, mempertahankan penyelewengan, pertahankan pemborosan, memainkan isu perkauman dan mempertahankan rasuah besar. Ini semua tidak akan membantu negara kita.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang di Bandar Sri Pinang, George Town bersama Ketua Menteri Chow Kon Yeow pada Sabtu.“Kita nak rakyat tumpu kepada hal yang besar, bukan (tumpu) soal video pelancongan yang tidak nampak gambar masjid sehingga menjadi pertarungan hebat. Video pelancongan Kelantan pun tak ada nampak masjid.
“Kalau ya pun, bagi cadangan, kita baiki. Tetapi inilah dia, dibawa hal-hal ini untuk meretakkan hubungan antara satu sama lain dan main sentimen kaum, kebencian satu sama lain,” katanya.
Anwar yang juga Menteri Kewangan bekata demikian ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara di Bandar Sri Pinang di sini pada Sabtu.
Peta jajaran LRT Mutiara Pulau Pinang yang disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang di Bandar Sri Pinang, George Town bersama Ketua Menteri Chow Kon Yeow pada Sabtu. Foto Chow Kon YeowUlasan Anwar dipercayai merujuk penularan klip video montaj Tahun Melawat Malaysia 2026 menerima kritikan termasuk daripada pemimpin pembangkang yang menggesa Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menarik balik video berkenaan kerana didakwa cuai berikutan tiada elemen masjid dipaparkan sedangkan terdapat paparan rumah ibadat seperti gereja dan kuil.
Video yang dimuat naik menerusi Facebook rasmi Tourism Malaysia itu memaparkan beberapa destinasi tumpuan pelancong antaranya Jalan Petaling dan Pasar Seni di Kuala Lumpur, Gua Mulu (Sarawak), Skywalk Langkawi (Kedah), Batu Caves (Selangor) dan gereja lama di Melaka.
Dalam pada itu, Anwar berkata, negara perlu berada pada asas yang tinggi dalam menjaga hubungan dengan negara luar antaranya China, Amerika Syarikat dan Thailand.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang di Bandar Sri Pinang, George Town pada Sabtu. Foto Bernama“Sekiranya negara dapat mengekalkan kerjasama baik dengan beberapa negara luar seperti Amerika Syarikat, China dan Thailand, percayalah, Malaysia akan menempa sejarah dan diangkat sebagai negara hebat di rantau ini.
“Malaysia kini sedang menjadi tarikan apabila sering menjadi pilihan pemimpin besar luar untuk dilawati selain mengadakan persidangan-persidangan penting. Saya sangat terharu dengan ini kerana diberikan satu keutamaan yang jarang berlaku dalam sejarah,” jelasnya.
Tambah beliau, negara memerlukan tumpuan sepenuhnya daripada penjawat awam dalam memastikan pembangunan negara dapat dilaksanakan dengan baik.
Projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang yang akan disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal memberi nafas baharu kepada mod pengangkutan negeri dalam jangka masa panjang.“Jika ada isu-isu yang remeh ini, anda ingat negara boleh memfokuskan kepada projek-projek besar seperti hub tenaga baharu di Sarawak, projek tebatan banjir di Kelantan dengan kos RM1 bilion dengan baik? Sebab itu, kita memerlukan tumpuan seluruh pimpinan dan penjawat awam.
“Kementerian dan di peringkat negeri, bincang bersama, fikir bagaimana kita boleh melaksanakan pembaharuan dan perubahan hal-hal baharu yang mencabar.
“Kita mahu ketua-ketua jabatan bukan sahaja berperanan sebagai pelaksana malah pemikir, bantu Menteri, Ketua Menteri untuk memberikan hujah dan cadangan baru dalam memperbaiki.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi rangkuman foto penuh bermakna dengan lawatan Perdana Menteri Singapura, Presiden Indonesia dan Perdana Menteri Jepun ke Malaysia sepanjang minggu ini. Foto Facebook Anwar Ibrahim“Bukannya menggunakan keadaan dan peluang untuk mencari komisen dan helah, mencari keuntungan yang haram. Jangan alihkan kepada isu-isu remeh yang tidak membantu kita sebaliknya menjaga kepentingan negara,” tambahnya.
Anwar berkata, beliau tidak akan terganggu dengan tuduhan yang dibuat ke atasnya sebaliknya menumpukan usaha untuk memajukan semua negeri di negara ini.
“Walaupun hari ini kita bercakap isu LRT, tetapi kita tidak boleh lari daripada kerangka kita yang besar. Walaupun ada yang kata, kalau (saya) bagi di Pulau Pinang, saya jaga Cina di sini, saya takut dengan DAP.
“Saya tidak terganggu dengan pandangan itu kerana saya fikir, dengar semua pandangan, di Kedah begini, di Kelantan begini, di Johor begini, di Pahang, Sabah dan Sarawak, saya kata ‘yes’ Pulau Pinang memerlukan LRT.
“Jika nak dengar semua kata-kata penghasut ini, siapa pun tidak akan untung, siapa pun tidak akan makmur dan negara ini akan mundur dengan perpecahan antara kaum, menghasut dalam isu agama sekali gus akan merugikan negara,” katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/01/jangan-tumpu-isu-remeh-fahaman-sempit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Soal Guan Eng Dan Zahid Hanya Isu Kecil Kita Redakan Anwar

Soal Guan Eng Dan Zahid Hanya Isu Kecil Kita Redakan Anwar

papar berkaitan - pada 3/1/2025 - jumlah : 176 hits
03 Januari 2025 03 25pmMasa membaca 4 minit Anwar beramah mesra bersama pengunjung ketika meluangkan masa melawat lokasi Lestari Niaga Madani KL 2 dan menikmati makan tengah hari di Pusat Penjaja Seksyen 10 Wangsa Maju pada Jumaat Foto Bern...
Abdul Hadi Digesa Tabayyun Isu Ketidakhadiran Pm Anwar Dr Zulkifli

Abdul Hadi Digesa Tabayyun Isu Ketidakhadiran Pm Anwar Dr Zulkifli

papar berkaitan - pada 2/1/2025 - jumlah : 197 hits
MAKAN GAJI BUTA TAK KEMANA PUN BUSUK PERUT KA Ketidakhadiran Perdana Menteri pada Sidang Kemuncak ke 11 Kumpulan Lapan Negara Membangun di Kaherah Mesir kerana mengutamakan tugas rasmi menerima lawatan Presiden Turkmenistan dan mewakilkan M...
Pm Anwar Rai Pm Jepun Dalam Majlis Makan Tengah Hari Di Seri Perdana

Pm Anwar Rai Pm Jepun Dalam Majlis Makan Tengah Hari Di Seri Perdana

papar berkaitan - pada 10/1/2025 - jumlah : 121 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan lawatan rasmi Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba dengan majlis makan tengah hari di Seri Perdana pada Jumaat Foto BernamaPUTRAJAYA 10 Jan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menganjur...
Laungan Reformasi Sambut Pm Anwar Bersolat Jumaat Di Masjid India

Laungan Reformasi Sambut Pm Anwar Bersolat Jumaat Di Masjid India

papar berkaitan - pada 10/1/2025 - jumlah : 191 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meninjau kawasan sekitar Masjid India selepas menunaikan solat Jumaat hari ini Foto Iskandar IshakKUALA LUMPUR 10 Jan Laungan keramat Reformasi menyambut ketibaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibr...
Inti Pati Pertemuan Pm Anwar Dan Pm Ishiba

Inti Pati Pertemuan Pm Anwar Dan Pm Ishiba

papar berkaitan - pada 10/1/2025 - jumlah : 121 hits
Malaysia dan Jepun bersetuju untuk mengukuhkan kerjasama dalam pendidikan bagi mempertingkatkan hubungan dua hala ke tahap perkongsian strategik yang lebih menyeluruh Jepun bersetuju berkongsi kepakaran pengalaman dalam pengurusan risiko be...
Kementerian Wilayah Diminta Perbaiki Premis Niaga Uzur Sekitar Masjid India Pm Anwar

Kementerian Wilayah Diminta Perbaiki Premis Niaga Uzur Sekitar Masjid India Pm Anwar

papar berkaitan - pada 10/1/2025 - jumlah : 138 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meninjau keadaan sekitar Jalan Masjid India termasuk memeriksa awam selepas menunaikan Solat Jumaat di Masjid India pada Jumaat Foto BernamaKUALA LUMPUR 10 Jan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahi...
Anwar Is Enough For Tourism No Need For A Corrupt Tour

Anwar Is Enough For Tourism No Need For A Corrupt Tour

papar berkaitan - pada 11/1/2025 - jumlah : 262 hits
Twelve years ago the New York Times published an article on an enterprising businessperson who started the world s first ever Corrupt Tour in Prague which gave visitors the darker side of the city the culture of lawlessness and corruption D...
Lawatan Pm Anwar Ke Abu Dhabi Esok Buka Laluan Baharu Kerjasama Ekonomi

Lawatan Pm Anwar Ke Abu Dhabi Esok Buka Laluan Baharu Kerjasama Ekonomi

papar berkaitan - pada 11/1/2025 - jumlah : 176 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan pertemuan dengan Presiden UAE merangkap Pemerintah Abu Dhabi Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan di Abu Dhabi Foto Arkib 5 Oktober 2023KUALA LUMPUR 11 Jan Perdana Menteri Datuk Ser...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi