Jangan Tolak Tawaran Mrsm Kerana Kemiskinan Mara Sedia Bantu Asyraf Wajdi


Jangan Tolak Tawaran MRSM Kerana Kemiskinan, MARA Sedia Bantu – Asyraf Wajdi
Ibu bapa diminta tidak menolak tawaran kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) hanya kerana kesempitan hidup. Sebaliknya, memohon bantuan yang disediakan bagi memastikan anak-anak cemerlang daripada keluarga berpendapatan rendah tidak tercicir.
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, beliau telah mengarahkan pengurusan MARA dan pihak MRSM supaya membantu pelajar daripada keluarga susah. Ini termasuk melalui Bantuan Khas BUDI MARA.
Menurutnya, antara kes terbaharu melibatkan sebuah keluarga di Pasir Mas, Kelantan yang mempertimbangkan untuk menolak tawaran MRSM Jeli kerana bimbang tidak mampu menanggung kos persiapan dan perbelanjaan persekolahan.
“Ayah tidak lagi bekerja selepas kemalangan manakala ibu hanya suri rumah di sebuah kampung pedalaman. Adik-beradik 4 orang. Baru dapat makluman tawaran ke MRSM Jeli. Namun dek memikirkan kos-kos perbelanjaan untuk ke MRSM dan sepanjang belajar di sana, mereka berkira-kira untuk menolak tawaran ini,” katanya.
“Saya terus telefon sahabat saya Datuk Hariri Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas untuk bantu perbelanjaan awal. Selebihnya insyaAllah saya dan MARA akan bantu,” tambahnya.
Asyraf Wajdi menjelaskan, penubuhan sekolah berasrama penuh pada asalnya bertujuan membantu pelajar miskin tetapi cemerlang supaya peluang pendidikan mereka tidak terjejas akibat faktor kewangan.
“Asal tujuan sekolah asrama penuh diwujudkan adalah untuk menempatkan pelajar miskin yang cemerlang akademik supaya pelajaran mereka tidak terganggu oleh kemiskinan keluarga. Semua perbelanjaan ditanggung kerajaan,” katanya sambil mengakui kini matlamat institusi sedemikian mungkin dilihat seolah-olah telah berubah.
BACA: Panglima Tentera Darat Cuti Untuk Siasatan – Menteri Pertahanan
Sumber: DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
The post Jangan Tolak Tawaran MRSM Kerana Kemiskinan, MARA Sedia Bantu – Asyraf Wajdi appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/27/jangan-tolak-tawaran-mrsm-kerana-kemiskinan-mara-sedia-bantu-asyraf-wajdi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semakan Tawaran Kemasukan Ke Sekolah Khusus Dan Maktab Rendah Sains Mara Tahun 2026

Semakan Tawaran Kemasukan Ke Sekolah Khusus Dan Maktab Rendah Sains Mara Tahun 2026

papar berkaitan - pada 25/12/2025 - jumlah : 139 hits
Semakan Tawaran Kemasukan ke Sekolah Khusus dan Maktab Rendah Sains MARA Tahun 2026 bagi murid Tingkatan 1 Tingkatan 4 dan Tahun 1 Sijil Vokasional Malaysia akan dibuka mulai 26 Disember 2025 hingga 13 Januari 2026 melalui pautan berikut 1 ...
Asyraf Wajdi Dedah Uec Bukan Syarat Untuk Masuk Universiti Di China

Asyraf Wajdi Dedah Uec Bukan Syarat Untuk Masuk Universiti Di China

papar berkaitan - pada 15/12/2025 - jumlah : 181 hits
Sijil Peperiksaan Bersepadu bukan syarat kemasukan ke universiti universiti ternama di China seperti Universiti Tsinghua Universiti Peking dan Universiti Shanghai Jiao Tong Asyraf Wajdi maklumkan rundingan bersama universiti ternama China P...
Semakan Mrsm 2026 Tarikh Tawaran Rayuan Permohonan

Semakan Mrsm 2026 Tarikh Tawaran Rayuan Permohonan

papar berkaitan - pada 15/12/2025 - jumlah : 232 hits
Semakan Tawaran Bagi Kemasukan MRSM Tingkatan 1 4 Bagi Sesi 2025 2026 boleh dibuat melalui pautan rasmi MARA atau terus ke pautan pantas berikut Tingkatan 1 atau Tingkatan 4 Seperti yang kita sedia maklum sistem satu saluran pengambilan pel...
Semakan Sbp 2026 Tawaran Sekolah Berasrama Penuh Kpm

Semakan Sbp 2026 Tawaran Sekolah Berasrama Penuh Kpm

papar berkaitan - pada 15/12/2025 - jumlah : 216 hits
TARIKH CARA SEMAKAN TAWARAN KEMASUKAN KE SEKOLAH KHUSUS SESI 2026 Ibu bapa penjaga murid sila ambil maklum tarikh tarikh penting berkenaan kemasukan bagi ambilan kemasukan ke SBP dan SMKA bagi sesi 2026 INFO KPM Sukacita dimaklumkan semakan...
Semakan Mrsm 2026 Antara Syukur Sebak Dan Dilema Ibu Bapa

Semakan Mrsm 2026 Antara Syukur Sebak Dan Dilema Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 26/12/2025 - jumlah : 114 hits
Semakan tawaran kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara bagi sesi Tahun 2026 mencetuskan pelbagai emosi dalam kalangan ibu bapa di seluruh negara daripada rasa syukur dan bangga hinggalah kepada dilema serta kesedihan Menerusi satu hantaran d...
Mara Tumpu R D Perkasa Produk Bumiputera Kata Pengerusi

Mara Tumpu R D Perkasa Produk Bumiputera Kata Pengerusi

papar berkaitan - pada 20/12/2025 - jumlah : 99 hits
Asyraf Wajdi Dusuki berkata bantuan biaya khidmat nasihat dan pemantauan tidak cukup perluas jangkauan produk keluaran Bumiputera Pengerusi M Asyraf Wajdi Dusuki bersama Pengasas Aris Burger Haris Embong pada majlis pelancaran di Kompleks U...
Kerajaan Kekal Dengan Penyasaran Subsidi Ron95 Tolak Cadangan Harga Pasaran Pm Anwar

Kerajaan Kekal Dengan Penyasaran Subsidi Ron95 Tolak Cadangan Harga Pasaran Pm Anwar

papar berkaitan - pada 19/12/2025 - jumlah : 155 hits
KUALA LUMPUR 2 Dis Kerajaan kekal komited melaksanakan mekanisme penyasaran subsidi petrol RON95 menerusi program BUDI MADANI RON95 sekali gus menolak cadangan Bank Dunia supaya harga bahan api ditetapkan sepenuhnya mengikut harga pasaran k...
Mahkamah Tolak Permohonan Najib Berhubung Isu Tahanan Rumah Dalam Titah Adendum

Mahkamah Tolak Permohonan Najib Berhubung Isu Tahanan Rumah Dalam Titah Adendum

papar berkaitan - pada 22/12/2025 - jumlah : 165 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan semakan kehakiman Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung titah adendum yang didakwa membenarkan bekas Perdana Menteri itu menjalani baki hukuman penjara beliau di bawahan tahana...
Laporkan Jangan Kongsi Langkah Efektif Lindungi Kanak Kanak Daripada Csam

Laporkan Jangan Kongsi Langkah Efektif Lindungi Kanak Kanak Daripada Csam

papar berkaitan - pada 15/12/2025 - jumlah : 144 hits
Dalam era digital isu kandungan seksual kanak kanak semakin sukar dikesan kerana ia sering disembunyikan dalam imej diubahsuai video paksa atau dikongsi dalam kumpulan tertutup Semua pihak main peranan penting jaga keselamatan anak anak Sus...
Giddy Up Galloping Motorcyclist Mimicking Horse Ride Goes Viral

Commando Badly Injured After Parachute Landing Goes Wrong

Zakat Pendapatan Cara Kira Bayar Zakat Ikut Negeri

Hiburan Muhyiddin Yassin Letak Jawatan Pengerusi Perikatan Nasional

Murid Kini Bebas Pilih Tali Leher Tidak Wajib Lagi Mulai 2026

Bakteria Kecil Yang Menjadi Sahabat Baik Tumbuhan

Jalan Jalan Cari Makan

Sheraton Kota Kinabalu Sabah S Newest Luxury Landmark Opens


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Follow Up Mama Day

Kuala Lumpur Dan Masjid

Lepak Makan Di Syed Bistro Seksyen 3 Shah Alam

Rpm2026 Guru Malaysia Rekod Peribadi Fail Pengurusan Sekolah Lengkap

Kotak Kurma Custom Untuk Ramadan 2026 Tingkatkan Nilai Produk

Malaysia Cemerlang Raih Tempat Ketiga Dalam Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025