Jangan Tuding Jari Pada Pm Kerajaan


PENULARAN Covid-19 begitu menjadi-jadi dengan angka tertinggi tercatat beberapa hari lalu melebihi 7,000 kes baharu.

Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri telah tampil secara langsung dalam Program Bicara Khas Cabaran Pandemik Covid-19 Eksklusif Bersama Perdana Menteri yang disiarkan di TV1 dan Bernama TV pada 23 Mei lalu.

Sebagai seorang penganalisis media sosial, saya lihat banyak emoji marah yang muncul ketika siaran langsung berkenaan, dengan memberikan kerajaan pelbagai label seperti kerajaan gagal.

Isu Covid-19 ini dipolitikkan dengan gesaan pembukaan Parlimen dengan segera untuk perbahasan strategi yang sesuai untuk membendung penularan wabak berkenaan dan sebagai parameter untuk mengukur sokongan terhadap Perdana Menteri.

Persoalannya adakah dengan pembukaan Parlimen, wakil rakyat terlindung daripada jangkitan Covid-19? Adakah dengan mempercepatkan pilihan raya, isu wabak ini boleh selesai?

Apakah yang terjadi pada negara-negara yang menganjurkan pilihan raya dalam tempoh terdekat seperti Amerika Syarikat dan India? Kes bertambah antara dua dan tiga kali ganda.

Di satu pihak lain, bermacam-macam cadangan diberikan untuk lockdown 21 hari atau sebulan dengan tuntutan pelbagai seperti moratorium dan I-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Sebelum ini, kita sudah mendapat manfaat dengan bantuan-bantuan ini dan mungkin kerajaan boleh membantu untuk mempertimbangkan tuntutan-tuntutan tambahan ini.

Persoalannya, adakah dengan tuntutan-tuntutan ini, kes Covid-19 akan berkurangan? Bagaimana selepas lockdown 21 hari?

Persoalannya adakah kita secara sepenuhnya dapat melumpuhkan penularan wabak ini dan bagaimana dengan gelombang-gelombang yang akan datang?

Janganlah kita menjadi masyarakat yang hanya menjadi ‘penerima bantuan kerajaan’ tetapi tidak membantu pemerintah untuk melumpuhkan penularan ini.

Tetapi jarang sangat melihat ada pihak-pihak yang boleh berbahas dan memberikan cadangan supaya rakyat duduk diam di dalam rumah. Tanggungjawab ini hanya dipikul oleh agensi yang berkaitan dan pihak media sahaja. Cuba tengok berapa kenderaan di atas jalan raya pada setiap hari?

Apabila saya pergi ke pejabat kerajaan, berdasarkan pemerhatian saya, mereka yang beratur langsung tiada penjarakan fizikal. Di mana silapnya? Adakah rakyat kita leka, degil atau tidak boleh mematuhi prosedur operasi standard (SOP)?

PERSEPSI
Jadi seberapa banyak tuntutan dibuat pun kalau sikap rakyat tidak serius mematuhi SOP, bagaimana kita hendak menghalang penularan Covid-19?

Jangan kita wujudkan atau menjanakan satu persepsi bahawa hanya bantuan kerajaan sahaja mampu memberhentikan rakyat keluar rumah dan kes penularan ini akan tamat.

Mungkin kakitangan kerajaan dan swasta ada pilihan untuk bekerja dari rumah tetapi bagaimana dengan golongan berpendapatan rendah (B40) seperti pemandu lori, pemungut sampah yang mana mereka harus bekerja untuk survival hidup?

Kita berasa marah apabila bilangan kes naik tetapi kita sendiri tidak mematuhi SOP. Dilema sekarang adalah bagaimana hendak mendidik rakyat supaya mematuhi SOP.

Sikap degil dan tidak bertanggungjawab bukan sahaja memberi kesan terhadap mereka yang benar-benar mengikuti SOP malah mengheret orang yang menjaga SOP ke arah bahaya.

Mereka bukan sahaja membahayakan orang di sekeliling kita malah menjadi parasit masyarakat yang melumpuhkan semua usaha kerajaan dan barisan hadapan yang sudah penat setelah ‘bertarung’ lebih daripada satu setengah tahun.

Dua faktor utama agak jelas kecuaian rakyat kita terhadap SOP. Pertama, mereka tidak mengemaskini diri dengan perkembangan penularan kes Covid-19 di zon masing-masing.

Kedua, kelekaan mereka sendiri untuk mematuhi SOP. Sekiranya benar kita menjaga ahli keluarga, sudah pasti kita tidak akan keluar rumah dengan anak-anak kecil dan mengelak kawasan-kawasan yang sesak. Jadi siapa yang harus dipersalahkan di sini?

Masalah di peringkat akar umbi adalah bagaimana meningkat kesedaran supaya mematuhi dan bukan seperti sekarang perlu berkali-kali diingatkan kepada orang ramai mahupun pemimpin politik. Hanya dua mekanisme utama sahaja mampu merealisasikan kesedaran ini.

INFOGRAFIK
Pertama, maksimumkan penggunaan media bagi meningkatkan kesedaran bahaya Covid-19 dengan pelbagai bentuk terbitan dan infografik secara dalam atau luar talian serta sebarkan kisah-kisah mangsa Covid-19 di dalam dan luar negara yang boleh dijadikan pengajaran.

Pemilihan medium yang mampu menyampaikan maklumat kepada ramai orang adalah digalakkan. Yang penting bilangan dan tahap penyampaian maklumat yang maksimum.

Tugas ini juga harus dipikul oleh Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) dan Jabatan Penerangan bagi memberi penerangan kepada komuniti luar bandar.

Strategi penyaluran maklumat bukan hanya tertumpu pada platform-platform media sosial sahaja malah bersemuka bagi mereka yang duduk di kawasan pedalaman. Jadi, kerahkan penyampaian maklumat ke tahap maksimum agar setiap individu mengetahui perkembangan semasa.

Gunakan pendekatan social influencer yang mempunyai pengikut ramai untuk menyampaikan mesej berkenaan, atau gunakan ikon-ikon negara dari pelbagai peringkat umur seperti atlet dan selebriti untuk menyampaikan mesej. Maklumat hendaklah disampaikan menggunakan pelbagai bahasa.

Kedua, memerlukan pakar komunikasi strategik untuk mewakili kerajaan Malaysia bagi mencantas sebarang pemberitaan asing yang bersifat negatif dan tohmahan mahupun bagi mengubah persepsi rakyat yang melabel kerajaan dengan pelbagai panggilan tidak baik.

Kita tidak memerlukan kenyataan bersifat negatif daripada semua pihak secara serentak. Ini kerana ia menimbulkan kekeliruan dan kecurigaan terhadap kerajaan dan Perdana Menteri.

Serentak dengan pengukuhan mekanisme penyampaian maklumat, sekatan jalan raya dan penalti kompaun harus diperketatkan lagi.

Rakyat sendiri harus menjadi pemerhati untuk membuat laporan polis dan tularkan mereka yang tidak mematuhi SOP seperti individu yang memakai gelang merah jambu berada di luar.

Oleh: Prof. Madya. Dr. Sara Chinnasamy

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/05/jangan-tuding-jari-pada-pm-kerajaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Jangan Tanya Zalim Sangatkah Kerajaan Ini

Video Jangan Tanya Zalim Sangatkah Kerajaan Ini

papar berkaitan - pada 19/5/2021 - jumlah : 194 hits
Gagal memberi bantuan kepada peniaga peniaga kecil sehingga mereka bungkus dan rakyat hilang mata pencarian Gagal mengekang korupsi malah mahu mengawal jentera penguatkuasa undang undang agar mengikut telunjuk ahli politik
Covid 19 Jangan Salahkan Kerajaan Gagal Apabila Kita Sendiri Yang Gagal

Covid 19 Jangan Salahkan Kerajaan Gagal Apabila Kita Sendiri Yang Gagal

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 277 hits
Pembangkang berkata kerajaan Malaysia ialah kerajaan gagal kerana tak mampu mengatasi masalah Covid 19 Di UK pula Perdana Menteri Boris Johnson kata Stay home stay safe save the NHS Ini kerana kalau sistem kesihatan runtuh maka ramai rakyat...
Hiburan Henti Tuding Jari Dan Cari Orang Untuk Disalahkan Fendy Bakry Ingatkan Rakyat Terus Patuh Sop

Hiburan Henti Tuding Jari Dan Cari Orang Untuk Disalahkan Fendy Bakry Ingatkan Rakyat Terus Patuh Sop

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 176 hits
Pelakon Fendy Bakry atau nama sebenarnya Mohd Affandi Nor Bakri 33 yang ditemui media berkata setiap individu di negara ini mempunyai peranan tersendiri dalam mengekang penularan COVID 19 daripada terus merebak dan menjangkiti lebih ramai o...
China Benarkan Vaksin Dibeli Pihak Swasta Kerajaan Jangan Sekat

China Benarkan Vaksin Dibeli Pihak Swasta Kerajaan Jangan Sekat

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 258 hits
China benarkan vaksin dibeli pihak swasta kerajaan jangan sekatOleh May 20 2021Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim hairan dengan tindakan kerajaan Perikatan Nasional yang enggan membenarkan sektor swasta membeli vaksin Covid ...
Untuk Elak Fitnah Lebih Baik Jangan Lantik Anak Sendiri Jadi Pengerusi

Untuk Elak Fitnah Lebih Baik Jangan Lantik Anak Sendiri Jadi Pengerusi

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 504 hits
HAMZAH RIE NADS Anwar pernah meminta bapanya memulangkan kembali pemberian tanah beribu ekar di Sabah kerana tidak mahu pemberian tanah tersebut kerana beliau ketika itu berjawatan Timbalan Perdana Menteri Anwar tidak mahu amalan kronisme m...
Jangan Cuba Cuci Tangan Sebab Kerajaan Yang Kamu Sokong

Jangan Cuba Cuci Tangan Sebab Kerajaan Yang Kamu Sokong

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 243 hits
MOHD MUKHLISBenda ini kalau di lihat secara teliti sangat kelakar Both of them Jemin dan Mail adalah menteri kanan lepas itu semua orang tahu keputusan kabinet adalah secara kolektif Kalau kabinet silap maknanya semua menteri adalah bertang...
Demo Kerajaan Gagal Fikir Kenapa Jangan Nak Tangkap Sahaja Kata Puad

Demo Kerajaan Gagal Fikir Kenapa Jangan Nak Tangkap Sahaja Kata Puad

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 277 hits
May 14 2021 Kenapa pada hari raya pertama rakyat sanggup menunjuk perasaan tanya Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi PETALING JAYA Puad Zarkashi menggesa pentadbiran Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin fi...
Mokhtar Senik Setuju Kerajaan Pn Gagal

Mokhtar Senik Setuju Kerajaan Pn Gagal

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 171 hits
inforakyat netKerajaan PN gagal betul saya setuju Memang kerajaan PN telah mengagalkan segala perancangan PH dan DAP PN gagal tunduk dan jadi khadam kpd DAP PN gagalkan projek menobatkan Anwar sebagai PM PN gagal melangsungkan agenda DAP PN...
Zafrul Jawab Najib Quot Pinjaman Kerajaan Setakat Mei Adalah Sekitar Rm99 3 Bilion Bukan Rm115 53 Bilion Quot

Zafrul Jawab Najib Quot Pinjaman Kerajaan Setakat Mei Adalah Sekitar Rm99 3 Bilion Bukan Rm115 53 Bilion Quot

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 161 hits
Kerajaan tidak pernah menggunakan Ordinan Darurat untuk meningkatkan atau menambah perbelanjaan melebihi had siling yang telah diluluskan Parlimen pada Ogos 2020 kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz Beliau berkat...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp